Kenapa Muhyiddin tidak cukup keberanian?-Malaysiakini
Monday, August 4, 2008
BERITA TV3, petang Ahad, 3 Ogos 2008 yang lalu, tidak mahu saya tonton kalau boleh apabila mendengar pembaca berita menyampaikan berita bahawa Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (TSMY), hanya sanggup mempertahankan kerusi Naib Presiden, tanpa mahu merubah kedudukannya itu.
Beberapa bulan lalu, TSMY adalah satu-satunya pemimpin Umno yang dilihat cukup berani bercakap soal kepimpinan yang memerlukan perubahan dan dia membayangkan akan bertanding jawatan yang lebih tinggi dari kedudukannya sekarang.
Entah macam mana, tiba-tiba, selepas 12 calon menyatakan kesediaan menawarkan diri, TSMY tiba-tiba terbayang kedudukannya yang tidak selamat jika dia bertanding jawatan lebih tinggi, setelah Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya selesa dengan pelan peralihan kuasa yang dijangka berlaku dalam bulan Jun, 2010.
TSMY sebenarnya lebih baik jika menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden sekarang kerana, seperti kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, peluang untuk Najib mempertahankan kerusinya itu agak sukar kerana dia (Najib) dikatakan seorang pemimpin yang penakut.
Pilihan kedua; jika TSMY merasakan dia sudah tidak boleh lagi bekerja di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang digambarkan punca pelbagai masalah hingga menyebabkan BN hilang majoriti 2/3, melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bebas untuk bertanding sebarang jawatan dalam Umno.
Malahan, TSMY juga boleh bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah (TR) yang teringin mencabar Presiden Umno, untuk merebut jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti.
Banyak pihak merasakan TSMY dipermainkan seseorang yang berjanji mahu 'berakit' dengannya untuk merebut jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti. Apabila 'pasangannya' itu juga tiba-tiba menukar fikiran dan menjadi penakut, angin serupa terpaksa 'dihirup sama' TSMY yang kelihatan terkapai-kapai, dalam membuat keputusan.
Ada pihak menjangkakan, TSMY bukan sahaja sukar menang malahan, ada yang meramalkan TSMY mungkin gagal mendapat cukup percalonan untuk bertanding Naib Presiden – bersaing dengan Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, kesemuanya calon-calon dari Johor.
Kata mereka, saingan paling dekat dengan TSMY selain tiga nama dari Johor itu ialah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, di kalangan calon muka baru disamping pencabar terapat, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad (TSI) dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Setakat ini beberapa pihak tidak menolak terus nama Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Masing-masing masih mempunyai peluang, walaupun tipis.
Sejarah pemilihan lalu membuktikan dari tiga penyandang, akan ada satu yang keluar (baca: terkeluar). Contoh paling ketara, pemilihan tahun 1996, TSMY terkeluar, sedangkan dua penyandang kekal, iaitu Najib dan Muhammad manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 'masuk' balik selepas tewas dalam tahun 1993.
Pemilihan tahun 2000, TSMY masuk balik manakala dua penyandang kekal, iaitu Najib dan Muhammad. Yang keluar dari 'barisan Naib' ialah Pak Lah kerana dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya menang kerusi Timbalan Presiden Umno.
Pemilihan tahun 2004, TSMY kekal, Najib naik pangkat ke kerusi Timbalan Presiden, manakala Muhammad tewas. Maka, pemilihan tahun 2008, dari tiga yang mempertahankan jawatan, TSI, Ali Rustam dan TSMY, ramai yang menjangkakan TSMY akan terkeluar. Jika tidak berhati-hati, Ali juga akan ditimpa nasib yang sama – walaupun dia bukan pencabar sebenar!
Tidak hairanlah kalau ada yang meramalkan TSI, Hishammuddin dan Zahid akan menang kali ini. Tetapi dalam masa yang sama, ada juga menjangkakan Zahid, Khaled dan TSI. Tidak kurang juga mendoakan supaya TSI, Syed Hamid dan Khaled menang – memperlihatkan masing-masing mahukan kedudukan Pak Lah selama dua tahun ke hadapan selesa dan tidak ada gangguan.
Ketika TSMY 'menegur kepimpinan', bukan sedikit orang-orang Pak Lah yang menyampah dengan TSMY. Kata mereka, jika TSMY membayangkan dia cukup sayangkan Umno, bukanlah bermakna Pak Lah tidak sayangkan Umno. Ketika TSMY mengatakan Umno perlu diperkuatkan, bukanlah bermakna Pak Lah tidak berbuat sesuatu untuk memperkuatkan Umno.
Kata mereka; "bukan TSMY seorang sahaja yang sayangkan Umno. Bukan TSMY seorang sahaja yang kecewa dengan prestasi BN dalam PRU 12. Bukan TSMY sahaja yang sedih dengan apa yang berlaku. Malahan, Pak Lah lebih sedih lagi. Pak Lah lebih sugul dari apa yang TSMY rasakan. Cuma, cara Pak Lah bertindak, bukan dengan menyalahkan orang lain, sebaliknya memikul tanggungjawab itu sepenuhnya."
Ketika ada beberapa cawangan cuba mencalonkan Najib, TR dan TSMY sebagai Presiden Umno, sebenarnya 95 peratus cawangan-cawangan yang bermesyuarat mahukan Pak Lah dikekalkan sebagai Presiden Umno.
Suara 5 peratus cawangan yang mendapat liputan beberapa media itu, sebenarnya suara 'budak-budak nakal' yang tidak tahu berpolilitik. Mereka terikut-ikut dengan suara seorang dua pemimpin Umno, termasuk suara TR dan suara TSMY kononnya pelan peralihan kuasa perlu disegerakan. Aapakah, jika ikut kehendak TSMY dan TR, dengan pengunduran Pak Lah dalam masa terdekat, Umno akan kembali kuat?
Lebih baik, masa dan tenaga yang ada sekarang digunakan untuk berhadapan dengan PKR yang akan bertanding menentang BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, tidak lama lagi. TSMY dan TR, jangan menjauhkan diri dari kempen-kempen ini kerana tenaga mereka, kepakaran mereka mengenai kepimpinan, harga minyak yang mahu diturunkan, harga barang-barang keperluan yang semakin 'menajam' memerlukan 'suntikan' idea TSMY dan TR yang sering mendakwa mereka lebih hebat dari orang lain.
Ayuh, buktikan di Permatang Pauh!
9 comments:
Mungkin dirasakan bahawa beliau berasa tidak cukup konfiden untuk mmemastikan diri beliau untuk memegang jawatan timbalan presiden dan juga presiden parti UMNO dalam masa terdekat ini. Beliau hanya mengamalkan "play safe" agar dapat menunggu masa yang sesuai untuk merangkul posisi yang dihendaki oleh beliau kelak.
Keputusan beliau mungkin akan mengecewakan banyak orang, namun begitu apa yang boleh kita buat adalah menghormati keputusan beliau.
Padan Muka. Konon nak lawan Pak Lah. Pergilah, masa MB Johor kena lakhnat istana jual tanah melayu ke bangsa asing, masa KBS sapu duit komanwel games. tak buat kerja.
keputusan yg dibuat ini sudah dijangka pun.inilah akibatnya buat keputusan tanpa fikir panjang.bodoh sombong org kata. ini bukannya keputusan yg ikhlas dibuat Mahyuddin.
Keputusan ini dibuat berikutan hasil tinjauan akar umbi,saya mendapati Tan Sri akan kalah teruk. Banyak isu-isu yg telah dibawa ketua-ketua bahagian mahupun diperingkat cawangan seperti kebocoran subsidi minyak,janji-janji yang tak ditepati.Tan Sri semasa menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan tindakan Tan Sri yang mengkhianati parti. Erti kata lain masa depan politik gelap jika kalah.Jadi saya cadangkan supaya Tan Sri pertahankan jawatan Naib sahaja.(Dr Shahruddin Setiausaha Politik Tan Sri Muhyidin Yasin)
wahai saudara2 ku yg dihormati percayalah tindakan Tan Sri Muhyidin ini bukan satu tindakan yg ikhlas. Niat dia memang busuk
Kalau berani x yah jd ahli Umno... BERAMBUS saja!!!!!
TSM memang sleeper anwar. kawan akrab anwar. Ada udang sebalik batu, akhirnya yang akan makan dato najib adalh TSM. tengok sajalah.
jom kita bunuh karier politik TSM. Ini lah contoh pengkhianat dalam parti...............
itu langkap bijak. jika berani mencabar najis and si tidur, nanti-nanti dibawa lokap kerana tersabit dalam kes liwat pula.
btw, sorry, if it's irrelevant.
has the doctor back to work?
according to the hospital he shall be back on monday. any further news on him? is he really missing too?
Bila sampai masa 'walk the talk' bola dah hilang.
Ini kualiti wira UMNO kah?
Gondang berpendapat, laluan Muhyiddin untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden cukup sukar kecuali ada duit dan janji AP kereta dijanjikan sebagai habuan...ka ka ka
Post a Comment