Mukhriz kena bekerja di Kedah, Khir Toyo kena tebus Selangor

Monday, May 19, 2008

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir nampaknya tidak sabar-sabar untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, walaupun tarikh pemilihan masih jauh. Di Johor Bahru, selepas berucap sebagai ahli panel pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya : Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites.

Baru-baru ini, seorang Ketua Umno Bahagian di Johor telah membidas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kerana 'khidmat ceramahnya' tidak diperlukan di Johor kerana Umno Johor masih kukuh. Tidak pula dapat dipastikan, adakah mana-mana Ketua Bahagian di Johor yang akan tampil menegur Mukhriz dan rakan-rakannya yang masih berminat berceramah dan menyampaikan ucapan, yang dilihat agak 'kiri' supaya boleh meneruskan ceramah mereka (jika dijemput) ke negeri
Kedah, negeri di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahir dan dibesarkan.

Ini kerana, khidmat Dr. Mahathir dan Mukhriz dilihat masih diperlukan segelintir orang-orang Umno di Kedah dan bukan di Johor. Apakah orang-orang Johor lupa, pada bulan Ogos 1988, seorang Ahli Parlimen Johor, Datuk Shahrir Abdul Samad sanggup meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Parlimen Johor Bahru kerana 'tidak bersetuju' dengan Dr. Mahathir?

Apakah orang-orang Johor lupa bagaimana Tun Musa Hitam terpaksa melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir? Apakah orang Johor lupa, seorang Ketua Umno Bahagian dari Johor berucap di Perhimpunan Agung Umno, menegur degan keras sikap diktator
Dr. Mahathir?

Lupakah orang Johor, suatu ketika dahulu, walaupun Johor adalah negeri yang paling ramai Ahli Parlimen BN, tetapi Dr. Mahathir hanya melantik dua orang sahaja menjadi Menteri Kabinet?

Hari ini, Mukhriz ke Johor setelah menulis surat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, seperti mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir yang kalah dalam pilihan raya 1969, mengutus surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra supaya berundur.

Masih ada segelintir mereka yang kagum dengan 'putar belit' Dr. Mahathir di dalam politik. Sikap Mukhriz yang 'seperti duri dalam daging' juga dilihat menjadi minat segelintir mereka yang tidak mahu
berpijak di bumi nyata.

Dalam tahun 1999, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lupakah orang-orang Melayu bahawa dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, lapan terlepas ke tangan pembangkang. Tujuh yang dimenangi BN, hanya lima darinya diwakili Umno sementara dua lagi, kerusi MCA.

Kenapa ketika itu, Dr. Mahathir tidak mahu 'mendesak dirinya' berundur atau menulis surat kepada mana-mana pihak (kecuali dirinya) berundur? Tidak malukah Dr. Mahathir dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1999, ketika dia sudah menjadi Perdana Menteri hampir 20 tahun?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah mewarisi kepimpinan Dr. Mahathir yang banyak masalah sebenarnya. Sebahagian besar Menteri Kabinet Dr. Mahathir yang dikatakan 'rasuah' masih dikekalkan kerana 'semua kawan-kawan belaka'.

Sepatutnya 'kawan-kawan ini' tampil menjelaskan isu sebenar apa yang dihadapi Pak Lah dan bukan bersekongkol dengan Dr. Mahathir yang 'kemaruk' mencari populariti. Dulu, apabila Datuk Shahrir memperkenalkan 'blog' sendiri, Dr. Mahathir pernah menyindir kononnya 'orang Umno tidak perlu blog'.

Melayu mudah lupa! Dah lama dah Dr. Mahathir buat kerja-kerja karut. Namun, seperti b biasa, orang Melayu (segelintir) masih mahu mengkaguminya sedangkan banyak benda salah yang dia buat mahu dilupakan begitu sahaja.

Dunia kehakiman 'hancur'. Umno hancur. Betulkah Umno hancur di tangan Dr. Mahathir? Ingat tak Dr. Mahathir adalah orang yang pernah menyebut bangsa Melayu tidak perlukan lagi 'hak-hak istimewa Melayu?' Lupakah kita Dr. Mahathir yang memperkenalkan 'subjek Sains dan Matematik' dalam bahasa Inggeris yang menjadi punca kemerosotan pelajar-pelajar Melayu sekarang?

Meritokrasi, kronisme, nepotisme dan korupsi timbul dalam era siapa? Nasib baiklah Perdana Menteri Malaysia bernama Abdullah Ahmad Badawi. Beliau bukan jenis pendendam dan tidak mahu mendedahkan sesuatu yang boleh memalukan pemimpin terdahulu.

Bayangkan kalau orang lain yang menjadi Perdana Menteri ketika ini. MungkinDr. Mahathir 'sudah dimaki' di khalayak ramai. Bukan Perdana Menteri yang memakinya tetapi orang ramai yang tidak sanggup untuk terus dibohongi.

Beriringan dengan anaknya, Mukhriz (yang mencontohinya dalam banyak perkara-perkara negatif), menunjukkan Dr. Mahathir adalah pengurus kempen Mukhriz untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Dengan keazaman menggerakkan usaha menawan semula lima negeri yang diperintah parti pembangkang pada pilihan raya akan datang jika diberi kepercayaan untuk memimpin sayap parti itu pada pemilihan Disember ini, Mukhriz nampaknya mendahului calon-calon lain berkempen.

Khabarnya, dia sudah ke Grik dan Lenggong di Perak. Banyak lagi tempat yang dia sudah sampai, bertujuan untuk kempen walaupun mungkin secara 'luaran' kononnya berjumpa kawan-kawan.

Seorang lai calon, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo juga cukup sibuk sekarang. Selain sibuk 'berblogging', dia juga sudah sanggup tidak hadir Mesyuarat MT Umno, hanya kerana mahu berkempen bagi jawatan yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Kalaulah Mukhriz dan Dr. Khir Toyo sedar akan tanggungjawabnya, mereka sekarang tidak perlu ke Sabah atau Johor kerana tugas dan tanggungjawabnya ialah merampas kembali Kedah dan Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang. Tugas Khir 'tebus kekecewaan Umno Selangor' yang dijahanamkannya!

Soalnya, mereka ini hanya 'sedar' untuk politik peribadi mereka sahaja. Berebut jawatan dan bukan untuk menguatkan parti. Inikah 'legasi kepimpinan' yang ditinggalkan Dr. Mahathir yang boleh dibanggakan? Apakah perkara yang Mukhriz hendak bercakap mengenai 'isu klip video Linggam?'

Satu perkara yang rakyat dan orang-orang Umno perlu sedar, dalam era kepimpinan Pak Lah, sikap keterbukaannya menyebabkan ada segelintir anak-anak muda dan 'orang-orang pencen' mahu bercakap ikut sesuka hati. Mereka tidak pernah ada perasaan menghormati pemimpin dan mereka
'taksub dengan pemikiran sendiri' seolah-olah mereka sahaja yang betul, sedangkan orang lain tidak.

Kita tidak perlu mendesak kepimpinan 'berbuat sesuatu' terhadap orang-orang ini tetapi perlulah mereka ini 'ditegur' dengan sedikit teguran yang 'berupa penampar' ke muka mereka.

18 comments:

kucau said...

lerr mangkuknyer ko. paklah nie kalah 2/3 bukan mcm mahathir taun 1999. ape ke bangang nyer analysis ko nie. Mahathir perkenal english nie sebab org2 mcm ko yg tak fasih english. buat malu melayu jerr
Apakah ko sudah lupa musa hitam pasal kes memali?

Apakah koo sudah lupa UMNO johor yg jadik pak sanggup jual negara dlm SJER?

Apakah ko sudah lupa yg si sahrir nie akan gagal utk mengawal harga barang?? ko lupa ke sahrir nie sebenornya bukan org johor pon

Paklah bukan ilang kerusi kat kedah , ilang negerio la bahlol

Anonymous said...

Memang patut Mahathir keluar dari UMNO. Dulu pukul Tunku, lepas to Tun Hussein, lepas tu, Ku Li dan Musa, leaps tu Anwar. Skrg Pak Lah dan Najib.

Blah lah Tun M. Ingat ni parti kau ke? Berambus.

Hussain

Anonymous said...

Satu perkara yang rakyat dan orang-orang Umno perlu sedar, dalam era kepimpinan Pak Lah, sikap keterbukaannya menyebabkan ada segelintir anak-anak muda dan 'orang-orang pencen' mahu bercakap ikut sesuka hati. Mereka tidak pernah ada perasaan menghormati pemimpin dan mereka
'taksub dengan pemikiran sendiri' seolah-olah mereka sahaja yang betul, sedangkan orang lain tidak.



Kita tidak perlu mendesak kepimpinan 'berbuat sesuatu' terhadap orang-orang ini tetapi perlulah mereka ini 'ditegur' dengan sedikit teguran yang 'berupa penampar' ke muka mereka.

Anonymous said...

Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama.

“Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional dan arahan saya kepada mereka ialah terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya.

“Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO.

Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang hanya mahu kembali ke dalam UMNO selepas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kenyataan seperti itu sebenarnya tidak menguntungkan parti, sebaliknya ia membuka ruang kepada parti lawan yang sering mengintai peluang untuk memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Anonymous said...

sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa cadangan supaya Abdullah meletak jawatan akan hanya menguntungkan pihak lawan dan sama sekali tidak akan membawa manfaat kepada UMNO.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita semua sedang berusaha bersungguh-sungguh membina semula parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli-ahli serta mengembalikan keyakinan serta sokongan rakyat kepada UMNO

Anonymous said...

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini... duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Musa, pucuk pimpinan UMNO kini harus memberi tumpuan kepada dua aspek politik.

Pertama, katanya, menerima hakikat bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat dulu atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama orang Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Dalam jangka masa yang begitu pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan. Sambarlah peluang keemasan ini untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Musa berkata, dengan berundurnya Dr. Mahathir daripada UMNO, ia membuka peluang kepada ahli- ahli parti itu untuk bertafakur dan bertenang sebelum kembali ke pangkal jalan.

“Setelah tiba di pangkal jalan, ingatlah bahawa yang sangat-sangat penting ialah UMNO sentiasa tidak khayal atau lupa mengotakan kata-katanya sepanjang masa,” ujar beliau.

kroni Tun di minta komen sikit..ke nak ikut jejak langkah idola hang pa sumer???

Anonymous said...

pucuk pimpinan UMNO kini harus memberi tumpuan kepada dua aspek politik.

Pertama, katanya, menerima hakikat bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat dulu atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama orang Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Dalam jangka masa yang begitu pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan. Sambarlah peluang keemasan ini untuk kembali ke pangkal jalan,”

Anonymous said...

“Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.

“Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan itu di sini hari ini ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir telah dikurniakan nikmat besar oleh Allah iaitu bijak, berpandangan luas dan tajam fikirannya tetapi ia telah disalah guna bukannya untuk Islam tetapi untuk fahaman sekular yang hanya mementingkan pencapaian duniawi.

“Sepatutnya semakin tua, beliau semakin tenang dan bahagia tapi kini tidak kerana fikirannya semakin kusut. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti sesat yang menyesatkan.

“Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang tetapi yang jadi masalah ialah dia salah guna nikmat itu untuk sekular.

“Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas,” kata Nik Aziz.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Pas menerima Dr. Mahathir menyertai parti pembangkang itu sebagai wadah meneruskan perjuangan politiknya, Nik Aziz berkata:

“Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.

“Tapi saya tidak akan pelawa dia, terpulang kepada dia. Saya berpendapat mustahil bagi Dr. Mahathir yang mempunyai kedudukan paling tinggi di negara ini akan kekal kosong (tidak sertai parti politik).’’

Anonymous said...

Tindakan bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada parti itu pastinya akan mengundang 'konflik kreatif' di kalangan pemimpin dan ahli parti berkenaan.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Barjunid berkata, konflik kreatif merujuk kepada keadaan apabila pemimpin serta ahli UMNO berkira-kira sama ada untuk menuruti tindakan itu atau terus bersama parti.

''Konflik kreatif sebegini juga akan membawa pelbagai pembaharuan dalam landskap politik tanah air," katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di Dubai, hari ini.

Dr. Ibrahim berkata, pemimpin dan ahli parti tunjang kaum Melayu itu perlu berfikir dengan mendalam tentang hala tuju masing-masing sekarang.

''Yang penting semua (ahli UMNO) jangan 'gelabah' dan diselubungi emosi. Timbanglah tindakan demi kepentingan bangsa dan negara," jelasnya.

Anonymous said...

Ketika ditanya mengenai kesediaan Pas menerima Dr. Mahathir menyertai parti pembangkang itu sebagai wadah meneruskan perjuangan politiknya, Nik Aziz berkata:

“Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.

“Tapi saya tidak akan pelawa dia, terpulang kepada dia. Saya berpendapat mustahil bagi Dr. Mahathir yang mempunyai kedudukan paling tinggi di negara ini akan kekal kosong (tidak sertai parti politik).’’

jadi camno tu?

Anonymous said...

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah. Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya


Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.


Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.


Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.


Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.


Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981.



Sementara itu… Pak Lah Yakin Majoriti Anggota Umno Terus Setia Kepada Kepimpinannya


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta yakin majoriti anggota Umno akan terus setia kepada kepimpinan parti sekarang.

Perdana Menteri, dalam reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno hari ini, bagaimanapun mengakui tindakan bekas perdana menteri itu mampu meninggalkan sedikit kesan kepada Umno apabila ada segelintir anggota mengikut jejak Dr Mahathir.

"Saya harap ahli akan terus setia kepada parti Umno kerana parti banyak berjasa kepada bangsa, negara dan semua kaum," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif MSC Malaysia Sarawak di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Abdullah, yang terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir keluar daripada Umno serta-merta parti yang dianggotainya sejak 1946, berharap anggota Umno lain bertenang dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut bila dengar keputusan Tun (Mahathir)..., bila saya fikir itu Tun dah fikir habis dan Tun ni bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah,

"Kalau sudah itu keputusannnya anggota-anggota Umno perlulah tenang dan kita perlu sedar anggota Umno perlu menjadi anggota yang taat setia kepada parti dan mahu melihat parti kita menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu teruskan perjuangan yang telah diasaskan sejak Umno ditubuhkan dulu.

"Apa nak jadi kepada kita kalau kita tidak ada parti lagi, Umno kini banyak berjasa kepada bangsa, negara dan rakyat Malaysia semua kaum, semuanya bergantung kepada kita," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak itu.

Ketika ditanya mungkinkah parti akan terjejas dan ada anggota yang akan mengikut tindakan Dr Mahathir, Abdullah dengan tenang berkata: "Saya tak berkata ia tidak akan jejaskan langsung, mungkin ada (anggota yang keluar parti).

"Sayangnya kita kepada Umnolah yang menjadi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan," tegas Abdullah.

Abdullah juga yakin anggota Parlimen Barisan Nasional tidak akan keluar dan melompat ke parti pembangkang dan menegaskan bahawa semua anggota perlu bersatu-padu.

"Mungkin ada yang nak keluar parti tetapi saya tidak rasa itu akan berlaku. Anggota Parlimen daripada parti Umno tidak akan keluar parti, anggota akar umbi mungkin ramai (keluar parti) mungkin tidak, yang penting kita perlu berfikir adakah kita mahu meninggalkan Umno.

Kalau kita tidak mahu dengan Umno maka tiada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.

Bagi Abdullah, beliau akan terus dengan Umno dan berharap anggota-anggota parti itu juga terus bersama-sama dengan parti.

"Jika mereka mahu menjadi kuat, tiada logik atau alasan bagi mereka meninggalkan Umno," katanya.

Presiden Umno itu berkata isu Dr Mahathir keluar parti akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.

Anonymous said...

mukriz.............bila mau keluar umno.

Anonymous said...

inilah masanya kesetian pada parti dan ketaatan kepada bapa tercabar.macam mukriz selepas ini.

Anonymous said...

Selasa, 2008 Mei 20
Dr M keluar UMNO
Saya rasa seluruh negara tergamam dengan keputusan Tun M untuk keluar dari UMNO. Saya rasa kesal dengan tindakan Tun M kerana dalam masa parti melalui cabaran politik yang cukup getir dalam sejarah, Tun M membuat keputusan untuk menambah kecelaruan yang ada.

Apa pun, Tun M berhak untuk keluar parti dengan alasan apa sekali pun biar pun alasan itu tidak masuk akal dan amat rapuh asasnya.

Kepada Tun M saya ucapkan, selamat jalan!

Salam,
DARD

Dikarang oleh: YB Dato' Abdul Rahman Dahlan pada Selasa, Mei 20, 2008 0 komen Links to this post


petikan daripada http//.www.mpkotabelud.blogspot.com

Anonymous said...

Jgn lupa
Afundi NADIA

NADIA

NADIA

NADIA

NADIA

REDAH JER...............

Anonymous said...

Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?Sanusi dan siti hasmah dah ikut dah ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

AFUNDI

NADIA.....

NADIA.....

NADIA......

NADIA......

NADIA.......

NADIA.......

NADIA.......

NADIA........

NADIA.......

REDAH JER...........

Anonymous said...

mukhriz dan khir toyo tak layak jd pemimpin umno..ni pandangan aku selaku pihak pro pembangkang.

tgk la selangor..rata2 org tak suka khir toyo..lagi dia nak sibukkan diri melobi nak jadi ketua pemuda..ni bukan pejuang party,ni manhkuku ayun yang pentingkan diri sendiri.

aku setuju paklah terlalu lembut,terlalu terbuka..aku pon kesian jgk kat org tua tu.tapi kalau dia peka dengan apa yg org2 pas dok maki dia kemuadian bertindak di atas maki hamun yg ditujukan kepada beliau,aku yakin paklah akan dihormati. pada pendapat aku paklah bukan yg senang melatah,tak melenting,tak berdendam..paklah org yg cuba bersikap terbuka dan cuba mengamalkan hak kesamarataan kaum sampaikan bangsa lain dah mula naik tocang..sikap terlalu toleransi beliau pd bangsa lain sebenarnya membuat melayu bengkek dan marah pada beliau termasuk la aku walaupon aku bukan menyokong kerajaan tapi aku pon tak suka apabila DAP cuba bersikap kurang ajar pada melayu..

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP