Regu Razaleigh ialah Najib?-Malaysiakini

Wednesday, June 18, 2008

POLITIK ini sesuatu yang berwarna-warni. Ia hidup. Ia sentiasaberubah-ubah. Ia juga merupakan sesuatu permainan yang tidak mustahil.Macam-macam boleh terjadi. Semalam lain, hari ini lain dan esok sudahtentu menjanjikan kelainan.

Jika dahulu, ketika bertanding menentang Dr. Mahathir Mohamad dalamtahun 1987, Tengku Razaleigh Hamzah beregu dengan Musa Hitam tetapikali ini, entah dengan persetujuan Datuk Seri Najib Tun Razak atautidak, Razaleigh sudah mengumumkan secara rasmi, regunya ialah Najib.Bermakna, jika Razaleigh menang kerusi Presiden Umno hujung tahun ini,timbalannya masih Najib, yang juga merupakan regu dan pasangan PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mingguan Malaysia 15 Jun 2008 melaporkan dari Mentakab (Temerloh),Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata; "gandingan paling sesuaiialah Najib untuk bertanding pada pemilihan Disember ini."keputusan muktamad untuk menentukan siapa regu terbaiknya akan tetapmengambil kira kehendak majorit ahli parti sendiri. Pilihlah sesiapasahaja untuk jadi timbalan saya tetapi Najib lebih sesuai keranabeliau pernah bekerja dengan saya sebelum ini," katanya.

Razaleigh adalah salah satu nama yang disebut bekas Perdana Menteri,Dr. Mahathir Mohamad layak menggantikan Pak Lah, selain Najib,Muhyiddin dan Rais Yatim. Hari ini, Razaleigh sudah menamakantimbalannya dan dalam masa yang sama, Pak Lah juga sudah menamakanbahawa Najib adalah penggantinya apabila sampai waktunya nanti.

Dr. Mahathir pula medesak supaya Najib segera 'merampas' jawatanPresiden Umno dan Perdana Menteri dari Pak Lah kerana dikhuatirinyaUmno akan hancur jika Najib lambat bertindak, manakala Muhyiddin MohdYassin yang cukup lantang sekarang ini membayangkan dia akan menjaditimbalan kepada Najib apabila Najib menjadi pengganti Pak Lah.

Jauh dari belakang, mengejar dengan nafas tercunggap-cunggap ialahRais, yang terpancul namanya dari mulut Dr. Mahathir kononnya dia jugalayak menjadi Perdana Menteri selepas Pak Lah. Walaupun Rais menyambut'seruan' Dr. Mahathir itu dalam nada lembut, tetapi jauh di suduthatinya, hanya Tuhan yang tahu.

Apa yang mengejutkan (boleh dibaca yang mengecewakan) mengapaRazaleigh tidak menamakan Rais Yatim sebagai gandingannya kerana jikadibandingkan dengan Najib, Rais lebih ketara pernah bekerja denganRazaleigh. Bukankah sejarah kewujudan Parti Melayu Semangat 46menunjukkan Razaleigh sebagai Presiden dan Rais sebagai timbalan?Kenapa bila hendak mengambil alih Umno, Razaleigh enggan bergandingandengan Rais? Apakah sudah tidak ada kepercayaan Razaleigh terhadapRais?

Bukankah Najib sudah pernah meninggalkan Razaleigh dalam tahun 1987,ketika Razaleigh menentang Dr. Mahathir dahulu? Dakwaan beberapapihak, jika Najib menyokong Razaleigh dalam pertandingan itu dahulu,Razaleigh akan menang dan tidak akan tewas dengan majoriti 43 undi.Jika Tengku Razaleigh masih ingat peristiwa ini, mustahil Razaleighmahu berkawan dan berganding lagi dengan Najib. Muhyiddin juga pernahbekerja di bawah Razaleigh ketika mereka menjadi Menteri Perdagangandan Perindustrian dan timbalan menteri yang sama.

Hairan juga mengapa Razaleigh tidak menyebut nama Muhyiddin sebagai gandingannya.Apakah ada muslihat? Adakah Razaleigh merasakan jika Najib menyokongPak Lah, Pak Lah akan menang dan jika Najib menyokong dia, dia akanmenang? Bagaimana kalau betul-betul terjadi Najib juga mengutippercalonan untuk sama-sama mengukur populariti, apakah Razaleigh masihselamat sebagai salah seorang calon Presiden?

Apabila Razaleigh tidak menyebut nama Muhyiddin dan Rais sebagaigandingannya, kedua-dua menteri yang dilantik oleh Pak Lahmenganggotai kabinet Malaysia ini perlu menjawab spekulasi orang ramaiterhadap mereka. Mereka kena berjalan ke seluruh Negara, beritahuorang ramai bahawa Razaleigh bukanlah calon Presiden Umno yangberwibawa. Jika mereka tidak lakukan, orang ramai akan mentafsirkanbahawa 'tentu ada yang tak kena kepada mereka berdua hingga Razaleighmenyingkirkan nama mereka sebagai gandingannya' dalam pertandinganini.

Bertuahlah Najib dari segi politiknya, dia menjadi rebutan dari dua'teruna' yang kepingin menjadikannya sebagai 'pasangan'. Terpulanglahkepada Najib untuk membuat pilihan. Adakah Pak Lah yang sudah berbudikepadanya dengan meletakkan dia di situ sebagai pasangannya atauRazaleigh yang sentiasa dilihat mahu menggugat kestabilan politik dangandingan Pak Lah dan Najib.

Bukankah lebih baik kalah Razaleigh memilih Muhyiddin atau Raissebagai regunya? Mungkin pada bacaan politik Razaleigh Muhyiddin danRais tidak mempunyai cukup penyokong untuk membantunya memenangipertandingan itu. Apa kata kalau Najib menolak 'perlawaan' Razaleighkali ini, tolak secara terang-terang dan bukan seperti yang berlakudalam tahun 1987 dahulu?

Apakah Razaleigh akan terus bertanding atau dia memilih untuk menarikdiri? Apa pula pandangan dan pendapat penasihatya seperti Kamal AmirKamal Hijaz dan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir? Apakah merekajuga akan menangis tersedu-sedu, mengenangkan nasib malang yang tidakhabis-habis menimpa boss mereka.

Hari ini, ada sumber memberitahu, selain Kamal Amir dan Kadir SheikhFadzir menjadi penasihat Razaleigh, Datuk Dr. Afiffudin Omar jugamerupakan penasihat kanan Razaleigh. Dialah yang paling terkehadapandi dalam banyak majlis-majlis Razaleigh di Kedah. Persoalannya, orangini masih lakku di Kedah? Sejak kalah mempertahankan jawatan KetuaUmno Bahagian Padang Terap di tangan Datuk Ghazali Ibrahim, di manakedudukan Affifuddin yang kononnya pakar dalam banyak hal?

Politik Umno ini politik kuasa dan peluang. Razaleigh mungkin tidakperlu memikirkan soal wang tetapi bolehkah orang-orang Musa Hitamberkawan dengan Razaleigh dalam musim pertandingan kali ini? Kita jugaperlu menunggu apakah hasrat Razaleigh ini mendapat sokongan jitu Dr.Mahathir? Mahukah Dr. Mahathir turun berkempen walaupun sudah tidaklagi menjadi ahli Umno.

1 comments:

Anonymous said...

Razaleigh ni dah tua dah woi. Retire sajalah.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP