Pas menghadapi krisis serious

Tuesday, November 24, 2009



Husam kini terasa letih dengan tekanan politik sebenarnya bukan dari politiking ! tetapi letih dengan ragam politik dalaman PAS. Walaupun Husam adalah pemimpin parti Pas tetapi dia lebih cenderung kepada politik PKR dan mahu membawa Pas dengan cara PKR dan bukan cara kepimpinan Islam.

Husam tidak disenangi oleh kumpulan ulamak yang diterajui oleh Hj Hadi Awang. Husam juga ditolak oleh perwakilan Pas yang tidak berpihak kepada kumpulan Erdogan yang menyokong Anwar Ibrahim di dalam Pas.

Sikap dingin dan tentangan pemimpin puak ulamak telah membuat Husam merasa letih dan mahu melatakan semua jawatan dalam kerajaan kelantan. Namun Husam adalah anak emas dan anak didik Nik Aziz.Nik Aziz pasti tidak akan melepaskan Husam"

Inilah yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa Pas sedang menghadapi krisis yg serious.

Read more...

Politik Husam ala Anwar Ibrahim!


Husam tidak akan meletakkan jawatan, sebenarnya apa yang dilakukan oleh Husam adalah untuk menunjukkan kepada pemimpin PAS yang lain bahawa beliau adalah orang yang paling rapat dengan Nik Aziz. Dalam PAS sekarang bukan nya Presiden Parti yang berkuasa tetapi dalam PAS selepas Nik Aziz adalah Husam Musa , Suara Husam Musa sebenarnya adalah suara Anwar Ibrahim kerana Husam adalah orang yang begitu berminat dengan PKR dan Husam juga orang yang paling rapat dengan Anwar dan terlalu jinak dengan parti berkenaan.


Husam lah juga jambatan dan juga penyambung kepada hubungan PAS dan PKR. Husam juga adalah orang yang paling berpengaruh untuk mempengaruhi Nik Aziz dan Husam juga lah yang banyak mempengaruhi tindak tanduk Nik Aziz yang kita lihat sebagai yang pelik pelik. bagi Nik Aziz, Husam adalah yang terbaik, Husam adalah yang terbaik walaupun Husam menumbuk tetamu sewaktu rumah terbuka Aidil fitri dihadapkan keluarga Nik Aziz. Husam tetap yang terbaik.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar, berpandangan jauh dan banyak membantu rakyat di negeri ini bahkan mampu mengubah landskap politik nasional.“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),”

Beginilah hebatnya Husam pada pandangan mata Nik Aziz, Husam ini Allah buat bukan untuk rakyat Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia. Hebat sungguh Husam dan mungkin Husam lebih hebat dari Hj Hadi Awang, Yang hairan nya jika Husam ini hebat kenaoa dia tewas dalam pertandingan Naib Presiden PAS baru baru ini dan kenapa jika dia lebih hebat dari Hj Hadi tentu perwakilan Pas menyokong beliau dan pasti dengan mudah beliau boleh mengalahkan Hj Hadi dan menggantikan Hadi sebagai presiden. Namun Husam tidak berani menentang Haji Hadi kerana tahu sejauh mana kebolehan beliau walaupun disokong kuat oleh Nik Aziz.

Husam adalah anak emas kepada Nik Aziz, Presiden PAS juga tidak berani sentuh Husam, Apa ayng dapat kita lihat sekarang HJ Hadi selaku Presiden hanyalah bagaikan Boneka yang tidak berkuasa lagi, Nik Aziz seolah olah mahu menafikan dan tidak lagi menghormati kuasa Presiden. Nik Aziz pernah mengharap kan agar Hj Hadi dicabar sewaktu pemilihan PAS yang lalu tetapi malangnya ini tidak terjadi, Pas yang kini berpecah dua yang mana satu menyokong Nik Aziz dan Husam sebagai team Erdogan yang pro kepada Anwar Ibrahim yang lebih cenderung untuk bersatu dengan DAP dan satu lagi menyokong Hj Hadi Awang yang lebih berminat dengan kerajaan Perpaduan bagi menyatukan Melayu dan Islam.

Husam meletak jawatan adalah satu satunya perkara yang tidak mungkin berlaku dan semua ini boleh lah kita anggap sebagai permainan politik ala Anwar Ibrahim, Gempak saja lebih dan adakala dilakukan untuk menutup isu isu yang akan timbul.

Read more...

Menantu Nik Aziz juga dari keluarga UMNO

Monday, November 16, 2009


Kalau tidak berkahwin dengan anak Nik Aziz belum tentu lagi menantu Nik Aziz Mohd Arifahmi Abdul Rahman menyertai parti PAS kerana beliau datang dari keluarga UMNO ,ayah beliau juga adalah ahli UMNO . Arifahmi yang juga merupakan CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan ialah ahli UMNO Bahagian Macang dengan nombor keahlian 26666057 . Sebelum beliau bernikah dengan anak Nik Aziz , Arifahmi adalah merupakan orang yang kuat menentang PAS di Macang. Arifahmi sememangnya terkenal sebagai oportunist dan beliau mengambil kesempatan untuk jawatan tinggi di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Arifahmi juga yang bertanggu jawab untuk mengaturkan perjalanan Nik Aziz ke Mekah dibiayai oleh kontraktor dan juga ahli perniagaan yang merupakan orang persendirian. Setelah mempertimbang kan kembali dan desakan orang ramai , Nik Aziz membatalkan pemergian beliau ke Melah tahun ini kerana takut dikatakan menerima rasuah tetapi sekiranya niat untuk menerima rasuah sudah cukup membayangkan bagaimana hasrat sebenar Nik Aziz.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP