TUN M: MAKIN HATINYA SAKIT, DIA SEMAKIN 'JAHAT' - Malaysiakini

Tuesday, June 17, 2008

Apabila seorang bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen tentang kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan
belot dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memang nyatalah ungkapan itu boleh disifatkan satu komen 'busuk hati' (dengan maaf).

Hinggakan Tun M sanggup meramalkan dengan pengakuan Najib itu dijangka UMNO akan hanyut dan begitu optimis meneka bahawa UMNO akan lebih parah dalam waktu terdekat merupakan satu ramalan yang sedikit sebanyak berunsur sangat dengki dengan kepimpinan Pak Lah yangkelihatan pasangan paling ideal buat ketika ini.

Tun M benar-benar yakin bahawa dengan kemerosotan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu adalah disebabkan Pak Lah semata-mata. Dalam gambaran kasarnya, Mahathir menganggap Najib seorang yang bodoh menyokong Pak Lah. Saya menyimpulkan kenyataan
Tun M itu membawa erti, Pak Lah dan Najib sebenarnya adalah anak didik beliau sekian lama. Belum pernah pula dizaman pemerintahan Tun M, dua insan ini, Abdullah dan Najib pernah terlepas cakap atau berkias-kias mahu melawan bos mereka Tun M.

Mereka berdua paling cool jika dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Atas sifat-sifat itulah kononnya Tun Mahathir yang sentiasa dilihat orang sebagai orang berpandangan jauh meletakkan Abdullah sebagai pengganti beliau paling sesuai dan dicadangkan supaya Najib dilantik menjadi timbalannya. Kehendak Mahathir berlaku dan inilah frame yang ditinggalkan untuk menjaga parti, jaga negara.

Selepas pilihan raya umum tahun 2004, BN menang besar, Mahathir mungkin terperanjat melihat sokongan rakyat kepada BN yang begitu hebat sekali. Tidak salah kalau keadaan itu sebenarnya rakyat memang cukup suka Mahathir sudah tidak berkuasa lagi. Tetapi apabila Pak Lah membuat keputusan membatalkan pembinaan jabatan bengkok antara Malaysia dan Singapura, Mahathir mula melenting. Itu yang belum dibuat. Belum lagi Pak Lah kata nak robohkan KLCC Twin Tower dan hentikan pembangunan Putrajaya atau tutup KLIA.

Kalau ituyang Pak Lah buat, tak tahulah macam mana Mahathir melalak tengah-tengah jalan bercakap sorang diri dari celah bumbung kereta dengan hailer terbesar agaknya. Akhirnya cerita jambatan bengkok senyap begitu saja setelah focus Mahathir terganggu Anwar dibebaskan kerana membebaskan Anwar samalah seperti membebaskan musuh Mahathir nombor satu yang pasti akan menuntut balasan. Ini memang terlalu menggusarkan Mahathir.

Resah Mahathir itu menyebabkan gangguan jantung beliau hingga terpaksa menjalani pembedahan bypass buat kali kedua. Walaupun beliau menafikan perkara ini, tetapi itu adalah antara kesannya. Bila hatisakit, hati susah, jantung akan turut sakit.
Alhamdulillah, Mahathir kembali sihat seperti sediakala. Pendedahan Mahathir yang beliau menyesal melantik Pak Lah sebagai penggantinya yang dijejeh di mana-mana media dalam dan luar negera telah menyumbang kepada kurang yakin rakyat kepada Pak Lah yang baru memegang jawatan penting untuk meneruskan tugasnya sudah terpaksa berdepan dengan karenah bekas bosnya sendiri. Seolah-olah dia tidak ada dosa dengan rakyat negara ini. Mahathir hilang hormat, hilang diplomasi, hilang budi bicara, hilang pertimbangan, hilang maruah dan hilang penghormatannya apabilabertindak macam budak-budak nakal mencemar kepimpinan dan Negara melalui satu corak vandelisme moden.


Mungkin itu tujuan Mahathir mahu menghancurkan BN apabila beliau tidak lagi menerajuinya untuk mendapat nama bahawa beliaulah yang terpandai untuk mentadbir Malaysia ini. Mahathir terus menempelak ramai orang termasuk menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Kalimullah, Patrick Lim dan ramai lagi untuk dibebankan kepada kerajaan jika boleh hingga BN tumbang sama sekali. Namun, itusemua tidak juga berlaku. Ia bagaikan narrow escape bagi Pak Lah untuk meneruskan usahanya membaiki keadaan. Kebetulan pada ketika BN menghadapi sengsara yang amat berat, hargaminyak pula melambung naik yang memaksa kerajaan tiada pilihan lainkecuali menaikkan harga minyak.
Itupun Pak Lah masih berusaha mengembalikan sebahagian daripada hak subsidi minyak kepada rakyat dengan pelbagai cara yang mungkin tidak siapa terfikir kerajaan boleh menghabiskan masa, tenaga dan hasil negara semata-mata untuk rakyatMalaysia mendapat rasa subsidi walaupun kecil jika dibandingkan apa yang telah kerajaan tanggung selama ini. Sekurang-kurangnya rakyat asing tidak dapat menjamah subsidi ini untukdikongsi dengan kita. Dan hari-hari ada saja perkembangan baru untuk mengurangkan beban rakyat melalui pelbagai cara dan ini nampaknya Pak Lah dengan ahli kabinetnya akan terus fikir apa saja terbaik untuk rakyat.


Kebaikan jangka panjang pastinya sedang tersusun. Cuma memerlukan kesabaran rakyat apa yang kerajaan akan lakukan seterusnya bagi mengimbangkan kembali keadaan yang begitu gawat pada ketika ini. Sepertimana kata Pak Lah umumkan bahawa kerajaan akan kembalikan royalty minyak kepada Terengganu dan mana-mana negeri yang terlibat dengan hasil minyak untuk ditadbirkan sendiri oleh negeri-negeri mendekatkan satu pendedahan besar tentang minyak tidak lama lagi.


Juga dalam pembangunan, kerajaan tidak asingkan negeri-negeri yang diterajui pembangkang. Kelantan akan menikmati peruntukan dari pusat. Kalau zaman Mahathir, Kelantan memang jelas dianaktirikan. Hanya nak adakan pilihan raya saja Kelantan mewah sekejap. Setelah gagal,Kelantan ditinggalkan terbontang begitu saja.


Dalam kita mendengar gendang, paluan, sorakan, tempikan, renung-renunglah sama berbezaan zaman Mahathir yang telah banyak mengusutkan punca-punca saluran kerajaan hingga hari ini satu demi satu pendedahan kita dengar apa yang Mahathir buat kepada negara kita. Penglibatannya dalam urusan kehakiman pun sudah cukup mengerikan dan apatah lagi soal kewangan negara yang sehingga akaun Petronas pun tidak boleh dipersoalkan. Akan banyak lagi pembongkaran danpendedahan mengenai Tun Mahathir. Dengar, perhati dan barulah buat pertimbangan untuk meletakkan siapa Tun Mahathir dan siapa Pak Lah sebenarnya

8 comments:

Anonymous said...

Abdullah dan Najib

1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk betanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding
http://www.chedet.com

Anonymous said...

Insyaalah, peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar. UMNO dan seterusnya orang melayu mesti bermuafakat dan bertanggungjawap untuk hidup bersama tanpa muslihat busuk politik.

Terlalu ramai yang senang terjerumus dgn kancah politik yang mengakibatkan orang melayu berpuak puak. Masaalah timbul kerana sokongan politik bukan berunsur ideologi tetapi hasad dengki and bersabotaj bersama sendiri.

ini perlu berubah. Jika kita mahu maju kehadapan, biar politik berwawasan dan bukan politik murahan yang diamalkan hari ini daalm UMNO ataupon yang berunsur ekstremis spt PAS.

Islam itu agama dan panduan hidup dan bukannya bahan politik atau bahan digunakan untuk propaganda. Dakwah adalah cara membimbing minda kejalan benar dan bukan kesesatan politik.

selamat berjuang bangsa ku, walaupon kita berbeza, tapi kita di pohonkan agama islam sebagai panduan apa yang dosa dan apa yang pahala.

Anonymous said...

aku dah bosan dgn blog ni!! x habis2 nak melaga2kan sesama umno. kepada web master blog ni bertaubatlah hendaknya.
aku tgk pun makin hr, makin susut pembaca dlm laman blog ni. saudara.. rakyat skrg dah palai menilai yg mana baik, yg mana buruk. jgn kotorkan kain yg putih bersih itu.

Anonymous said...

A Mongolian witness caused a stir in court today when she revealed that murdered Mongolian national Altantuya Shaariibuu had been photographed having a meal with a Malaysian government official named 'Najib Razak'.

Burmaa Oyunchimeg, also known as Amy, told the Shah Alam High Court that Altantuya had shown her the photo in Hong Kong when she returned from a trip to France.

It is believed that the government official in the photograph is Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, who has close ties with political analyst Abdul Razak Baginda.

The latter has been charged with abetting the murder of Altantuya, 28.

Najib has previously denied that he had personally met the murdered woman and that he heard of her only from newspaper reports after Altantuya was murdered.

This morning, Burmaa, 26, mentioned the photograph when re-examined by DPP Manoj Kurup.

Manoj was asking whether she had personal knowledge of Altantuya’s disappearance.

Burmaa began her answer conveyed by her translator Enkhjargal Tsetsgee that she knew Altantuya had come to see Razak who happens to be the only person she knows in Malaysia.

“I know why she wanted to see Razak Baginda - I have seen pictures of Altantuya with Razak and a government official,” she said.

After Burmaa said that, prosecutor Manoj abruptly cut her off.

But 20 minutes later, lawyer Karpal Singh, who is holding a watching brief for the deceased’s family, sought permission from the court to pose a question on the photograph.

Anonymous said...

ni mesti kerja orang-orang Pak Lah ni. x lama lagi terjun la kau orng semua ikut Pak Lah. padan muka.

Anonymous said...

pak lah memang orang yang baik bukan seperti Tun M. Hidup pak lah terus lah meminpin negara.

Anonymous said...

mengapa Tun M sentiasa mengatakan pak lah. apa kah dia sudah lupa dia juga banyak buat perkara yang tidak baik semasa berkuasa, anak dia juga semakin kaya raya.mengapa dia sibuk melibatkan anak pak lah

jonjenin said...

halooooo... You orang ni duduk dalam gua ke???? atau syok sendiri.... kerajaan bn ni sekarang kerajaaan pak lah dan kroni maaa..... Mana ada jaga kepentingan rakyat. Suka2 naik minyakk buat rakyat naik minyak. Cuba menteri2 takyah ada apa2 elaun. Minyak kene kuar duit sendiri. Apa agaknya diaorg rasa. Dahtu dok nk tolong kakutangan awam je... kat malaysia ni sume keje gan kerajaan je ke... Apa la bengong punye pemikiran menteri2 bodoh ni.... Pastu dok suruh balaci2 diaorg dok tipu rakyat dlm tv. Come on asyik2 nk menipu je.... Lagi ssatu tuan blog ni banyak sangat masyukkkk ke psl dok side kat krajaan paklah ni... Renung2lah kalau malaysia ni dah kene takluk semula agak menteri bodoh ni akan gi kemana..???? Confirm melarikan diri ke luar negara...duit dah byk kaut.....Tak sedar22

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP