Kisah Sanusi Junid pulak-Malaysiakini
Thursday, June 12, 2008
Oleh S. C. AdnanKisah
Sanusi Junid pulak KISAH lelucon Melayu, Mat Jenin cukup sinonim dengan bekas Menteri Besar (MB) Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Tapi, bila dia sudah dilantik menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),mungkin orang ramai tidak lagi mahu mengaitkan kisah Mat Jenin dengan Sanusi.
Apa yang menarik, Sanusi ini dikenali sebagai 'ulat buku'. Di rumahnya, dia ada banyak buku. Seperti biasa, bila kita nampak di rumah seseorang yang kita kunjungi, atau tersiar berita dalam surat khabar, kita terus beranggapan bahawa yang empunya buku itu, juga punya banyak ilmu. Tidak begitu sebenarnya. Banyak buku bukan bermakna banyak ilmu. Silap besar kalau kita tengok orang yang pegang buku, kita anggap dia kaki membaca.
Ada orang yang mengenali Sanusi memberitahu, Sanusi banyak membaca buku mengenai peperangan. Jadi, tidak hairanlah kalau dikatakan dia banyak strategi perang, yang dipetiknya dari buku-buku perang yang dibacanya itu tetapi dia tidak ada buku perdamaian. Penulis-penulis buku perang yang dibaca oleh Sanusi itu, bukan penulis yang pernah pergi perang.
Kalau penulis itu pergi perang, mungkin dia (penulis itu) sudah mati dalam peperangan. Kalau sudah mati dalam peperangan, mana mungkin dia menulis buku? Maka, para penulis ini menulis hasil penglihatannya sahaja. Samalah dengan Sanusi, dia melihat dan dia buat tafsiran. Dia merasakan dia lebih hebat dari orang lain, sebab itulah, kita boleh melihat siapa yang berkawan dengan Sanusi sekarang?
Dia dilantik menjadi Presiden UIAM sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin era Tun Dr. Mahathir dan tentunya dia ada tugas di UIAM untuk membersihkan 'sejarah Anwar Ibrahim' di situ. Tugasnya mungkin sudah selesai sekarang dan apabila tugasnya sudah selesai, eloklah jika dia diberhentikan kerana dia pun tahu, bukan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang berkuasa memberhentikannya.
Jauh sekali Perdana Menteri. Maka, untuk memberitahu semua orang, Sanusi yang sudah lama tidak mendapat liputan media, buat satu persidangan akhbar memberitahu dia tidak akan melepaskan jawatan Presiden UIAM kerana kontraknya masih ada dua tahun lagi. Tujuan persidangan akhbar itu tidak lain, tidak bukan untuk 'memberitahu semua orang bahawa yang berkuasa adalah Baginda Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIAM. Bila dia menerima surat dari Baginda Sultan, dia buat siding akhbar lagi. Nak muncul sekali lagi dia media massa, memberitahu PM yang desak dia dipecat.
Dari segi semangatnya, kalau sudah tidak sehaluan (dah isytihar keluar dari Umno) dengan pemerintah, buat apa bekerja dengan pemerintah lagi. Bukankah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini Presiden Umno. Kenapa tidak mahu faham semangat itu. Kalau Sanusi rasa dia masih berkaliber, berdasarkan pengalamannya itu, mohonlah bekerja dengan mana-mana kerajaan negeri yang bukan dari Barisan Nasional (BN) mungkin ada jawatan baik buat Sanusi.
Mahu menarik simpati? Mana mungkin Sanusi ada orang yang mahu simpati dengannya. Ketika dia berkuasa, ketika menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, kemudiannya Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah, Sanusi adalah jenis pemimpin sombong dan ego. Suka menghina orang lain dan suka bercakap sindir menyindir. Selagi mantan Menteri yang berbulu kening tebal ini tidak menukar sikap dan sifatnya, dia tidak akan dapat simpati dari sesiapa. Betul, dengan sikapnya yang ego dan sombong, dia akan berkata dia tidak memerlukan simpati sesiapa tetapi Sanusi ini akan terus 'berperang' dengan sesiapa sahaja kerana dia sering mendakwa dia adalah berketurunan Acheh yang sentiasa hidup dalam suasana 'berperang'.
Tidak hairanlah kalau dia 'berperang' dengan Anwar Ibrahim. Ketika Anwar mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Sanusi bertindak menyokong Tun Ghafar Baba. Jauh juga perjalanannya pergi berkempen mempertahankan Ghafar dan membelasah Anwar. Namun, seperti yang kita semua ketahui, siapa yang hendak mendengar cakap Sanusi. Akhirnya tewaslah Ghafar dan tewaslah juga Sanusi serta Pak Lah.
Satu catatan sejarah Sanusi yang boleh dikatakan sejarah hitam ialah, ketika dia menjadi Setiausaha Agung Umno, parti itu diharamkan. Kenapa diharamkan, Sanusi tentunya menyediakan jawapan yang 'mampu membersihkan dirinya' tetapi semua orang tahu kerana Sanusi mempunyai sikap yang sombong dan angkuh.
Bukan mudah berbincang dengan Sanusi. Kalau kita bertanya dengan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim tentunya ada cerita menarik yang boleh kita dengar mengenai Sanusi Junid apabila dia menjadi MB Kedah. Tidak hairanlah, kalau BN kalah teruk di Kedah ketika dia mengetuai jentera Pilihan Raya Umum ketika itu.
Baguslah dia berhenti sebagai MB kerana jika tidak, mungkin Kedah sudah lama diperintah PAS kerana rakyat Kedah meluat sangat dengan cara Sanusi. Ingat cerita cabut uban, tanam padi atas bumbung, hadiah bunga kepada isteri dan perlawanan bolasepak antara masjid-masjid? Apa sudah jadi dengan akhbar Koreksi yang pernah diterbitkannya dulu? Sanusi ini jenis mengarut.
Dia buat kelainan hanya kerana ingin menunjukkan dia lebih pandai dari orang lain. Dia buat kelainan kerana merasakan hanya dia yang terbaik dari kalangan pemimpin lain. Sama ada dia dipecat dari jawatannya di UIAM atau dia dipendekkan tempoh perkhidmatannya, Sanusi mempunyai satu kesilapan iaitu tidak mahu berundur dengan cara terhormat. Kononnya bila dipecat, dia hero! Ini bukan zaman peperangan.
Ini zaman aman dan damai. Jawatannya itu bukan jawatan Angkatan Bersenjata. Itu hanya jawatan untuk bagi gaji dan elaun sahaja. Ramai anak-anak buahnya dapat 'habuan' ketika Sanusi menjadi Presiden UIAM. Jangan cuba nafikan. Tanya Aziz Desa, betul atau tidak? Apa kelulusan Aziz Desa yang sentiasa dapat jadi orang penting di samping Sanusi? Begitu juga di Kedah, bukan sedikit wang kerajaan negeri habis.
Tanya kepada Sanusi, berapa dia buang duit buat Kampung Buku di Lubuk Sembilang, Langkawi? Bila orang samakan dia dengan Mat Jenin dia marah tetapi inilah 'cita-cita yang menyebabkan Mat Jenin' jatuh dari pokok kelapa! Tanpa jawatan di UIAM, Sanusi mempunyai banyak masa untuk turun berkempen membelasah PM. Wawancaranya dalam Harakahdaily.net sudah dimulakan untuk memperendah-rendahkan kradibiliti Perdana Menteri.
Dia sudah mulakan langkah untuk menunjukkan dialah yang paling bersih, paling pandai dan paling baik sedangkan orang lain semuanya paling kotor, paling bodoh dan paling jahat. Masyarakat sebenarnya tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat! Kisah Sanusi ini akan disambung, jika Sanusi juga menyambung serangannya terhadap kepimpinan hari ini. Selamat berjuang.
11 comments:
Kita kena faham tidak bermakna orang ada banyak buku dan library sendirian itu ia nya scholar dan menjadi orang baik2 ....
banyak buku adalah "useless" or "unworthy" info dan data sahaja.
Itu lah lain kali jangan ganggu wali dan murid2 nya ....
Tuhan itu amat Adil...
Sekarang masa Sanusi dapat surat di LUCUT dan di BUANG kerja satu Malaysia tahu ...
Padan Muka !
alahambra said... kau ni kenapa a? kau igt elok sgt ckp padan muka kat org....
Lain x jgn ckp padan muka.. lebih baik ckp pergi jahanam dgn Sanusi... hahahahahaha 1juta x
Apakah rasional di sebalik pemecatan Datuk Sanusi Junid ? Adakah disebabkan oleh politik atau masalah disiplin atau dia tak boleh buat kerja ???
Kerajaan kena ingat, dalam keadaan sekarang, pemerintah dan pembangkang harus bekerja sama untuk membantu rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak dan ekonomi yang gawat.
Kita ni rakyat Malaysia, harus bersatu tanpa mengira agama, bangsa atau parti politik.
Saya bukanlah nak puji sangat pembangkang, tapi tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng dan kerajaan Selangor yang turut menjemput pemimpin politik dari BN untuk menyertai GLC negeri patut dipuji.Alasannya demi untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk politik semata-mata..
http://www.cetusan-bukitsubang.blogspot.com
Maharaja, polis, raja..... di mana rakyat?
MAHATHIR@POLIS@RAJA!!!! DIMANA RAKYAT.?????
MAHATHIR@MAHAFIRAUN A/P MAHAZALIM@MAHAKHIANAT .
Sejenis mahluk perosak ditetaskan di Kedah 74 tahun lalu spesis jenis T-REXpendidikan sekolah CIA (Amerika ) dan MOSAD (Israel) Jawatan seumur hidup Maharaja / Presiden / Perdana Menteri / Ahli Politik / Polis / Hakim / Mufti / Tentera / Raja . Zuriat dan rakan .. ramai tak terkira. Sebahagianya.Marina / Mohzani / Muhklis dan Mirzan, kroni dan teman rapat Daim / Eric Chia / Vincent Tan / Rafidah / Sanusi Jonet / Megat Jonet / Dolah Badawi / Umi Halfida / Azizan / Tengku Adnan / Azlina Othman dan rakan-rakan sewaktu denganya.
Spesis T-REX kod Mahafiraun@Mahazalim ini adalah spesis terakhir kepada Patung Berhala UMNO@BN , spesis ini dalam proses pupus kerana serangan penyakit.khianat, tamak haloba, hasad dengki, rakus kuasa, gila kuasa, gila talak, suka merompak harta rakyat, suka berpoya-poya, suka berjudi, suka bermaksiat tiada vaksin yang sesuai ditemui untuk mengobati penyakit berjangkit inisehingga serum dari CUBA pun tak mampu digunakan untuk mengubati penyakit ini..hanya satu cara sehaja tangkap dan penjarakan serta asingkan dari rakyat marhain.
Spesis T-REX dan rakan-rakan sewaktu dengan..kini dalam proses penyalinan kulit dan rupa..??? sehinggakan warna hijau menjadi ancaman pada mereka.wal-hal mereka ini hidup dalam suasana kehijauan..kini mereka cuba mengubah suasana hidup mereka dalam suasana merah dan putih pula..yang pastinya pewarna merah tak mencukupijadi dipaksa darah merah rakyat marhain dialirkan untuk mencukupi suasana merah mereka.
T-REX Mahathir@Mahafiraun , mempunyai hobi tetap . " LONTAR BATU SOROK TANGAN ".antara mangsanya ..
1) Musa Hitam, 2) Ghafar Baba, 3) Sultan Johor, 4) Sultan Selangor, 5) Yang DiPertuan Besar N.Sembilan, 6) Anwar Ibrahim, 7) Tun Salleh Abas, 8) Almarhum Tunku Abdul Rahman, 9) Allahyarham Tun Abd.Razak dan Tun Hussein Onn, 10) Allahyarham Tan Sri Yahya, 11) Tengku Razaleigh, 12) Sultan Kelantan, 13) Daim Zainuddin, 14) Allahyarham Datuk Asri, dan banyak lagi serta bertan-tan telah menjadi kambing hitamnya..????
Kesukaan T-REX ini..melihat rakyat marhain merempat dan meminta-minta..serta miskin dan papa kedana!!!! Hiburan kesukaan ..Filem dari India serta artisnya..???? Siri TV kesukaan Buletin Utama TV > serta Radio & TV Mahathir (RTM) dan Akbar kesukaan Utusan Meloyakan serta Berita Hairan..!!!! Pasukan Elit kesukaan FRU dan SB..!!!! Sukan kesukaannya..pukul dan penjarakan rakyat marhain dengan mengunakan pemain dari pasukan elit FRU dan SB.!!!! Minuman dan makanan kesukaan.
Darah serta daging manusia rakyat dan bangsa Malaysia.!!!! Harta yang dimiliki..tak terkira.. semua harta dan khazanah di Malaysia ini adalah milik mutlak spesis T-REX Mahathir@Mahafiraun ..!!!!!
Nota :- Spesis T-REX jenis ini tak banyak dalam dunia ada dua-tiga ekor aje!!!! Tapi yang kat Malaysia ini adalah paling ganas dan paling bijak menipu..!!!! Pasukan Pemusnah T-REX ini masih berusaha untuk menangkap serta memusnahkan spesis T-REX ini..agak susah memusnah T-REX di Malaysia ini kerana ia dibantu oleh T-REX dari ( Israel / Singapura / Yugoslavia/ Russia / Amerika / Cuba )..proses penangkapan dan pemusnahan ini memerlukan masa ..!!!!
PDRM = POLIS DR.MAHATHIR @ POLIS REJIM UMNO@BN.
8hb.Nov.2000, Parlimen Malaysia meluluskan perbahasan mengenai kekejaman dan kezaliman POLIS diperhimpunan 100,000 rakyat di Jalan Kebun. Speaker Dewan Rakyat bersetuju kedua pihak dari Barisan Nasional dan Barisan Alternatif berhujah dan mencadangkan pada Parlimen apakah tindakkan terbaik yang perlu diambil kepada POLIS yang zalim dan kejam ini.
Beberapa bukti dan hujah telah dikemukakan dalam ParlimenSpeaker Dewan Rakyat akhirnya memutuskan pihak SUHAKAM perlu menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada 5hb.Nov.2000, dan memohon POLIS mengikut Perlembagaan Persekutuan Fasal 10 serta melindungi keselamatan nyawa dan harta benda orang awam. POLIS tidak boleh sewenang-wenangnya mengunakan kuasa untuk membuli dan menzalimi rakyat jelata. POLIS juga tidak boleh digunakan untuk kepentingan Parti Politik atau kepentingan peribadi individu seperti yang berlaku sekarang.
Apa yang dilihat dalam Dewan Rakyat..para juak-juak UMNO@BN masih mahu menafikan dan berbohong..kerana UMNO@BN telah memperalatkan pihak POLIS untuk kepentingan Parti dan Peribadi mereka.dan bukanya berkonsep "Mesra Rakyat " serta "Berkhidmat Untuk Rakyat"..Institutsi POLIS kini telah dijatuhkan maruah dan harga diri oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ..sehinggakan rakyat beranggapan POLIS kini adalah musuh dan seteru kepada rakyat marhain dan Barisan Alternatif. Suasana begini telah menjadikan Jabatan POLIS sebagai satu Jabatan yang dimiliki sepenuhnya oleh pihak UMNO@BN serta kuncu-kuncu Mahathir@Mahafiraun mereka berhak mengarah dan mengunakan POLIS untuk apa jua kegunaan merekadan Jabatan POLIS tak ubah seperti hamba-abdi kepada UMNO@BN .
Didalam Dewan Rakyat ini juga pihak Kerajaan UMNO@BN masih mahu mengaku Jabatan POLIS adalah milik mereka..dan Jabatan POLIS boleh digunakan mengikut budi-bicara ahli Politik UMNO@BN.dalam memastikan kuasa berada didalam tangan mereka..sehinggakan Ahli Parlimen UMNO@BN sanggup menafikan bukti-bukti yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Barisan Alternatif didalam Parlimen. Perbuatan mempertahankan perbuatan zalim dan keji FRU dan SB pada 5hb.Nov.2000 oleh UMNO@BN telah membuktikan UMNO@BN adalah penyokong kuat terhadap kezaliman serta kepincangan dalam Jabatan POLIS serta sistem pemerintahan tajaan UMNO@BN . Tindakkan POLIS tidak memberikan senarai penuh OKT kepada Peguam bela adalah satu perbuatan jahat yang ingin melindungi sesuatu perkara yang tidak kena terhadap perlakuan pihak POLIS terhadap orang awam ( sila lihat fakta kes DSAI apabila dia di pukul oleh Rahim Nor ) .. perbuatan menahan reman orang awam dalam tempoh yang lama juga telah membuktikan pihak POLIS cuba menghapuskan fakta dan bukti yang pihak POLIS telah berlaku zalim dan kejam kepada orang awam.
Kini Institutsi POLIS telah disalah-gunakan oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun untuk kepentingan peribadi mereka.maruah dan moral serta disiplin anggota POLIS kini telah berada ditahap gawat dan teruk akibat menerima arahan pihak atasan yang bertugas untuk UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun seluruh rakyat marhain kini telah meletakan Jabatan POLIS sebagai satu Jabatan yang tidak boleh dipercayai dan diharapkan untuk melindungi harta benda dan keselamatan orang awam..POLIS kini tidak ubah seperti anjing suruhan UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun .
Sekiranya Dewan Rakyat gagal mengembalikan martabat dan maruah Jabatan POLIS..kelak dimasa akan datang POLIS DIMALAYSIA AKAN BERTINDAK SEPERTI REJIM ISRAEL YANG BERTINDAK ZALIM TERHADAP RAKYAT ARAB.DAN DIWAKTU ITU RAKYAT MARHAIN AKAN MENJADIKAN POLIS SEBAGAI MUSUH UTAMA MEREKA YANG SAMA TARAF DENGAN DADAH / PEROMPAK ATAU SEWAKTU DENGANYA. RAJA MELAYU = MAHARAJA MAHATHIR@MAHAFIRAUN .
7hb.Nov.2000 sekali lagi Raja-Raja Melayu diperbodohkan oleh Mahathir@Mahafiraun ..dengan termetranya perjanjian pra-syarat penyerahan PUTRAJAYA kepada Kerajaan Persekutuan kita telah melihat Mahathir@Mafiraun dengan bongkak dan sombongnya menjadi saksi bagi perjanjian ini, sedangkan dia adalah Pengarah Utama bagi perjanjian ini.kan begitu mudah Mahathir@Mahafiraun berselindung dengan kelemahan Raja-Raja Melayu ini.???
Apa yang kita lihat secara rasminya Majlis Raja-Raja Melayu secara terpaksa akan meluluskan perjanjian pra-syarat ini..begitu juga Dewan Undangan Negeri serta Dewan Rakyat secara tidak lansung dihalang untuk berhujah dan membincangkan isu penyerahan PUTRAJAYA kepada Kerajaan Persekutuan. Dengan nilai pampasan RM 200 juta dan RM 7.5 juta setahun sehingga kiamat serta tanah ihsan 10 ekar kepada Negeri Selangor, kita boleh melihat betapa murahnya dan rendahnya nilai hartanah di PUTRAJAYA mengikut penilaian Mahathir@Mahafiraun .sedangkan nilai tanah di Kuala Lumpur pada tahun 1974 lebih tinggi dari nilai PUTRAJAYA pada tahun 2000..cuba kita imbas kembali pada tahun 1974, Kerajaan Persekutuan sanggup membayar RM 3.5 bilion wang pampasan dan RM 18.3 juta setiap tahun untuk selamanya untuk pertukaran Kuala Lumpur.!!!! Apakah tahun 2000 ini nilai PUTRAJAYA ini sama nilainya dengan Kuala Lumpur 1974atau lebih tinggi lagi.
Sejak zaman pemerintahan Mahathir@Mahafiraun telah dua (2) tanahjajah negeri dijadikan milik Kerajaan Persekutuanapakah tujuan dan maksud sebenarnya..???? Labuan dan Putrajaya.???? Dan dalam kedua-dua isu Wilayah Persekutuan ini. Mahathir@mahafiraun tanpa rasa malu atau bersalah mempergunakan kuasa Raja-Raja Melayu untuk kepentingan peribadi dan juak-juaknya .. sehingga hari ini .rakyat Sabah dan Sarawak masih menaruh dendam kemarahan keatas perbuatan Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya..!!!! Kita boleh menjangkakan jika Mahathir@Mahafiraun terus berkuasa di Malaysiamakin banyaklah Wilayah Persekutuan akan di istiharkandalam pengamatan penulis mangsa seterusnya adalah..LANGKAWI..SEPANG & NILAI..KERTEH & KEMAMANBINTULU??????
Apalah yang tinggal kini pada Majlis Raja-Raja Melayu.hanya sekadar mesyuarat adat-istiadat sehajalah yang ada pada Raja-Raja Melayu ini..tidak lebih dari itu.???? Pertembungan kuasa Raja dan Kuasa Maharaja Mahathir@Mahafiraun telah lama berlaku dan Maharaja Mahathir@Mahafiraun telah berjaya memasang perangkapnya sehinggakan Raja-Raja Melayu dan rakyat marhain tidak sedar, dengan tidak secara lansung ia merampas hak raja dan rakyat marhain tanpa bangkangan dan tentangan dari kedua-dua pihak ini..!!!! Itulah kelebihan Mamak Mahathir@Mahafiraun menipu dan memperlekeh Raja Melayu serta rakyat marhaintapi selepas tragedi 2hb.Sept.1998.rakyat marhain telah mengorak langkah untuk menentang segala tipu muslihat Mahathir@Mahafiraun . Tapi sayang seribu kali sayang Raja-Raja Melayu masih alpa dan lalai disingahsana kepalsuan ciptaan Mahathir@Mahafiraun .. Kepada Duli-Duli yang maha mulia ..cukuplah kita menyanggah kepada Mahathir@Mahafiraun kami tidak sanggup untuk derhaka kepada Raja-Raja Melayu..tapi jangan dipaksa kami derhaka kepada Yang Mulia Tuanku.." Raja Yang Adil Raja Di Sembah " " Raja Yang Zalim Raja Di Sanggah " . Itulah pepatah Melayu akan kami pegang..kini " Penguasa Yang Zalim Telah Kami Sanggah " jangan pula kami terpaksa menyanggah Duli-Duli Raja Melayu..semoga Allah s.w.t akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada Duli Maha Mulia Tuanku serta seluruh rakyat dan bangsa Malaysia dalam mengembalikan HAK RAKYAT DAN KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL.Amin
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
9HB.NOV.2000
REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL
salam....
ramai lagi orang yang bijak dan berkomitmen daripada sanusi junid. kasi lah kat orang lain. dia boleh bercuti atau masuk politik..tawam kedah dari PAS semula...kenapa dia hentam BN sedangkan dia sekarang berada dalam BN dan kalau tak kerana BN dia akan jadi mat sabu (tak pergi jauh) dan menang seramah sahaja.
tapi komen kat atas banyak hentam BN...mungkin dah lupa sejarah atau pentingkan diri sahaja...itulah ajaran anwar al-juburi (yahudi melayu)
pkrpasdap.blogspot.com
Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@bn... kau ni memang giler la...
alahambra
Sanuni ni pun dulu kherja buang orhang juga. Sukma diKedah dulupun dibatalkan kerana kroni orhang yang dia tak suka dapat kontrek. Depa sama-sama hati busuk. Padan muka dia!
2xlima
Tak hairan, kerana kini Tan Sri pun dah mengembangkan sayap dengan membuka blognya sendiri. Rasa2 nya ni lah platform baru utk pemimpin2 ala Tun M, Dr. Khir Toyo dan Dr. CHua "memperbetulkan" keadaan. Tapi kalau apa yang nak disampaikan di blog beliau sama je, menyatakan bagaimana dia dizalimi, dan di back up pula dengan point2 yang belum tentu betul tidak.... Takde beza nya blog2 lain yang wujud sebelum blog beliau. :)
Semua orang nak ber-blog. Adakah dah kena pecat/keluar parti baru orang2 umno nak bukak blog? Macam ada udang di sebalik batu.
Salam
Pada pendapat saya yg kurang ke Universiti ni, apa2 jawatan pon mesti la ade had nye. Lama2 sangat seseorang disitu, berkarat jadinye, tidak akan ade perubahan baru. Bila dah lama memegang kuasa tu, jadi tamak, takut nak dilepaskan kerana dengan hilangnye jawatan, hilang la jua kuasa dan pengaruh.
wallahualam bisawab
Zaman Sanusi jadi MB lah orang orang Burma dibawa masuk, ditempat di bukit Malut Langkawi dan dilayan melebihi anak jati Kedah semata mata boleh diguna masa pilihanraya... orang orang Burma inilah sekarang menimbulkan masalah dengan orang tempatan di Langkawi dan Kuala Perlis... yang mati dibelasah di Kuala Perlis hari itu adalah orang Burma... sebab itu beliau terus dibelasah walau dibuktikan tidak bersalah cuba mencabul budak berumur 10 tahun...
Tan Sri Sanusi tidak perlu merajuk kuat sangat kerana sebelum ini dia juga pernah terlibat memecat pengasas dan bekas pengarah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas pada penghujung tahun 2002 TANPA SEBAB.
Nak salahkan orang lain, cermin diri dulu...
Post a Comment