Mukhriz Calon Ketua Pemuda Anda???
Monday, April 7, 2008
Kenali Calon Ketua Pemuda Anda:
I. Dato Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir tidak pernah menidakkan gelaran "anak bapak" yang sering dilemparkan kepadanya. Ini kerana hidupnya sentiasa dicatur mengikut kehendak ayahnya.
Sebelum Mukhriz mula mengorak langkah di dalam Pemuda UMNO, siapakah calon Pemuda Ketua Pemuda ini?. Mukhriz merupakan anak lelaki bongsu mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Dari bangku sekolah, Mukhriz tidak mempunyai cita-cita yang tinggi. Mukhriz tidak mempunyai minat dalam perniagaan mahupun politik. Sejajar dengan itu, Mukhriz tidak pernah diberi tekanan belajar seperti Mirzan dan Mokhzani yang telah belajar di Universiti terkemuka seperti Wharton.
Bukan Dr Mahathir tidak sayang kepada Mukhriz tetapi sebaliknya, peranan yang ditetapkan untuk Mukhriz ialah untuk menjaga hal ehwal keluarga apabila Dr Mahathir tiada lagi. Sebaliknya, Mirzan ditugaskan menjaga empayar perniagaan keluarga manakala Mokzhani diketengahkan sebagai penggantinya dalam bidang politik. Mukhriz memang tidak mempunyai minat untuk meneruskan pelajaran ke menara gading dan lebih berminat untuk menjadi ahli muzik atau berkecimpung dalam aktiviti kegemarannya, sukan menyelam. Walaupun pada mulanya direstui oleh kedua ibu bapanya, kegagalan Mirzan untuk menjayakan semua peluang perniagaan yang ada telah memaksa Dr Mahathir membentuk seorang lagi ahli perniagaan dalam keluarganya. Tugas untuk menjaga keluarga dialihkan kepada puterinya, Marina. Dr Mahathir telah mengarahkan Mukhriz untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan.
Oleh kerana takut akan kelibat ayahnya, Mukhriz akur. Tetapi dia memberikan syarat kepada ibunya bahawa jika dia terpaksa belajar, dia ingin melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat agar dia boleh mendalami lagi minatnya dalam dunia muzik. Setelah dipujuk oleh Dr Siti Hasmah, ayahnya bersetuju. Namun, pelajaran bukanlah merupakan kualiti kuat Mukhriz. Walaupun menggunakan segala kuasa ayahnya, tidak satu pun Universiti ternama yang sanggup mengambil Mukhriz sebagai pelajar. Inilah detik permulaan Dr Mahathir membenci Amerika Syarikat
Setelah gagal mendapat tempat di Amerika Syarikat, Mukhriz telah dipikat oleh Datuk Hanafi Ramli, Naib Ketua Bahagian Kubang Pasu untuk meneruskan pelajaran di Jepun. Datuk Hanafi yang ketika itu begitu rapat dengan Mokhzani menjanjikan Mukhriz bahawa teknologi muzik yang terbaik berada di negara Jepun. Mukhriz bersetuju dan telah dimasukkan kedalam Universiti Sophia. Beliau kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis Jepun.
Sebagai membalas budi Mukhriz yang bersetuju untuk belajar di Jepun sekaligus memberi nafas dalam politiknya, Datuk Hanafi, yang dilantik Pengerusi TDC telah membantu Mukhriz untuk mendapat tempat menjadi perunding kepada Bank of Tokyo. Mukhriz dibayar sebanyak RM20,000 sebulan untuk menasihati Bank of Tokyo sebagai perunding dalam hal ehwal pelancungan. Bidang ini merupakan bidang yang baru diwujudkan di dalam Bank of Tokyo dan telah dibuat setelah TDC melantik bank tersebut sebagai penasihat kepada TDC di Jepun dengan bayaran berjuta juta ringgit. Mukhriz bahagia kerana dapat tinggal di Jepun dan meneruskan api cintanya itu.
Namun, mahligai yang didirikan olehnya akhirnya berkecai apabila Mukhriz dipaksa memutuskan hubungannya dengan gadis Jepun tersebut setelah ayahnya memanggilnya pulang. Walaupun sedih, Mukhriz sekadar mengeluh dan mentaati perintah ayahnya. Bagi meredakan potensi pertelingkahan keluarga, Mirzan telah menemukan Mukhriz dengan Tan Sri Ting Pek Khiing. Gabungan Mukhriz dan Ting telah diberikan hak untuk membangunkan pelancungan di Pulau Layang-Layang untuk projek dive-tourism, sukan kegemaran Mukhriz.
Setelah hati lukanya terubat, Mukhriz telah diarah untuk memulakan perniagaan dengan beberapa tokoh Melayu tempatan. Malangnya Mukhriz tidak gemar akan perniagaan yang serius. Semua perniagaan yang dimasuki gagal menempah nama. Mirzan sedar untuk berjaya, Mukhriz perlu bergabung dengan usahawan yang benar berpengalaman dalam industri yang berdasarkan hiburan, atau sebagainya yang berada didalam kepompong minat adiknya.
Mirzan telah memanggil Datin Irene Gan untuk bergabung tenaga dengan adiknya itu. Mereka telah diberi hak untuk menguruskan hotel-hotel Seri Malaysia, rangkaian hotel yang dipunyai oleh Kerajaan. Walaupun tidak mendapat banyak keuntungan, formula ini tampak berjaya. Mirzan telah mereplikasi formula ini dan telah mengatur Mukhriz dengan syarikat seperti Airzed, TBWA, Aijya, Opcom dan Kosmo Technology.
Kegagalan Mokhzani diterima oleh UMNO benar-benar menikam kalbu Dr Mahathir. Walaupun dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO, satu jawatan yang dikejar-kejar oleh ramai Pemuda UMNO, perwatakan Mokhzani tidak dapat diterima oleh akar umbi. Pada detik-detik akhir zaman pemerintahannya, penglibatan perniagaan Mokhzani telah dikritik teruk dan dia terpaksa memindahkan semua pegangan perniagaanya. Ini menamatkan riwayat politik Mokhzani. Nama Mirzan juga telah terjejas akibat penglibatannya didalam skandal MISC, justeru Mahathir terpaksa, menoleh kepada Mukhriz sebagai penggantinya di dalam UMNO.
Tetapi Mukhriz tidak pernah dididik sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu bergerak tanpa arahan dari ayahnya ataupun abang-abangnya. Disebabkan oleh kekurangan daya kepimpinan itu, Mukhriz telah ditolak dalam pemilihan di Kubang Pasu. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, Dr Mahahtir telah menggunakan segala kuasa yang ada pada dirinya bagi memastikan Mukhriz menang dalam pemilihan EXCO Pemuda Malaysia.
Mukhriz telah diberi jawatan sebagai Pengerusi Biro Ekonomi. Namun, kerana dia tidak gemar perkara yang serius, Mukhriz sebagai EXCO yang terbanyak undi telah memilih menerajui Biro Antarabangsa. Ini membolehkan Mukhriz menjelajah dunia dan tidak tersekat dalam kepompong keluarganya. Mukhriz tidak pernah menggunakan platform ini untuk menjana program besar, sebaliknya banyak bertumpu kepada program-program kecil yang tidak melibatkan ramai orang.
Setelah 4 tahun berkecimpung dalam politik UMNO, Mukhriz masuk didalam bab baru yang dicaturkan oleh ayahnya – bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Adakah Mukhriz calon Ketua Pemuda anda?
26 comments:
Fuhh......masyuk lah perwakilna semua kali ini. Tapi tak semestinya Mukhriz menang sebab Khir Toyo pun sama kaya melalui syarikat meganya Lebar Daun yang mempunyai kekuatan wang ringgit beratus juta.
Ali Kota Raja
Wahai Mukriz yang durjana........Kehadiran mu di bumi UMNO adalah tidak dialu-alukan. Wahai Mukriz cukuplah dengan apa yang ko telah buat selama ini.Apa yang ko buat semuanya menyusahkan orang ja terutama pemimpin dan parti UMNO.Ko tak layak lagi untuk berada di dalam UMNO.Aku cadangkan ko masuk ja Parti Pembangkang atau pun tubuh ja parti bapak ko sendiri.
Mukriz + Khir Toyo ni memang gandingan mantap dalam merosak dan memunah peranahkan parti.Kedua-dua orang ni yang main politik wang dalam UMNO.
Betul ke cerita ini?. Memang tak layak betul Mukhriz atau pun mana-mana calon yang ada sekarang memimpin Pemuda
PEMUDA UMNO MMG BODOH, KERJA NAIKKAN ORANG, TURUNKAN ORANG.
Bukan depa yang turunkan orang!.Kita pengundi yang turun kan diaorang. Cuba naikkan Mukhriz, pasti dia akan kandas di Jerlun. Sama seperti mana-mana calon yang lain
Main duit mana tak lepas di Jerlun....
calon anak bapak..
bukan calon anak bapak harimau maut...
tapi calon anak orang tua nyanyuk!!!
weii mukhriz dh laa weii..
xyah nk kaut keuntungan dah!!
bapak ko dh kasi ko kaya brjuta2 pun..
nk watpe jd calon..
dh tua pun...cikit lg nk nyanyuk..
calon akademi fatasia pon tak lepas..hahaha
Orang macam Mukhriz ni lah yang menghancur leburkan UMNO. Patut digantung je orang macam ni
ini mukhriz aaa
manyak bodo
Tentang Mukhriz nak bertanding sebagai Ketua Pemuda disaat UMNO bermasalah menunjukkan:
1. Bersifat perjuangan peribadi.
2. Tiada semangat setiakawan dalam UMNO.
3. Tidak menghormati pemimpin sedia ada.
4. Semangat UMNO tidak dihayati dengan sepenuh jiwa dan raga.
Sepatutnya masa macam ni dia tampil:
1. Bekerjasama memantapkan UMNO.
2. Membantu memupuk semangat sayangkan UMNO.
3. Hormati pemimpin sedia ada ibarat murid hormati guru.
4. Menambahkan kepercayaan dan saling bantu membantu antara ahli-ahli serta mengambil tindakan bersesuaian.
BIRO HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Y.Bhg Dato’ Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi : Sdr. Mohd Hasnol Datuk Ayub
Setiausaha : Sdr. Mohd Suffian Awang
Bendahari : Sdr. Razali Idris
Setiausaha Kerja : Sdr. Anas Hafiz Mustaffa
Ahli Jawatankuasa : Sdr. Mohd Tajuddin Abdullah
Sdr. Nasarudin Mahamud
Sdr. Hang Tuah Din
Sdr. Yazid Abd. Samad
Sdr. Rosli Hasan
Sdr. Nur Mohd Ezan Taib
Sdr. Mohd Razali Razi
Sdr. Nornekman Osman
Sdr. Azizul Kamar Abdul Kamar
Sdr. Shahelmy Yahya
Sdr. Syed Najib Syed Jaafar albar
Sdr. Anwar Nast Setiabudi Mohd Ahyar
Sdr. Saiful Sidek Abdullah
Sdr. Ahmad Rahimi Abdul Samad
Sdr. Nordin Ali
Sdr. Shah Ghazni Hameed
Sdr. Badrol Hisham Zaki
Sdr. Azrin Zizal Abd. Aziz
Sdr. Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Sdr. Mohd Nor Abdul Aziz
Persoalannya sekarang?Apakah peranan Biro ini dalam selama ini?Apakah relevan dan rasionalnya Biro ini? Apakah sumbangan mereka kepada Masyarakat Malaysia?Kenapa ada ketika Dato Hisham menyatakan bahawa peranan Biro ini perlu dipertimbangkan semula? Kenapa persoalan ini perlu ada?
Sesuatu Biro sebenarnya ada fungsinya yang tersendiri.Itulah sebab ianya dibuat.Malangnya ianya amat bergantung kepada penggeraknya.Iaitu Ketua ataupun lebih dikenali sebagai Pengerusi. Pengerusi/Ketua perlu memainkan peranan penting dalam mengerakkan sesuatu biro agar ianya berada dilandasan yang betul dan menjadi relevan. Namun Y.Bhg. Dato’ Mukriz gagal merelevankan Biro yang diketuainya. Mengapa persoalan-persoalan ini diajukan.Kesimpulannya, Y.Bhg Dato’ Mukriz GAGAL dalam melaksanakan tugasnya . Adakah orang macam Dato Mukriz ni layak menganti Dato Hisham.JAWAPANYA TIDAK
Wujudke biro ini dalam Pemuda?. Ingat Mukhriz Pengerusi biro cakap kosong dan politik murahan
layak ke mukhris jd Ketua Pemuda...?jawapan nya tak layak...so mukhris ingat ! ini suara pemuda...kalau ko menghasut ahli umno suruh pak lah letak jawatan...kitaorg pemuda lansung tak setuju utk melantik mukhris menjadi ketua pemuda....
mukhriz ni haram skupangpon xguna.
orang kata kalau xmampu untuk jadik makanan yg enak ckuplah jadik sampah yang berguna... sampah yg boleh di recycle untuk dijadikan tisu mungkin... tak pun botol minuman ker.. aku respek gak ngn mukhriz nih... wlaupun die tau die sampah haram jadah satu sen pun tak guna tapi die pandai mengaplikasi kan status dirinya yang sememangnya sampah menjadi sampah yg seakan-akan berguna yang akhirnya akan ke tong sampah juga atau lebih mulia sikit tong sampah recycle... dan satu lagi kebolehan yg tak ada kt orang lain tapi ada kat mamat nih ialah muka xtau malu... tak sedor diri... sama ler ngan tag team die tuh si mamat tempey tuh abg khir... duo2 nih den ckup polik tul... ntah hapo yg ado dlam kepalo hotak memasing pun den xtau...
Tak kire le sapo-sapo pun, yang masih sokong UMNO tu mangkuk hayun, pemimpin UMNO plk 2 kali mangkuk hayunnya... memang brand UMNO patutnye dah takde lagi dah!!!
syg sribu kli syg.
enth mn maruah bangsa melayu!
;o
Dulu aku sokong jugak mukhriz ni. Tapi sejak kebelakangna ni aku dah semakin geli tengok dia. Apa yang keluar dari mulut dia semua berkenaan dengan bapak dia. Takkan ak jadi pemimpin keluarga mahathir sahaja.
Mukhriz tak layak!
prangai mukriz mmg cm `bapak' die laa...die x layak!!
khirtoyol
Kenapa laras bahasa komen-komen dalam blog ni bunyinya macam datang dari kepala, otak, tangan dan jari yang sama?
Sendiri tulis ye?
hahaha . nie semua komen sendiri tulis. bodo nyer blogger . mcm la tatau . semua anonymous siottt. sebab sebenarnyer takde sape sekepala yg nak sokong ko ngan paklah tuh
Post a Comment