Video Terlaris Dipasaran Parpu Kaki Tongang Stout

Monday, May 30, 2011



Video Terlaris Dipasaran Parpu Kaki Tongang Stout: Sila muat naik di laman blog dan Facebook anda dengan segera!

Read more...

Panas Berapi Parpu kaki tongang Stout

Wednesday, March 30, 2011

Parpu sudah menonggang arak di hotel Merdeka Kucing, kerana bloggers BN Sarawak telah menghalaunya dari bumi Kenyalang. Duit yang diberi oleh UMNO Malaysia pusat digunakan untuk mabuk tiap tiap malam. Duit ini juga patutnya diagihkan ke bloggers Pro-BN tetapi Parpu aka Salim seperti semua sudah tahu memang kaki botol.


Duit bloggers Perak yang digelapkan memang digunakan untuk kegiatan karaoke di Bukit Bintang bersama GRO-GRO. Kononnya, disetiap kelab malam seperti Beach Club yang dilanggan Parpu, mesti ada 2 atau 3 botol Whiskey yang ada dibawah namanya.


Inilah dia blogger elite yang dok menghentam pemimpin UMNO/BN kalau tidak beri bayaran. Inilah pengkhianat sebenar, apabila disuruh agih duit bloggers Perak tapi lahap sorang sorang. Padan muka dah kantoi MINUM ARAK. Sah KAKI TONGANG!!!

Read more...

Pemuda sudah buat kerja, MT tua buat apa?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai karnival kerjaya terbesar di Malaysia, membabitkan penawaran sebanyak 40,000 peluang kerja. Karnival Kerjaya Pemuda BN Bukti Model Baru Politik BN Selesai Masalah Rakyat.


Malah PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui model baru politik BN bukan sahaja memahami permasalahan rakyat tetapi menjurus ke arah menyelesaikanya dengan mengambil tindakan yang berkesan. Mengambil contoh apa yang diusahakan oleh Pemuda BN menerusi Karnival Kerjaya 2011 yang terbesar pernah diadakan di negara ini. Ianya menunjukkan permasalahan golongan muda dalam soal pekerjaan telah diambil kira.


Tidak dinafikan Politik kita hari ini diasak untuk merealisasikan transformasi politik, mendahului rakyat oleh itu MT2 BN perlu melakukan perubahan drastik ... bekerja bukannya menyalak! Masyarakat kini memandang kepada Umno dan mahu tahu bentuk perubahan dan transformasi yang bakal dilakukannya dan jika keadaan dan sikap anggota MT tua masih sama seperti dahulu, keyakinan mereka akan terhakis.


Selain dari Datuk Sri Najib dan sebahagian dari MT yang lain yang rajin bekerja, MT2 tua seperti Pasir Salak perlu melakukan perubahan menghampiri rakyat, membasmi kemiskinan minda, punyai kekuatan dalam mengubah perjuangan rakyat. Politik baru perlu seiringan dengan nada mendahului rakyat, bukanya terpekik pekik, habuk pun tarak.


Terjemahan Model Politik Baru, jelas di persembahkan oleh Khairy melalui kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional yang lalu, ia benar benar menyelami masalah dan keperluan anak muda Pemuda seharusnya berterima kasih dan berbangga dengan apa yang di usahakan BN Youth Job Fair demi menolong anak bangsa.

Read more...

Kuda Tua nak masuk litar

Saturday, March 12, 2011


Semenjak buku Memoirs Tun Mahathir dikeluarkan, ada membuat spekulasi ia adalah satu gerakkan untuk membilas karya Barry Wain Mahathir the Malaysian Maverick yang menceritakan kepincangan kepimpinan Tun Mahathir selama 22 tahun memegang tampok tertinggi kerajaan.

Tapi lebih ketara adalah bila Tun Mahathir dalam nukilan memoirsnya mengatakan bahawa Tengku Razaleigh tidak sabar dan kerana itu dipancung dalam pemilihan parti 1987. Strategi dan kempen Arwah Sulaiman Palestin dan kontroversi 'lampu padam' di bilik mengira undi menjadi skandal dan buah percakapan kedai kopi sehingga ke hari ini.

Ramai mengatakan, Ku Li telah mengatasi Tun Mahathir. Tetapi dengan tangkas, Tun Mahathir mengarahkan kempen kotor melabelkan Ku Li main duit dan campak kontrak ke perwakilan.

Taktik sebeginilah kita lihat kemana mana pencabar atau yang tidak meyokong Tun Mahathir. Budaya politik ini lah sampai ke hari ini menular hingga kebawah dan ke semua sayap.

Jadi renung renungkan. Sejarah menunjukkan bahawa kuda kuda lama ni walaupun nak masuk litar balik, lebih baik kita sediakan litar lain dan tak payah menyusahkan dengan memberi peringatan perlumbaan lampau yang memecahkan bangsa dan umat. Jasa pemimpin memang dikenang, tapi bala pon tidak dilupai.

Read more...

Perjuangan dulu kini dan kocek aku?

Tuesday, March 8, 2011



Perkataan perjuangan kalau diambil kira dalam konteks bloggers hari ini sudah menjadi subjektif. Sememangnya ramai bloggers Pro-UMNO buat liputan yang baik dan ada juga yang sampai tinggal sana dari mula sehingga ke akhir tempoh.

Tetapi bagi saya ada beberapa isu yang mengecewakan. Antaranya kenapa bloggers dah menjadi lebih berpengaruh dari perwakilan UMNO mahupon ahli biasa.

Sudah tentu kelantangan Bloggers Pro-UMNO ini di hargai, tapi ia juga sudah menjadi padah.

Bloggers yang langsung tidak ada penghayatan perjuangan seperti ParpuKari, MyKMU (yang kononnya orang lama cyber), RBF, Flyingkick, Singh is King merosakkan suasana kekeluargaan dan esprit 'de corp (sepakat) dalam UMNO.

Bloggers yang highest bidder seperti Zaharin dan juga bloggers Elitist seperti Big Dog Zakhir yang hanya memuja personaliti UMNO menampakkan berapa rapuhnya 'perjuangan' mereka.

Campur lagi pegawai seperti SUK UMNO si Rauf Jusoh (lulusan SRP pon tidak) membela Blogger Zaharin Yassin dan Rafi Awang Kechik yang langsung tidak ada kualiti. Campur lagi Dr. Gigi Khir Toyo yang mencampak duit kepada Parpukari dan RBF yang mengeluarkan artikel - artikel meloyakan masyarkat dan menipu pengundi celik internet.

Ada juga duri dalam daging seperti Azeeza Abdullah dan Shahnor Jasin yang mengelapkan duit bersama Parpukari. Duit itu disediakan Penerangan UMNO dan Pemuda.

Seruan perjuangan tidak bisa di letak harga wang. Kenapa bloggers seperti mereka ini pergi ke PRK PRK mengemis dan membantai pemimpin lain?

Peranan UMB (Unit Media Baru Pemuda UMNO) kini mestilah menuju pada sarigan kualiti penulisan dan perjuangan. Penerangan isu di alam maya mestilah berkredibiliti dan ada fakta kukuh.

Selain dari memberi bimbingan dan latihan UMB perlu memperluaskan pengaruhnya ke jaringan kelabu seperti pengundi muda yang kelabu dan cenderung ilmiah.

Kebiasaannya orang sama atau catchment pembaca yang sama. Jaringan mesti di buka seluas luasnya.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP