Team Cyber Mykmu.net Gagal Bantu PM - Najib Razak
Tuesday, June 2, 2015
Dalam UMNO ada banyak kumpulan blogger mahupun Facebooker yang berasakan mereka hebat. Namun rata-rata tahu, mereka ini hanya mahu nama mereka menjadi perhatian supaya senang untuk berurusan di Pejabat PM (PMO).
Kalau dulu pemimpin yang menjadi payung terbesar ialah Dato Seri Khir Toyo dimana segala urusan hentam menghentam di serahkan kepada Team Mykmu.net.
Sebuah kumpulan maya pro UMNO yang begitu terkenal kerana berjaya jatuhkan Pak Lah, MYKMU.NET menjadi tempat berkumpulnya blogger-blogger berkenaan. Pengendalinya adalah Johari Ishak dan Abdul Jalil Backer.
Terkini antara pemimpin yang jadi payung untuk berlindung adalah Tengku Adnan, Ahmad Maslan serta beberapa orang yang rapat dengan PM. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Akmar, SUA PM.
Namun masa terlalu pantas berlalu rakyat pun tahu apa yang telah terjadi pada Dato Seri Khir Toyo, hanya dengan sekeping gambar yang disebarkan oleh musuh Dato Seri Khir Toyo dan dispin oleh portal-portal pembangkang, telah menjatuhkan kerjaya politik Dato Seri...
Team Mykmu.net gagal menyelamatkan nasib Dato Seri Khir Toyo! Gagal mengubah persepsi rakyat yang marah kepada Dato Seri Khir Toyo! Adakah perkara yang sama akan berulang sekali lagi?
Kegagalan Team Mykmu.net dalam melawan kritikan dari Pro Che Det adalah amat memalukan… Malah kedengaran suara-suara mengutuk kegagalan Team Mykmu.net mempertahankan PM.
Apa team Mykmu.net dah buat? Apa hasil gempak yang pernah Mykmu.net buat untuk selamatkan PM Datuk Seri Najib Razak? Tak ada… Panglima perangnya Jalil backer syok sendiri bila buat posting di Fecebook dan di ulas oleh rakan-rakannya sendiri... langsung tak bagi impak apa-apa.
Baiklah disini saya Maha Kaya ingin berkongsi pandangan yang di lemparkan oleh penganalisi politik yang terkenal aitu Anuar Mohd Nor menyifatkan Team Mykmu.net juga gagal!
“Selama mereka di bayar - diupah - diberi segala kemewahan - dengan macam-macam projek - dapat ke mereka mempertahankan Najib - hatta Rosmah tewas dari sudut persepsi rakyat - sehingga Mahathir boleh menyebut soal cincin.
Masa berlalu - mereka gagal"
Pengajaranya disini seorang SUA PM seperti Datuk Akmar perlu lebih berhati-hati dengan orang seperti Jalil Backer yang kuat bohong dan temberang. Jalil dah lama hilang pengaruh sejak beliau menipu rakan-rakan blogger di zaman Dato Seri Khir Toyo dulu. Keuntungan mesti nak lebih tapi hantar report berpuluh bloggers di tangan… padahal habuk pun tak de! Jangan sampai pisang berbuah kali kedua! Read more...





