LGE Hipokrit

Tuesday, June 30, 2009


Buat pembaca sila teliti video ini,betapa Lim Guan Eng menjunjung & menyokong Nik Aziz & PAS,dalam diam dia menyokong penubuhan negara Islam yang di perjuangkan oleh PAS selama ini dan tidak menolak DEB.

Patutlah PAS & Nik Aziz ,Hj Nizar & Husam begitu sayang kepada DAP,dan sanggup menurut kata, rupanya DAP berjaya mengIslamkan PAS.

Sebenarnya Nik Aziz, tidak lagi relevan sebagai ulamak , Nik Aziz bagaikan sesumpah yang boleh bertukar warna pada dan keadaan yang tertentu, Nik Aziz tidak lagi relevan dan bercakap dalam mimpi dan khayalan, Apa bezanya Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim sekarang, hanya dibezakan dengan serban dan kain sahaja,lain semuanya sama.

Berbalik pada kisah Lim Guan Eng (LGE) apa yang sebenarnya yang mahu saya sampaikan ialah kisah LGE yang hipokrit dalam kurungan cakap tak serupa bikin.

Pada Awal tahun yang lepas beliau ke Hong Kong Disneyland bersama keluarganya dengan tiket 1st class (satu tiket puluhan ribu). Menurut sumber lagi LGE dan keluarganya menginap di Hotel 5 star Four seasons selama beberapa hari. WAH!!! Betul-betul kaki belit, cakap bertuankan rakyat tapi hidup 5 bintang. Gaya hidup apa ni?

WHAT HAPPENED TO CAT? SUDAH JADI KUCING KA? (C.A.T. - Credibility, Acountability, Transperency) YOU FAILED LIM GUANG ENG...THERE IS NO CAT IN PENANG...YOU SUDAH TIPU SAMA RAKYAT PULAU PINANG...PENIPU!!!! YOU ARE THE BIGGEST LIAR!!!LIM GUANG ENG PENIPU NO 1


Hidup Khalifah Guan Eng!!!,Hidup Tok Guru!

Read more...

Demi Anwar, Geng Erdogan Sanggup Jilat …

Monday, June 22, 2009




Ramai ahli Pas yang sudah hilang kepercayaan kepada Nik Aziz dan pendapat beliau tidak dihormati lagi sehingga Dewan Pemuda Pas negeri memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pas di seluruh negara. Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, melalui konsep itu semua pemimpin perlu menolak sentimen parti politik masing-masing dan bersatu dalam membangunkan negara.

Dari sumber yang diterima Nik Aziz sebenarnya sudah tertipu, terpedaya oleh geng Erdogan, perkara ini di bongkarkan sendiri oleh anak menatu Nik Aziz yang menyatakan bahawa bapa mertuanya dah kena pusing dan ramai lagi Ahli Parlimen PAS geng Erdogan berhutang duit pada Anwar Ibrahim.

Kita juga faham bahawa PKR memanipulasinya untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Tetapi kita tidak dapat memahami apabila PAS turut bermain permainan yang sama. Satu-satunya alasan bagi PAS ialah samada mereka terlalu dungu untuk membaca permainan DAP dan PKR atau mereka sememangnya gila kuasa di tahap maksima.

Secara mutlak Husam dan geng Erdogan sudah tidak punya kuasa dalam PAS , Anwar sudah sepi membisu kerana segala perancangan beliau tidak direstui oleh Allah SWT. Kumpulan Erdogan mahu menyekat perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan, mereka mahu menghalang kerana mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari UMNO. Sekiranya PAS orang Melayu beragama Islam dan UMNO orang Melayu beragama Islam bekerjasama untuk orang Melayu, Anwar pasti tersingkir kerana tiada tempat Anwar dalam UMNO. Bau Anwar pun sudah tidak wujud dalam UMNO.

Hj Hadi menyedari hakikat ini dan itulah sebab kumpulan ulamak lebih cenderung mencari jalan penyelesaian demi agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak perjuangkan kerusi Perdana Menteri dan mereka memikirkan maruah bangsa dan agama. Hanya UMNO lah sebuah parti pendokong maruah bangsa Melayu.

Read more...

Bila Melayu Mahu Bersatu, Ada Yang Tak senang duduk - Malaysiakini

Tuesday, June 9, 2009




Pada 9 Jun 2009, Lim Kit Siang menyatakan dalam blognya, "Some of the speeches of PAS leaders and resolutions at the 55th PAS Muktamar like the focus on Umno-PAS “unity talks” and the call for the ban of Sisters-in-Islam have however an opposite effect, creating a crisis of confidence in the Pakatan Rakyat among members, supporters and well-wishers". Nampaknya Kit Siang amat tidak selesa bila orang Melayu mahu bersatu. Kit Siang seolah mewakili aspirasi ahli-ahli DAP menyatakan ekspresi ketidak puashatian terhadap PAS.

Mengapa Kit Siang takut kalau orang Melayu bersatu? Sudah tentu takut, ini kerana, DAP menang banyak kerusi dalam PRU12 pun akibat perpecahan orang Melayu. PAS sering dikudakan oleh DAP untuk demonstrasi melawan raja, membuat kecoh dalam Dewan Undangan Negeri dan mendapat banyak tanah di Perak. Jika PAS sudah bersama dengan UMNO, tinggallah DAP bersama dengan PKR sahaja. Hilanglah kuda DAP. Susah untuk DAP mengkudakan orang Melayu dalam PKR. Mereka lebih demand berbanding orang PAS. Inilah masalah DAP.

Pakatan Pembangkang hanya berpakat secara olok-olok sahaja. Seumpama memegang durian, lama-lama kalau dipegang juga akan sakitlah tangan. Itulah cara mereka berpakat dalam Pakatan Pembangkang. Husam Musa sendiri sudah mengadakan pertemuan sulit di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur sejurus selepas kalah sebagai Timbalan Presiden PAS untuk menyusun strategi menjatuhkan Haron Din, Harun Taib dan Musthapa Ali. Husam merancang untuk mempengaruhi Nik Aziz bagi menghalang usaha kerajaan perpaduan yang sedang diusahakan oleh Haji Hadi Awang. Waktu orang Melayu mahu bersama dan menjadi lebih kuat, ada orang Melayu sendiri cuba mengagalkan usaha tersebut. Malah siapa yang menentang mereka akan cuba dijatuhkan. Hakikatnya, mereka itu sendiri sudah tewas secara demokrasinya dalam gelanggang. Sanggup cantas demi dendam kesumat dan cita-cita peribadi.

DAP juga tidak bersetuju dengan usul PAS untuk mengharamkan Sister In Islam (SIS). Kit Siang dan Teresa Kok bersepakat menolak usul PAS. Teresa dalam blognya, menyatakan "sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama" kata Teresa Kok. Bila sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama cuba untuk diusahakan akan datanglah suara yang mahu menentangnya. Mereka menghalang atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia. Bila mereka terkangkang yang jelasnya bertentangan dengan norma dan tatasusila, mereka mempertahankannya habis-habisan atas dasar kebebasan dan hak asasi. Inilah cara DAP memperjuangkan hak asasi.

Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi berbelah bahagi untuk bersatu, maka DAP akan terus-terusan mengaut keuntungan daripada perpecahan orang Melayu. Harus diingat, orang Melayu hanya 55% di Malaysia. Kalau Melayu berpecah kepada empat? PKR, UMNO, PAS dan golongan mereka yang tidak ambil peduli, siapakah yang sedang membuat untung daripada perpecahan tersebut? Melayu harus kuat dan bersatu di Malaysia barulah DAP tidak naik tocang sangat di negara ini. Mahukah PAS bersatu kembali dengan UMNO demi perpaduan?

Angin Perubahan

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP