Datuk Sekadar "Katak" sekarang...

Thursday, October 14, 2010

Malu kawae!!!

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkuat kuasa hari ini. Hahaha! Tahniah aku ucapkan kepada si “Katak” yang celupar ini.

Sila ambil iktibar atas apa yang berlaku, gelaran "Datuk" pun tidak kebal dan kekal di dunia..!

Apa! Ibrahim Ali ingat dengan gelaran yang ada, dia bebas bercakap tanpa batasan? Tak sedar ke sultan dah lama memerhatikan tingkah lakunya yang semakin hari semakin biadap! Tak iktiraf YM Tengku Faris Petra Sultan secara rasmi, campur tangan Ibrahim Ali dalam istana hanyalah semata mata mahu mendapatkan projek.

Itulah Ibrahim Ali, lain kali ketika makan jangan gelojoh sangat. Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.

Kerana terlalu gelojoh.... YM Sultan Selangor tak berkenan untuk rasmi Perkasa... Mujurlah ada Tun Mahathir pada waktu itu, turun untuk menyelamatkan maruah Perkasa.

Jelaslah kita lihat Istana menolak Katak dan NGOnya. Lain dengan UMNO lahir di Istana dan ramai kerabat seperti Tengku Azlan MP Jerantut, serta kemasukan semula Ku Li dalam UMNO. (Kelebihan Ku Li, Ku Li tak suka terlompat lompat macam katak dan Umno tak bersetuju dengan Ketua Perkasa Ibrahim Ali )

Sekarang bukan sahaja Ibarahim Ali, bahkan PERKASA turut terasa malu yang teramat sangat dengan berita penarikan balik gelaran Datuk ini.. Jaguh Kampung yang kononnya pejuang Melayu, tetapi tidak diiktiraf oleh kesultanan Melayu..

Bukan kita tak tahu, Ibrahim Ali juga makan duit Vincent Tan selaku director anak syarikatnya. Macam mana pro-melayu kalau pada dasarnya makan duit cina? Duit Judi Toto pulak tu? Sungguh memalukan..

Mungkin ini balasannya terhadap kerja biadap dan khianat Ibrahim Ali selama ini..

Banyak bercakap pun tak ada gunanya jugak. Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

Janganlah jadi macam orang kampung yang suka marah-marah. Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar bataskemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

Tak elok bermegah-megah ni. Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. Lain kali jangan ego atau sombong kerana sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

Seterusnya sila baca : PERKASA sebenar adalah landasan yang disediakan oleh Tun kepada Mukhriz..

P/S : Maha Kaya kembali!

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP