Saturday, March 15, 2008

RAKSASA MELAYU MUDAH LUPA!!!!




Kata-kata hikmah yang mempunyai sejuta makna dalam usaha menyuntik semangat dalam setiap jasad Melayu ini terus kekal di dalam hati sanubari orang Melayu. Melayu memang tersohor di merata dunia dengan sopan santun dah budi bahasa. Melayu bukan berdefinisikan Melayu jika dia tidak pandai mengenang budi dan tidak menghormati orang yang lebih tua darinya.



Begitu juga dengan ahli Parlimen Jerlun , Dato' Mukhriz Mahathir, EXCO Pemuda UMNO yang ketokohannya tidak berbelah bahagi di akar umbi. Kalah dalam pemilihan di kubu kuat ayahandanya, di Kubang Pasu, dia banyak melaksanakan program yang membantu golongan Pemuda Melayu seperti kontinjen 5 orang pegawai khasnya di Palestin, Acheh dan mana-mana bumi yang dirasai patut dipijaknya. Inilah pemimpin pemuda yang diharapkan membawa tanah air ke persada dunia.



Alhamdulillah, di Jerlun pada hari Sabtu, 8 Mac, hanya 50 orang yang sakit, ke luar negara, ataupun ada urusan kerja. 99.85% rakyat Jerlun keluar mengundi. Satu rekod dunia yang pasti sukar diatasi oleh mana-mana pemimpin handalan dunia. Alhamdulillah, terdapat lebih dari 20% pengundi Jerlun yang mengundi Parlimen tetapi tidak mengundi DUN masing-masing kerana mengikut kiraan SPR hanya 78% yang keluar mengundi untuk DUN berbanding dengan 99.85% di Parlimen Jerlun.



Maka dengan niat murni dan ciri kepimpinan yang sama, Wira Melayu ini memanggil sebuah sidang akhbar di Pulau Pinang pada hari Isnin, 10 Mac 2008, sehari bergelar Ahli Parlimen. Dengan pengalaman sehari dan kempen Pilihanraya Umum pertamanya, beliau dengan begitu bertenaga menegur kepimpinan Barisan Nasional, yang terdiri daripada kepimipinan UMNO kerana kegagalan mendapat 2/3 kerusi Parlimen. Yang Berhormat mengenengahkan cara bagaimana UMNO dan Barisan Nasional boleh bangun dari kemurungan 2008. Tetapi ramai dari mereka yang menghadiri sidang akhbar tersebut berasa kecewa kerana mereka diberitahu untuk datang beramai-ramai kerana panglima melayu Jerlun ini akan menggesa Presiden Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan.



Seperti anak ayam yang tidak berhenti berkokok dan seperti lazim anak jantan Melayu, Dato Mukriz sebaliknya mengeluarkan surat yang mendesak Presiden UMNO untuk meletak jawatan. Lazim anak jantan juga, surat yang dikeluarkan ini bukan dihantar secara peribadi kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi dihantar merata-rata melalui faks dan laman web. Ketika Anwar Ibrahim sedang berusaha keras untuk membeli kerusi kerusi Barisan Nasional, harapan melayu UMNO ialah ahlinya bersatu agar apa yang terjadi di Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak lagi berulang di negeri-negeri lain. Tetapi ketika ahli Majlis Tertinggi menetukan strategi perang, mereka diserang hendap oleh EXCO Pemudanya sendiri.



Bayangkan sebuah bahtera perang Melayu yang sedang mara ke pulau pihak lawan, tiba-tiba tersangkut akibat lautan yang bergelora. Di iiringi petir dan kilat malam, keadaan menjadi lebih huru hara, ketika nakhoda sedang menentukan jalan yang paling selamat, Laksamana Mukhriz menikam beliau dari belakang. Tidak menggunakan keris, sepertimana panglima perang Melayu sebelum ini. Tetapi dengan menggunakan anak panah dari hujung kapal. Dan dengan tindakan yang begitu berani, karamlah Bahtera Keramat yang bernama UMNO.



Melayu mudah lupa. Wahai Mukhriz pengkhianat, kata-kata hikmat itu datang dari ayahandamu sendiri. Di mana Dato Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda mu ingin menyembunyikan mukanya sekarang?. Melayu mudah lupa. Karamlah Parti Keramat yang bernama UMNO dengan pemimpin bacul sepertimu.

13 comments:

  1. Ala!!!! Ketua pemuda umno bangsawan pengecut. pergi mati lah hisham. dah makan duit mukhriz.


    Din Melawati

    ReplyDelete
  2. Raksaasass Keris KECIK!!!!!! Sudah la H!!!!! cakap tak serupa bikin, Sama macam tu Keris KJ yang telah tewas!!!!


    MAN - Damansara

    ReplyDelete
  3. Pemuda UMNO hari ini memang tidak dapat diharapkan. Dari Hisham Keris, KJ koboi dan Mukhriz Anak Bapak. Semua ada masalah. Azeez kaki lobi, Rahman gila kuasa, semua problem!

    Semua pergi jahanamla!Sebab tu Barisan kalah...takde siapa yang layak memimpin Malaysia di kalangan Pemuda

    ReplyDelete
  4. Memang patut BN kalah - UMNO penuh dgn opportunis ... Bukannya nak sibuk bangunkan UMNO balik, Mukhriz nak tendang2 lagi UMNO semuanya utk kepentingan dia anak beranak .....

    ReplyDelete
  5. Alah RAJA BERUK KJ pon sama sahaja.....

    ReplyDelete
  6. Bodoh orang Umno ni semua. Gaduh sama sendiri dan ikut skrip yang di
    buat oleh Anwar bulat bulat. Anwar serang Najib dalam
    Internet dan kononnya cuba hubungi beberapa orang penting dalam Umno.
    Ini supaya memberi gambaran yang ada kalangan Umno yang cuba
    bekerjasama dengan beliau.
    Anwar langsung tidak muncul dalam akhbar supaya Umno tidak serang
    beliau. Diam diam beliau drop khabar angin mengatakan beliau akan beli
    31 ahli parlimen. Beliau ujudkan
    panic dalam Umno menyebabkan Umno hilang punca. Umno tak tahu samada
    mereka perlu menyatupadukan parti, kukuhkan pemimpin atau cuba
    anticipate langkah Anwar. Tentunya media pimpinan Kalimullah kurang
    cerdik. Kenapalah tak tanya Anwar tentang penghapusan DEb? Bukankah
    beliau yang buat kenyataan ini. Kami UMNo Keningau ingin menyeru agar
    Pak Lah bertindak tegas perkukuhkan parti dengab segera. Kami di sini
    berdiri teguh bersama mu. Tapi aku mau tanya mana dia strategis UMNO?

    ReplyDelete
  7. Ketua Pemuda UMNO... sedrlah diri. Macam mana melayu nak bersatu? Dalam UMNO ada orang2 macam kau ni. Buat malu melayu jer...

    Tak kan melayu hilang di dunia...
    HANG TUAH

    Tapi melayu akan jatuh kebawah.

    ReplyDelete
  8. Sedih lihat UMNO berpecah-belah. Dulu walaupun jatuh.. kita bangun bersama... tapi sekarang... apa dah jadi.. Melayu mudah lupa... tak caya tanya nenek aku.


    Hishamudin
    Ex-Ketua Pemuda UNNO

    ReplyDelete
  9. jika dia tak bersuara begitu, adakah awak rasa awak sanggup bersuara seperti dia? sanggup menerima celaan dan sebagainya? siapa yg mudah lupa? awak atau dia atau pun sebenarnya kita semua ni yg dah terlalu jauh lupa diri... UMNO bukan untuk paklah atau sape2... UMNO untuk bangsa, agama dan negara... kalau dah tak boleh bersuara, ke mana hala tuju bangsa, agama dan negara?

    ReplyDelete
  10. Inilah masalah UMNO. Politik diberi keutamaan. Tak tahukah UMNO tidak lagi releven dalam politik negara?.

    Parti Keadilan dibawah Anwar Ibrahim akan menghabiskan saki baki UMNO dalam politik Malaysia. Johor pon akan turut tumbang!

    Tiada lagi Hishammuddin yang lemah, KJ yang gila kuasa dan Mukhriz yang anak bapak

    ReplyDelete
  11. PC Pemuda Negeri Kelantan Dato YB Sazmi Miah Machang yang kecundang lari drpd PC kerana Pemuda Kelantan memberi kepercayaan penuh Kpd Hisham dan KJ. Tak tahu mana lagi gila. Pemuda Kelantan atau Sazmi kroni Mukhriz. UMNO memang makan diri sendiri.

    jebonnnnnnnnnnnn.....

    ReplyDelete
  12. palam mukhriz....
    dah lah botak n tak handsome...
    memang dasar darah merosakkan melayu....
    ko nasib baik je pak lah bagi ko bertanding...aku hantar org kasi botak kepala ko lagi ...nak tak
    aku rase baru ko boleh sedar kot...
    kasi licin....mau ka...

    ReplyDelete
  13. Langkah…..
    Beribu langkah
    Ke destinasi yang diimpi
    Tiba terhenti
    Tercari-cari
    Haluan arah
    Yang telah pun musnah
    Harapan tak kesampaian

    Hina,hinanya diri
    Hanya menantikan bantuan
    Bagaimankah ini terjadi
    Kerdilnya diri
    Bukan lagi tuan
    Inikah rupanya nasib bangsaku

    Langkah demi langkah
    Biarkah bertatih
    Impian kan juga terlaksana
    Martabat diri ini
    Tindakan bereti tanpa usaha
    Jangan leka

    Mewah negaraku
    Semerbak harumnya renjisan keringat
    Oh bangsaku
    Teruskan langkah ini
    Biarkan ia kekal selamanya.

    Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
    Bukankah sejak zaman berzaman
    Mereka menjadi pelaut
    Pengembara malah penakluk terkemuka?
    Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
    Menjadi pedagang dan peniaga
    Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

    Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
    Menjajah dunia yang tak dikenal?
    Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
    Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
    Di manakah silapnya




    Langkah demi langkah
    Biarkah bertatih
    Impian kan jadi terlaksana
    Martabat diri ini
    Tindakan beerti
    Berusaha,jangan leka

    Mewah negaraku semerbak harumnya
    Renjisan keringat oh bangsaku
    Teruskan langkah ini
    Biarkan ia kekal sentiasa...

    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
    Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

    Perjuangan kita belum selesai
    Kerana hanya yang cekal dan tabahdapat menbina mercu tanda
    Bangsanya yang berjaya


    Wahai bangsaku, mesej ini sudah cukup untuk menyatakan di mana kedudukan Melayu,bangsa kita.
    Wahai bangsaku, ayuh...........bangkit............bangun...........jangan kita dibuai mimpi lagi.
    Maruah dan martabat bangsa kita perlu dipertahan dan diperjuangkan
    Jangan kita lemah dengan apa yang berlaku.Takdir dan dugaan yang berlaku ini adalah musibah bagi kita.Kita bangkittttttttttttt!!!!!!!!!!!!! Dari kesilapan. Perdulikan apa orang kata.Rapatkan saf kita pertahan dan perjuangkan bangsa kita amnya dan khususnya bumi kita MALAYSIA..Kita lanyak haprak-haprak yang sedang merosak dan mempunah binasakan bangsa kita...................... jangan kita biarkan manusia yang ingin menjadi panglima tak bertempat ini. Mereka ini ada matlamat dan agenda peribadi masing-masing.....Kita pertahankan dan memberi sokongan sepenuhnya ke atas kepimpinan bangsa kita yang sedia ada ini.Ayuhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Bangsaku Melayu.


    Cetusan Abang TZ

    ReplyDelete