ANWAR SUDAH RANCANG MUNGKIN BERATUS CARA ALIH PANDANGAN RAKYAT SUPAYA KES LIWATNYA DILUPAKAN-Malaysiakini

Thursday, July 31, 2008

Dengan tiba-tiba sahaja heboh pasal rekod perubatan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan dari pusat perubatan swasta dihebahkan di laman web yang kononnya Saiful tidak pernah diliwat. Serentak itu juga Anwar terus meminta supaya kes liwatnya itu digugurkan serta merta. Pada hal perkara itu belum tentu sesahih mana dan dalam peringkat tidak menentu lagi kerana ia bukan disiarkan oleh pihak yang layak membuat hebahan seumpama itu.

Ini adalah salah satu lagi tektik pihak Anwar yang begitu banyak menguasai blog dan laman web pada ketika ini untuk dipergunakan bagi mencelah kesempatan mengalih pandangan orang ramai supaya tidak mempercayai apa yang Anwar perjuangkan mencari jalan menutup malunya dituduh meliwat.

Tidak dinafikan sama sekali bahawa masih ramai yang masih tidak percaya Anwar terjebak dalam aktiviti liwat sejak dari dulu lagi dalam round pertamanya semasa Tun Mahathir menjadi perdana menteri. Dan apabila timbul round ke dua ini, masih lagi di tahap yang sama, penyokong taksub dan orang yang melihat Anwar hebat dari pertuturannya yang berupa orang bijaksana tidak mudah menerima bahawa ia mungkin ada kebenaran disebalik tuduhan itu yang memungkinkan ia dijadikan kes dan memang cukup memalukan.

Kebijaksanaan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu dari aspek positif dan negatif. Yang negatif pun misalnya, ada yang sanggup menyangkal hingga ke paras apa salahnya kalau Anwar meliwat pun kerana itu dianggap peribadi yang tidak ada kena mengena dengan kepimpinan yang ditunjukkan layak jadi perdana menteri. Kalau boleh semasa debat pasal minyak di TV pun ada orang berkata bahawa apa salahnya kalau beri peluang kepada Anwar jadi perdana menteri dalam waktu percubaan selama enam bulan atau setahun.

Begitu sekali pandangan orang yang taksub dengan seseorang yang boleh berfikir hingga ke tahap tidak munasabah kerajaan sekarang mahu menyerah untuk menyelesaikan soal kenaikan harga minyak dengan menyerahkan kepada beliau untuk mentadbir negara sedangkan kesnya yang menunggu didakwa cukup memalukan bangsa agama dan negara kita di mata dunia terutama dunia Islam. Macam cerita Hindi pula yang boleh buat filem memberi pinjaman jawatan sepenting perdana menteri sehari sebagai menyambut cabaran dari pihak pembangkang.

Kalau dilihat secara positif pun perkara ini, ia juga memerlukan makanisme lojika di mana apabila seseorang sudah membuat dakwaan dan polis sudah mengambil kes itu dalam keadaan susah payah dan berhati-hati supaya tidak timbul kes lebam mata kali kedua, Anwar semakin dilihat mengada-ngada. Sikapnya terhadap kes liwat ini telah menampakkan Anwar dari peringkat awal pun sudah menunjukkan beliau bertindak seperti orang sasau kononnya beliau hendak dibunuh lantas mendapatkan perlindungan di kedutaan luar negara.

Dia meracau-racau tidak tentu kalu walaupun akhirnya memberanikan diri keluar menyertai debat yang tiada kaitan dengan kes liwatnya. Lepas itu tidak takut pula ada orang mahu membunuhnya dan boleh pergi pula ke BPR membuat kenyataan atas laporannya terhadap peguam negara dan ketua polis mahu mendapat pembelaan terhadap kesnya di round pertama dulu.

Tetapi Anwar bersikap enggan membuat kenyataan kepada polis terhadap kes liwatnya hingga polis terpaksa bertindak menangkapnya sebelum dia kembali berkurung di rumah yang sudah pasti penuh dengan kumpulan reformasi untuk menimbulkan kekecohan jika Anwar ditangkap di rumahnya. Walaupun tempoh diberi hanya sejam lebih awal, tetapi polis sudah mendapat maklumat bahawa Anwar kalau tidak diserbu secara begitu, beliau akan merancang perkara lain pula yang boleh dengan mudah membabitkan nama buruk polis.

Dan tempoh sejam itulah yang Anwar gunakan untuk membidas polis yang tidak lagi mempercayai dia kononnya akan pergi membuat kenyataan. Waktu sejam itu adalah waktu kecemasan bagi polis untuk bertindak kerana bagi mengelak daripada menimbulkan kekecohan sebagai salah satu usaha beliau menarik perhatian ramai ke pandangan perkara lain.

Adalah diduga selepas mainan rekod perubatan Saiful, ada banyak lagi yang Anwar dan orang-orangnya telah menyusun strategi mengalih pandangan orang ramai sambil mencari ruang supaya rakyat bersimpati dengannya semata-mata kerana pada Anwar, kes liwatnya dengan Saiful mesti ditutup rapat-rapat.

Daripada rentetan perkembangan yang boleh dikatakan setiap hari ini, Anwar berharap dia masih boleh dipercayai bahawa kes liwat itu tidak benar dan terus menerus menuduh dirinya dirancang oleh satu konspirasi menyekat beliau dari mendapat pengaruh untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti yang telah diuar-uarkan pada 16 September akan datang.

Tidak menghairankan pula selepas ini adalah pihak yang mengeluarkan hasil siatan polis lebih awal menyebut, kes liwat Anwar dengan Saiful adalah rekaan semata-mata walaupun sebelum peguam negara membuat pernyataan sama ada dia perlu didakwa atau tidak. Soal buang kes, tidak timbul langsung dalam hal ini kerana kalau Anwar tidak didakwa, Saiful tetap akan didakwa kerana membuat laporan palsu. Sebaliknya kalau Saiful didapati ada kes, Anwar tetap akan didakwa. Yang tidak timbul sekarang ini ialah Anwar tidak mendakwa Saiful membuat laporan palsu atau bersedia menyaman Saiful jika dia fikir dia benar.

Anwar tidak mahu dirinya menjalani pemeriksaan DNA. Dia juga tidak mahu menyambut cabaran supaya dia bersumpah mengikut hukum syarak. Dia tidak mahu hadir kepada polis hingga ditangkap. Jadi, apa yang dia mahu ialah rakyat percaya dengan dia. Dia mahu orang percaya bahawa polis membiarkan dia tidur atas simin kosong mengakibatkan dia sakit-sakit tulang kononnya dia sudah tua. Itu yang mahu diperbesarkan kerana Anwar tahu, sebilangan besar rakyat negara ini masih jijik dengan penglibatan pemimpin terhadap hubungan pemimpin yang mempunyai rekod kemungkaran terutama terhadap kes liwat, hubungan seks dengan bukan muhrim dan terkejar-kejar perempuan untuk memuaskan nafsunya. Ubah muka dan biadap pun rakyat tak suka lagi dah. Anwar kena ukur dirinya dulu sebelum mahu menjadi pemimpin kepada rakyat yang belum lagi hilang pedoman.

Read more...

Teka-teki laporan liwat Pusrawi - Malaysiakini

Wednesday, July 30, 2008

BAIKLAH Anwar, kalau sudah itu laporannya, baguslah! Tapi, janganlah terus nak buat keputusan. Hadapilah proses peryiasatan seterusnya. Jangan berdolak-dalik. Beri kerjasama supaya polis boleh menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara – untuk didakwa atau sebaliknya.


Beberapa lama web yang pro Anwar, menyiarkan satu laporan pemeriksaan, kononnya Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat. Bersorak sakan kawan-kawan Anwar termasuk Mohamad Azmin Ali yang terus mempertahankan 'bossnya' yang suatu ketika dahulu dituduh ada 'skandal' dengan isterinya (Azmin).


Jadi, kalau dah puashati dengan laporan pemeriksaan Pusrawi yang sudahpun dinafikan pihak Pusrawi sendiri, aturkan satu upacara bersumpah – dengan Mohamad Saiful Bukhari, bagi membersihkan namanya di mata umat Islam, khususnya para fanatik PKR (yang beragama Islam) kononnya semua ini konspirasi. Jangan berarak di jalan raya, seperti perarakan mengusung mayat.


Saya juga ingin melupakan isu ini, kerana sudah malu dan jijik untuk menulis mengenainya tetapi disebabkan keperluan massa, ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Anwar seorang yang berkarisme. Semua orang boleh dilawannya. Dari Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Menteri-Menteri dan semua orang dia sanggup berdepan, kenapa bila berhadapan dengan cabaran Mohamad Saiful Bukhari, Anwar dilihat lebih panik dari budak sekolah apabila dimarah cikgu kerana tidak menyiapkan kerja rumah?


Jom, teruskan dengan 'lawan tetap lawan'. Kali ini, gunakan semua jentera dan para penyokong PKR untuk berhadapan dengan Mohamad Saiful Bukhari. Bukankah ini perkara kecil jika benar-benar Anwar bersih, sebersih 'sabun mandi'.


Ketika Anwar sibuk mencari 'bukti alibi' bagi menafikan penglibatannya dalam 'dakwaan kes liwat', Anwar sebenarnya 'tidak mampu berbohong' dengan dirinya sendiri. Wajahnya tidak dapat member gambaran sebenar, dia tidak terlibat dengan dakwaan ini. Nampak dia 'gelisah' bila Mohamad Saiful Bukhari 'tidak dapat dihubungi lagi'.


Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah nampaknya terus mengusung gambar-gambar Mohamad Saiful Bukhari bersama seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, gambar bersama Datuk Seri Azalina Othman Said dan gambar bersama Datuk Shahrir Abdul Samad. Kononnya gambar-gambar ini 'dapat membuktikan ada konspirasi'.


Maka, usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang cuba dibawanya di Parlimen, mungkin ada kaitan dengan isu dakwaan kes liwat suaminya ini. Apabila ia tidak berjaya, semua Ahli Parlimen pembangkang, bertindak keluar Dewan, kononnya membantah (kecuali Datuk Ibrahim Ali – Bebas Pasir Mas).


Anwar, ketika membuat pendedahan tentang laporan dari Pusat Rawatan Islam bertarikh 26 Jun 2008 di Petaling Jaya, pada Selasa 29 Julai lalu berkata; "bukti yang baru diperolehi semakin mendekatkan saya kepada kebenaran."


Siapa yang turut hadir bersama Anwar, tentulah Azmin Ali dan Dr. Wan Azizah. Yang lain-lain, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr. Hatta Ramli dan Dr. Syed Husin Ali. Ketika semua orang tidak nampak Azmin melompat-lompat kegirangan, tetapi seperti ada 'rasa kegembiraan' yang amat sangat di hati Azmin Ali. Bekas Ketua AMK, Mohamad Ezam Mohd Nor tentunya tertawa besar dengan 'sidang akhbar ini' kerana di luar sana, ada seorang lagi yang 'menonton' dengan penuh minat adegan ini, iaitu Datuk Nalla Karuppan .


Serentak dengan itu, pihak Hospital Pusrawi pula menafikan mengeluarkan laporan kesihatan berhubung pemeriksaan terhadap bekas pegawai Penasihat PKR, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.


Pengurus Besarnya Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, berikutan pendedahan laporan kesihatan itu, Pusrawi telah menubuhkan badan siasatan sendiri untuk menentukan kesahihan dokumen itu. Badan siasatan itu yang ditubuhkan Hospital Pusrawi dianggotai seorang pegawai kanan sumber manusia, seorang pegawai kanan pemasaran dan seorang ketua jururawat yang tiada kaitan dengan pemeriksaan ke atas Mohamad Saiful Bukhari.


Hasil siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada polis, kata Wan Mahmood.
Menurutnya, laporan yang dikeluarkan (dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah bagi pengesahan kepada pesakit, bukanlah sebagai satu kenyataan rasmi.


"Pemeriksaan yang dilakukannya adalah sebagai pengesahan sahaja, bagaiamana pun bagi mendapatkan pengesahan tepat dia diarahkan melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Hanya HKL boleh mengeluarkan pengesahan tepat," ujar Wan Mahmood.

Read more...

Jangan peduli, jangan layan dan jangan ambil kisah desakan Karpal Singh - Malaysiakini

Monday, July 28, 2008

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)


RINTANGAN pertama, pertemuan antara Pas dengan Umno, ialah – suara Pengerusi Dap, Karpal Singh yang mahu Pakatan Rakyat – Gabungan antara PKR,Dap dan Pas, mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu.


Tentunya, ada sedikit kerisauan di dada Menteri Besar (MB) Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang dilihat, menjadi MB atas 'ihsan' Sultan Perak dengan persetujuan Dap – tetapi janganlah kerana 'kerisauan' itu, kepentingan Islam dan Melayu, secara keseluruhannya mahu dipinggirkan.


Umno, tidak perlu 'terkejut' dengan kenyataan Karpal kerana Karpal ini seorang 'manusia unik' yang tidak memerlukan sesiapa untuk menasihatkannya. Dia tidak nampak lain, kecuali kepentingan Dap yang telah meletakkan dirinya dan anak-anaknya di satu tempat yang cukup membahagiakannya.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya 'tidak akan tergamam' untuk meneruskan usaha-usaha pertemuan yang dinamakan sebagai muzakarah dan kemudiannya bertukar menjadi muqabalah, walaupun Karpal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula 'kedudukan Pas' dalam pakatan tersebut.


Umno dan Pas tentunya tahu, Karpal bukan Melayu dan bukan Islam. Jadi, kalau dia khuatir dengan pertemuan antara Umno dengan Pas, ia adalah perkara biasa. Yang luar biasanya, jika Karpal yang mencadangkan supaya Umno dan Pas mengadakan muzakarah.


Biarlah Karpal menentang. Biarlah Karpal curiga. Biarlah Kapal meminta Pakatan Rakyat mengkaji semula kedudukan Pas dalam pakatan itu, yang pentingnya, aspirasi perjungan Umno dan Pas, bukan aspirasi Karpal. Kenapa Umno dan Pas nak pedulikan apa yang Karpal perkatakan.


Karpal mungkin tidak memerlukan sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam untuk memenangkannya dalam setiap kali pilihan raya. Begitu juga Abdul Hadi dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak memerlukan sebarang undi dari Karpal untuk menang pilihan raya. Maka, antara Hadi, Pak Lah dan Karpal – mereka berada di tempat yang berlainan dan kepentingan berbeza.


Karpal menganggap dia peguam yang cukup popular. Kadang-kadang, percakapannya seolah-olah orang lain tidak ada yang 'tahu undang-undang'. Jangan dilayan manusia seperti ini. Lagi pun dia bukan ramai, dia hanya seorang dua. Dia tidak boleh buat apa-apa kalau Pak Lah dan Hadi mahu terus berjumpa.


Pak Lah pula, tentunya beliau tahu yang beliau adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tanggungjawab Pak Lah bukan sahaja untuk membela orang-orang Melayu dan Islam di negara ini, tetapi juga kepada bangsa lain dan penganut agama lain. Maka, para pemimpin parti komponen BN yang lain tidak perlu 'risau' dengan tindakan Pak Lah – walaupun ia dilihat seperti 'perbincangan perkauman'.


Kebijaksanaan Pak Lah, tiada siapa boleh mempertikaikan. Jika Pak Lah melakukan pertemuan dengan Pas, Gerakan, MIC dan MCA tidak perlu risau. Tidak perlu dipertikaikan. Seperti kata Presiden MIC, Samy Vellu, dia akan menunggu penjelasan Pak Lah di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.


Dari kenyataan ini, ketika banyak pihak 'tidak puashati' dengan Samy Vellu, termasuk bekas anak-anak buahnya yang bertindak keluar parti – tetapi dalam isu muzakarah ini, jauh Samy Vellu menunjukkan kematangannya berpolitik. Samy Vellu tahu, calon-calon MIC yang bertanding, memerlukan sokongan semua kaum untuk menang.


Berbeza dengan Karpal, mungkin dalam kotak fikirannya, dia menang kerana pengundi mahu menolak BN – mengundi Dap. Maka, kita boleh menilai kenyataan Samy Vellu dengan kenyataan Karpal Singh. Samy Presiden MIC dan Karpal Presiden Dap. Walaupun kedua-duanya Presiden, tetapi kedua-duanya 'jauh berbeza' dalam melihat kepentingan politik di Malaysia.


Dap sebenarnya sebuah parti yang tidak boleh dihampiri. Kepentingan 'Malaysian Malaysianya' mengatasi kepentingan Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. Bagi Karpal Singh, Melayu dan Islam bukan 'urusannya' kerana itulah terlalu kecil orang Melayu dan Islam berada di Dalam Dap.


Jika ada pun, seorang dua, yang ibarat melukut di tepi gantang. Adanya mereka tidak menambah, tiadanya mereka tidak mengurang. Kita pernah dengar nama-nama seperti Abdul Muluk Daud, Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Ahmad Ton dan beberapa nama lagi, yang sukar untuk diingati. Ia bukan kerana Dap minat untuk meletakkan Melayu dan Islam di dalam parti itu, tetapi, sekadar 'menutup mata' dari disebut sebagai sebuah parti perkauman yang cukup tebal.


Apabila PKR menerima Dap sebagai 'sahabat' mereka, tidak ramai yang melihat Pas akan ikut sama. Antara Pas dengan Dap, ibarat langit dengan bumi. Namun, PKR adalah 'jambatan' yang menghubungkan Pas dengan Dap. Jika ditakdirkan PKR 'berkubur' – mustahil Pas dengan Dap akan bekerjasama, seperti mana mereka bekerjasama sekarang.


Dalam situasi politik sekarang, Dap perlu menunjukkan mereka 'boleh menerima Pas' kerana mereka tidak ada pilihan. Tetapi apabila mereka cuba menghalang 'usaha baik' yang hendak dibuat oleh pemimpin Pas dengan Umno, ia sesuatu yang boleh dianggap sebagai keterlaluan. Kalau kita tidak mampu berbuat kebaikan, kenapa harus kita tentang orang berbuat baik?


Jika Pas, mahu menghentikan pertemuan dengan Umno ini, bermakna Pas 'akur' dengan kehendak Karpal Singh sedangkan Pas sebenarnya masih ingat ayat yang pernah keluar dari mulut Karpal Singah 'langkah mayatnya dulu'…. apabila ada pihak menyebut mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam. Noktah.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP