Datuk Sekadar "Katak" sekarang...

Thursday, October 14, 2010

Malu kawae!!!

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berkuat kuasa hari ini. Hahaha! Tahniah aku ucapkan kepada si “Katak” yang celupar ini.

Sila ambil iktibar atas apa yang berlaku, gelaran "Datuk" pun tidak kebal dan kekal di dunia..!

Apa! Ibrahim Ali ingat dengan gelaran yang ada, dia bebas bercakap tanpa batasan? Tak sedar ke sultan dah lama memerhatikan tingkah lakunya yang semakin hari semakin biadap! Tak iktiraf YM Tengku Faris Petra Sultan secara rasmi, campur tangan Ibrahim Ali dalam istana hanyalah semata mata mahu mendapatkan projek.

Itulah Ibrahim Ali, lain kali ketika makan jangan gelojoh sangat. Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan.

Kerana terlalu gelojoh.... YM Sultan Selangor tak berkenan untuk rasmi Perkasa... Mujurlah ada Tun Mahathir pada waktu itu, turun untuk menyelamatkan maruah Perkasa.

Jelaslah kita lihat Istana menolak Katak dan NGOnya. Lain dengan UMNO lahir di Istana dan ramai kerabat seperti Tengku Azlan MP Jerantut, serta kemasukan semula Ku Li dalam UMNO. (Kelebihan Ku Li, Ku Li tak suka terlompat lompat macam katak dan Umno tak bersetuju dengan Ketua Perkasa Ibrahim Ali )

Sekarang bukan sahaja Ibarahim Ali, bahkan PERKASA turut terasa malu yang teramat sangat dengan berita penarikan balik gelaran Datuk ini.. Jaguh Kampung yang kononnya pejuang Melayu, tetapi tidak diiktiraf oleh kesultanan Melayu..

Bukan kita tak tahu, Ibrahim Ali juga makan duit Vincent Tan selaku director anak syarikatnya. Macam mana pro-melayu kalau pada dasarnya makan duit cina? Duit Judi Toto pulak tu? Sungguh memalukan..

Mungkin ini balasannya terhadap kerja biadap dan khianat Ibrahim Ali selama ini..

Banyak bercakap pun tak ada gunanya jugak. Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

Janganlah jadi macam orang kampung yang suka marah-marah. Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar bataskemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

Tak elok bermegah-megah ni. Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. Lain kali jangan ego atau sombong kerana sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

Seterusnya sila baca : PERKASA sebenar adalah landasan yang disediakan oleh Tun kepada Mukhriz..

P/S : Maha Kaya kembali!

Read more...

Banjir akibat pembalakan yang rakus

Tuesday, August 17, 2010



Dari Kampung Bendang Man, saya ke Kampung Sungai Semeliang. Kali ini saya sudah dapat menduga keadaannya hasil dari gambaran awal kampung-kampung dan rumah-rumah yang telah saya lawati sebelum ini.

Dari tepi jalanraya lagi saya sudah dapat melihat batang-batang balak bergelimpangan di kiri kanan jalan... SubhanAllah.... saya pasrah... Saiz balak yang bergelimpangan bukanlah daya manusia untuk mengangkatnya kecuali dengan satu kuasa yang sehebat jentera membalak. Manakala tongkolan batu-batu besar berselimut pasir halus menjadi lanskap segera (instant landscape) di tebing sungai, begitu juga di beberapa kampung yang saya lawati.



Saya percaya dan amat yakin bahawa pembalakan yang tidak terkawallah yang menyebabkan banjir berlaku dengan amat dahsyat sekali! Mengapakah kawasan tadahan air untuk penduduk sekitar yang berjumlah 1500 orang ini di ceroboh? Bukankah ianya kawasan hutan yang di wartakan sebagai hutan simpan yang di kenali sebagai Hutan Simpan Rimba Teloi? Bagaimana hutan simpan yang juga kawasan tadahan di benarkan oleh Kerajaan PAS Kedah untuk kelulusan membalak?

Kerajaan Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri itu meskipun pelbagai pihak meminta cadangan itu dikaji semula. Rata-rata membantah cadangan kerajaan negeri Kedah itu kerana dikhuatiri bukan sahaja akan menjejaskan alam sekitar, malah sumber air untuk jangka masa panjang.



Penebangan balak yang akan diteruskan oleh Kerajaan Kedah mesti dikaji semula supaya kita tidak akan dikatakan mahu mengaut keuntungan dengan mengorbankan kepentingan dan periuk nasi lebih ramai penduduk. Dikhuatiri generasi akan datang akan lebih parah dan tidak berminat lagi hendak mengusahakan sawah padi kerana pelbagai masalah bakal menghimpit mereka.

Kegiatan pembalakan sebenarnya antara punca banjir kilat di negeri Kedah. Fenomena alam itu berlaku ialah kerana hujan lebat berterusan menyebabkan paras air di empangan-empangan utama meningkat.

Sebagai contoh, banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini pada pertengahan bulan lalu, berlaku apabila kawasan-kawasan tersebut menerima taburan hujan selama 70 jam tanpa henti.

Keadaan yang sama berlaku ketika banjir melanda Kedah pada penghujung 2005. Kalau tidak percaya, pihak terlibat boleh meminta rekod jumlah taburan hujan pada masa tersebut daripada Jabatan Kaji Cuaca.

Kegiatan pembalakan haram yang kerap berlaku di sekitar Empangan Ahning, Pedu dan Muda menyebabkan kawasan hujan serta tadahan air di negeri ini musnah.

Justeru, kerajaan Kedah memberi perhatian serius terhadap kegiatan berkenaan yang dipercayai menjadi satu daripada punca banjir kilat berlaku di negeri ini.

Banjir di negeri ini juga berlaku ketika air di laut pasang sehingga menyebabkan paras air di muara sungai-sungai meningkat apabila hujan lebat berterusan.

Kerajaan Pas Kedah pula tidak prihatian dalam menanangani masalah ini sebaliknya mempamerkan sikap keras kepala apabila akan meneruskan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini. Perkara itu pernah ditegaskan Menteri Besar, Ustaz Azizan dengan alasan Kerajaan Negeri amat memerlukan wang bagi menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan.

Beliau berkata tidak salah bagi kerajaan negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana hasilnya akan digunakan bagi menjana ekonomi negeri.

Katanya lagi dari kajian yang dibuat, hasil balak Kedah bernilai RM16 bilion dan jumlah yang akan ditebang memberikan hasil kira-kira RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri.

Dan beliau tidak akan menunggu isyarat atau kelulusan kerajaan pusat untuk memanggil tender terbuka walaupun Kabinet pada Mei 2003 telah memutuskan melarang semua aktiviti pembalakan di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning dan beberapa kawasan hutan di daerah Padang Terap dan Sik.

Seharusnya Menteri Besar, Ustaz Azizan perlu tahu bahawa semua pihak tidak boleh merosakkan alam sekitar terutama melibatkan kawasan tadahan kerana jika diusik, ia akan menjejaskan sumber bekalan air untuk jangka masa panjang.

Pengambilan balak di hutan simpan dengan apa cara sekalipun boleh menyebabkan berlaku hakisan tanah yang akan mencetekkan sungai, sekali gus memendekkan jangka hayatnya.

Lebih memburukkan keadaan pada masa akan datang, ia dikhuatiri menjejaskan industri pengeluaran padi yang mendapat bekalan air dari empangan yang terlibat ketika negara mahu mencukupkan bekalan makanan untuk penduduk.

SAYA DENGAN INI SEKALI LAGI MENDESAK KEPADA KERAJAAN KEDAH AGAR MENGHENTIKAN DENGAN SERTA MERTA KERJA-KERJA MEMBALAK DI KAWASAN INI DAN MANA-MANA KAWASAN YANG HAMPIR DENGAN KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN DI SELURUH NEGERI KEDAH!

RAKUSNYA!!!!

Read more...

Oyah KP S Renggam yang lari dari Ah-Long

Thursday, July 29, 2010


Budaya meminjam wang melalui saluran tidak betul di kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap membimbangkan, kebimbangan itu tercetus berikutan rakyat Malaysia didapati semakin cenderung meminjam melalui saluran yang salah. Salah satu sumber yang mudah diperolehi ialah melalui pinjaman wang haram /Along!

Budaya itu bukan sekadar berlaku di kalangan penduduk bandar malah turut menular ke luar bandar. Budaya berkenaan boleh mengundang masalah sehingga boleh mengancam kehidupan peminjam sekiranya tidak dapat melunaskan hutang masing-masing.

Zakaria Dullah atau lebih dikenali sebagai "Oyah" , Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Simpang Renggam, Johor.dan juga SU politik kepada Datuk Razali Ibrahim.

Oleh kerana budaya hutang sudah menjadi satu trend kehidupannya, bagi Oyah; maka siapa yang tidak berhutang dianggap ketinggalan zaman. Tetapi Oyah tak pernah berfikir bahawa gejala berhutang ini jika tidak dikawal maka ia akan memusnahkan kehidupan sesaorang!

Dengar khabarnya berhutang dengan Along sebanyak RM1 Juta. Wow! Banyak! Jutawanlah dia sekelip mata. He he he

Maunya tak RM1 juta wang yang dipinjam.. kononnya nak top up sana sini, pinjam Along sana tutup lubang sini, pinjam Along sini tutup lubang sana...

Woi!! Oyah dah la sekolah tak tinggi otak singkat pulak tu! Tak tau ke pinjam Along bunga dia berlipat ganda? Dan terpaksa membayar dengan kadar faedah yang tinggi walaupun boleh membayar faedahnya pada setiap hari.

Inilah dia namanya, tak de penyakit cari penyakit!

Sape nak tanggung semua hutang piutang Oyah? Datuk Razali pun tak tau nak buat apa dengan Oyah ni... nak tolong sattlekan hutang piutang Oyah!. Bukan sikit, RM1 juta tu?

Ada dua persoalan disini... Satu Oyah nak buat apa dengan duit sebanyak itu? Kedua, mahukah Datuk Hisham membantu Oyah sedangkan Datuk Hisham tak suka Along?

Datuk Hisham kempen sana sini tak nak judi, tak nak along.. Oyah sendiri yang busukkan nama Datuk Hisham. Malulah...

Bukan setakat itu sahaja malahan Oyah ni seorang yang banyak bermasalah dibahagian Simpang Renggam. Selian mempunyai nama glamour Oyah, dia juga mempunyai gelaran yang lain yaitu "KP Wilayah Persekutuan", dia mendapat gelaran ini kerana tak buat kerja di bahagian. Asyik duk mengelamun, hari hari kira duit!

Pernah berlaku di bahagian Simpang Renggam membuat usul tak percaya kepada Oyah kerana tak sanggup bersubahat dengan Oyah! Pemuda di Simpang Renggam rasa kecewa, malu kepada Oyah. Seharusnya Oyah berasa bersalah kepada Datuk Razali yang sering melaungkan kempen Tak nak judi! Tak nak Along! sedangkan Oyah pula menjadi pelangan tetap Along.

Dari pada membusukkan nama Datuk Razali lebih baik Oyah undur diri, letak jawatan yang disandangnya sekarang ini.

Oyah perlu sedar kerana hutang yang tidak dibayar, kawan menjadi renggang, saudara seibu sebapa berpatah arang, dan ada adik beradik yang tidak bertegur sapa lantaran angkara hutang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bukan semua orang tetapi kadang-kadang.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP