Buletin Khas - Pusingan Pertama Pertandingan Ketua Pemuda Bermula. Siapa Pemenangnya?

Tuesday, April 29, 2008




Ketika UMNO masih berada dalam kemelut politik yang tidak nampak kesudahannya, enjin jentera politik calon-calon Pemuda sudah mula dipanaskan minggu lepas. Pemuda yang kelihatan semakin hilang arah akibat kelibat Ketua Pemuda, Dato Hishammudin Tun Hussein sedang dibelasah teruk oleh akar umbi UMNO induk kerana memohon maaf atas isu keris. Pemuda sekarang berlayar seperti bahtera yang tidak mempunyai nakhoda.

Diharapkan dalam minggu pertama kempen Ketua Pemuda UMNO ini, dapat kita saksikan bayangan nakhoda yang baru. Namun, dari segi politiknya, pada minggu pertama ini, masih banyak Ketua Pemuda Bahagian yang belum berani menunjukkan kesetiaan kepada mana-mana calon. Kempen Khir Toyo yang pada awalnya disangka hanya sebagai bayangan Mukhriz sudah benar-benar bergerak. Setelah hampa dengan kebanyakan Ketua Pemuda Selangor yang diketuai oleh Dato Shukor, Zainuri Zakaria Klang dan Ramli Simbok Puchong yang tidak mahu mencalonkan Khir, dijangka Khir akan menarik diri dari bertanding. Ia merupakan satu tamparan yang jika negeri Selangor sendiri tidak menaruh kepercayaan kepadanya.


Namun, pegawai kananya Faizal Abdullah KP Kapar yang dibantu oleh Johan Hulu Langat EXCO Pemuda masih tidak putus harapan dan sedang menggunakan banyak rangkaian di luar negeri Selangor. Lebar Daun dan Wijaya (sebuah hospital swasta di Selangor) menjadi pengapit dan penyumbang terbesar bagi pergerakan Khir ini. Perjumpaan dengan Ketua Pemuda Ampang dan Pandan yang telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Khir menggunakan kekuatannya yang terbesar itu. Khabarnya Khir akan meneruskan penjelajahannya ke negeri Melaka pula selepas ini.

Bahtera saingan Khir Toyo, Mukhriz Mahathir juga sudah berlayar meninggalkan persisiran PWTC. Pada minggu lepas, Muhriz menumpukan perhatiannya kepada negeri-negeri Pantai Timur. Mukhriz banyak menggunakan landasan Tun Mahathir ketika bertemu dengan UMNO Pantai Timur namun penerimaan Pemuda belum pada tahap maksimum. Di Terengganu, majlis yang dianjur untuk Mukhriz oleh Ketua Pemuda Marang, Razali tidak mendapat sambutan yang mengalakkan dari kepimpinan Pemuda Terengganu. Begitu juga dengan perjumpaan yang diatur di Kelantan, tidak seorang pun Ketua Pemuda yang hadir.

Ekspedisi Mukhriz pula diiringi oleh Barisan EXCO Pemuda termasuk kenalan rapatnya Sazmi Miah, Kamarulzaman Kamdias (dari bahagian Kuala Pulah dan tidak diterima orang NS kerana langgar chai NS semasa pemilhan yang lalu) dan Marzuki. Bersama-samanya ialah Faizal Pemangku Ketua Pemuda Ipoh dan Akramsyah, anak kaya Sanusi yang bakalm bertanding Ketua Pemuda Langkawi (tetapi di tentang hebat Rawi KP Langkawi hari ini). Namun, Mukhriz masih mendapat tempat di dalam media arus perdana kerana telah 'diberi' layanan istemewa oleh kelompok wartawan yang dipegang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Disamping itu, Ketua Pemuda Negeri Johor, Razali Ibrahim masih menghitung harapan kepada jawatan Ketua Pemuda. Walaupun pada awalnya dia hanya bercita-cita untuk menjadi nombor dua kepada Mukhriz, tetapi tahap penerimaan yang kurang dari akar umbi kepada Mukhriz memberikannya harapan dan suntikan perjuangan yang baru. Dia disokong kuat oleh Haji Dollah, EXCO Pemuda UMNO serta Haji Salim, pegawai khas Dato Hisham yang dulu menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Isa. Desas desus mengatakan YB Dato Subhan Kamal juga akan membawa beberapa sokongan dari negeri Selangor kepada Razali. Ini kerana YB Dato Subhan masih terhutang budi kepada Razali yang telah menaikkan namanya kepada Dato Hisham dua penggal lepas.

Razali lebih banyak menggunakan jentera media untuk mengerakkan pencalonannya. Azmi Akop, Setiausaha Akbar Dato Hisham telah menggembeling semua kaki-kaki wartawan Dato Hisham untuk memastikan bahawa Razali sentiasa berada dalam media arus perdana. Konvesyen Pemuda di Muar menjadi titik permulaan yang baik. Tetapi kemuncak untuk Razali ialah apabila Haji Dollah dan Razali berjaya menggunakan percaturan politik Johor untuk melobi Razali sebagai Pengerusi PAC yang baru, menggantikan Dato Shahrir Samad. Razali telah berkompromi dengan Shahrir dan Khaled Nordin untuk membantu Shahrir dalam pencalonan Naib Presiden, tanpa pengetahuan Dato Hisham. Ini akan sedikit sebanyak menjejaskan sokongan Johor kepada calon Naib Presiden lain seperti Tan Sri Muhyiddin dan Dato Hisham terutamanya.

Bagaimana pula Khairy?. Jika dilihat pada pergerakannya, nampaknya Naib Ketua Pemuda UMNO ini tidak akan bertanding sebagai Ketua Pemuda. Namun, terdapat beberapa Ketua Pemuda Negeri termasuk Negeri Sembilan, Perak dan Sabah yang telah membuat pengumuman mahu berdiri dibelakang Khairy. Namun Khairy masih belum menunjukkan keinginan. Dia lebih tertumpu dengan hal ehwal Rembau. Dikatakan kempen Khairy ini diterajui oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO dan bekas orang kuat Norza, Shahrul Yahya. Desas desus mengatakan Lembaga Penasihat Team Khairy terdiri daripada "Tag Team" Sabah, YB Dato Rahmah Dahalan dan Dato Akbar Khan. Walaupun mereka ini sanggup mati untuk Dato Hisham, mereka tidak sanggup untuk bergerak untuk calon Dato Hisham yang dianggap membelot boss mereka, Razali Ibrahim.

Keputusan - Jika dikira kepada kehadiran Pemuda yang diterima, Khir Toyo menang pusingan pertama pertandingan Ketua Pemuda ini. Namun, pertandingan ini baru pada tahap permulaan dan pasti ada pertukaran dalam saingan yang begitu sengit ini. Team Khir perlu ingat bahawa pergerakan mereka perlu lebih berhati hati kerana wartawan yang dijaga oleh Azmi Akop akan mengeluarkan seberapa banyak cerita Khir didalam media arus perdana, yang terbaru insiden yang melibatkan isteri Khir, berkenaan dengan dana Balkis yang hilang. Lembaga displin yang dikepalai oleh veteran UMNO Tengku Ahmad Ritahudeen juga sedang memantau segala gerak geri Khir dan calon Ketua Pemuda yang lain.

Read more...

HISHAMMUDDIN MEMALUKAN BANGSA

Monday, April 28, 2008

Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah. Hari ini adalah hari dimana cucu pengasas UMNO dan juga anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua telah membuat sesuatu pengisytiharan yang menghina UMNO.
Saya percaya kita semua sudah sedia maklum akan permohonan maaf YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana mencium keris panca warisan sewaktu permulaan istiadat Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Siapa yang tidak kenal dengan Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda paling penakut dan bacul dalam sejarah. Sering mengambil jalan selamat dan popular tanpa mengira kepentingan dan survival bangsa.

Ketetapan yang beliau ambil didalam mesyuarat majlis tertinggi Pemuda Barisan Nasional baru-baru ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau sama sekali tidak layak memimpin mana-mana jawatan dan sayap didalam UMNO.

Pemuda UMNO seharusnya merasa malu dan jelak akan perbuatan ketuanya ini. Pemuda UMNO perlu menolak habis-habisan acuan kepimpinan bangsawan seperti manusia ini. Apa salahnya mengagung-agungkan keris? Apa salahnya keris dijadikan sebagai lambing istiadat dan lambing perpaduan umat Melayu? Dan apa salahnya kita melihat keris sebagai simbol perjuangan yang perlu diteruskan oleh umat Melayu bagi membela bangsa sendiri.

Saya kira Hishammuddin langsung tidak mempunyai kefahaman tentang erti perjuangan mengangkat harakat bangsa itu sendiri. Maklumlah, anak bangsawan yang tidak sama sekali bertarung dalam kemelut bangsa, berpendidikan inggeris, membesar dengan penuh kemewahan dan akhirnya diberi laluan mudah didalam politik dengan alasan meneruskan legasi dan warisan kepimpinan. Saya ingin mengajak untuk kita menghentikan politik selamat “ala-hishammuddin”. Kita sudah tidak boleh terus menerus hidup didalam hidup yang serba kosmetik, tidak ada pendekatan yang praktikal bagi memenangi hati pengundi muda.

Saya terus-terang menyatakan bahawa salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional didalam pilihanrya yang lepas adalah disebabkan kegagalan Pergerakan Pemuda membawa golongan muda memahami dan menyanjungi perjuangan UMNO. Ini hakikat yang kita terima. UMNO menjadi semakin tidak relevan adalah disebabkan Pergerakan Pemuda menjadi semakin “syok sendiri” dan hanyut didalam pelbagai slogan retorik.

Saya sudah bosan melihat Pemuda terus-menerus diperbudak-budakkan. Saya juga sudah benci melihat Pergerakan Pemuda dipaksa bersikap rasional untuk kononya menjaga keharmonian semangat Barisan Nasional. Saya musykil dan tertanya-tanya kenapa kali ini rakan komponen menjadi terlalu sensitif merujuk kepada isu keris panca warisan walaupun telah diulang berkali-kali? Saya percaya MCA perlu diajar untuk menjadi lebih sopan apabila berhadapan dengan isu budaya.

Keris adalah simbol perjuangan yang tidak semestinya boleh dikaitkan dengan keganasan dan pertumpahan darah semata-mata. Hakikatnya keris adalah lambing perjuangan berterusan UMNO memartabatkan bangsa melayu daripada pelbagai sudut yang lebih universal dan komprehensif. Sekiranya kita sayangkan UMNO, marilah kita sama-sama menolak kepimpinan ala-bangsawan didalam parti. Sudah sekian lama Hishammuddin diberi jalan mudah.

Sudah sekian lama juga Pemuda tidak menjadi kuasa pendesak sebenar didalam dan diluar parti. Sudah semestinya, permohonan maaf sayap parti yang seharusnya menjadi kuasa pendesak ataupun benteng utama UMNO akan mengundang pelbagai persepsi buruk daripada rakyat dan umat Melayu. Tahniah kita ucapkan kepada Hishammuddin kerana menjadi Ketua Pemuda pertama yang memohon maaf dan tunduk kepada tekanan anti-melayu.

Saya ingin merayu kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda untuk kita bingkas bangun dan tolak mana-mana kepimpinan Pemuda yang mengamalkan politik selamat dan melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya. Martabatkanlah pemimpin yang benar-benar berani dan lahir daripada sepak terajang akar umbi, kerana ciri-ciri inilah yang kembali memartabatkan maruah Pergerakan Pemuda yang terjejas teruk akibat penangan pemimpin bangsawan ini.

Read more...

MAHATHIR DAN MUKHRIZ SUDAH DILIHAT SEBAGAI PENGKHIANAT UTAMA KEPADA BANGSA

Saturday, April 26, 2008


Oleh Mahfir Sabtu



Seorang Setiausaha UMNO Bahagian di Kuala Lumpur menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi ini melalui telefon bimbit marah-marah. Nadanya agak keras. Dia minta sampaikan mesejnya yang berbunyi: "Apalah jenis manusia Tun Mahathir sekarang ini? Dia bukan ikut buku, dia ikut nafsu.

"Anaknya Mukhriz pun sama tak habis-habis jumpa orang menyebut supaya Pak Lah letak jawatan sedangkan dia seolah-olah menonjol macam pemimpin besar yang hanya baru menang ahli parlimen Jerlun sahaja.


"Negara sedang huru hara dengan kemelut politik, dia dua beranak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan nada yang sama mahukan Pak Lah berhenti. Kalau Pak Lah berhenti, apakah masalah UMNO boleh selesai? Apakah dia boleh jadi perdana menteri?


"Sepatutnya dia beri cadangan bernas pada ketika ini, sama-sama mencari jalan menyatukan orang Melayu yang sudah simpang siur dengan gelagat pemimpin 'half past six' ini. Kalau beginilah sikap Mukhriz, macam mana mahu jadi Ketua Pemuda UMNO?" Begitulah antara kata-kata setiausaha bahagian yang nampaknya cukup berang dengan cara Mahathir dan anaknya 'mengaruk' terhadap keadaan di mana ahli UMNO lain mencari jalan mahu menguatkan semula pengaruh UMNO yang sudah memang terbukti berjasa kepada orang Melayu khasnya dan kaum-kaum lain amnya.


Katanya lagi, kalau Mukhriz dan Mahathir waras, mereka tidak bersikap demikian mahu menjahanamkan lagi orang Melayu dan UMNO. Malah beliau juga menyifatkan Mukhriz dan Mahathir adalah punca perpecahan dalam UMNO dan mereka berdualah yang dalang dan pengkhianat bangsa secara terang-terang pada ketika ini. Saya memang setuju dengan apa yang diluahkan itu dan berjanji akan sebarkan. Malahan hari ini saya insan kerdil amat terasa betapa UMNO yang boleh dikatakan semua orang Melayu akan berasa galat melihat bahtera UMNO bagaikan dihonggoh kuat oleh orang Melayu sendiri seperti Mahathir dan Mukris mahu merobohkannya. Kerana UMNOlah kita orang Melayu menjadikannya tapak untuk menjadikan bangsa kita memegang tonggak kepimpinan sejak dari Merdeka lagi.


Tidak dinafikan juga pergolakan yang berlaku ini disebabkan zaman tamadun kita sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan zaman kegemilangannya. Sesungguhnya pula orang Melayu semakin ramai yang tidak bersyukur, tidak prihatin dan tidak menjadikan perjuangan UMNO satu teras utama dalam kehidupan yang mana patut disedari bahawa UMNOlah parti yang membawa segala kemewahan, kemodenan dan pendidikan tinggi kepada orang Melayu. Pencapaian ini tidak dipandang langsung apabila kita menghadapi masalah yang perlu kita bersatu hati, bersatu jiwa raga dan tenaga untuk menguatkan rumpun kita yang dulunya begitu teguh. Kita tidak sepatutnya menyesali apa yang telah berlaku, tetapi sebaliknya patut kembali ke pangkal jalan mencari satu fomula bersama apa yang harus dilakukan.


Bukan masanya untuk sesiapa mencari populariti, mencari pengaruh dan melepaskan nafsu semata-mata. Tindakan Mahathir dan anaknya YB Mukhriz sudah dilihat sebagai satu keluarga yang tidak bersyukur dan tidak lagi mahu menyumbang secara ikhlas terhadap perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu lain yang mahu melihat perpaduan Melayu kembali ke zaman kegemilangannya. Punca kekeruhan yang mereka berdua lakukan semakin menyerlah dan kian melampau-lampau pula jadinya mentang-mentang kepimpinan sekarang di zaman Pak Lah memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia bersuara. Kebebasan ini telah disalahgunakan oleh orang-orang seperti Mahathir dan Mukhriz terutamanya.


Buruknya Mahathir ketika memerintah dulu, ternyata telah menyalahgunakan kuasanya dalam banyak perkara. Antaranya yang semakin dilihat nyata sekarang ini ialah dua isu besar seperti campur tangan institusi perundangan yang sekarang ini menjadi ejekan oleh ketua-ketua parti pembangkang. Hari ini boleh dikatakan Melayu yang sedar akan betapa rakus dan busuknya hati mantan perdana menteri, Mahathir dan anaknya terhadap perpaduan Melayu mempunyai had kesabaran lagi. Tingkah mereka berdua membuatkan bangsa lain yang sibuk menguatkan parti masing-masing tanpa sibuk menyuruh pemimpin mereka letak jawatan sedikit sebanyak memalukan kita. Sedarlah bahawa beban kekecohan ini sepatutnya orang Melayu seharusnya sedar bahawa perdana menteri sekarang sedang teriniaya dan menerima tekanan cukup kuat dengan tindakan pemimpin Melayu sendiri di bawah tidak menunjukkan sikap rasional terhadap kepentingan perpaduan Melayu.


Ayuh, kita semua kena bangkit memberi sokongan moral kepada kepimpinan sekarang supaya meneruskan perjuaangan dan menjalankan tanggungjawab memulihkan UMNO dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa mengambil tindakan ke paras maksimum terhadap ahli UMNO yang sedang sibuk menjahanamkan masa depan orang Melayu secara tidak langsung hari ini. Biar bilangan kita dalam UMNO kecil, tetapi berkualiti tinggi. Kita kena tolak ahli yang merepek, menghasut dan mempunyai agenda tertentu menyalak mengelirukan seluruh rakyat terhadap kepimpinan hari ini. Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Rais Yatim, Shahril Samad, Muhammad Taib, Muhyiddin dan lain-lain barisan yang sekarang menggangotai kabinet Pak Lah, bantulah kami orang Melayu dengan penuh ikhlas dan tegas.

Jangan biarkan orang yang semata-mata bercakap mengikut sesedap hati dan nafsunya sahaja. Mereka kena diam kerana orang lain mahu buat kerja.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP