KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA : SIAPA YANG PALING LAYAK?

Friday, April 11, 2008


Siapakah bakal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan memikul tanggungjawab mengharungi halangan berliku untuk tempoh 4 tahun yang akan datang? Saya rasa inilah persoalan yang sedang bermain didalam benak hati kita. Persoalan ini kembali menerjah ke ruang arena politik Negara apabila Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk tempoh terma yang akan datang.

Melihatkan ada kekosongan diperingkat kepimpinan Pergerakan Pemuda, maka muncullah beberapa nama yang cuba “test market” ingin menduga sokongan mereka diperingkat akar umbi. Masing-masing daripada mereka tidak melahirkan hasrat secara langsung dan tepat tetapi lebih bermain ayat selamat kerana takut terlajak menjunam kedalam gaung. Khir Toyo, Mukhriz, Azimi Daim, dan Khairy masing-masing mengalunkan ‘key’ tempo yang perlahan. Masing-masing tidak mahu dilabelkan sebagai gelojoh dan rakus, maklumlah kubur masih merah, ramai yang menangisi kekalahan Barisan Nasional di 4 buah negeri.

Saya agak terbuka didalam suasana ini. Saya percaya siapa pun yang menawarkan diri untuk menggalas sayap penting didalam parti keramat UMNO ini perlu melihat cabaran dan tanggungjawab yang mesti mereka pikul untuk kembali mendapat keyakinan rakyat. Pemuda perlu menampakkan diri mereka sebagai sebuah “substance’ yang kukuh serta mampu merobah mood politik semasa. Kita sudah tidak boleh mengambil jalan selamat semata-mata kerana tidak mahu mengotorkan tangan sendiri. Kita sudah jelak melihat kepimpinan yang ingin menjaga ‘kantung’ dan pada masa yang sama hasrat dan suara akar umbi diabaikan.

Kita masih dambakan sebuah kepimpinan yang berani bersuara demi kepentingan melayu dan agama. Kita juga masih dahagakan sebuah ‘front’ Pergerakan Pemuda yang mampu menjadi pejuang tulen masyarakat di akar umbi. Tidak ada agenda yang lebih utama dan lebih penting melainkan untuk melihat kuasa Melayu terus kuat dan berkuasa. Kita juga tidak mahu dilabelkan sebagai sebuah Pergerakan yang pembodek, penjilat ataupun elit. Dan jauh sekali sebuah Pergerakan yang dikenal sebagai “Pemuda Projek”.

Saya ingin mengajak untuk kita mengubah budaya ini. Janganlah kita terus hidup dibawah kepimpinan yang penuh kepura-puraan. Janganlah kita terus menerus menyokong program-program yang berunsurkan “syok sendiri”. Hakikatnya adakah program-program ini akan membuat rakyat merasa terlindung ataupun terbela? Adakah program-program ini turut dirasai oleh rakyat? Persoalan inilah yang perlu kita jawab. Kita harus mengakui bahawa kita gagal menarik sokongan pengundi muda yang sepatutnya berada dibawah tanggungjawab Pergerakan Pemuda. Kegagalan kepimpinan Pergerakan Pemuda untuk “infiltrate” golongan muda professional yang rata-ratanya merupakan pengundi baru telah mengakibatkan kita terpaksa menyerah dan menjadi pembangkang di 4 buah negeri.


Sesungguhnya kita merindukan sebuah gagasan kepimpinan Pergerakan Pemuda yang ‘vibrant’, serta digeruni. Kalau dahulu seluruh rakyat Singapura mengenali kelantangan Syed Jaafar Albar, kita juga mahu warga PAS-DAP-PKR merasai bisa penangan Pemuda UMNO. Kalau dahulu orang Melayu mampu merasa selamat dan terjaga dibawah naungan Datuk Harun Idris, hari ini kita juga mahu seluruh umat Melayu menaruh keyakinan terhadap Pemuda UMNO menggalas dan menjadi benteng paling hadapan menentang segala jenis ancaman. Kini, umat Melayu sudah tidak boleh digula-gulakan dengan slogan “Bermandi Darah” ataupun “Hidup UMNO”. Orang Melayu sebenarnya mahukan sebuah Pergerakan yang mampu berkorban bukan demi jawatan dan kedudukan semata-mata tetapi untuk kepentingan bangsa dan agama.
Oleh yang demikian, saya ingin mengajak seluruh warga Pergerakan Pemuda untuk kita betul-betul rasional kali ini demi survival bangsa dan agama kita.

Kali ini bukanlah masa untuk kita semata-mata melihat rekod persahabatan, ataupun sejauh mana jasa yang telah dicurahkan. Tetapi kali ini saya ingin mengajak kita untuk kita menilai siapa yang paling berani diantara mereka, siapa yang sanggup mara kehadapan bersuara demi kepentingan bangsa. Jangan kita silap lagi. Harus diingat, sekiranya silap percaturan akan membawa padah kepada UMNO untuk tempoh 4 tahun yang akan datang. Untuk calon-calon yang bakal bertanding ingin saya berpesan supaya mereka ikhlas dan insaf dalam demi kembali mengangkat UMNO yang telah dimalukan.

38 comments:

Anonymous said...

Kuotam,kuota,kuota,24x akhirnya padan muka koorg apabila sistem yang koorg nak hapuskan diteruskan.hahaha.Aku setuju sgt dato hisham tak nak bertanding lagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Ini barulah betul.Hidup Dato Hisham.Alasannya dato, nak bagi laluan kepada muka baru. Lagipun itu lah hajat Si Mukriz dan Khir Botox pun.Aku memang penyokong dato hisham.Hidup Dato Hisham. Di sini akan nak cadangkan agar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di pinda had umurnya bagi calon-calon yang inginkannya. Sebelum ini jawatan ketua pemuda tiada had umur. Tapi di sini saya mencadangkan agar calon dan bakal ahli yang akan mengisi tempat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia mestilah berumur 40 tahun ke bawah. Barulah adil orang muda yang memegang dan ditugaskan untuk memegang jawatan Ketua Pemuda.Orang muda perlu agresif dan cerdik pandai.bukan botak dan botox yang kurang ajar.tak hormat dato hisham langsung. Dato Hisham masih jadi ketua pemuda lagi tapi diorg ni dah rebut2 dah.apa lah bodoh sgt double B ni.Seolah-olah Dato Hisham ni belum mati lagi diaorg ni dah sibuk korek liang lahat dan rebut mcm2 dr org tua ni. Tak nama dia kurang ajar tu. Ini bukan buda Pemuda UMNO Malaysia tau.

Muhammad said...

Isu-Isu dan Cadangan untuk Umno dan BN

Saudara,

Demi kebaikan Umno dan BN pada pandangan saya asalkan bukan KJ yang langsung tidak layak untuk memegang apa-apa jawatan dalam Umno.

Berilah peluang yang adil kepada Mukriz atau Dr Khir kedua-duanya pemimpin yang hebat.

Muhammad

Anonymous said...

BRO MUHAMMMAD, APA CANTIK SANGAT PENYAGAK KHIR DAN SI BANGANG MUKHRIZ???

Anonymous said...

sudah tentulah saudara KJ kita brader. kenapa nk pilih mukriz yg selama nih jd barua bapak dia yg dah nyanyok tu? kenapa nk pilih khir toyol yg cuma tahu nk mencantikkn rupa parasnya saja? sebok nk bersorak smpai kg sndr tergadai. kata nk bg s'gor sifar pembangkang, alih2 kau yg mkn selipar dek pembangkang. hanya jauhari yg mengenal manikam brader. dua2 beruk nih mmg dah lama dok idamkan kerusi ketua pemuda tu, bukan kita Xtau. tambah2 si mukriz yg aku rasa nk bertanding ketua pemuda nih sebb didesak oleh ayahnya yg nyanyok tu. kalau bukan sbb ayahnya, aku rasa dia xkan berani bertanding. si toyol ni pulak aku mmg Xsetuju kalau dia nk bertanding, kang Xpsl2 pemuda umno malaysia tergadai dek tempe sekor nih. cukup lah s'gor tergadai brader, kalau Xpsl org s'gor dah lama menyampah dgn keangkuhan toyol yg mnjd diktator di s'gor dah tentu s'gor Xkan jatuh ditgn pembangkang. jgnlah kita terpedaya dgn dakyah2 kotor yg dilemparkan oleh 2ekor beruk nih. aku yakin, hanya KJ yg plg layak utk memimpin pemuda umno. takda yg lain. bukan si botak, bukan si tempe. hanya KJ!

Anonymous said...

Sapapun jadi ketua pemuda umno malaysia.....tak mendatangkan kesan pada rakyat biasa macam saya ni. Apa yang saya nampak....bila dah pegang jawatan... hanya kuasa, wang dan kemewahan saja yang dibolot secara rakus oleh org yg panggil diri mereka pemimpin. Tengoklah ketua pemuda umno yang la ni.....sapa yang tak tau? Apa yang petani, pekerja kilang atau kakitangan awam dapat?

Anonymous said...

saya menyokong penuh kata2 sundel bolong tu.toyo yg toya tu layak jadi ketua penyapu saja.gila kuasa xsedaq diri.baik p jaga babi khalid nak bela nati kat selangor.mukhriz ang xpayah la nak buat smart.pak turut saja,xdak tokoh langsung.KJ mmg patot naik.ini masa dia untuk buktikan dia bkn naik sbb jd menantu PM,tp dia mmg btol2 layak untuk berkhidmat,dia jaoh lebih bijak dari 2 ekor tu

Anonymous said...

kami mahukan saudara Khairy!!!!!!!!

Anonymous said...

kepada muhammad... aku nk tnye apa yg ko nmpak hebat sgt ngn si mukriz n khir tuh... ko nih aku rase mmg tak mukriz si khir... saje jek guna nama org lain utk puji diri sndiri.. dah la.. kalau yer ko nih bkan mukriz atau khir... ko cuba la duk bersandar n pelan2 fikir bebetul sape si mukriz ngn khir tuh sebenarnya... kalau ko tanye aku... senang jek aku jawab... dua2 nih sampah ko tau tak... SAMPAH!!! SAMPAH!!! SAMPAH!!!... BODOH BENGAP dan mcm2 lagik... aku ckup benci org mcm diorg nih...SEMAK!!! SEMAK!!! SEMAK!!! pastu aku nak tnye ko En. Muhammad... apa yg ko benci sgt dan kenapa ko rase KJ xlayak? cuba ko bg kat aku hujah2 ko dgn bukti mengapa KJ xlayak... aku xnak sekadar ckp2 kosong.. bwak bukti sekali... kalau setakat kata2 KJ sombong, menantu xboleh harap, nak jual malaysia... tuh semua kata2 yg keluar dari tekak manusia2 yg bodoh.. dan ko pun percaya tanpa usul periksa dan ko pun bodoh la jugak... jgn jadik bodoh brader... permata intan berlian dah ada depan mata... jgn lak ko pegi bangang pilih gak kaca... aku bkan ckap kosong la bai... dulu aku xtau sapa KJ pun aku mcm ko gak... tapi bile dah aku cuba dekati die ( die xtau kot aku dekati die ) aku nmpak bakat dan ketokohan yg ada pada die... sikap sombong mmg ada kat die.. memang sombong mamat nih... tapi aku nmpak usaha die untuk berubah... dan dah nampak pun perubahan tuh.. kalau tak percaya turun ler ke Rembau.. die ada kt sane every Jumaat.. hari2 lain pun ada gak cuma jumaat die akan ada di pusat khidmat masyarakat chembong rembau... baik la mamat nih... bebetul baik... kalau KJ atau team2 die ada baca tulisan aku nih jgn nak rase bangga diri plak... tapi mmg betul apa aku cakap... pujian aku nih ikhlas... tolong la... jgn persia-siakan bakat besar ini... KJ seumpama permata yg dikurniakan Allah kepada negara kita Malaysia dan bangsa kita Melayu... kikislah segala rasa hasad... jgn mudah percaya dgn apa yg didengar dan jika melihat.. lihat lah berkali2 kerana sudah banyak yg tertipu dgn pandangan pertama.. untuk KJ... aku tau ko tak baca blog nih... ok lah untuk team2 KJ yg baca blog nih sampaikan salam aku kat KJ... teruskan usahamu... n one more thing KJ... melayu bukan sekadar nama bangsa... ia meliputi budaya, cara hidup, cara berkata2, cara melihat, dan pendek kata jadilah melayu sejati dan jgn lupa pada janji... insyaAllah bukan sahaja melayu malah satu dunia akan menyintaimu... SALAM

Anonymous said...

kalau ikutkan karakter dan penampilan setiap nama2 yang telah di sebut sebut..sudah tentulah saudara khairy yang paling layak..beliau seorang yang energetic dan bertenaga..

tidak seperti mukhriz yang hanya menyampaikan idea mahathir sahajah bukannya idea nya sendiri..


anak toyol pula jgn la harap..dah tentu la jawatan ini untuk pemuda..anak toyol tu dah tua..rambut pon dah penuh uban..

Anonymous said...

HARIMAU MAUT = MASKOT BERUK

So boleh tinggal dlm satu sangkar..
ehek...ehek...

Anonymous said...

nih apa citer nih pak??? cuti ker??? nape xupdate blog??? makan gaji bute ker??? jawab la... senyap tuh tandenye bangang... hahahahah... jgn marah yer pak....so apalagik... update la lahabau... jgn la malas... malas la puncanya kepada segala kekalahan... malas nak tulis... malas nak jumpa rakyat... malas nak buat itu dan ini... bile org tulis biler org buat perjumpaan sruh polis tangkap... tapi sndiri malas......hahahahaha...

Anonymous said...

rembau mmg beruntung sebab dpt saudara kj..aku nak kj di jerlun!!!

Anonymous said...

hai marah ke bang..alaa..jgn la marah..

ape yg aku ckp betul kan..khairy mmg layak..

kenapa skng semua menunding jari kepada khairy..

saudara mukhriz pula mengambil kesempatan..

Anonymous said...

Apabila dato hisham tak nak bertanding lagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia timbul pelbagai versi pemimpin yang ingin mengganti. Cuba renungkan:

1. Khir Toyo iaitu Pengerusi Pemimpin UMNO Selangor pun gagal dalam tugas dia membawa negeri Selangor menang dalam pilihanraya dulu. Macam mana dia nak pemimpin pemuda UMNO Malaysia? Takut ada pemuda diberi penyapu lak.....


2. Mukhriz belum nampak kredibiliti yang menonjol serta kelantangan banyak dibantu oleh pengaruh bapanya. Bagaimanapun kelantangannya tidak kena pada tempat serta masanya.


3. Khairi berpotensi, berani serta lantang. Cuma dia kena belajar kemahiran berkomunikasi serta mengeluarkan idea-idea bijak yang boleh difahami masyarakat bawahan. Dia kena baca buku tentang agen perubahan banyak lagi.

4. Tentang muka-muka baru yang lain tak nampak lagi kredibiliti mereka.

Anonymous said...

Khairy, Khir Toyo, Muhriz ke sapo-sapo pun yang dok lagi kat UMNO sumenya memang mangkuk. Berebut kuasa tak sudah-sudah, agenda iblis saje yang diikutnya. Zaman sahabat2 Rasullah takde sibuk nak jadi pemimpin kerana tanggungjawab pemimpin itu besar dan kerana takut tak terpikul maka mereka tak mahu jadi pemimpin. Zaman UMNO ni lain pulak sebab diaorang ni ada agenda utk kepentingan diri sendiri. Hish!!! tak nak le aku komen banyak kat blog ni, kang jadi sama macam diaorang jugak. Nauzubillah!!!

Anonymous said...

Khairy tu memang mangkuk.
MANGKUK JAMBAN!!!
Memang sesuai dgn nama dia tu.
KHAIRY JAMBANLUDIN.

Anonymous said...

mukriz,mukriz,mukriz........mamat ni dah dianggap hero dalam group2 anti UMNO buat masa sekarang ni.hallo berader, hero hindustan (Bollywood) boleh la.moral daripa cerita hindustan ni.peh kalau hampa perhatikan betoi2 memang meleleh air liuq dan sebaldi ayek mata lah.memang pandai pembikin filem ni buat filem.sebab tulah ramai orang terkedu tgk filem dia. tak cukup 14 kali dekat wayang 41 kali tgk DVD siap beli yang ori lagi.punya la nak sapport artis hero pujaan ni. Tapi hakikatnya orang kita la ni kena bohonh dek filem2 bollywood ni. Dia punya jalan cerita hampa sendiri yang tau lah. Tumbuk sana-tumbuk sini,teriak sana teriak sini, dll lagi. Skrip2 nilah yang mukriz dok pakai selama ni hampa tau dak. Membohong, menipu segala2nya. yang kita dok syok dengar dia dok kencing kita.siap pi sokong yang aku tak layan tu. Tapi wahai mukriz, org malaysia ni yang dok layan bollywood dah kurang dah.tak macam dulu lagi,masa zaman pak hang tu.la ni hang nak buat balik,tak leh lama sgt la,org dah boleh baca dah. mcm tu gak dengan cerita hindustan.orang dah boleh baca ending dia macam mana.bodoh la orang yang dok layan depa ni.

Anonymous said...

Org sekarg nih dah tak tengok filem hindustan dah..
Sapa hang suruh layan dgn filem bollywood. Dak ketinggalan zaman
dah ooi...
Hang tidoq lagi ka. Bangkit oi bangkit...
Hang elok pi tidoq sama Pak Lah
lah..

Anonymous said...

kepada sesiapa yg mengutuk kredibiliti KJ....aku nasihatkan korang bukak lah mata,terima lah kenyataan.sememangnya KJ ni berkredibiliti dan berkebolehan.apa kata korang semua ni cuba menyokong dan mendekati org yg mampu memimpin.bkn mcm Khir dan mukhris.

Anonymous said...

Ni dah bukak mata pun...
So kesimpulannya.

KJ meaningNYA KERA JADIAN.
Memang patut pun colour pun hitam
belegam sama spesies dgn
ORANG UTAN!!!!

Waka! ka! ka!

Anonymous said...

koorg ni memang bodoh.orang b uat perumpaan dengan filem hindustan.yang ko tu bodoh nak mampus apahasl.ada otak fikir2kaln lah sket.jangan la pandai nak cakap ja. memang dasar org mcm ko dan bos ko si mukriz tu yang bodoh. aku tahu org mcm ko ni bodoh sebab tu tak ada kerja.nasib koorg baik dapat kerja dengan mukriz untuk taip benda2 mcm ni.sebab tulah ayat2 ko tu tak matang dan bodoh. rugi mukriz bayar org mcm ko ni tahu.tahu buka blog tapi tak tau nak taip.kalau takat komen mcm ko ni budak sekolah pun boleh buat.bodoh

Anonymous said...

MUKHRIZ bodoh

KHIR TOYO bahalul

KHAIRY Idiot

Jawapan bagi org bodoh - bangang, bengong, bastard!!!

Anonymous said...

OI UPDATE LA OI!!! DA XDE BERITA KER??? ORANG LAIN PUNYA BLOG SEHARI 4 KE 5 UPDATE.. NIH DAH BRAPE LAMA XUPDATE NIH.... HANGIN NIH WOI!!!

Anonymous said...

aloo...jawatan tu sesuai utk pemude ja..utk kj.kami sokong!!!!!

Anonymous said...

punca kekalahan umno di selangor adalah berpunca daripada khir toyo

Anonymous said...

kenapa ko nak bertanding jawatan ketua pemuda??ko bukan muda lagi walaupun muka cucuk botox...??

Anonymous said...

kenapa tiba tiba khir toyo ingin kembali ke pemuda??gila kuasa apa??

Anonymous said...

khir toyo dah x sedar diri..
aku rase dia dah mabuk kot...
bajet muka kasi cucuk botox leh kekal umuq....
harap khir toyo bersabar la..ang x layak nak jadi ketua pemuda...

Anonymous said...

khir ke pemuda?
hah?
dia tidak sedarkah?
oh.
ptut la.
sudah kelihatan muda!
mana nak igt bumi yg dipijak.
sudah la tuh!
sedar2 lah diri.

Anonymous said...

abg khir dengan ladang babi!
khir dah xboleh berfikir.
lemah.
daya pemikiran sudah tumpul.
tgk la.
nk ke PEMUDA plak???!!!
hah?
apa?
ladang babi ya khir?

Anonymous said...

Khir not only with the Pig bussiness.
He also let Selangor been raped off.
Sorry!
not to bring the racist issues here.
but,as from myself.
Pig can causes lot of disease!
Anyway,KJ.
good deeds at REMBAU!
KJ!
KJ!

Anonymous said...

yeah right.
khir totally messed up this time.
u are dead meat this time.
aiyyo!
what a scene.
goin to PEMUDA with your performance like this.
hahahaha.
talking nonsense lah Khir.
KJ is qualified.

Anonymous said...

Khir pigs,stupid and lame!
most important you are not the man!
even chua soi lek is better!
he claim that he the man after doing wrong!
unlike u!
KJ also better qualified rather than u!
stupid!
go KJ!

mad said...

hahaha aku pun setuju jika kj dipilih. nanti akan mencepatkan lagi kejatuhan um..no. padan muka korang. memang dah standard um..no pilih ketua yg berperangai buruk dan kaki kaut duit rakyat

Anonymous said...

Mukriz Terlalu Emosi
Written by Administrator
Wednesday,26 March 2008 05:39

Exco Pemuda UMNO dan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mendesak agar pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditundakan. Beliau mahu Presiden parti mengotakan kata-katanya pada tahun lepas iaitu pemilihan UMNO akan diadakan pada tahun ini.
Desakkan oleh Mukriz tersebut adalah satu keputusan yang kurang bijak dan ianya terlalu mengikut emosi. Mukriz seharusnya menjaga kerebilitinya sebagai seorang Exco pemuda UMNO, perlu bertindak dengan bijak dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Desakkan beliau tersebut seolah-olah mahu memecah belahkan anggota parti UMNO.
Mengikut Fasal 10.7 Perlambagaan UMNO, Majlis Tertinggi sebagai badan tertinggi Parti berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan,tetapi penanguhan itu tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan asal.
Seharusnya Mukriz lebih memahami dan mengetahui akan setiuasi Parti UMNO selepas mengalami kekalahan lima buah negeri. Di waktu ini Pemimpin UMNO perlu memperbetulkan semua kesilapan mereka di dalam pilihan raya umum yang lalu.
Mukriz dinasihatkan supaya jangan terawang-awang di angkasa, perbetulkan dahulu akan kesilapan dan jangan biarkan penyakit ini berterusan. Jika ketika air keruh, hujan lebat dan angin kencang, bagaimana kita mampu merawat politik yang sedang bergelora ketika ini.
Penangguhan pemilihan UMNO merupakan suatu keperluan bagi kesemua peringkat ahli dalam UMNO dan Inilah masanya untuk pemimpin tertinggi turun padang bagi memantau permasalahan supaya dapat muhasabahkan diri dapat dilakukan bagi memperkukuhkan semula perpaduan dalam parti


Petikan daripada http://www.kulitpisang.com

timzorro said...

sume hampeh.........maybe norza zakaria better than kj or khir........tapi ape2 pun umno da lari dr perjuangan utk rakyat lebih utk diri sendiri je.....lu pk la sendiri.......hehehe

Anonymous said...

saya sokong KJ jadi ketua pemuda berbanding mukriz dgn khir. bukalah mata dan minda saudara semua, jgn kerana cerita yg hanya didgr atau dibaca saudara trus percaya. cuma setiap insan ada kelemahan dan jg kelebihan

AriffSMB said...

Untuk menjaga dan memulihkan semula nama Pak Lah, Khairy seharusnya sudah mula memainkan peranan dengan tidak menawarkan diri merebut jawatan Ketua Pemuda. Antara faktor utama kejatuhan undi UMNO dalam PRU-12 yang lalu adalah disebabkan penglibatan yang terlalu jauh dalam parti.

Khairy Jamaluddin masih lagi muda. Tidak ada apa yang perlu dikejar oleh KJ dalam UMNO. Tidak dinafikan, KJ mempunyai karektor dan kebolehan memimpin dan berpidato. Malangnya KJ menantu Pak Lah. Rakyat sering membandingkan pendekatan yan di bawa oleh Mahathir yang tidak membenarkan ahli keluarganya terlibat dalam politik sepanjang beliau menjadi PM.

Seharusnya KJ bersabar dan cuma perlu belajar dan mengenali antara kawan dan musuh dalam politik melalui belakang tabir yakni tanpa memegang jawatan dalam parti. KJ seharusnya mengambil kesempatan ke atas kedudukan Pak Lah dengan lebih bijak tanpa dapat dikesan atau dihidu oleh orang lain terutamanya rakyat.

KJ seharusnya terlebih dahulu mengumpul kekuatan dari bawah iaitu bergerak tanpa jawatan yang mana dengan cara itu, orang lain terutama rakyat akan lebih yakin dan berasa hormat dengan perjuangan yang di bawa.

Sayangnya KJ memilih untuk memegang jawatan bermula dengan Naib Ketua Pemuda. Dengan ini secara tak langsung orang akan melihat dan menilai KJ seorang yang kemaruk jawatan, menggunakan title sebagai menantu Pak Lah untuk kepentingan diri dan mempunyai firasat atau niat yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

Ditambah dengan kelemahan demi kelemahan yang mula ditonjolkan oleh Pak Lah, pastinya akan membuatkan rakyat bertambah muak dan jelik dengan keangkuhan, kegopohan dan ketamakan KJ dalam parti.

Tidak mustahil Parti UMNO akan menjadi tidak lagi relevan pada rakyat sekiranya 'FAMILY POLITIC' ini tidak dibendung dari sekarang.

Sudah tiba masanya untuk UMNO belajar dari kesilapan, kejatuhan dan hilangnya keyakinan rakyat yang ditunjukkan dalam PRU-12.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP