Showing posts with label Jalil Backer. Show all posts
Showing posts with label Jalil Backer. Show all posts

Team Cyber Mykmu.net Gagal Bantu PM - Najib Razak

Tuesday, June 2, 2015


Dalam UMNO ada banyak kumpulan blogger mahupun Facebooker yang berasakan mereka hebat. Namun rata-rata tahu, mereka ini hanya mahu nama mereka menjadi perhatian supaya senang untuk berurusan di Pejabat PM (PMO).

Kalau dulu pemimpin yang menjadi payung terbesar ialah Dato Seri Khir Toyo dimana segala urusan hentam menghentam di serahkan kepada Team Mykmu.net.

Sebuah kumpulan maya pro UMNO yang begitu terkenal kerana berjaya jatuhkan Pak Lah, MYKMU.NET menjadi tempat berkumpulnya blogger-blogger berkenaan. Pengendalinya adalah Johari Ishak dan Abdul Jalil Backer.

Terkini antara pemimpin yang jadi payung untuk berlindung adalah Tengku Adnan, Ahmad Maslan serta beberapa orang yang rapat dengan PM. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Akmar, SUA PM.

Namun masa terlalu pantas berlalu rakyat pun tahu apa yang telah terjadi pada Dato Seri Khir Toyo, hanya dengan sekeping gambar yang disebarkan oleh musuh Dato Seri Khir Toyo dan dispin oleh portal-portal pembangkang, telah menjatuhkan kerjaya politik Dato Seri...

Team Mykmu.net gagal menyelamatkan nasib Dato Seri Khir Toyo! Gagal mengubah persepsi rakyat yang marah kepada Dato Seri Khir Toyo! Adakah perkara yang sama akan berulang sekali lagi?

Kegagalan Team Mykmu.net dalam melawan kritikan dari Pro Che Det adalah amat memalukan… Malah kedengaran suara-suara mengutuk kegagalan Team Mykmu.net mempertahankan PM.

Apa team Mykmu.net dah buat? Apa hasil gempak yang pernah Mykmu.net buat untuk selamatkan PM Datuk Seri Najib Razak? Tak ada… Panglima perangnya Jalil backer syok sendiri bila buat posting di Fecebook dan di ulas oleh rakan-rakannya sendiri... langsung tak bagi impak apa-apa.

Baiklah disini saya Maha Kaya ingin berkongsi pandangan yang di lemparkan oleh penganalisi politik yang terkenal aitu Anuar Mohd Nor menyifatkan Team Mykmu.net juga gagal!

“Selama mereka di bayar - diupah - diberi segala kemewahan - dengan macam-macam projek - dapat ke mereka mempertahankan Najib - hatta Rosmah tewas dari sudut persepsi rakyat - sehingga Mahathir boleh menyebut soal cincin.

Masa berlalu - mereka gagal"

Pengajaranya disini seorang SUA PM seperti Datuk Akmar perlu lebih berhati-hati dengan orang seperti Jalil Backer yang kuat bohong dan temberang. Jalil dah lama hilang pengaruh sejak beliau menipu rakan-rakan blogger di zaman Dato Seri Khir Toyo dulu. Keuntungan mesti nak lebih tapi hantar report berpuluh bloggers di tangan… padahal habuk pun tak de! Jangan sampai pisang berbuah kali kedua!

Read more...

PMO Tak Perlukan Seranga Perosak seperti Jalil Backer - Mykmu!

Saturday, May 30, 2015


Dalam UMNO, kalau ada kanser, tak boleh dibiarkan dan jangan ada gunting dalam lipatan. Jika tidak, seluruh parti akan hanyut!

Sudah tiba masanya PMO dibersihkan dari biawak dan bangkai hidup yang menjadi perosak kepada PM Datuk Seri Najib Razak.

Pertamanya portal Mykmu di bawah kendalian AB. Jalil Backer dan Jebon harus ditamatkan payrollnya.

Keduanya Setia Usaha Akhbar kepada PM yaitu Datuk Akmar Hisham @ Mokhles harus dipecat serta-merta. PMO tak perlu kan dalang-dalang ini.

Dahulunya Jalil dan Jebon ini adalah orang cybertro kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Pada waktu itu mereka akan menentang sesiapa saja yang menyangah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M. Kumpulan yang ditubuhkan oleh Jalil dan Jebon sering membawa pepecahan dalam kalangan UMNO. Bagi mereka perpecah akan memberi kekuatan kepada tuannya. Namun di sebaliknya itu operasi ini sebenarnya dilihat membawa perpecah yang amat merugikan dalam UMNO.

Pemuda dibawah Ketuanya Khairy Jamaluddin mengambil masa selama empat tahun untuk menyatukan semula pepecahan dalaman yang telah berlaku dan Pemuda tidak akan benarkan perkara yang sama berulang kembali!

Sebenarnya Mykmu tidak ikhlas buat kerja, kalau ada duit semua jalan.

Mykmu dilihat sebagai portal berbayar yang sering memlakukan serangan balas dendam kepada Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin.

Kebanyakan artikel yang ditulis oleh Ab. Jalil ditujukan kepada Khairy berunsur fitnah dan hasutan agar pembaca membenci Menteri tersebut. Lagaknya 'terlebih sudu dari kuah', macamlah Khairy ni Ketua Pembangkang yang hendak ditanam hidup - hidup oleh UMNO!


Khairy telah diberi amanah oleh PM Najib Razak sebagai Menteri dan menentang orang pilihan Najib adalah sama seperti menentang Najib sendiri!

Selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy mempunyai track rekod baik dalam membina politik progresif melalui debat, menyuarakan kehendak orang muda, berani mencari kebenaran untuk rakyat dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam Pemuda.


Di Kementerian Belia dan Sukan pula Khairy cemerlang dalam menjalankan tugasnya sering menjalankan program yang berjaya menarik minat golongan muda seperti fitmalaysia, Festival Belia Putrajaya, NFDP dan banyak lagi.

Cukuplah Jalil... dulu dalam team Khir toyo, habis semua orang dipecah belahkanya sekarang bila tuan dalam penjara jadi penyamun di PMO pula...

Takkan perkara seperti ini pun Datuk Akmar tak nampak? Atau arahannya datang sendiri dari Dato Akmar?

Selagi PM kita pakai punahsihat-punahsihat dan orang sekeliling macam ni selagi tulah tak aman negara. Buat apa nak simpan bangkai macam ni lagi?

Kasi terajang keluar semua bangkai yang menyusahkan PM di PMO.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP