PERALIHAN KUASA: RAFIDAH SUDAH BUKTIKAN, HISHAMUDDIN PULA BILA? -Malaysiakini
Thursday, August 7, 2008
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz sudah pun menjejaki langkah pucuk kepimpinan parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan tarikh peralihan kuasa masing-masing. Walaupun Rafidah telah menamakan tarikh yang agak janggal bagi wanita untuk diserahkan kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tetapi sekurang-kurangnya ia memperlihatkan satu permulaan yang sihat dan bermakna dalam erti elak persengketaan merebut jawatan sayap penting itu.
Satu lagi sayap yang turut sama penting dalam kepimpinan parti Melayu seunggul UMNO ialah Pergerakan Pemudanya yang belum lagi menampakkan ada muafakat dalam pelan tindakan menjejaki langkah pucuk pimpinan dan wanita ini. Sekarang sudah sah bahawa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan bertanding jawatan Naib Presiden, maka eloklah beliau mengambil langkah sama untuk membuat pengumuman peralihan kuasa kepada Naib Ketua, Khairy Jamaluddin supaya kedua-dua sayap penting UMNO ini tidak berpecah.
Sekiranya ini boleh berlaku dan Hishamuddin sanggup selaraskan dengan sayap wanita menjejaki pelan peralihan dari pucuk kepimpinan UMNO, pastinya ia akan meredakan suasana berkempen dari kalangan penyokong untuk menerima hakikat bahawa UMNO mempunyai caranya yang tersendiri dalam membentuk hireiki kepimpinan menerusi persefahman pekerti.
Cara ini bukanlah untuk menafikan hak calon lain yang merasakan mereka berhak mengamalkan demokrasi melalui pertandingan merebut jawatan, tetapi demokrasi lebih dilihat dalam skop yang lebih luas dalam pilihan raya kecil dan umum. Oleh kerana dalam sesebuah parti tidak disebut pilihan raya tetapi disebut pemilihan, ia boleh dihadkan mengikut cara diskrisi ketua sayap masing-masing mencorakkan trend aliran selaras dengan pelan peralihan yang dibentuk dari pucuk kepimpinan yang rata-rata telah menerima cara itu adalah yang terbaik buat ketika ini.
Melihatkan pergolakan di peringkat cawangan sahaja sudah cukup kita dibendung dengan perebutan jawatan yang berlangsung dengan pelbagai bentuk perpecahan berlaku dan sikap berpuak-puak berlaku dengan sendirinya apabila sesuatu jawatan itu menjadi rebutan. Pelbagai taktik kotor juga digunakan untuk merangsang ke arah politik wang dan fitnah memfitnah yang membawa kepada tergugatnya kesejahteraan setempat.
Ada sesetengah tempat itu sudah pun diterjah Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membendung gejala politik wang dan tidak kurang pula pergaduhan kecil berlaku yang tidak sepatutnya berlaku dalam tamadun ini. Sekiranya amalan penyerahan kuasa ini menurut hireiki dan senioriti di semua peringkat bermula dari peringkat cawangan, seterusnya bahagian hingga ke peringkat tertinggi, nescaya UMNO yang rata-rata Melayu tidak bergolak.
Malahan cara ini dilihat cukup sihat dan mempunyai hikmah tersembunyi yang mana permuafakatan tercipta yang tentunya ia mengekalkan keharuman pertubuhan Melayu dalam satu rumpun yang dihormati kaum-kaum lain sama.
Lebih-lebih lagi buat ketika ini apabila satu persatu yang bermula dari pelan peralihan yang dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, sudah sepatutnya disambut oleh pihak yang memahami pelan peralihan ini secara total yang sekurang-kurangnya ada ketentuan bila dan siapa yang akan mengambilalih kepimpinan di peringkat tertentu. Bagaimanapun oleh kerana lapis naib presiden dan EXCO barisan sayap penting UMNO seperti Wanita dan Pemuda perlu dipertandingkan, ia merupakan satu team baru yang bertindak menjadi alat mencari keputusan secara kolektif kepada ketua masing-masing.
Lapisan ini penting untuk dibentuk melalui pertandingan. Begitu juga dengan jawatankuasa di peringkat bahagian dan cawangan perlu turut dipertandingkan bagi memberi nafas baru kepada pemimpin sedia ada atau yang belum sedia berundur.
Oleh yang demikian, jika contoh ini dapat dilakukan dalam Pergerakan Pemuda di mana Hishamuddin dengan berani dan tulus menyertai peralihan kuasa sepertimana diharapkan presiden dan timbalan presiden mungkin, maka terlaksanalah pelan peralihan mega yang diuar-uarkan. Tentunya juga dengan mengambil sikap sedemikian, Hishamuddin yang akan merebut kerusi naib presiden akan dilihat lebih berpotensi daripada membiarkan pergolakan perebutan jawatan yang bakal ditinggalkan berlaku.
Jika dibandingkan Hishamuddin dengan Rafidah, latar belakang masing-masing amat berbeza. Ia umpama antara langit dengan bumi. Rafidah meletakkan tarikh menyerah kuasa kepada Shahrizat pada tarikh yang membenarkan dirinya dikritik kerana beliau tidak bertanding apa-apa jawatan lagi dalam UMNO Disember akan datang. Beliau juga dikenali seorang yang degil dan tidak keterlaluan dikatakan berkepala batu dan cakapnya sahaja yang perlu dituruti.
Hishamuddin pula bukan begitu sifatnya dan nescaya lebih rasional dan berpandangan jauh serta tidak mudah 'melawan tauke' dalam membawa dirinya sentiasa dilihat selamat dalam apa jua keadaan. Semoga Hihamuddin dapat memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya bagi menentukan haluan pemuda yang bakal ditinggalkan tidak berpuak-puak.
4 comments:
TGK SAJALAH, MAJLIS PEGUAM BUAT ONAR, KETUA PEMUDA KITA SI HISHAM NI PLAY SAFE BERDIAM SAJA. HISHAM DARI DULU PENGECUT TAK ADA TELUR. BAIK LAGI AZIZ SHEIKH FADZIR ATAU ZAHID HAMIDI MASA DIA KP.
MMG BANGSAWAN TAKDAK PRINSIP.
Hisham oh Hisham. VP lepas ke?
Alah Malaysia dah tahu siapa Hisham sebenarnya.dia ni pengecut?memang Hisham ni pengecut.Nasib la dia ada KJ.kalau tak.Pemuda UMNO?hampeh la.tgk la mcm mana dia urus kementerian Pelajaran.Mcm hampeh gila.aku ni sebagai tenaga pengajar yang dah mendidik beribu anak bangsa amat kecewa dan kesal berada di bawah pemerintahan Hisham.Buat benda bodoh sebodohnya.Buktinya sudah ramai tenaga pengajar di Malaysia ni dah mula beralih arah menyokong pembangkang.Pilihanraya baru-baru ini teladan terbaik buat UMNO khususnya perlu memikirkan punca kekalahan dan perlu ambil tindakan sesuatu.
Peralihan kuasa adalah salah dari segi demokrasi. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda mahupun EXCO adalah tidak diwarisis oleh mana-mana pihak pun. Tindakan mengumumkan pelan peralihan kuasa adalah salah dalam etika dan kod amalan demokrasi. Sewajarnya, perwakilan yang menentukan siapa yang mereka mahu untuk jawatan-jawatan tersebut. Dalam kes UMNO masa kini, sewajarnya perwakilan diberi peluang untuk memilih siapa yang layak untuk memegang jawatan itu.
Post a Comment