Piggy Singh penulis upahan kemelut di tepi gantang
Friday, August 7, 2009
Tulisan Piggy Singh baru baru ini sekali lagi menabur fitnah dan cuba perlekehkan KPUM. Apa yang dapat saya nilaikan dan dapat saya tafsirkan, nawaitu penulis upahan ini mahu mengkucar kacirkan UMNO, (tidak pasti piggy ini adalah ahli UMNO atau pembangkang, tetapi mirip pembangkang ), Penulis upahan ini cuba merelevankan diri mereka dan memburukkan Ketua Pemuda UMNO ini yang kian terserlah kepimpinan beliau dan telah membuktikan komitmen kepada UMNO khususnya Pemuda UMNO. Khairy Jamaluddin yang selama ini telah sedaya upaya untuk membawa dan mengubah cara Pemuda UMNO berpolitik.
Walaupun tidak diberikan sebarang jawatan kabinet, apa yang telah disiarkan melalui media massa dan blog blog yang pro kepada Ketua pemuda UMNO ini telah membuktikan bahawa Khairy Jamaluddin telah menjalankan tugasan beliau dengan baik. Banyak program yang telah dilancarkan yang membawa nilai tambah kepada rakyat dan seterusnya parti yang dia terajui. Program - program tersebut seperti tersebut program anjuran Gerak Bakti UPSR 2009. Anjuran Amanah Raya Berhad dan Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan, Di segi kesukanan pula beliau telah melancarkan pasukan ragbi Pemuda UMNO yang telah menempa kejayaan di pertandingan ragbi Pahang 10's, Selain itu beliau juga telah memberikan sokongan dan menjana pendapat kepada program Biro Hal ehwal bandar yang di pacu oleh Exco Tg Azman yang masuk ke tempat2 yang rakyat hidup dalam kesempitan.
Keputusan di Manek Urai juga memberangsangkan kerana menang undi orang muda jika di bandingkan dengan keputusan PRU12. Semangat Setiakawan telah pun diserap dimana kita boleh melihat sendiri bagaimana Khairy Jamalauddin turun dan berkampung bersama exco2 pemuda seperti Tg Azman, Suffian Awang, Zaki Zahid, Khairun Aseh, Razak kelihatan mendekati pengundi muda.
Beliau membuka raung yang bebas kepada Exco-Exco Pemuda untuk berjerak bebas ,Di bawah kepimpinan KJ exco-exco PPUM diberi ruang sepenuhnya untuk berkembang dan menyinar. Kalau dahulunya Pemuda dimonopoli oleh ketuanya sahaja, sekarang ini exco-exco Pemuda juga digalakkan oleh Khairy Jamaluddin memberikan kebebasan kepada Exconya untuk memberi kenyataan media dan muncul dalam forum di kaca televisyen, sekaligus menepati janji kempennya untuk melatih kepimpinan Pemuda supaya lebih berani mengupas hujah dan membalas tentangan.
Walaupun ruang ini kadang-kala dieksploitasi dan disalahguna oleh segelintir exco untuk mengutuk dan mengkritik KJ dan KJ juga mengetahui perbuatan mereka ini, Khairy juga bukanlah ahli politik, masalan beliau boleh menwaskan dua gergasi politk dalam pemilihan yang lalu. Mukhriz dan Khir, yang mempunyai banyak kelebihan tersendiri, Pastinya Khairy mempunyai strateginya untuk memastikan Pemuda Umno lebih terbuka dan dekat kepada rakyat tanpa mengorbankan survival politiknya sendiri. Inilah ciri-ciri pemimpin yang tidak takut pada bayang-bayang sendiri. Berani mengubah Pemuda sungguhpun setiakawannya tidak dibalas oleh segelintir pemimpin bawahnya sendiri.
Saya sendiri rasa tiba masanya, bloggers atau skeptik di luar sana untuk menilai Khairy Jamaluddin dari gerak kerjanya dan bukan membabi buta melemparkan fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan beliau.Barang diingat Khairy juga punya pengikut yang bertindak sebagai silent followers tetapi akan bangkit jika Khairy di perlekehkan. Bagi saya, kalau masih tak boleh menilai, MAKNANYA PIGGY SINGH adalah penulis upahan yang ingin merelavankan dirinya supaya boleh collect lebih!!!!
