Ikrar Kota London-Malaysiakini
Friday, June 13, 2008
Walaupun beribu batu dari tanahair, kota London memegang sejarah UMNOnya yang tersendiri. Ramai jagoan UMNO mendaki menara gading dan mendapat sentuhan permulaan politik di kota yang penuh bersejarah itu. Malah, jalinan persahabatan intim Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak terlahir di Kota London ini. Tunku sebagai Presiden Kesatuan Melayu Great Britain, Tun Razak sebagai Setiausaha Kesatuan. Apabila masa tiba untuk Tunku kembali, Tun Razak diamanahkan untuk menggantikannya.
Mungkin krisis 1969 yang melanda negara ketika dua sahabat ini memegang tampuk pemerintahan UMNO ternampak bayangannya dalam pergolakan hari ini. Namun, kelahiran MAGERAN dibawah jagaan Tun Razak diadunkan dengan peranan besar Tunku dalam merapatkan silaturrahim rakyat melalui program muhibahnya, berjaya membawa Malaysia kembali kearah pembangunan dan penyatuan. Tidak dinafikan ketika itu, akar umbi dan ahli UMNO bersatu bagi memastikan kerelevanan perjuangan diteruskan, baik dari segi mereka yang berjawatan, ahli biasa mahupun pegawai-pegawai Menteri. Mereka memainkan peranan yang begitu besar.
Pada masa itu, memegang sebarang jawatan merupakan satu tanggungjawab yang begitu besar. Ia merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Lazimnya, masa menjanjikan perubahan. Kini ramai pemimpin UMNO yang kelihatan begitu rakus merebut kuasa, walaupun UMNO berana di ambang kejatuhan.
Adakah pemimpin sahaja yang menggilakan jawatan?. Bukankah Datuk Seri Najib sudah berulang kali menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Abdullah Badawi?. Malah, Datuk Seri Najib menggelar Datuk Seri Abdullah sebaga "anak politik" ayahnya sendiri.
Mungkin ramai antara kita yang tahu, ramai pemimpin kini didorong dan ditolak bukan sahaja oleh ahli-ahli UMNO namun pegawai-pegawi mereka yang berada luar dari kelompok UMNO. Apa pengorbanan mereka kepada pejuangan UMNO?. Adakah mereka benar-benar menjiwai nilai dan makna UMNO?.
Persepsi masalah antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdullah banyak disebabkan oleh pegawai yang tidak membelangkangkan nilai nilai perjuangan UMNO. Orang kuat Dato Najib seperti Dato Fatmi, Shahlan, Azmi memang memeperjuangkan nilai UMNO namun, hasutan dan cucukan dari segelintir mereka seperti Dato Alies, abang kepada Saifuddin Nasution dan Wan Shihab.
Semalam, di Kota London Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menjawab segala teka teki apabila berkata beliau tidak akan mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Disember depan. Katanya, beliau tidak akan berbuat demikian kerana beliau adalah seorang ahli parti yang sejati dan mahukan peralihan kuasa berlaku mengikut tradisinya.
Sudah tentu Dato Alies dan Wan Shihab kecewa dan cemas. Sudah tentu Tan sri Muhyiddin bersama sekutunya Dr Shahruddin mengeluh panjang. Istana yang diidamkam semakin berciciran. Pada masa inilah pejuang sebenar dipisahkan dengan pejuang kepentingan sendiri.
Apa yang nyata, sejarah Kota London, tempat dimana Tun Razak Hussein memulakan langkahnya dalam politik dan dimana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, termeterailah permulaan besar pengukuhan kuasa UMNO dibawah gandingan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak, yang bakal membawa UMNO terus maju kehadapan. Ikrar Datuk Seri Najib di Kota London membawa imbasan tentang nilai dan teras perjuangan UMNO yang sebenar.

6 comments:
terang lagi bersuluh.kenyataan yg di keluarkan oleh DS Najib melihatkan beliau seorang yg setia serta menunjukkan pemimpin UMNO yg sebenar.tiada apa lagi yg perlu di perkatakan kesetian beliau terhadap Pak Lah.apa yg perlu beliau lakukan ialah membantu Pak Lah menaikkan semula institusi UMNO.bangkit dan lawan sesiapa yang menentang Pak Lah.(mahathir dan konco2 nya -muhyiddin)Teruskan perjuangan
aku yakin dengan kerjasama antara Pak Lah dan Najib mampu meneruskan perjuangan UMNO serta membangunkan negara.
salam...
selamat berjaya Najib sebagai PM? Anda tidak perlu merusuh dan melalak diluar untuk menjadi pemimpin. Malaysia bukan timur leste atau timut-timur dan pakistan.
Najib, anda meneruskan perjuagan bapa anda dan anda pengasas kepada pemodenan melayu. Jangan lupa meneruskan janji BN. Turunkan sedikit harga minyak.
anwar bagaimana? kesian dia.
pkrpasdap.blogspot.com
Berikut adalah kemungkinan dan andaian yang mgkin akn berlaku tak berapa lama saja lagi:-
1. Naib Presiden kanan, Muhyiddin Yassin, meneruskan cadangannya menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden;
2. Tengku Razaleigh Hamzah terus berazam bertanding jawatan Presiden dan berjaya mendapat pencalonan yang mencukupi;
3. Dengan sentimen yang wujud sekarang, Muhyiddin akan memberi tentangan hebat kepada Mohd Najib jika Mohd Najib tidak berganjak daripada jawatan Timbalan Presiden;
4. Elemen dalam Umno yang tidak puas hati dengan kepemimpinan sekarang dan hampa dengan ketidakberanian dan kesetiaan fanatik Mohd Najib akan menyokong beliau;
5. Sekalipun Tengku Razaleigh dan Muhyiddin tidak berganding secara rasmi, ahli dan perwakilan Umno tetap melihat mereka sebagai alternatif terbaik kepada gandingan mesra Abdullah-Mohd Najib;
6. Tetapi sekiranya Mohd Najib "memperoleh" ilham dan keberanian serta tidak menderita serangan "koro" lantas menawarkan diri sebagai calon Presiden, satu anjakan pemikiran akan berlaku;
7. Kepada banyak orang, gabungan Mohd Najib-Muhyiddin adalah yang terbaik;
8. Semestinyalah elemen di sekeliling Abdullah akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Mohd Najib berada dalam lingkungan dan kurungan mereka;
9. Kalau ditakdirkan Mohd Najib berubah fikiran dan menawarkan diri bertanding jawatan Presiden, Abdullah mungkin tidak akan menerima Muhyiddin sebagai "running mate"; dan
10. Besar kemungkinan beliau akan memilih seorang lagi anak Johor iaitu Syed Hamid Jaafar Albar sebagai rakan seperjuangan.
Kesimpulannya, sama ada Mohd Najib dan Muhyiddin suka atau tidak, mereka sebenarnya sudah menyeberangi sempadan seperti Julius Caesar menyeberangi Sungai Rubicon sebagai simbol pengisytiharan perang.
Soalnya bukan mereka mahu menongkah arus apatah lagi menderhaka tetapi pada hemat saya ini adalah kehendak ahli akar umbi Umno demi menyelamatkan parti, perjuangan orang Melayu dan masa depan negara. Orang yang melihat gerakan dan kebangkitan ini sebagai isu peribadi sebenarnya menolak realiti dan mahu mengekalkan status quo yang goyah demi kepentingan peribadi dan kelompok mereka sahaja.
kepada operator blog ni...kenapa skrg dah kurang info terini serta hangat d pasaran....atau operator dah lar pergi kat org lain..teruskan
hello.. blog ini menarik .. tapi, kalau boleh u improve sikit dari penggunaan colour.. backgorund hitam dgn tulisan putih, amat menyakitkan mata ! tukar atau improve kepada kaler lain .. orang tak tengok design, tapi orang nak baca CONTENT !
Post a Comment