Hisham Bailout Mukhriz lagi! - Malaysiakini
Saturday, May 31, 2008
Lawannya, Mukhriz Mahathir yang mempunyai bahtera sebesar Khir seringkali membuat kesilapan politik. Kenyataan demi kenyataan yang dibuatnya menguatkan lagi peluang Menteri Besar Selangor untuk menjawat takhta Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mukhriz mula dibenci oleh ahli UMNO dari UMNO induk hingga ke Pemuda. Perangainya di Parlimen menguatkan lagi rasa kebencian ramai pihak terhadap Mukhriz. Ini semua berlaku kerana penasihatnya tidak sehebat Khir. Malah penasihatnya bukan dalam kategori yang sama dengan Faizal mahupun Reezal. Faizal Ipoh yang lebih mementingkan kedudukannya di Ipoh merupakan punca utama yang melemahkan Mukhriz.
Mukhriz cuba menjelajah Malaysia tetapi tidak mendapat sambutan. Di Kelatan dan Terengganu, hanya seorang Ketua Pemuda sahaja yang dating bertemunya. Mukhriz sudah membaca kekalahannya ini. Oleh kerana itu dia bertindak untuk mengeruhkan keadaan di dalam UMNO dengan harapan dia akan dipecat dan dijadikan sebagai wira. Tetapi Dato Hisham tidak akan membuang Mukhriz dari Pemuda. Tidak sekali-kali.
Ini kerana UMNO kaya dengan silap mata. Jika ramai pemerhati politik melihat gerak geri balas Mukhriz mereka akan kecewa. Ini kerana Mukhriz tidak mungkin berjaya melawan "Taufan Toyo" yang melanda. Mukhriz terpaksa bergantung harap kepada Ketua Pemuda dan sahabat bangsawannya, Hishammuddin Hussein. Kumpulan "anak PM" ini sudah mengatur satu lagi rancangan untuk melemahkan kekuatan Khir. Pengumuman Sekretariat Pemuda menunjukkan siapa pilihan Hisham untuk menggantinya. Nama-nama penyokong Mukhriz seperti Harrison Hassan, Wan Azizi, Ikmal, Sazmi Miah dan Subhan Kamal menggegarkan Pemuda UMNO. Ini kerana tidak seorang daripada mereka pun yang mengeluarkan wang ringgit atau titik peluh untuk membangunkan Pemuda 4 tahun sebelum ini. Di mana Dato Aziz Baling, boss Wan Azizi yang telah mengangkat Wan Azizi selama ini?. Dimana Reezal Merican? Dato Firdaus? UstazSyamsul Najmi? Hasnol wakil Sabah?
Antara nama-nama yang disenaraikan sebagai Ketua Sekretariat, nama Harrison dan Wan Azizi yang paling ketara. Harrison yang tidak mempunyai sokongan akar umbi dan kelihatan bergambar dengan Mukhriz ketika sidang media di Pan Pacific tempoh hari tidak pernah berbakti untuk Pemuda UMNO. Dia hampir terkeluar daripada pemenang EXCO walaupun telah dilobi oleh Dato Akhbar Khan, Dato Hamid, malah Dato Hisham sendiri. Harrison yang bakal digulingkan di Bahagian juga tidak mempunyai daya pikiran yang tinggi. Dia tidak mempunyai idea yang bernas. Yang lebih ketara, Harrison merupakan seorang yang begitu pemalas. Dia tidak menjayakan walaupun satu program dalam 4 tahun yang lepas. Bagaimana dia mahu meremajakan Pemuda?.
Wan Azizi pula merupakan kaki ampu yang terkenal di seluruh Perak. Walaupun mendapat pencalonan yang tinggi, Wan Azizi terkeluar daripada senarai pemenang EXCO kerana tidak mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan. Walaupun bironya paling banyak membuat program, Wan Azizi sekadar menumpang "posing" gambar sahaja. Semua programnya digerakkan oleh Dato Aziz Baling. Dia hanya mengikut telunjuk bosnya Dato Hisham. Dan jelas telunjuknya kearah Mukhriz.
Perlantikan mereka menunjukkan Dato Hisham sudah hilang pertimbangan. Dia sudah cemas. Dia sedar perlantikan ini sebenarnya hanya akan melemahkan lagi Pemuda UMNO. Ia akan menjauhkan orang ramai dari UMNO. Kenapa Hisham begitu beriya-iya ingin memastikan Mukhriz menggantikannya?. Kerana suara dari akar umbi mengatakan Hisham tidak mungkin dapat menang kerusi Naib Presiden pada pemilihan ini. Silap-silap tak cukup pencalonan. Tanpa jawatan dalam parti, dia memerlukan seorang boneka untuk mengangkat namanya ke pucuk pimpinan. Boneka yang paling sesuai?. Sahabat bangsawan.
28 comments:
Ahhh biarlah Hisham belot Mukhriz, yang penting bagi aku Khir toyo bakal menjadi ketua pemuda yang baru.
Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau akan bertanggungjawab ke atas semua kenyataan yang dibangkitkannya kepada media, Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara mengenai masalah dalaman UMNO.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, beliau akan akur jika Lembaga Disiplin parti membuat sebarang ketetapan atau hukuman ke atas setiap kenyataannya sebelum ini.
''Saya bertanggungjawab. Saya menanggung setiap patah perkataan yang saya cakap di Dewan Rakyat atau Negara.
''Terpulang kepada pengurusan UMNO. Saya akur kalau mereka kata saya perlu dihukum," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
This blog bloody rocks!
Hisham sebenarnya pengecut, Tak berani nak bertanding. Kononya bangsawan. Padahal akalu bertanding VP, mesti kalah. Sama amacam mukhriz, anak bangsawan. KJ pulak ingat dia bangsawan, semuanya tak bermakna.
Salleh wanga maju
RaksasaBN gila.
Aku sokong Datuk Seri Khir Toyo. Mukhriz dan Khairy tidak boleh dipercaya, mereka berdua hanya mementingkan diri sendiri.
Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO tidak ada bezanya dengan keputusan-keputusan yang diambilnya selama ini sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai negarawan. Lantaran seperti keputusan-keputusan Tun sebelum ini, ianya sukar difahami dan sukar diterima di dalam masa yang singkat.
Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO adalah hampir sama dengan keputusan yang diambilnya pada tahun 1998 iaitu keputusan mengikat ringgit dengan Dollar Amerika dan mengadakan sekatan modal. Ianya sukar diterima oleh mereka yang memahami ekonomi sama seperti mereka yang memahami politik hari ini dan ia ditolak mentah-mentah oleh penyokong setia Anwar Ibrahim, seperti mana mereka mempersendakan keputusan terkini Tun.
Keputusan Mukhriz Mahathir untuk kekal di dalam UMNO pula dijadikan lawak jenaka untuk memperkecilkan usaha Tun tetapi sebenar-benarnya, tindakan Mukhriz itu adalah didalam sedar atau tidak, adalah sebahagian dari perancangan besar Tun untuk menggugat pentadbiran Abdullah.
Tun sudah pasti yakin bahawa Mukhriz tidak akan keluar dari UMNO sebagaimana yang diserunya. Bahkan, beradanya Mukhriz didalam UMNO akan lebih mengancam masa depan pemerintahan Abdullah dan ini adalah yang dikehendakinya.
Tindakan Mukhriz, mendesak Abdullah meletakkan jawatan segera sewaktu mengumumkan untuk terus bersama UMNO merupakan satu percaturan hebat politik yang hanya Mahathir miliki. Abdullah lebih tertekan dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO lebih tertekan dengan adanya Mukhriz di dalam UMNO. Kalau diambil kira pengamatan Musa Hitam bahawa keluarnya Mahathir bererti keluarnya duri dari dalam daging, maka Musa silap, kerana Mahathir masih meninggalkan duri yang besar di dalam UMNO menerusi Mukhriz.
Mahathir tidak menggesa Mukhriz untuk kekal di dalam UMNO sebagai sebahagian dari strateginya, sebaliknya Mahathir mempergunakan kesetiaan anaknya di dalam UMNO untuk menjayakan strateginya.
Apakah strategi Mahathir?
Mahathir tahu dan faham benar sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO ciptaannya. Mahathir tahu seruannya supaya ahli-ahli UMNO keluar sementara dari UMNO tidak akan dapat menumbangkan UMNO. UMNO telah dibuktikan sejarah tidak tumbang akibat ahli-ahli keluar parti dengan majoriti ahli UMNO berakar umbi dari perjuangan Melayu yang setia kepada pemerintah. Tradisi UMNO terus berpegang kepada sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Mahathir juga tahu tradisi UMNO jelas dibuktikan sejarah bahawa jawatan tertinggi UMNO tidak pernah dimenangi menerusi pertandingan sebaliknya menerusi satu peralihan kuasa dengan pengunduran Presiden. Feudalisme di dalam UMNO masih kukuh, kuasa diserahkan secara bulat dan bukan dirampas menerusi undian.
Mahathir hari ini juga terus membuktikan bahawa tradisi UMNO kekal, dengan bekas Presidennya hidup di luar UMNO dan sejarah tidak menafikan kesemua bekas Presiden UMNO menghembuskan nafas terakhirnya diluar UMNO.
Sejarah juga membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO akan lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang secara langsung atau tidak langsung setelah tiada lagi didalam tampuk kuasa UMNO.
Mahathir tahu itu semua. Siapa yang lebih tahu tentang tradisi UMNO jika bukan Mahathir? Tindakan Mahathir keluar dari UMNO bukanlah satu lawak jenaka dan tindakan Mukhriz kekal didalam UMNO bukanlah satu penderhakaan terhadap ayahnya. Mereka yang mempersendakan insiden ini sebenarnya mereka yang daif dalam politik Malaysia.
Tetapi ada sesuatu yang Mahathir tahu, namun ramai antara kita tidak tahu.
Dari sebelum menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi, Mahathir mempunyai satu sentimen unik terhadap PAS. PAS bagi Mahathir adalah satu institusi penting bagi UMNO dan PAS adalah satu elemen utama didalam penyeimbangan kuasa di Malaysia.
Mahathir sering melihat kepentingan PAS dan yakin bahawa PAS perlu ada di luar Barisan Nasional. Bahkan, Mahathir membuktikan pemahamannya itu dengan menjadi tonggak instrumental didalam menyingkirkan PAS keluar dari Barisan Nasional selepas pilihanraya 1974.
Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional melainkan Mahathir, kata-kata seorang tokoh PAS Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sewaktu kemelut itu selepas Pilihanraya 1974 masih tergiang-ngiang ditelinga saya.
Masih juga terngiang-ngiang ditelinga saya, jawapan Tuan Guru Nik Aziz didalam sidang media pada 8 Mac 2008 sewaktu mengulas kemenangan besar PAS, Nik Aziz berkata, dia tidak rela melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional.
Mahathir juga tentu berkongsi intipati pengakuan Nik Aziz itu. Mahathir juga tentu tidak ingin melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional. Apatah lagi di dalam keadaan sekarang, kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional beerti hanya satu, iaitu Abdullah akan terus berada di dalam tampuk kuasa untuk masa yang lama.
Apakah Mahathir tahu dan kita sebenarnya tidak tahu bahawa ada usaha diperingkat tertinggi untuk membawa PAS kembali ke dalam Barisan Nasional? Usaha yang sebenarnya ditentang hebat diperingkat akar umbi PAS dan usaha yang sebenarnya akan mengkianati perjuangan rakyat?
Mahathir tentu terpanggil untuk memastikan usaha itu akan tidak menjadi kenyataan jika maklumat perisikan membisikkan ke telinganya bahawa usaha-usaha tersebut sedang diperingkat akhir.
Mahathir yakin ada segelintir didalam PAS yang melihat jika PAS kembali ke Barisan Nasional, PAS akan menjadi parti kedua terkuat mengikut jumlah wakil rakyat di Parlimen. PAS mempunyai 22 kerusi berbanding MCA hanya 15, PBB 14 kerusi, PRS 6 kerusi, SUPP 6 Kerusi dan lain lain komponen memiliki 4 kerusi atau kurang.
Sebaliknya di dalam Pakatan Rakyat, PAS pada waktu ini adalah Parti paling kecil dengan memiliki hanya 22 kerusi berbanding 28 kerusi untuk DAP dan 31 Kerusi untuk PKR. PAS juga adalah minoriti di Perak dan di Selangor dan tidak diiktiraf di Pulau Pinang.
Kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional akan menumbangkan kerajaan negeri Perak dan mengembalikan Kedah dan Kelantan ke dalam Barisan Nasional. Ini adalah kemenangan moral dan coup de tat terhebat buat Abdullah. Jika ini berlaku, harapan Mahathir melihat Abdullah tumbang tidak akan berlaku.
Mahathir juga tahu, jika PAS kembali ke dalam Barisan Nasional, sudah tentu akan mengakibatkan porak peranda di dalam PAS. Di dalam keadaan semangat bencikan Barisan Nasional begitu meluat-luat, PAS berharapan besar untuk musnah lantas akan melemahkan peranan PAS sebagai penyeimbangan kuasa di dalam politik Melayu.
Tentu sekali bila Nik Aziz menyambut keluarnya Mahathir dari UMNO sebagai sesuatu yang paling menggembirakannya, adalah kerana Nik Aziz juga tidak mahu PAS kembali ke dalam Barisan Nasional.
Apakah keputusan Mahathir keluar dari UMNO adalah sebahagian dari usaha Mahathir untuk menggagalkan kembalinya PAS ke dalam BN? Sudah pasti jika ada usaha-usaha itu ia pastinya ia akan tergendala buat sementara waktu.
Keluarnya Mahathir dari UMNO akan menyentap sebarang perundingan yang sedang berlaku secara rahsia, jika rundingan itu benar-benar sedang berlangsung, dan sudah tentu akan membantutkan usaha itu jika ada pihak sedang mengusahakannya.
Sebagai seorang yang negarawan, tindakan Mahathir meninggalkan UMNO juga amat sesuai dengan statusnya itu. Mahathir bukan milik UMNO dan perjuangan Mahathir sebagai negarawan tidak sepatutnya untuk UMNO tetapi untuk Malaysia.
Pemilihan detik pengumuman tindakan kontroversinya itu juga berkait rapat dengan khabar-khabar angin bahawa kerajaan pemerintahan Abdullah sudah hampir tumbang pada minggu lepas. Khabar-khabar angin itu juga mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sudah memiliki lebih 40 ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional yang bersedia untuk menyertai penubuhan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, tindakan keluarnya Mahathir juga mungkin adalah satu sabotaj terhadap usaha itu. Mahathir menyeru supaya ahli Dewan rakyat dari UMNO keluar dari kerajaan sekarang dan menjadi ahli Bebas. Apakah ini isyarat Mahathir kepada lebih 40 ahli Dewan rakyat tersebut?
Atau mungkinkah setelah berkali-kali usaha dilakukan oleh pihak Anwar untuk menemui Mahathir menemui jalan buntu, keluarnya Mahathir adalah sebagai memberi isyarat bahawa kini dia sudah boleh bertemu dengan bekas Timbalannya itu.
Apapun, hanya Mahathir yang lebih tahu dan yang pastinya, tindakan Mahathir keluar dari UMNO bukanlah sesuatu yang sejelas-jelasnya. Mahathir tidak akan melakukan sesuatu hanya untuk satu sebab sahaja. Mesti ada banyak sebab dan banyak yang sedang dipercaturkannya yang menyebabkan dia perlu keluar dari UMNO.
Seperti biasa, hanya masa yang akan dapat menyelongkar segala yang sedang dipercaturkan oleh Mahathir. Tetapi, adakah masa berada dipihak Mahathir?
Ah Kok, observasi luarbiasa. pls add more komen. memeng bernas.
Ha..ha..
Padan muka dgn Zaid Ibrahim.
Nak sokong PM konon.
Bodek Pak Lah tu,supaya Mukhriz & Tajudin di ambil tindakan.
Ha sekrg dgn hang sekali di kenakan
tindakan Tatertib oleh UMNO.
PADAN MUKA!!!!
Lepas ni kita tgk siapa yg kena....
Oi ISMAIL SABRI hang tu toksah ckp banyak la.
Nak bodek Pak Lah pun berpada2 la.
Baru setahun jagung jadi Menteri Penuh Dah kecoh.
Hang tu tak sikap Professional langsung.
Lebih baik balik kat Kwsn Parlimen
hang tu. Pasai apa JENGKA selalu
ada masalh bekalan air.
Pi la jengok2 sikit.
Tak pun hang jadi Pengurus kat anak hang Si DAFI tu.
-generasi ke 2 FELDA
Ezam Percaya Kepada Refomasi Pak Lah?
Ezam membuat kenyataan di dalam akhbar bahawa beliau menyertai UMNO semula kerana beliau mahu menyokong beberapa tindakan Pak Lah di dalam mereformasi beberapa institusi negara.
Bagi saya, takkanlah sdr Ezam begitu dungu dan bodoh sekali. Segala tindakan Pak Lah itu semuanya tidak ikhlas dan tidak efektif.
Apa gunanya mereformasi institusi kehakiman atau Badan Pencegah Rasuah sedangkan kebebasan bersuara tidak dijamin. Sekiranya Ezam bijak dan mampu menilai sudah tentu Ezam dapat melihat dua perkara pokok yang tidak dilakukan oleh Pak Lah:
a. Pak Lah tidak mengizinkan kebebasan media dan bersuara. Media di Malaysia masih dibelenggu dengan akta cetak dan elektronik. Apa gunana diwujudkan badan itu dan ini sekiranya rakyat tidak diberitahu
b. Mengapa reformasi ini bermula selepas Barisan Nasional kalah di banyak tempat? Mengapa Pak LAh tidak melakukan reformasi ini sewaktu selepas PRU 2004 dahulu? Sedangkan reformasi-reformasi ini adalah sebahagian dari janji-janji Pak Lah?
Pada hakikatnya, segala tindakan Pak Lah setakat ini hanyalah untuk memburukan imej Dr.Mahathir yang kerap menyerang beliau. Sekiranya Pak Lah ikhlas, tindakan pertama yang harus beliau ambil adalah membebaskan semula media di Malaysia ini.
Dengan adanya kebebasan media, barulah rakyat maklum tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan mereka sekali gus membanteras rasuah dan salah guna kuasa dengan jayanya. Rakan-rakan dari Indonesia memberitahu kita bahawa keadaan rasuah dan salah guna kuasa di Indonesia semakin hari semakin baik. Dan faktor utamanya adalah kebebasan media dan bersuara diberikan kepada rakyat Indonesian.
Bukannya dengan menubuhkan atau mengubah struktur berbagai-bagai badan yang ada dalam kerajaan. Segala inisitatif yang telah di isytiharkan oleh Pak LAh setakat ini tidak membawa kepada natijah yang baik. Ianya cuma menambah birokrasi sahaja kerana keputusan terakhir tetap di tangan Perdana Menteri.
Ini bererti kemasukan Ezam tiada kait mengait dengan beberapa langkah yang telah diambil oleh Pak Lah. Kemasukan Ezam ke dalam UMNO semata-mata untuk menjadi balachi Pak Lah dan dalam masa yang sama mengumpul laba untuk kepentingan peribadi beliau sahaja.
Nasihat saya kepada saudara Ezam, jangan la ingat kita semua bodoh. Kalau kami bodoh kami tak kekal dalam Pakatan Rakyat, kami akan masuk UMNO. Berhentilah dari menggunakan alasan-alasan lapok dan tidak berasas.
Hisham penakut!!! Mana berani nak hukum Mukhriz... Hari beria-ia cium keris... macam laaa pawor sangat. Hal kecil macam Mukhriz pun tak boleh handel.
Bring down Mukhriz!
KJ's men challenge Mahathir's son. Ansara (short for Anak Sains Mara) is the alumni for MRSM students. But this is no ordinary alumni. Mukhriz Mahathir, whom many view as a credible threat to Khairy Jamaluddin, who was put as Umno Youth's No 2 by virtue of being the PM's son-in-law, is president of Ansara.
If Mukhriz loses the Ansara presidency, he will lose a "power base" and his position in Umno Youth will be considerably weakened.
That is why Khairy has arranged for Mukhriz to be challenged, for the first time in 12 years, at the alumni's elections this weekend, or so according to this fight preview [Khairy dan kuncu2 dalangi pemilihan Ansara?] that appeared in Malaysia Today.
Even if it’s true that young master KJ is promoting a challenge against Mukhriz for Ansara’s presidency, why should we be surprised?
It’s politics. If Mukhriz is good and Ansara members want him, he’ll win, unless of course Ansara members – like members of political parties -- can also be blackmailed, bribed and bought.
If that’s the case, Ansara has little or no use to its members in particular and the Malays in general. It’s an insult to MRSM.
It’s good for a young leader like Mukhriz to learn to fight his own battle. He fought and won the highest votes in the last Umno Youth election despite attempts to put him down.
The same cannot be said for the Chief and Deputy Chief who won uncontested. Menang tanpa bertanding? Macam mana boleh dikatakan menang kalau tidak bertanding? Lebih tepat diistilahkan sebagai dilantik daripada dipilih -- appointed instead of being elected democratically.
If indeed KJ is putting his candidate to challenge Mukhriz, someone should contest against him in the coming Umno Youth election. Why not Mukhriz? Let’s for once see how good and how popular he is.
Or are we overrating KJ’s power and influence?
Harun Idris, Musa Hitam, Abdul Rahim Tamby Chik, Anwar Ibrahim dan banyak lagi adalah bintang-bintang yang bergemerlapan.
Kita terhuja dan terpukau. Kita menjadi gila, hilang akal dan sasau. Mereka begitu berkuasa dan popular sehingga jika mereka kata jadi, maka jadilah. Tetapi di mana mereka kini?
Dalam politik saudara, apa jua boleh terjadi. Bongkak, sombong, angkuh, dengki, irihati dan hipokrisi adalah jalan pintas menuju kemusnahan.
Terima kasih.
Wah....this KJ fellow is dahsyat man!! Jobless betul!!
I thought his new Iphone will keep him busy for a few months.
Perhaps he is done showing it around already until he has to write an article about it as well.
does this guy have friends? If we did a poll, I think around 70% of country hate him.
Kamu semua ni prejudis dan irihati. Kamu tidak boleh tengok orang berjaya. Kamu benci Khairy sebab kamu mahu jadi macam dia, tapi kamu tidak ada idea. Kamu silat kuntau tepi arena. Dia silat kuntau dalam arena.
Kamu ampu-ampu Prime Minister. Dia kahwin anak Prime Minister. Dewasa ini dia berkuasa, kamu ternganga. Orang Melayu mungkin tidak suka dia. Tapi orang Cina dan India suka dia sebab dia ada karisma. Dia pandai main kayu tiga. Orang Cina dan India suka politikus yang flexible. Boleh buat kira. Bagi saya, KJ adalah leader of the future. Kamu semua harus belajar terima ini realiti atau kamu mati berdiri. Long live Khairy. Kamu semua boleh pergi mati.
Mukhriz dipecat dari Umno?
Berikutan dengan surat yang ditulis oleh Mukhriz Mahathir meminta Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan sebagai tanggungjawab diatas keputusan PRU 12, beliau telah diserang oleh Umno Pulau Pinang dan Selangor.
Azhar Ibrahim selaku Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang telah meminta Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein agar memecat Mukhriz daripada Exco Pemuda Umno.
Sejauh manakah Umno akan bertindak keatas Mukhriz? Apakah BN akan kehilangan seorang lagi Ahli Parlimen? Dimana suara Khairy Jamaluddin dalam isu ini?
Ni laa yg buat UMNO berkubur, bersuara kena turun, kaki-kaki mengampu dan bodek boss tukang cover bontot boss yg tak betul. Paling aku meluat kalau bodek PM dato razi perlis tu dgn nazri aziz fuhh kalau ckp guna kepala lutut. Kalau sayang UMNO benda mcm ni kena dihalalkan, baru UMNO selamat. Takde la org melayu pecah belah tubuh byk parti. Laa ni bukan zaman Tunku dan Tun razak semua ikut telunjuk. Org melayu makin bijak. Nazri paling lantang petahankan Pak Lah dari hentaman mahathir, Tu bodek terang terangan.. Jgn laa ckp dgn aku, kita kena pertahankan presiden kita dari kena hentam. Bodoh laa kalau nak pertahan org yg tak betul, tapi apa leh buat nazri ni pun lawyer memang keja negak benang basah jer. Satu lagi kesilapan yang besar kalau kuarkan mukhris dari UMNO. Kalau nak pulih UMNO Khairy tu yg harus di terajang keluar. Nak tau kita buat undi rahsia pada perhimpunan UMNO sapa yg sokong pak lah turun, Kalau setakat angkat tangan ermmm biasa laaa aku pun kena sokong(kamera keliling beb) cuba buat undi rahsia mau 80% org UMNO undi pak lah turun. Pasai aku dok sembang dgn ahli majlis tertinggi UMNO dua tiga org ni pun dok kata kat aku patutu Pak Lah Undur dahhh. Heeee tak malu betul laa kau ni Dolah. Aku Ni ORG UMNO TAU. AKU SENDIRI MELUAT GILA CARA KAU MEMIMPIN. SCOMI GROUP TU CUKUP2 laa pasang iklan kat stadium. Khairy buat team bola nak glamour abg ipar scomo group tabur duia sponsor MYTEAM, pak lah kata abis duit scomi papa bg projek lg bilioon billioon dolar.. ni laa kroni. Najib fuhh tgk jer rosma punya demand kalau deal projek PLKN punya projek semua kena deal melalui rosma. CIMB nazir tu adik TPM, CIMB lebik berkuasa dari BANK NEGARA.. Buat personal loan dah mcm along 3% sebulan.. sendiri buat rules, Gabenor kena benarkan mampuihhh laaa UMNO aku. Tu anwar lagi mangkuk ayun berjuntai.. Masa jd TPM Bapak dia Hj Ibrahim tu pegang bape byk company dah laa tu belagak gila org tua tu masa anak TPM, pergi siasat laa oiii. Belum apa2 dan lantik anak calon PKR, Bini lagi Dia Lagi Pas tu Menantu pulak tu, hancus bangsa kuuuuu.DAP perintah, mati laa melayu. Tak tgk ke singapore mcmana PAP abg DAP perintah, dia pijak melayu lumat lumat. UMNO mana ada pijak bangsa asing. PAS. alaaa yg leh pakai Tn Guru Nik Aziz jer, yang lain ermmm jadi menteri nanti lagi teruk rasuah dan kronisma kronisma… Rumusannya masuk UMNO ramai2 berjuang dlm parti sendiri, presiden dgn tim presiden buat hal kita gulingkan, biar 5 thn sekali tukar PM atau presiden UMNO, janji org melayu dlm satu rumpun. melayu ni pepatah banyak tapi semua tak guna, kalau guna tak laa melayu ni bodoh. Nak suruh jadikan Al-Quraan pendoman idup ermm lagi laa hancus manjang takde masa jeer. Dah laaa FIKIR LAA BILA AGAKNYA MALAIKAT MAUT AKAN MENJEMPUT KITA.
Hoi mat BN,
Islam lah yang menyelamatkan melayu. tanpa Islam dah lamadah kita jadi hamba abdi di negeri sendiri.Lihat lah Kelantan Pas bejaya memertabatkan melayu kerana Islam.Kita akan jadi saperti Negara Filipina(rumpun melayu) hilang identiti dan bahasa dan budaya kerana mereka beragama nasrani. Nak harapkan Melayu lihatlah sendiri UMNO….fikir fikirkanlah.
Mukhriz ni ingin membantu memanda mamak ( bapanya), tetapi siapa yg mendengar / mengikut telunjuk amerika supaya melarang Iran dari ikut serta dalam ” Defence Exhibition di PWTC ” baru-baru ni. Ternyata mukhriz lupa bahawa mamak telah mengupah si yahudi untuk meddapatkan slot bertemu si BUSH di White House. Tanya dia, lupe ke? Bukan ke Bush ni yg senantiasa melindungi Israel.
UMNO is so clear..having such a great guilty conscience….that their sense of logic is no more there.
This is not about buying war weapons…..or a huge join venture….or certain plans to catch crooks……all must be kept secret.
This is about exposing crooks and is all Malaysians most interested subject. Dollah and Najib have no rights at all….to read first and see if can go public!!’They are elected servants and behave like landlords…worst than royalties.
For Dollah to say….he needs to read first and decide later…shows what a sickening idiotic liar he is….saying…he is People’s PM. What a bloody low class act he is performing.
What right have UMNO to scrutinize 5 wise men report….call …the Royal commissioners?
What is the use of Royal Commissioners.if the reports.need to go through UMNO peolle.which all Royal Commissioners are infact….exposing UMNO crooked leaders?
UMNO lost so many votes….due to big eyes and ears…cannot see and hear.
Now….worst still..the most learned..come out with a report…. UMNO is showing their true colors…..a totally guilty party….with so many corrupted personalities….so much cover ups…so clear for all Malaysians..to see.
Dollah is so weak….so fickle minded …like a balless pondan. One side…want to do the right thing….next side…afraid to offend UMNO ministers..and another side….for selfish reasons…..totally thick skin to say.he is People’s PM…my foot!!
Are we going to keep listening to all these arrogant logics…to check first….before letting Malaysians.. read the reports?
Controlling newspapers…TV…not enough…Royal reports..written by highly learned men…also must go through….kuching kurap… taxi drivers….farmers…teachers….hypocritical religious teachers….the whole lot.
Worst of all…a doctor bragging he cures all….when he kills more than curing others..using others to do all… his dirty work…behaving 100% ….a dictator…yet shamelessly….talk so much good for the country and the people…yet UMNO is still so proud of him….or is this… the biggest cover up of 50 years by UNNO……once exposed…..the whole lot of crooked ministers and politicians….are going to jail??
Dream on….if UMNO still in power.
Bukan semua yahudi itu zalim yahudi ada dua kumpulan sama juga dengan melayu ada dua kumpulan maka you fikir fikirkan lah.kumpulan PR dan kumpulan UMNO kita tidak boleh menuduh tampa bukti yang jelas sekadar sebelah pihak itu bermakna kita tidak adil. kalau betul anwar yahudi apa buktinya? saya tidak support mana pihak tetapi kita perlu ada mendapat bukti dan melihat dari semua sudut sehingga 360% bering serta tegak dan berpaksikan dengan treport yang kukuh. jika sekadar berita diangin lalu biarkan ia berlalu pingirkan suara Mukhriz sekelian semua maklum jika Mukhriz berjalan bayang nya Tun mahadir jika Mukhriz berbicara suaranya Tun Mahadir jarang kuah tumpah kelantai biasanya tumpak ke nasi subsidi.oleh itu setiap langkah Mukhriz adalah langkah bapanya, bapanya adalah pembenci melayu sebegitu hina melayu dikutuk secara terbuka ‘melayu haprak’ pernah kah ada priseden umno sebelum ini berkata sebegitu kejinya bangsa melayu, jelas pewarisnya adalah Mukhriz jangan kita beri laluan keatas Mukhriz untuk menjadi peminpin melayu padahnya sama seperti yang di lakukan oleh ayahnya. batalkan cita cita Tun mamat mahadir untuk menbawa anaknya menjadi PM supaya cita citanya untuk memusnahkan melayu diteruskan oleh mukhriz.
Jangan pedulilah komen si mukhriz tu. Dia cuma nak divert attention dari kes video linggam yg kemungkinan secara tidak langsung bapak dia si mahathir terlibat sama. Dah banyak kali DSAI bercakap pasal isu yg dibawa si mukhriz itu. Ini salah satu smear kempen dari zaman mahathir lagi dan mahathir yg memulakan cerita dongeng ini sebab mahathir takut dan nak justified tindakan beliau terhadap DSAI. Ini semua fitnah anak beranak. kejap DSAI ejen yahudi, kejap pro-mujahideen Gulbudin Hektemayar, macam-macam lagi lah. Semuanya tak ngam. Soal campur tangan executive dalam kehakiman sekarang sudah jelas dengan Lingam gate. So, nak percaya ke dengan mahathir dan anaknya?. Tambah dosa aje. Cukup le.
harap kan keadilan,lagi cam sial...islam di haram...babi di halalkan...
SALAH SATU CARA PEMIMPIN UMNO ATAU KERAJAAN BN MENIPU RAKYAT
Assalamualaikum ,
Sama ada kita sedar atau tidak salah satu cara pemimpin-pemimpin umno atau kerajaan BN menipu rakyat ialah bila ada bencana besar, bila sahaja ada bencana besar maka akan timbul lah ,parti parti politik,persatuan,ngo atau badan-badan kerajaan kutipan derma sama ada melalui akhbar dan sekarang yg paling popular ialah melalui sms. memang bagus semua itu,demi membantu mangsa-mangsa yang di timpa bencara. tetapi betulkah sumbangan-sumbangan itu akan sampai kepada mereka-mereka yang susah, atau mungkin hanya sampai separuh sahaja.banyak dah kita dengar setahun lepas bencara apa-apa pun terutamanya yg berlaku dalam negara akan ada orang membuat komplain yang mereka tidak mendapat itu dan ini.
Habis kemanakah sumbangan-sumbangan terutamanya wang ringgit. saya tidak membuat tuduhan tetapi saya meminta rakyat menilai atau memikirkanya, dah banyak kali dah kita dengar kelohan orang. dalam bab cuba menunjukan baik,menunjuk bagus,menunjuk perihatin serahlah kepada pemimpin,ahli-ahli umno. akan keluarlah muka-muka tempayan di dada akhbar ,cuma betulkah mereka perihatin,betulkah mereka jujur menjalankan amanah. hanya tuhan sahaja yang tahu. contohnya di adakan kutipan untuk mangsa bencana Mynmar ,katalah dapat rm 50 juta,adakah rakyat malaysia pasti rm 50 juta tu sampai
sepenuhnya kepada rakyat mynmar.itu di negara lain yang kita tak tahu.television malaysia pasti akan mengiyakan. saya harap rakyat malaysia fikirkanlah sendiri. cukuh selama ini kita di tipu.kalau beri berilah melalui persatuan persatuan agama. kalau nama orang politik atau persatuan di bawah kerajaan fikirkanlah sepuluh kali. kita bukan orang kaya.
Jamilkucing
http://catlover.fotopages.com
bagus semua kena jd bhn mainan hisham.jgn terkejut kalau hisham bertanding KP.hahahhahahah.semua kena tipu.
AWAS!!!!
Ohh.. Awas...
Ohhh....Awas...
Kerana kamu ohh...
PAK LAHAP makin pelahap.
MINYAK NAIK, DARAH PUN NAIK!!!!!
PAK LAHAP MAHA PEMBOHONG!!!!
PAK LAHAP MAHA PEMBOHONG!!!!
PAK LAHAP MAHA PEMBOHONG!!!!!
korang yang asyik kecoh2 pasal jawatan ketua pemuda nie apesal??bukan korang yang bertanding pon...biarlah sape pon yang nak bertanding..nie yang korang yang hanya jawatan "kecil kecilan" pon nak kecoh kecoh...
tapi apa pon...aku tak nak mukriz,hisham dan juga anak toyol bertanding..
wakakakaka..
maknanya korang tau lah sape yang aku suka utk jadi ketua pemuda..
LU PIKIRLAH SENDIRI
Kau org punya analisa ni mcm tak reti baca polituk langsung..outdated.Pandai2 otak kau sendiri je nak komen. Toyo yg kau agungkan tu memang bukan anak bangsawan. Dia yg dah jd bangsawan. Anak dia yg jd anak bangsawan. Bagus lg aku sokong anak bangsawan dari sokong bangsawan yg tak ketawan dan tak keruan. Kau ni sawanlah agaknye..
Post a Comment