MAHATHIR TIDAK YAKIN WAWASAN 2020 BERJAYA, TUKARKAN SAJA KEPADA WAWASAN 2050 ~ Malaysiakini

Tuesday, December 16, 2008


Oleh Ainul Sabirin

Kalau sudah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri menyuarakan Wawasan 2020 tidak akan tercapai atas sebab terjejasnya pertumbuhan ekonomi dan keadaan politik yang tidak stabil, tentulah rakyat merasakan satu kerugian yang amat besar dari apa yang telah dibelanjakan untuk meguar-uarkan wawasan tersebut selama ini.

Mahathir menyatakan perkara ini selepas berucap di program syarahan Bridges-Dialogues Towards Culture of Peace di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perpadanan Putrajaya baru-baru ini.

Sesungguhnya Wawasan 2020 telah dilihat hanya satu gimik semata-mata untuk Mahathir yang ketika itu sedang mencari satu kemuncak populariti dirinya sahaja untuk menandakan kemuncak kemajuan negara yang bergelar Malaysia Negara Maju. Tidak lebih dari itu walaupun pada hakikatnya kita memang sudah maju dan akan terus maju bersaing dengan negara-negara lain termasuk yang terlebih dahulu maju dari kita.

Hari ini, tanyalah kepada mana-mana golongan biasa seperti pekebun kecil, ahli perniagaan korporat, pelajar, orang kampung, orang bandar, polis, askar, pensyarah, ahli akedemik, waima orang politik, menteri atau siapa sajalah apa yang mereka faham mengenai Wawasan 2020?

Kita akan dapat jawapan yang macam-macam. Kebanyakannya tak tahu langsung apa sebenarnya maksud Wawasan 2020 itu melainkan ia merupakan hanya sebuah iklan tanpa produk.

Yang cerdik akan cuba menerangkan kandungan Wawasan 2020 itu sebagai wacana kejayaan, Yang tidak berapa faham akan merepek-repek cerita pasal peningkatan kemajuan kita sejak selepas merdeka. Yang tahu sikit-sikit akan cuba menambah-nambah dengan caranya sendiri untuk mencantikkan bunga-bunga kata hingga akhirnya tidak siapa yang faham.

Sama ada kita ada tarikh untuk menyatakan kita maju atau tidak apabila masuk tahun 2020 nanti yang hanya tinggal lebih kurang 11 tahun saja lagi itu, nyatanya negara kita sudah di peringkat cukup maju tetapi tidak secara total. Dari segi kemajuan, negara kita masih ramai lagi hidup di paras kemiskinan dan daif. Kita masih mempunyai tempat yang tidak mempunyai infrastruktur asas yang cukup. Di bandar-bandar besar pun termasuk yang sudah diberi taraf bandaraya masih dikelilingi setinggan lagi. Warung-warung kotor masih bersepah lagi dan batang-batang jalannya pun masih penuh dengan lopak-lopak dan keadaan keliling masih kotor.

Walaupun semasa Mahathir perdana menteri, beliau dilihat sebagai seorang yang cukup handal kerana telah berjaya membangunkan KLIA, KLCC, Putrajaya, Litar Lumba F1, memperkenalkan ICT dan berjaya membangkitkan kegunaan IT yang begitu meluas dan sebagainya, tetapi Mahathir gagal memberi tumpuan serentak memajukan kawasan-kawasan pendalaman yang menderita tanpa pembangunan untuk membekalkan keperluan penduduk selesa dengan keperluan asas yang sempurna.

Kita masih banyak lagi tempat-tempat terpencil dan terbiar tanpa didatangi kemajuan. Kerana itu apabila setiap kali mahu mengadakan pilihan raya kecil di sesuatu kawasan, kerajaan terpaksa bergegas dan tergesa-gesa membaiki jalan, mengadakan lampu isyarat, membina surau dan masjid, memasang letrik, membesarkan longkang dan sebagainya.

Padahal semua itu sepatutnya sudah sedia ada, bukan kerana pilihan raya. Keadaan setiap kali mahu mengadakan pilihan raya kecillah baru kerajaan terkial-kial mahu buat itu dan buat ini yang mana kalau didekati masalah itu, sebenarnya ia hanya kebetulan menjadi rahmat bidan terjun semata-mata kerana sebelum itu, penduduk hanya boleh mengadu dan memohon, tetapi hanya disambut dengan kata-kata akan dibawa kepada pihak atasan dan akan dipertimbangkan.

Kerana itulah juga, pihak media tidak pernah kering dengan bahan mendedahkan kedaifan sesuatu tempat secara terus menerus sehingga ke hari ini sebagai pemberitahuan kepada kerajaan bahawa kita masih banyak lagi tempat yang memerlukan pembangunan demi kemajuan yang kita laung-laungkan untuk kita sambut pada malam menyambut tahun 2020 nanti.

Adalah mustahil Mahathir tidak tahu akan hal ini. Tetapi beliau lebih gah mahu bermegah dengan kecanggihan untuk beriak dengan dunia luar bahawa kita mempunyai tempat hebat-hebat untuk menarik pelabur dan pelancong luar negara sahaja. Namun begitu, pelancong mahupun pedagang yang mahu melabur ke sini tahu dari pelbagai sumber bahawa Malaysia kelihatan maju secara spot sahaja. Ia masih tidak menyeluruh.

Kerana itulah juga suasana politik kita tidak sentiasa stabil kerana begitu ramai lagi rakyat yang terputus daripada aliran pembangunan sama rata untuk dibanggakan. Ia terlalu jelas sebelum ini, kerajaan mengamalkan sikap berpura-pura dengan memejamkan mata akan hal kemajuan di kawasan tertentu. Ia hanya akan dibangunkan ketika diperlukan seperti mahu mengadakan pilihan raya sahaja.

Atas sebab itulah, apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberi peluang jadi perdana menterii, antara keutamaan beliau adalah untuk membasmi kemiskinan. Beliau tidak ghairah mahu membangunkan projek-projek mega sedangkan ramai lagi rakyat yang memerlukan pembelaan.

Pak Lah kena bersungguh-sungguh mencari pendekatan ke arah penekanan terhadap menghapuskan kemiskinan, pengngguran, membina modal insan untuk menutup kelemahan dari segi perlaksanaan zaman pemerintahan Mahathir.

Sambil itu, Pak Lah juga sedar kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa, kelonggaran keselamatan, kelemahan institusi kehakiman telah lama berjalan yang diragui rakyat lantas keyakinan rakyat terhadap kerajaan kian terhakis akibat dari kelalaian kepimpinan sebelum ini.

Soal terjejasnya ekonomi dunia dan keadaan politik tidak stabil untuk menjadi alasan kegagalan Wawasan 2020 tidak wajar dibangkitkan kerana ia sudah dilihat dari awal lagi akan gagal dari sikap kepimpinan Mahathir yang tidak memikirkan perseimbangan beberapa sudut penting dalam pembangunan domestik.

Nescaya kalau Mahathir memerintah lagi 10 tahun pun, Wawasan 2020 tidak akan berjaya sepertimana digambarkan semasa ianya dilancarkan. Ia adalah satu projek mega Mahathir yang ternyata gagal. Tidak ada gunanya negara menghabiskan wang untuk menyambut Wawasan 2020 atau 2030 sekalipun kalau status kemajuan hanya di bandar-bandar besar sahaja sedangkan masih ramai rakyat yang masih mundur dan banyak lagi kawasan yang tersisih dari pembangunan yang berpatutan.

Mahathir patut malu menyebut Wawasan 2020 itu dan lebih-lebih lagi menyatakan jangkaannya wawasan itu akan menemui kegagalan kerana hanya faktor gejala ekonomi dan politik kerana ia berkaitan sangat rapat dengan apa yang dirancang tidak selari dengan perlaksanaan yang rapi supaya sesiapa sahaja yang mengambilalih kepimpinan boleh menyambung usaha merealisasikan Wawasan 2020 lancar.

Pertukaran perdana menteri lama ke perdana menteri baru tidak begitu kemas kerana Mahathir telah meninggalkan banyak benda yang telah rosak kepada penggantinya. Pak Lah terpaksa membaiki apa yang telah rosak dan mengeluarkan gantirugi yang banyak bagi menebus kesilapan lampau daripada memberi konsentrasi kepada merealisasikan Wawasan 2020 yang telah dipancang oleh Mahathir.

Lebih baiklah ketika ini atau semasa Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih tampuk kepimpinan nanti, ubahlah wawasan Mahathir itu kepada Wawasan 2050 supaya kita mempunyai cukup masa untuk membaiki banyak perkara yang harus diperkemas semula. Kalau kapsul Wawasan 2020 perlu dibuka pada tarikh itu, janganlah raikan kegagalan itu. Lebih baik gantikanlah kandungannya untuk tahun 2050 pula

Read more...

90 kelulusan pembangunan di lereng bukit di tangan Khir? ~ Malaysiakini

Friday, December 12, 2008


Oleh Zainal Yusof

DAKWAAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ada 90 kelulusan pembangunan di kawasan bukit dibuat ketika Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjadi Menteri Besar, adalah satu dakwaan yang cukup berat.

Berat di sini bukan bermakna dakwaan itu tidak betul atau dakwaan palsu, tetapi jika benar ianya berlaku, Dr. Mohamad Khir bukan sahaja perlu menerima hukuman dari keputusannya itu, malahan, 90 kelulusan yang dibuatnya itu, nyata jauh lebih banyak dari jumlah pencalonan jawatan Ketua Pemuda Umno yang diterimanya.

Mohamad Khir boleh menafikan tetapi penafian bukan jawapan dan penyelesaian. Malahan, kesilapan yang dibuat, bukan sahaja menimbulkan dakwaan rasuah dan salah laku pengurusan, malahan, kesilapan memberi kelulusan ini, menyebabkan nyawa manusia terancam.

Ketika ramai orang sedang menatapi kisah kemusnahan 14 banglo, kematian empat orang dan kesusahan yang terpaksa ditanggung beribu penghuni Bukit Antarabangsa, pendedahan yang dibuat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ini, jika betul, tidak boleh dimaafkan.

Malahan, Umno sendiri perlu memikirkan satu tindakan untuk 'menghukum' seorang bekas Menteri Besar (baca: Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) yang pernah diberi kepercayaan mengetuai Kerajaan Negeri Selangor, kerana gopoh, gelojoh dan tidak langsung memikirkan keselamatan penghuni yang mendiami kawasan-kawasan lereng bukit yang kononnya tempat yang kediaman yang terlalu hebat.

Sebenarnya, jika Mohamad Khir tidak terlibat dalam meluluskan 90 kawasan bahaya ini, tetapi, hanya Sembilan kawasan sahaja, pun satu kesalahan yang tidak boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf dan menulis dalam blognya, dengan pelbagai alasan untuk menafikan, sebaliknya patutlah melupakan terus politik dan banyak-banyak beribadat untuk meminta maaf ke atas semua kejadian yang menakutkan ini.

Rasanya, bukan PBT (dalam kes ini Majlis Perbandaran Ampang Jaya) mempunyai cukup 'kekuatan' untuk memberi kelulusan dan CF jika tiada tangan-tangan ghaib dari pejabat orang yang paling berkuasa di peringkat negeri, melakukannya.

Walaupun salah seorang tuanpunya banglo, Datuk Tajudeen Abd Wahab mengatakan beliau sudah mendiami kawasan ini sejak 20 tahun lalu, tetapi keruntuhan yang berlaku sebenarnya bukan disebabkan struktur banglo yang didiami sejak 20 tahun itu runtuh sendiri, sebaliknya kesan daripada pembangunan baru di sekitar kawasan yang ditimpa bencana itu.

Memang sudah menjadi kebiasan, setiap pembangunan, akan disertakan dengan janji-janji manis, 'kediaman yang dikelilingi kehijauan, pemandangan, sekolah dan berdekatan dengan segala kemudahan…' tetapi janji-janji itu hanya tinggal janji kerana ada Menteri Besar yang tidak sabar-sabar untuk menjadi kaya dengan memberi kelulusan, apabila ada permohonan baru di sekitar kawasan tersebut.

Di Selangor, setiap pembangunan kawasan perumahan atau industry, biasanya akan dikaitkan dengan rasuah. Kebenaran biasanya tidak menepati syarat dan kadang-kadang pengondolan bukit-bukit, seolah-olah tiada apa yang perlu dipertahankan lagi.

Isu pengondolan bukit dan hutan di Selangor bukan isu baru. Perdana Menteri sendiri pernah dibawa melihat kawasan pengondolan ini dari udara, melahirkan rasa kesalnya kerana banyak bukit sudah dibotakkan, termasuk kawasan-kawasan sensitif.

Ketika Mohamad Khir menyusun ayat-ayat cantik untuk menafikan dan terus dengan sindrom menafikan, tetapi dia tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab ini. Malahan, dengan menuding jari kepada bekas-bekas Menteri Besar sebelumnya juga bukanlah jawapan kepada semua dakwaan ini.

Jika benar ia diluluskan ketika dia belum menjadi Menteri Besar, apakah tindakan yang dia buat untuk menghalang semua ini dari terus berlaku. Mustahil, dia tidak mempunyai jalan untuk menghentikan projek songsang ini kerana 'nyawa manusia lebih penting' dari implikasi undang-undang.

Selalunya, satu-satu projek yang sudah diluluskan, tidak boleh dibatalkan kerana 'implikasi undang-undang' dijadikan alas an tetapi suatu ketika dahulu, ketika Mohamad Khir MBPJ disaman penduduk-penduduk kerana kes Mentari di Petaling Jaya, Mohamad Khir pernah mengeluarkan kenyataan, "saya sedia masuk penjara jika membela setinggan dianggap salah oleh mahkamah."

Hari ini, Mohamad Khir kenalah tampil untuk memberi penjelasan, yang mana dia buat kerana keperluan, yang mana dia buat untuk sesuatu yang dijanjikan dan yang mana dia buat untuk membuktikan kepada umum, dia sebenarnya tidak layak menjadi seorang pemimpin negeri yang bijak.

Ketika dia dilantik menjadi MB Selangor, kejadian Highland Tower sudah berlaku. Tidak bolehlah dia belajar dari peristiwa yang menyayat hati itu? Jika boleh, mengapa, dalam era kepimpinannya, masih ada kelulusan diberi kepada kawasan-kawasan yang tidak diyakini selamat, termasuk Ulu Yam Perdana yang meragut dua nyawa baru-baru ini.

Menyalahkan segala-galanya kepada pemaju projek perumahan sahaja, amatlah tidak adil kerana sebagai Menteri Besar, Mohamad Khir tentunya mempunyai penasihat termasuk dari JKR, PBT, JPS dan pelbagai agensi sebelum sesuatu kelulusan itu diberikan.

Jika kawasan yang bahaya pun boleh diluluskan, Khir Toyo jangan marah kalau ada dakwaan mengatakan ia melibatkan rasuah dalam kelulusan tersebut. Jika tidak, mustahil ia boleh diluluskan dan masih banyak kawasan-kawasan lereng bukit sedang dibangunkan sekarang, mungkin saki baki dari kelulusan yang Khir pernah buat dulu, termasuk di sekitar Selayang, Batu Caves, Sungai Tua, Hulu Yam selain Hulu Kelang dan Kuala Selangor, termasuk Sungai Buloh.

Read more...

Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George Bush part 2 ~ Malaysiakini

Thursday, December 11, 2008

Semenjak penulisan bahagian pertama, Datuk Mukhriz Mahathir tampak masih kekal dengan kebodohannya sungguhpun para penyokongnya masih mahu mempertahankan calon ini. Dengan sahamnya yang kian merudum, Mukhriz semakin gelisah sehinggakan tiba-tiba lantang memperjuangkan isu sekolah nasional dan meminta agar sekolah vernakular dimansuhkan.

Pada dasarnya memanglah cantik, sempurna dan indah jika hanya satu aliran sekolah sahaja yang wujud di Malaysia, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Tapi hakikatnya apa yang sempurna di dunia ini? Adakah Mukhriz begitu bodoh mahu meminta satu aliran, sekaligus turut sebenarnya menjemput bukan Melayu mencabar status sekolah aliran agama yang masih penting dalam pembentukan identiti anak muda Melayu.

Bukan sekadar sekolah agama yang dicabar, tetapi status sekolah agama MRSM, UiTM dan institusi-institusi yang selama ini diperjuangkan untuk orang Melayu. Tidakkah Mukhriz berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut? Ternyata dia mahu mengipas sentimen Melayu denganharapan memperoleh keuntungan jangka pendek walaupun perlu menggadaikan kepentingan sebenar Melayu. Silap-silap besok, kalau mencabar kedudukan sekolah aliran Cina dan India, mereka terus menerus setuju dengan syarat Melayu pun melepaskan kedudukan istimewa mereka melalui MRSM dan kuota pendidikan Melayu! Sanggupkah kita?

Namun, apa yang benar-benar membuatkan Mukhriz ini bodoh seperti George Bush adalah kecenderungannya menikam diri sendiri. Siapa sahaja tahu bahawa anak-anak Mukhriz ke sekolah antarabangsa! Anaknya seorang di Garden International School Mont Kiara. Sekolah aliran Cina danIndia pun mempunyai sukatan pelajaran mengikut arahan Kementerian Pelajaran, dan masih boleh dipanggil Sekolah Rendah Jenis KEBANGSAAN.

Tetapi apa rasional Mukhriz kononnya memperjuangkan sekolah satu aliran atas nama perpaduan nasional dan memperkasakan bahasa Melayu sekiranya dia sendiri sebagai ayah menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa berbahasa penjajah?! Perpaduan nasional apa yang diperjuangkan? Bahasa Melayu mana yang diperjuangkan?

Langkah mengkantoikan dirinya sendiri amat konsisten dengan hujah-hujahnya yang 'kelam-kabut' dan tidak selari ala George Bush Malaysia!

Barangkali kita semua tidak wajar terlalu terkejut dengan kebodohan Mukhriz ini yang menggadai kepentingan sebenar Melayu dan menggadaikan integriti diri sendiri, kerana Mukhriz seperti dilaporkan sebenarnya hanya memperoleh Gred 3 dalam SPM.

Pada program Korban Perdana di Sembrong Johor pada hari kedua Aidil Adha, dengan kasut kulit berkilat hinggakan bersilau di bawah cahaya matahari, dan beg silang macam pondan, Mukhriz dengan biadap terus menghilangkan diri selepas ketibaan Dato' Seri Hishammuddin. Mungkin Dato' Seri Hisham terkilan dengan kebiadapan Mukhriz itu lalu terus menyindir Mukhriz, menyebut "Setiakawan" tiga atau empat kali dalam ucapan perasmiannya. Ternyata semangat "Setiakawan" tidak wujud dalam perwatakan Mukhriz – kalau nak jumpa perwakilan di Johor pun, jumpalah selepas habis program.

Ku sangkakan bangsawan sangat Mukhriz ini, rupa-rupanya lebih daripada itu: bangsatwan.

Read more...

Sanusi Junid : Antara fantasi dan ilusi ~ Malaysiakini

Oleh Zainal Yusof

SUDAH agak lama nama Tan Sri Sanusi Junid dilupakan. Dia hanya dikenang, bila ada orang bercakap mengenai Mat Jenin, atau sejarah kejatuhan Umno/BN di Kedah sebelum era kepimpinan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiba-tiba, dia kembali bersuara. Dia bersuara dalam sebuah akhbar tabloid (Buletin Rakyat Bil 68 – 15 Disember 2008), mengenai 'sumbangan Khairy Jamaluddin' ke arah kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di mana dia bercakap? Di rumah Datuk Idris Tulis, seorang penerbit akhbar tabloid yang tidak jemu mempromosi dirinya sendiri, sebagai seorang yang begitu penting dalam sejarah perdamaian antara Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kenapa Sanusi masih mahu bercakap, sedangkan dia sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan parti sekarang, mungkin sudah ramai yang tahu kerana dia tidak mahu ditinggalkan sejarah yang semakin melupakannya.

Malahan, kemarahannya kerana ditamatkan tempoh perkhidmatannya di UIA masih belum reda. Seolah-olah, Sanusi merasakan dia tidak boleh ditamatkan dari jawatannya kerana tidak ada seorang pun yang mampu menandingi kehebatannya.

Itu yang dia rasa. Tetapi, orang lain tidak merasakan begitu. Hebat manalah Sanusi Junid ini jika dibandingkan dengan orang lain. Tidak ada hebatnya. Cuma, dia bercita-cita menjadi hero Acheh di Malaysia tetapi dia sendiri tahu, tiada siapa mahu mengikhtirafnya kerana dia sebenarnya tidak hebat mana.

Dia bolehkah berbohong dengan orang lain, kononnya dia banyak ilmu kerana banyak membaca tetapi ilmunya itu untuk dirinya seorang sahaja. Ilmu yang dia miliki tidak berguna kepada orang lain, kecuali ketika dia mahu menyindir orang yang dia tidak suka.

Sesiapa yang pernah berkawan dengan Sanusi, mereka akan tahu, bekas Menteri Besar Kedah ini adalah seorang pemimpin yang suka bercakap banyak, tetapi bekerja, tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Dia sudah puas bergaduh dengan semua orang, termasuk mereka di Kedah, kini dia ingin mengajak KJ pula bergaduh dengannya.

Tentulah KJ tidak minat bergaduh dengan Sanusi, kerana KJ memang jenis orang muda yang tidak mahu berlaku tidak sopan kepada orang tua.

Malahan, ketika dia dibelasah hebat oleh Tun Dr. Mahathir, dia memilih untuk berdiam diri daripada dianggap biadap kerana melawan cakap orang yang lebih tua darinya.

Disebabkan Sanusi merasakan dia sudah habis idea hendak bergaduh dengan orang lain, maka dia ambil keputusan untuk mengusik KJ. Dia puji Datuk Mukhriz Mahathir yang kononnya paling berani kerana menulis surat meminta Perdana Menteri berundur, Sanusi memang sukakan perkara 'biadap' seperti ini dalam hidupnya.

Dosanya yang paling besar, ketika menjadi MB Kedah dia melaga-lagakan pemimpin-pemimpin bahagian di Kedah. Dihasutnya mereka supaya berlawan sama sendiri. Mulutnya, berpura-pura baik, tetapi hatinya, semua orang Kedah tahu. Sanusi jangan cuba menafikannya kerana dia boleh berbohong sekali dua, tetapi jangan berbohong selalu sangat, kerana orang tahu siapa dia sebenarnya.

Ingat idea-idea mengarutnya yang menghabiskan wang Kerajaan Negeri Kedah dahulu? Apa jadi dengan pusat penyembelihan korban, pertandingan mencabut uban, main bola di kawasan masjid, kampong buku di Lubuk Sembilang dan tanam padi atas bumbung?

Sebenarnya, kalau sesiapa yang rajin bertanya kepada pegawai-pegawai kerajaan Negeri Kedah, mereka boleh bercerita betapa teruknya Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah. Tidak hairanlah kalau dia dikalahkan di Langkawi sebagai Ketua Umno Bahagian dan sampai hari ini, bukan sahaja dia tidak berjaya menjadi Ketua Bahagian semula, malahan mahu menjadi pemeriksa kira-kira sekali pun dia gagal.

Kalau dia hebat sangat, tidaklah BN di Kedah kalah teruk dalam tahun 1999 dahulu. Lapan dari 15 kerusi Parlimen BN terlepas ke tangan Pas. Dia terpaksa meletakkan jawatannya sebagai MB kerana Dr. Mahathir marahkan dia. Dia malukan Dr. Mahathir yang datang dari Kedah, tetapi Umno dan BN di Kedah, jahanam!

Memang Sanusi mempunyai kelebihan, kalau bercakap orang tidak kering gusi dibuatnya. Itu taktik Sanusi mahukan orang Melayu mendengar ceramahnya. Padahal, isinya, hanyalah susunan lawak jenaka yang tidak ada apa-apa faedah kepada bangsa Melayu.

Hari ini dia merasakan Datuk Seri Abdullah tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Baginya, dialah yang patut menjadi Perdana Menteri. Padahal, ketika dia dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno, Umno diharamkan di mahkamah.

Bayangkan, kalau dia menjadi Perdana Menteri, entah apa pula yang diharamkan di Mahkamah.

Suka atau tidak suka, Sanusi kena akui, kerana dialah Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan. Memanglah dia bekerja untuk menyelamatkan Dr. Mahathir dari diganggu gugat Tengku Razaleigh Hamzah tetapi, dia sanggup mengorbankan Umno demi niatnya mengampu bossnya, yang bernama Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini, dia mengutuk sesiapa yang mempertahankan Datuk Seri Abdullah. Kononnya, sesiapa yang mempertahankan Abdullah, mereka hanya mahu menjaga hati Abdullah. Sanusi tidak Nampak keperluan mempertahankan institusi kePresidenan Umno kerana dia (Sanusi) terikut-ikut suara dan rentak bekas bossnya, Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini, Sanusi akan mengatakan sesiapa yang bersama Dr. Mahathir akan menang dan diterima rakyat. Itulah sebabnya, bila Mukhriz menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, dia meramalkan Mukhriz akan menang. Kerana, Mukhriz sealiran dengan perjuangan Dr. Mahathir dan perjuangan Sanusi Junid.

Hari ini, sudah ada anak-anak muda tertanya-tanya siapa Sanusi Junid ini. Perlukah namanya disebut lagi kerana sejarahnya tidak ada yang baik untuk Umno dan kerajaan. Yang ada, dia banyak menceritakan keburukan Umno dan pemimpin-pemimpin. Dulu, ketika berlaku pertandingan antara Dr. Mahathir-Tengku Razaleigh, kononnya dialah yang menjadi heronya tetapi, hakikatnya dialah yang menjadi penyebab Umno diharamkan.

Tidak hairanlah rakyat Kedah menolaknya. Tidak hairanlah ahli-ahli Umno di Langkawi melupakannya, menolak kepimpinannya. Mereka tahu, manusia bernama Sanusi Junid ini hanya berguna kepada keluarganya sahaja tetapi langsung tidak berguna kepada parti dan orang-orang Melayu, khususnya di Kedah.

Dr. Mahathir pun bukan mengkaguminya sangat. Itulah sebabnya, ketika ramai Menteri yang dipindah-pindahkan kementerian, Sanusi hanya sempat menjadi Menteri di dua Kementerian, iaitu Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan kemudiannya Kementerian Pertanian.

Mungkin Dr. Mahathir tidak kagum dengan bakat yang ada pada Sanusi dan membiarkan dia (Sanusi) bergelumang dengan tukun tiruan dan tayar-tayar buruk yang dia (Sanusi) minati, selain kisah beruk dan kelapa muda.

Dr. Mahathir mahu membiarkan Sanusi terus dengan fantasi dan ilusi… yang tidak langsung memberikan apa-apa faedah kepada bangsa Melayu di negara ini.

Read more...

Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George Bush part 2 ~ Malaysiakini

Wednesday, December 10, 2008

Semenjak penulisan bahagian pertama, Datuk Mukhriz Mahathir tampak masih kekal dengan kebodohannya sungguhpun para penyokongnya masih mahu mempertahankan calon ini. Dengan sahamnya yang kian merudum, Mukhriz semakin gelisah sehinggakan tiba-tiba lantang memperjuangkan isu sekolah nasional dan meminta agar sekolah vernakular dimansuhkan.

Pada dasarnya memanglah cantik, sempurna dan indah jika hanya satu aliran sekolah sahaja yang wujud di Malaysia, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Tapi hakikatnya apa yang sempurna di dunia ini? Adakah Mukhriz begitu bodoh mahu meminta satu aliran, sekaligus turut sebenarnya menjemput bukan Melayu mencabar status sekolah aliran agama yang masih penting dalam pembentukan identiti anak muda Melayu.

Bukan sekadar sekolah agama yang dicabar, tetapi status sekolah agama MRSM, UiTM dan institusi-institusi yang selama ini diperjuangkan untuk orang Melayu. Tidakkah Mukhriz berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut? Ternyata dia mahu mengipas sentimen Melayu denganharapan memperoleh keuntungan jangka pendek walaupun perlu menggadaikan kepentingan sebenar Melayu. Silap-silap besok, kalau mencabar kedudukan sekolah aliran Cina dan India, mereka terus menerus setuju dengan syarat Melayu pun melepaskan kedudukan istimewa mereka melalui MRSM dan kuota pendidikan Melayu! Sanggupkah kita?

Namun, apa yang benar-benar membuatkan Mukhriz ini bodoh seperti George Bush adalah kecenderungannya menikam diri sendiri. Siapa sahaja tahu bahawa anak-anak Mukhriz ke sekolah antarabangsa! Anaknya seorang di Garden International School Mont Kiara. Sekolah aliran Cina danIndia pun mempunyai sukatan pelajaran mengikut arahan Kementerian Pelajaran, dan masih boleh dipanggil Sekolah Rendah Jenis KEBANGSAAN.

Tetapi apa rasional Mukhriz kononnya memperjuangkan sekolah satu aliran atas nama perpaduan nasional dan memperkasakan bahasa Melayu sekiranya dia sendiri sebagai ayah menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa berbahasa penjajah?! Perpaduan nasional apa yang diperjuangkan? Bahasa Melayu mana yang diperjuangkan?

Langkah mengkantoikan dirinya sendiri amat konsisten dengan hujah-hujahnya yang 'kelam-kabut' dan tidak selari ala George Bush Malaysia!

Barangkali kita semua tidak wajar terlalu terkejut dengan kebodohan Mukhriz ini yang menggadai kepentingan sebenar Melayu dan menggadaikan integriti diri sendiri, kerana Mukhriz seperti dilaporkan sebenarnya hanya memperoleh Gred 3 dalam SPM.

Pada program Korban Perdana di Sembrong Johor pada hari kedua Aidil Adha, dengan kasut kulit berkilat hinggakan bersilau di bawah cahaya matahari, dan beg silang macam pondan, Mukhriz dengan biadap terus menghilangkan diri selepas ketibaan Dato' Seri Hishammuddin. Mungkin Dato' Seri Hisham terkilan dengan kebiadapan Mukhriz itu lalu terus menyindir Mukhriz, menyebut "Setiakawan" tiga atau empat kali dalam ucapan perasmiannya. Ternyata semangat "Setiakawan" tidak wujud dalam perwatakan Mukhriz – kalau nak jumpa perwakilan di Johor pun, jumpalah selepas habis program.

Ku sangkakan bangsawan sangat Mukhriz ini, rupa-rupanya lebih daripada itu: bangsatwan.

Read more...

TIMBALAN PRESIDEN DAN KETUA PEMUDA – PATUTKAH MUHAMMAD, MUKHRIZ, KHIR MENANG? ` Malaysiakini

Oleh Salim Selamat

Dalam senario pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda musim ini, saya cukup kasihan dengan dua orang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Pergerakannya bagaikan terbantut apabila sejarah hidupnya terus dipersendakan orang ramai di mana-mana. Pendek kata, nama Mohd Taib dan Mohd Khir Toyo tidak banyak cerita baik untuk mereka. Masing-masing mempunyai sejarah yang payah benar rakyat melupakannya.

Dalam pada itu, Muhammad dan Khir pula ada hati nak merebut jawatan yang menjadi tulang belakang penting dalam parti – Muhammad Taib mahu berdepan dengan Muhyiddin dan Mohd Ali Rustam sementara Khir mahu berlawan Mukhriz dan Khairy yang sedang memuncak sekarang ini. Mereka berdua memberi pelbagai alasan sambil cuba melupakan apa yang orang ramai masih ingat betapa mereka telah mencacatkan parti dan kerajaan secara langsung mahupun tidak langsung.

Calon Timbalan Presiden seperti Muhyiddin mendapat sokongan kerana pengalamannya tetapi tetap dikatakan satu figure yang dikaitkan dengan sikap angkuh, sombong dan tidak mesra berbanding dengan Mohd Ali Rustam yang rata-rata dikatakan seorang yang baik dan rajin bekerja.

Sementara calon Ketua Pemuda pula katanya sama-sama kuat walaupun sentimen keluarga yang dikatakan Mukhriz boleh menang kerana ayahnya Tun Mahathir turut kuat berkempen dan seolah-olah dialah yang mencaturkan siapa patut diberikan sokongan termasuk anaknya. Untunglah anak ayah.

Ertinya kalau Mukhriz menang jadi Ketua Pemuda, lepas tu sosonglah belakang Hishamuddin kerana ramai orang kata, lepas Najib, Hishamuddin jadi PM. Lepas itu baru giliran Mukhriz pula. Nyanian ini belum berhenti lagi kerana Najib akan menjadi penutup kepada teori RAHMAN yang nampaknya akan menjadi kenyataan. Selepas ini akan adalah teori baru pula.

Tapi Mukhriz mesti ingat bahawa Mohd Ali Rustam dengan Muhyiddin Yassin kalau menang, bukan kecik punya anak untuk melepaskan kepada mana-mana keturunan perdana menteri untuk meneruskan kepiminan UMNO kalau tidak benar-benar berwibawa dan berjiwa rakyat. Lainlah kalau Muhammad ada buat pakatan kalau dia menang jawatan timbalan presiden, dia akan serahkan jawatan itu kepada salah seorang anak bekas perdana menteri bagi merealisasikan kesinambungan pertalian anak-anak perdana menteri mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO.

Habis, ingat Khairy Jamaluddin yang bukan dari darah daging Pak Lah nak dok diam begitu saja! Tak mungkin. Khairy pun kerja kuat juga. Beliau pun bukan calang-calang orang. Pelajarannya tinggi, kewibawaannya selaku ketua pemuda di peringkat bahagian, negeri dan nasional (naib ketua pemuda) juga tidak boleh dipandng ringan.

Petahnya selaku ahli parlimen juga turut sama menyerlah. Belum lagi nampaknya dia cakap merepek. Khabarnya, pengetahuan agama Khairy pun turut memberi kredit tambahan kepada beliau. Menurut kawan-kawan yang rapat dengannya, dia juga mampu jadi imam dan dah banyak kali dibuktikan. Maklumlah, menantu orang alimlah katakan. Tentulah sebelum menerima Khairy jadi menantu, Pak Lah sudah pasti sudah check dulu pengetahuan agamanya.

Dengan pengalamannya 8 tahun dengan pemuda dan daripada 8 tahun itu 4 tahun dia memegang jawatan naib ketua di bawah Hishamuddin, tentunya Khairy sudah cukup pengalaman untuk mengemudi pergerakan pemuda yang selepas ini akan membantu UMNO menghadapi banyak cabaran mendatang.

Bagi Anwar Ibrahim, kumpulan haram Hindraf cukup suka dan berdoa siang malam supaya Mukhriz atau Khir Toyo menang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Mereka tidak sokong langsung Khairy kerana bagi mereka, orang yang senang mereka makan ialah Mukhriz dan Khir Toyo. Khir Toyo banyak pekung mengekorinya dan Mukhriz membawa watak yang tidak seperti ayahnya. Begitu juga Khairy tidak membawa watak bapa mertuanya. Dia lebih tegas dan cergas.

Kalau Khairy menang ketua pemuda, Anwar adalah orang yang pertama akan 'hentak kepala' kerana Anwar tahu kewibawaan Khairy selain mengetahui keberanian anak muda ini yang bukan mudah ditentang.

Kalau Mukhriz, Anwar boleh otek-otek saja. Begitu juga kumpulan-kumpulan yang menyokong pembangkang dan parti-parti pembangkang sendiri terutama DAP tidak suka Khairy menang. Bab ini, pemuda kena buka mata siapa patut mereka sokong untuk mengetuai pergerakan mereka.

Berbalik pada Muhamad Mohd Taib, kecualilah perwakilan UMNO dah benar-benar bekulah yang akan memilihnya sebagai timbalan presiden untuk bekerja dengan Najib. Najib pun bukan tak tahu cerita-cerita Muhammad sebelum ini. Sebenarnya, kerana Pak Lah saja Muhammad mendapat tempat hari ini.

Kalau Mahathir, tak usah mimpilah nak jadi Ketua Penerangan, nak jadi senator dan nak jadi menteri seperti sekarang ni.

Takkan Najib pula mahu orang yang telah pernah memalitkan lumpur dalam kerajaan ketika dia dicekup pihak berkuasa Australia membawa wang berlebihan yang begitu banyak. Sudah pula begitu, tidak pula mengaku itu wangnya tetapi mengaku itu wang perniagaan abangnya. Ditambah pula lagi mengaku tidak tahu berbahasa Inggeris di mahkamah Australia hingga terpaksa dapatkan penterjemah pula untuk beliau. Bukankah karut semua tu.

Kisah beliau bernikah dengan anak Sultan Selangor dulu pun heboh kembali. Sanggup dia membohong Sultan dan akhirnya apa dah jadi? Ketika nak ceraikan Ku Yah dulu berapa puluh juta pula Muhammad bayar? Semua itu pasti ada dalam kepala Najib dan mustahil kalau Najib mahukan dia. Walaupun Najib tak pernah cakap perkara ini, tetapi orang UMNO boleh baca orang yang macam mana Najib mahu.

Kalau orang Melayu nak selamat, selamatkanlah ketika pemilihan ini supaya yang dipilih biar kenal dan boleh memberikan sebesar-besar makna kepada UMNO memperkukuhkan tapaknya sebagai parti orang Melayu terus unggul hingga kalau tidak ke akhir zaman pun, biarlah sekurang-kurangnya 100 tahun lagi.

Read more...

Tun sedang tembak Khir Toyo dengan isu politik wang ~ Malaysiakini

Tuesday, December 9, 2008

Dalam AKTY.blogspot.com Ketika ini cerita mengenai pencalonan UMNO agak ringan sedikit , mungkin ramai yang telah letih setelah mengikuti cerita mengenai pencalonan ini lebih dari sebulan , lagi pun perhimpunan UMNO agak lama lagi kerana kita pasti akan meraikan hari raya korban dahulu dan bermacam-macam peristiwa akan berlaku sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan akan di adakan pada bulan March ini. Wak semat lepak dengan beberapa rakan politik di sebuah restoran di The Mall dan bercerita mengenai isu-isu yang melanda UMNO yang tidak putus-putus ini. Isu Zaid Ibrahim adalah merupakan isu terhangat sekarang yang di perbincangkan, Ramai yang marah kepada Zaid Ibrahim dan tidak kurang juga yang marah dengan Chua Sow Lek yang mempersoalkan ketuanan Melayu,

Apa yang menarik juga adalah apabila salah seorang rakan menceritakan mengenai Tun yang mahu mendedahkan senarai pemimpin UMNO yang banyak main politik wang, Menurut kawan wak itu , Tun sebenarnya mahu menunjukan kes permaianan ini kepada Khir Toyo yang dikatakan terlalu bebas menghulurkan bantuan wang kepada perwakilan dan melakukan nya secara terus terang. Kata kawan wak lagi, ini sebenarnya yang merisaukan Tun kerana silap-silap haribulan Khir Toyo akan membungkus Mukhriz dan Mukhriz akan kempunan .Jika dilihat pada akhir-akhir minggu pencalonan , Tun berjaya memintas Khairy Jamaluddin dan dengar khabar wang yang di tabur begitu besar sekali. Seorang calon diberikan wang sebanyak RM500. Ini yang merisaukan Tun dan mahu mendedahkan siapakah sebenarnya yang kuat menabur wang .

Wak juga ada mendengar mengenai Khir Toyo yang terlalu banyak menabur wang secara terang-terangan , pernah ada perwakilan yang memberitahu wak, kalau ia pun nak tabur jangan lah tabur terang-terang, Wak bukan apa, wak khuatir jika Khir Toyo menang dan menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti , tentu beliau mahu cover wang yang banyak yang telah beliau taburkan dahulu , nanti pemuda akan menjadi macam negeri Selangor , tergadai dan berkecai akhirnya. Dalam pada itu kawan-kawan wak sempat pula berjenaka kerana Khir Toyo berkata , jika beliau terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau tidak akan mengharapkan apa -apa jawatan dalam kerajaan , Bererti Khir

Toyo akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang pertama yang tidak berjawatan dalam kerajaan dan hanya sekadar sebagai Ketua Pmeuda UMNO sahaja.Yang lebih kelakar ada pula yang bertanya, siapa yang mahu berikan jawatan kepada Khir Toyo, jika ada pun boleh kah beliau menjadi timbalan Menteri atau Menteri penuh menggantikan Hishamuddin di Kementerian Pelajaran. Beliau bukan nya seorang Ahli Parlimen, Beliau hanya seorang ADUN sahaja. Macam mana mahu menjadi menteri.

Sepatutnya Khir Toyo ukur badan sebelum beli baju ……….

by wak paiman wahjidi

Read more...

Khir Toyo mungkir janji - Ntah apa-apa lah dia ni ? ~ Malaysiakini

Friday, December 5, 2008


Kadang-kadang kita tertanya juga kenapa tidak ramai pemuda Selangor yang tidak dicalonkan bagi kerusi dalam pemuda melainkan Shukur dan Subhan, kita juga tertanya apakah sebabnya Suhaimi tidak dicalonkan sedangkan Suhaimi adalah calon yang baik, apakah strategi sebenar Khir Toyo. Apakah kerana ramai antara mereka yang tidak menyokong Khir Toyo. Al-maklumlah kita tahu siapakah dibelakang Khir Toyo dalam pemuda UMNO Selangor.

Orang yang telah banyak menelan budi dari bekas Menteri Besar Selangor ini. Suhaimi tidak dicalonkan kerana beliau mungkin dilihat bermirip kepada penyokong kuat KJ di Selangor. Apa yang dapat kita lihat semua jentera Khir Toyo adalah bekas kawan-kawan KJ yang telah termakan budi dari bekas MB ini seperti Faizal Abdullah ( Kapar ), Shukur (Selayang), Johan (Langat). Bijak Khir Toyo memerangkap kawan-kawan KJ, diberikan umpan yang cukup, sehingga terpaksa berpaling kepada beliau.

Apa yang wak dengar baru-baru ini, cakap dari teman-teman yang agak rapat dengan orang-orang kuat KJ, katanya Khir Toyo ini ketika sebelum pilihan raya yang lalu telah buat baik dengan KJ kerana merasakan diri beliau seolah-olah tergugat untuk menjadi calon BN pada pilihan raya yang lalu sehingga sanggup menanam tebu di bibir dan sanggup berjanji dengan KJ, walaupun tidak diminta untuk melakukannya. Khir Toyo telah berjanji bahawa beliau tidak akan bertanding bagi merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO kerana mungkin pada itu beliau sedang sibuk berkempen untuk bertanding kerusi Vice Presiden. Namun apabila keputusan pilihan raya yang agak memeranjatkan dan rancangan Khir Toyo terencat sedikit, dia membuat keputusan untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Wak bukan apa, wak cuma hairan dengan sikap manusia yang begitu mudah lupakan janji. Kalau manusia tidak berpegang pada janji, apa lagi yang mahu dipegang kalau kerbau bolehlah kita pegang talinya. Inilah sikap wak Khir yang buruk kerana suka lupa diri dan lupa janji. Wak Khir ni anak kampung yang sudah lupa daratan dan lupa asal usul. Tapi bila ditekan oleh rakyat tentang mukanya yang halus dan jambu baru-baru ini, beliau teringat pula makanan kampungnya, tempe. Katanya mukanya licin kerana banyak makan tempe. Apalah sebabnya Khir Toyo ini mahu jadi jambu, kita pun tak faham, jangan-jangan ada yang sudah berkenan dihati kot.... atau-atau sememangnya sudah tambah cawangan baru. Inilah anak kampung yang kini sudah melupakan budaya kampung tetapi akan mengingati kampung bila terdesak. Kata kawan Wak, Khir Toyo ini adalah jutawan yang sememangnya berjuta jutawan, memang banyak duit, katanya ada kondo sederet di Mekah dan ada rumah di Glenmarie yang di sewakan kepada seorang ahli perniagaan bangsa Cina dengan nilai 20 ribu sebulan. Besar giler rumah tu. Mengenai hubungan beliau dengan Tan Seri Tiong seorang ahli perniagaan dan seorang toke balak sememangnya tidak dapat disorok lagi, satu Selangor malahan satu Malaysia sudah tahu.

Yang paling menarik Wak baca surat khabar baru-baru ini apabila Khir Toyo kata dia tak mahu jawatan dalam kerajaan jika menang dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO, satu jika dia menang pun dia tidak akan dapat jawatan kerana dia bukan ahli parlimen, Wak Khir ini hanyalah ADUN. Bagaimana jika Ketua Pemuda tidak ada jawatan dalam kerajaan, macam mana nak bantu dan tolong pemuda. Nak tolong pemuda berniaga dan jadi orang koprat dalam GLC, tentu pemuda tak tahu nak meniaga macam ni. Kadang-kadang wak macam hairan juga apa yang Khir Toyo ni cakap, macam tak faham prosidure kerajaan. Kita tunggu sajalah dan lihat saja. Ramai yang berkata yang mencalonkan Khir Toyo baru-baru ini yang menyokong Khir hanyalah yang menerima dan yang menadah tangan dari Khir. Ialah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima dan tidak mustahil jika yang menerima itu tidak akan memberi balik.

Read more...

Mukhriz kena belajar banyak sebelum bercakap banyak ~ Malaysiakini

Thursday, December 4, 2008




Oleh Zainal Yusof

AHLI Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat sokongan besar apabila dia mencadangkan sekolah satu sistem.

Tentulah, sebelum membuat cadangan Mukhriz yang merupakan calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang takut bila diajak berdebat, sudah mendapatkan nasihat dan pandangan dari ayahandanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Mereka yang menyokong cadangan Mukhriz itu, termasuk beberapa media besar negara ini, mungkin tidak tahu apa-apa, asalkan difikirkan baik, mereka sokong.

Namun, berbeza dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak cadangan itu kerana katanya SRJKC dan SRJKT tetap diteruskan selagi ada permintaan.

Mukhriz ketika ditanya wartawan apakah dia akan menarik balik cadangannya itu kerana ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangannya itu, menegaskan, dia tidak akan menarik balik. "Dah cakap, macam mana nak tarik balik."

Sebenar, cadangan yang dikemukakan Mukhriz itu bukanlah satu cadangan baru kerana Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951 sudah ada isu yang serupa. Jadi, tidak timbul sebenarnya cadangan ini bernas atau baik atau luar biasa.

Ia sekadar mencari publisiti untuk bertanding. Jika tidak bercakap, takut tenggelam di musim banjir ini. Kalau cadangan Mukhriz ini terlalu luar biasa, mustahil bapanya, Dr. Mahathir ketika menjadi Menteri Pelajaran tidak mahu melaksanakannya.

Atau, jika Mukhriz ikhlas, bukan kerana mahu mencari publisiti untuk bertanding, ketika mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda, yang dia sendiri adalah salah seorang Exco Pemuda, cadangkan dalam mesyuarat itu. Jika cadangan itu menjadi cadangan Pemuda Umno, di bawa oleh ketuanya, dengan disokong semua Exco dan Pemuda negeri-negeri, termasuk bahagian dan cawangan, barulah cadangan itu lebih berwibawa.

Soalnya sekarang, Mukhriz merasakan, jika dia membawa cadangan ini dalam mesyuarat Exco Pemuda Umno, takut cadangannya dicincang awal-awal lagi oleh kawan-kawannya sendiri kerana meraka semua tahu, cadangan itu tidak sesuai.

Selain Dr. Mahathir pernah menjadi Menteri Pelajaran, Najib, Datuk Seri Abdullah Ahma Badawi, Tan Sri Dr. Sulaiman Daud, Tan Sri Musa Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi Menteri Pelajaran. Mereka semuanya tahu hal Penyata Razak dan Jawatankuasa Barnes. Jika ketika itu sudah boleh dilaksanakan, pasti mereka ini sudah berusaha kea rah mahu melaksanakannya. Tetapi, disebabkan ianya tidak sesuai dan setakat ini sistem yang ada ini adalah yang terbaik, maka untuk apa diubah?

Kecualilah Mukhriz merasakan sistem ini pincang kerana dia tidak berjaya sebagai seorang professional hasil pendidikan MRSM dan sebagainya, bolehlah difikirkan cara lain, untuk memuaskan hatinya. Isu perpaduan, sebenarnya selepas 51 tahun Merdeka, ia sudah dianggap selesai tetapi sengaja ditimbulkan sekumpulan pihak yang mahu menjadi hero.

Mereka mungkin terpengaruh dengan filem Tamil dan Hindi yang mengambarkan penentang kerajaan adalah hero, termasuklah Mukhriz, sebaik sahaja bergelar YB, tugas utamanya menulis surat meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Mungkin Mukhriz juga terpengaruh dengan filem Tamil dan Hindi, jika mahu menjadi popular dan bergelar hero rakyat, tentanglah pemerintah.

Sebenarnya, mempertahankan kepimpinan dan mengadakan rundingan untuk memikirkan soal peralihan kuasa dan menyelesaikan isu kepimpinan adalah 'lebih hero' dari orang yang mahu menjadi hero. Pengorbanan Perdana Menteri yang tidak ada orang mahu memperkatakannya adalah tugas dan tanggungjawab seorang hero rakyat.

Jika Perdana Menteri mahu mempertahankan jawatannya lagi, mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno, itu adalah haknya. Tetapi beliau memikirkan akan berlaku perpecahan dan bila bertanding, aka nada yang terkorban, luka parah dan luka. Maka, ini semuanya akan menyebabkan kerugian kepada parti. Parti memerlukan semua peringkat pemimpin dan penyokong. Maka, sebagai seorang yang bertanggungjawab, Perdana Menteri redha dengan percepatkan pelan peralihan kuasa.

Dalam masa tidak sampai lima tahun, Datuk Seri Abdullah sebenarnya banyak membawa perubahan. Jika mahu dibandingkan kepimpinan beliau dengan Dr. Mahathir, orang jangan lupa, bahawa Dr. Mahathir mengurung Anwar dalam penjara tetapi dalam era Abdullah, Anwar sudah berada di luar penjara.

Dr. Mahathir berdepan dengan Anwar dari dalam besi penjara, tetapi Abdullah berdepan dengan Anwar secara terus. Apa yang Anwar tentang sekarang, adalah kesan dari tekanan yang dia terima apa yang Dr. Mahathir lakukan terhadapnya. Kesannya, Umno yang menerima akibat dari perbuatan Dr. Mahathir itu.

Mampukah Mukhriz mempertahankan ayahandanya dari serangan Anwar Ibrahim? Jika berdebat dengan calon-calon Ketua Pemuda Umno yang lain pun dia tidak cukup keberanian, manalah mungkin dia mampu untuk berdepan dengan Anwar yang sudah pun menjadi Ketua Pembangkang sekarang.

Bukanlah kerana Anwar hebat menyebabkan Mukhriz harus takut tetapi ternyata Mukhriz tidak mempunyai cukup keberanian untuk menjadi pemimpin di barisan depan. Maka, cadangan mengadakan sekolah satu sistem tidak perlulah diperkatakan lagi, sebaliknya ketika berkempen untuk mencari undi, kurangkanlah cakap-cakap 'masa zaman ayahanda saya dulu, masa zaman ayahanda saya dulu, masa zaman ayahanda saya dulu…' kerana isu yang mendapatang ini adalah kesan kesilapan Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Read more...

PEMUDA PATUT TOLAK KHIR DEMI MEMBAIKI IMEJ UMNO ~ Malaysiakini

Tuesday, December 2, 2008

Oleh Salim Selamat

Puas saya fikir kenapa Datuk Seri Khir Toyo berkehendakkan sangat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Pada hal peluang beliau untuk mempertahankan Negeri Selangor sudah terlepas ke tangan PKR. Tidak terbayang di fikiran saya yang setelah menghadapi kegagalan yang begitu besar kepada BN dan kerajaan, beliau masih lagi mempunyai nafsu untuk memimpin Pemuda UMNO.

Saya yakin bahawa warga Selangor jelek dengan banyak perkara. Mungkin tidak semua rakyat Selangor tahu pasal pengambilan tanah, kecurangan kewangan atau kesilapan pentadbiran, tetapi pastinya semua tahu pasal sikap angkuhnya ketika berdepan dengan rakyat.

Khabarnya adalah berbeza ketika menemui Khir di pejabat dan Khir di luar pejabat. Ketika lawatan, mukanya manis, kata-katanya menawan. Tetapi apabila menerima rakyat di pejabat, Khir tidak semesra di luar. Malah pahit untuk bertemu beliau di pejabat kerana pembantu-pembantunya akan menyanggupi semua masalah rakyat yang berkunjung ke pejabat. Tetapi tidak pernah selesai. Kalau selesaipun, tidak sesempurna mana.

Mengenai Khir memberi anugerah penyapu kepada pegawai tinggi kerajaan yang juga pegawai di bawah beliau, bukan sahaja rakyat Selangor yang tahu, tetapi seluruh negara tahu. Itulah satu-satunya perbuatan yang si penerimanya rasa cukup terhina dan mungkin telah menanam satu perasaan benci terhadap Khir terlalu mendalam.

Tidak boleh dibayangkan bagaimana Khir melayan pegawai dan kaki tangan bawahan agaknya. Mungkin lebih teruk dari itu. Khabarnya ketika Khir 'jatuh', ramai kaki tangan kerajaan Selangor yang seronok. Ada yang sedekah pisang di masjid dan tidak kurang yang menganjurkan kenduri kesyukuran.

Tambah lagi apabila wajahnya tiba-tiba bertukar menjadi bukan wajahnya yang asli. Walaupun semua orang tahu beliau melakukan rawatan botok, tetapi jawapannya kepada rakyat melalui media, beliau banyak makan tempe secara tidak langsung beliau sendiri memberitahu rakyat bahawa dia seorang pembohong besar.

Bagi Khir yang sekarang ini menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri adalah satu kenaikan pangkat yang lebih besar dari jawatan menteri besar agaknya. Sebenarnya tuhan saja yang tahu betapa malunya dia berdepan dengan pembangkang yang beliau hina sebelum ini.

Kegagalan Khir mempertahankan Negeri Selangor adalah berpunca dari kegagalan beliau mentadbir, gagal mengawal aktiviti wakil rakyatnya, gagal memberikan perkhidmatan kepada rakyat dari segala segi. Justeru beliau adalah ternyata seorang pemimpin yang memakai tengkolok gagal semata-mata.

Dalam pada itu, masih ada hati pula mahu mengetuai pergerakan pemuda untuk membela nasib orang Melayu konon, Baru sekaranglah beliau mahu kata mahu menjadi pejuang untuk orang Melayu melalui pergerakan pemuda pula. Dan tergamak pula pemuda bahagian mencalonkan beliau untuk jawatan itu lagi memberi muka kepada beliau yang membawa semacam punya maksud yang tersirat di sanubarinya.

Ramai sedar dan percaya dan lebih-lebih lagi yang terlibat, kalau Khir tak tabur duit, namanya tidak akan naik di akhir-akhir pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda. Dengan mendapat pencalonan layak untuk jawatan itu, tidak hairanlah beliau akan terus 'menabur' untuk mendapatkan undi pula. Oleh kerana beliau diketahui memang kaya raya hasil 'duit datang dari langit', perwakilan pemuda atau G2 mengerumuni beliau mengambil kesempatan. Namun, ia tetap tidak menjanjikan undi.

Kalau perwakilan memilih juga Khir, bererti kredibiliti seluruh pergerakan pemuda ternyata sedang melakukan kesilapan besar dalam usaha UMNO mencari pemimpin bersih menyokong kepimpinan atasan membaiki UMNO yang dikatakan sudah rosak.

Read more...

SEMOGA RAKYAT TIDAK JADIKAN MAHATHIR 'TUHAN' POLITIK KOTORNYA ~ Malaysiakini

Monday, November 24, 2008


Oleh Abang Mahmor

Tun Mahathir terang-terang kata: "Sama ada Rafidah hendak bertanding atau tidak terserah kepada dia, kalau perwakilan kata Rafidah baik, pilihlah beliau, tetapi semua orang tahu bahawa saya tidak berapa suka dengan dia."

Beliau berkata demikian ketika bersama pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena semalam. Kenyataan beliau itu menjelaskan siapa Mahathir dalam percaturan politik UMNO yang sedang rancak ketika ini.

Dulu, Tan Sri Rafidah Aziz adalah anak emas beliau. Ketua Wanita itu tidak pernah diganjakkan dari MITI hinggalah di tangan Pak Lah yang bagaikan terpaksa mengenepikan Rafidah daripada MITI dan kabinet kerana terlalu lama bertunggu tanggak di MITI.

Pada hal ketika Mahathir perdana menteri, Rafidah boleh buat apa saja dia suka, boleh beri AP kepada siapa sahaja beliau fikir boleh mendatangkan faedah dan kepentingan kepada politiknya. Mungkin Rafidah tidak main politik wang, tetapi jelasnya Rafidah ada produk untuk 'dijual'.

Bagaimana Rafidah 'berniaga' produknya ketika itu, Mahathir pun turut sama mengecam Rafidah hanya selepas beliau meletak jawatan perdana menteri. Tetapi semasa beliau perdana menteri, kegiatan Rafidah tidak langsung menjadi isu. Inilah Mahathir yang hanya akan bercakap selepas apa yang beliau biarkan hingga menjadi 'pekung' yang amat susah dirawat.

Sesungguhnya, Mahathir tidak patut lagi kata beliau tidak suka pada Rafidah yang tentunya boleh mempengaruhi wanita untuk memandang rendah kepada Rafidah. Sama ada kita sedar atau tidak, cakap Mahathir walaupun dari bukan ahli UMNO lagi, tetapi mempunyai kesan campurtangan yang menunjukkan sikap beliau yang seolah-olah masih berkuasa berkuku besi lagi.

Begitu juga dengan kata-katanya mengenai orang Melayu yang berlegar dengan tajuk dilemma Melayu yang sudah basi dibicarakan. Orang Melayu rata-rata bagaikan tidak sedar bahawa dilema Melayu yang Mahathir maksudkan itu telah sedikti sebanyak tidak merangsang minda Melayu yang terus menerus dikutuk oleh orang yang terhormat di mata orang Melayu sendiri.

Pada pandangan Mahathir, Melayu adalah bangsa yang paling tak guna, tidak bermaruah, tidak berpendirian dan tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain. Kerana itu Mahathir sentiasa menjadikan modal untuk beliau mencari publisiti melaluinya. Itulah yang berlegar dalam dilema Melayu.

Kata-katanya yang bebas mengenai Melayu akan terus dikumandangkan hingga akhir hayatnya. Beliau lebih suka melihat Melayu berpecah-pecah dan bertelagah sesama sendiri termasuk beliau sendiri mencari musuh di setiap musim.

Beliau sedia bermusuh dengan Tengku Razaleigh Hamzah, sanggup bermusuh dengan Anwar Ibrahim, beliau sanggup mengenepikan Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan banyak lagi termasuk orang-orang korporat yang beliau pernah angkat.

Hinggakan orang yang diangkat seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun beliau sedia jadikan musuh, sedia menjatuhkan beliau dan nescaya Najib juga yang sekarang ini dijangka akan dimartabatkan sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri selepas bulan Mac nanti juga bakal menjadi kecaman beliau.

Percayalah sekarang ini, Mahahtir tidak lagi pedulikan Pak Lah yang akan bersara bulan Mac nanti kerana fokusnya adalah kepada Najib pula. Silap-silap langkah, Mahathir akan mengeluarkan kenyataan sama sepertimana beliau kata beliau tidak berapa suka dengan Rafidah.

Lebih lagi, sekarang ini Najib sedang memegang potfolio kewangan. Tentunya Mahathir akan cuba campur tangan apa jua tindakan Najib terhadap ekonomi. Awal-awal lagi beliau sudah sebut pasal tambatan ringgit sepatutnya dilakukan ketika ini dan Alhamdulillah Najib nampaknya tidak terpengaruh lagi dengan kenyataan itu.

Ini juga membawa erti, Najib ada caranya sendiri dalam mencatur ekonomi. Tetapi malang seribu kali malang ialah orang Mahathir lantik seperti Tan Sri Nor Mohamed masih ada lagi untuk memberi maklumbalas kepada bekas bosnya, bukan untuk mendapatkan nasihat. Mahathir tidak perlu nasihat dari sesiapa tetapi lebih berminat untuk memberi nasihat kepada orang lain.

Mahathir boleh cakap banyak dan seolah-olah berkuasa hari ini adalah semata-mata kerana orang-orangnya yang berkuasa dalam UMNO dan kabinet masih berada dalam zaman pemerintahan orang lain. Orang-orang yang Mahathir bela, yang beliau naikkan masih kekal dan pada bila-bila masa boleh menjadi duri dalam daging dalam pemerintahan negara hari ini.

Walaupun seorang demi seorang orang Mahathir telah dapat diketepikan dalam peralihan kuasa yang sedang berlangsung hari ini, tetapi semuanya akan terserah kepada Najib bagaimana mahu menyusun semula orang-orang yang menjadi agen dan penyokong kental Mahathir menyedari penyusunan ini, pengaruh Mahathir akan lenyap secara beransur.

Semoga semua orang Melayu sedar bahawa hakikat ini tidak akan berterusan di mana Melayu khasnya dan juga rakyat seluruhnya tidak menjadikan Mahathir 'tuhan' politik yang telah beliau sendiri rosakkan sejak dari awal lagi hingga membawa ramai orang Melayu jadi tak sedar diri dan lupa dari mana asal usul mereka.

Pelan Mega Mahathir yang meliputi udara, laut dan darat tidak menjadi. Ia telah merosakkan pertumbuhan untuk orang Melayu berkembang di persada ekonomi yang diserahkan kepada orang-orang yang tidak memberi peluang sama rata di peringkat bawahan.

Kata-kata Mahathir bahawa orang Melayu seolah-olah kaum tidak cerdik dalam semua bidang adalah satu ungkapan yang membunuh pertumbuhan Melayu untuk terus berkembang. Mahathir pilih kasih dan pilih bulu yang menyebabkan sekutunya juga melakukan yang sama. Kerana itulah segala-galanya untuk orang Melayu menjadi terhad dan akhirnya mereka bagaikan memberontak hari ini berebut-rebut sepertimana yang digalakkan secara tidak langsung oleh Mahathir.

Sebaik-baiknya, orang Melayu sendiri harus sedar semua ini dan tidak terus terpengaruh dengan kata-kata Mahathir yang penuh dengan kata-kata palsu. Kalau beliau puji seseorang, bersedialah untuk dikeji suatu masa nanti. Kalau beliau buat tak peduli dengan seseorang itu, ertinya memang beliau benar-benar benci dengan orang itu. Kalau Mahathir melihat orang itu ada potensi, beliau akan berikan tempat yang boleh menjatuhkan orang itu dengan menyerahkan tempat atau perniagaan yang sakit.

Contoh yang boleh kita lihat, perhatikan bagaimana Mahathir serahkan MAS kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, bagaimana keadaan Datuk Amin Shah, Tan Sri Yahya Ahmad dan Tan Sri Abu Zahar (Abu Juling). Mereka ditempatkan di lubuk sakit dan akhirnya apa jadi sekarang? Sebaliknya, siapa yang bebas, siapa yang kaya raya? Tidakkah bukan Melayu akhirnya?

Read more...

Kenapa Mukhriz tidak mahu serasi dengan Presiden? ~ Malaysiakini

Monday, November 17, 2008


Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

CALON Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan ketua Pergerakan itu seharusnya serasi dengan Presiden parti.

Abdul Rahman sebelum ini berkata Ketua Pemuda yang bakal dipilih mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno dan mengelak bertelagah dengan kepimpinan tertinggi parti.

Menurut Abdul Rahman, pertelagahan dan ketidakserasian Ketua Pemuda baru dengan kepimpinan tertinggi bukan pendirian bijak.

Kata Mukhriz, calon yang dipilih memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti Mac depan perlu menyampaikan suara golongan muda akar umbi ke peringkat atasan bagi memastikan sayap parti berkenaan terus relevan di kalangan generasi itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jerlun ini, berkata bakal calon Ketua Pemuda nanti tidak harus dibelenggu soal mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno bagi mengelakkan daripada bertelagah dengan kepimimpinan tertinggi parti.

Inilah masalahnya, bila seseorang pemimpin itu tidak datang dari kalangan grassroot. Mereka seolah-olah takut jika diminta supaya serasi dengan pucuk pimpinan. Kononnya, jika mahu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda, mestilah 'bercanggah' supaya senang jika mahu menulis surat mendesak Perdana Menteri supaya berundur.

Sebenarnya, serasi yang Abdul Rahman perkatakan ialah, bakal Ketua Pemuda nantinya boleh menjadi 'benteng' mempertahankan kepimpinan parti dari serangan musuh dan bila ada masalah yang ditimbukan dari kalangan masyarakat di bawah, ianya harus diperjuangkan secara berhemah dengan menyampaikannya mengikut saluran parti.

Soalnya, orang macam Mukhriz ini tidak ada 'track record' berada di arus bawah kepimpinan. Tiba-tiba muncul, kerana dia anak kepada bekas Perdana Menteri yang sudah terlalu banyak membuat kerosakan dalam Umno dan kerajaan.

Apakah Mukhriz sudah bercita-cita untuk menjadi 'tidak serasi' dengan Presiden Umno jika dia menang kelak? Atau dia sudah merasakan dia memang tidak boleh menang menyebabkan dia mahu memberitahu perwakilan Pemuda sekarang bahawa dia akan menjadi seorang ketua Pemuda yang sentiasa mahu bertelagah dan tidak ada keserasian bagi menunjukkan dia seorang pejuang?

Untuk menjadi seorang ketua, tidak kiralah ketua Pemuda, Wanita atau Puteri, bukan soal tidak serasi dan sentiasa bertelagah sebagai seorang ketua yang berwibawa tetapi sejauh mana dia sebagai ketua, mampu menyelesaikan masalah yang timbul.

Untuk apa jika terpekik terlolong dan mahu mencari populariti di kalangan pembangkang padahal sebagai seorang pemimpin kepada golongan bawahan, tiada apa sumbangan yang mampu diberikan. Era ini, adalah era yang cukup mencabar kerana jika seseorang ketua Pemuda itu tidak mempunyai cukup kemampuan untuk berdepan dengan rakan-rakan komponen dan pembangkang, dia akan menjadi beban kepada parti.

Perwakilan Pemuda seharusnya memikirkan, jangan mereka terikut-ikut rentak pembangkang yang menyokong Mukhriz kerana mereka mungkin mudah untuk 'mengalahkannya' bila dia menjawat jawatan Ketua Pemuda.

Biarlah memilih Ketua Pemuda yang mampu berdebat, mampu berdepan dengan serangan musuh dan mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa. Zaman dunia tanpa sempadan ini tidak cukup dengan seorang Ketua Pemuda yang hanya berlakon kononnya dia seorang yang bersih, padahal dunia tahu siapa dia ketika menagih sokongan.

Read more...

Politik Wang Bermula Dari Zaman Dr. Mahathir ~ Malaysiakini

Friday, November 14, 2008

Oleh Zainal Yusof

BEKAS Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap lagi. Banyak benda yang dia sudah cakapkan, dan dia tidak jemu bercakap. Mungkin dia merasakan masih ramai orang hendak dengar dia bercakap. Selain bercakap, dia menulis di blognya. Khabarnya, blognya juga mendapat sambutan bukan kepalang dari peminatnya.

Terbaru, dia bercakap seolah-olah bukan Melayu pun boleh menjadi Perdana Menteri. Hujahnya semua orang sudah tahu, jika seseorang itu diterima dan disokong suara majoriti. Dalam masa yang sama dia sentuh tentang politik wang mungkin berlaku dalam pencalonan jawatan Timbalan Presiden Umno.

Perkara yang dia bercakap, sebenarnya sudah ada orang lain yang bercakap mendahuluinya. Dia hanya mengulanginya dan masih ada yang mahu mendengarnya. Kalau dia bercakap soal politik wang, dia mahu mengambarkan kepada dunia, semua orang lain 'kotor' kerana terpalit dengan politik wang. Dia bersih hanya dia dan barangkali anaknya juga, Datuk Mukhriz.

Mana dia tahu? Mungkin ada orang melaporkan kepadanya. Antara pelapornya barangkali, anaknya sendiri. Dia tidak tahu, malam-malam hari, anaknya Mukhriz merayau ke coffee house, berpakaian batik berwarna hijau, berjumpa dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian, untuk berkempen.

Sebenarnya, dakwaan Dr. Mahathir itu mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, kalaulah dia dapat menggunakan ayat-ayat yang memberitahu bahawa sejarah politik wang ini bermula dari era kepimpinannya, alangkah baiknya.

Ketika dia menafikan dia mungkin terlibat dengan politik wang, mahukan dia menafikan bahawa dia juga memberi muka kepada 'pengamal politik wang' kekal dalam kabinetnya? Apakah dia mahu menafikan, ada menteri-menteri kebinetnya menggunakan wang yang banyak untuk memenangkan seseorang dan juga mengalahkan seseorang?

Dia boleh menafikan tetapi dia tidak mustahil bersubahat dengan gejala kotor ini. Ketika dia kekal berkuasa selama 22 tahun, apakah dia merasakan dia menang dan kekal sebagai Presiden Umno kerana 'keikhlasan perwakilan' mahu memilihnya duduk di situ? Atau, dia mereka-reka sistem pemilihan dan pencalonan yang membolehkan dia terus kekal, walaupun kesan jangka panjang, Umno rosak akibat perbuatannya itu.

Dr. Mahathir boleh terus berucap di mana-mana. Menyampaikan syarahan demi syarahan dan ceramah demi ceramah kerana dia memang ada kebolehan bercakap. Malangnya, dia tidak menggunakan kejujuran hatinya sendiri untuk mengaku dialah yang menyebabkan Umno hari ini hampir-hampir musnah akibat perbuatannya sendiri.

Inilah satu kerugian jika Pemuda Umno memikirkan mahu meneruskan legasi Dr. Mahathir dalam Umno. Legasinya akan terus menjadi 'dalang' untuk meneruskan kerosakan demi kerosakan dalam parti yang menjadi pembela bangsa Melayu ini.

Jika dia mengusung keranda 'berani berubah'… dia mahu membuat perubahan dan Umno terus hidup dan kuat kepada Umno yang mati akibat perbuatannya!

Read more...

Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini

Sunday, November 9, 2008

Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.

Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?

Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.

Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?

Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?

Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.

Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.

Read more...

Muhyiddin Yassin The Reformer?-Malaysiakini

Wednesday, November 5, 2008

The jostling is seemingly over. A weak leader is quickly and unceremoniously overthrown. The vultures come to feed. Everyone moves up one rung. The people will have new rulers soon.

Let's look at Muhyiddan, the quiet one who is a frontrunner for DPM and future PM(?). This story was carried out in the magazine Asiaweek a while back.

One day, when Muhyiddin was the Menteri Besar of Johor, he called up Stamford Holdings, a Singapore company which owned more than 4000 acres of land in the state under oil palm cultivation.

Muhyiddin told them to develope 400 acres of the land. He then demanded that Stamford Holdings give him 30% of the development. Stamford Holdings agreed, developed the land, and Muhyiddin got his 30%.

Sometime later, Muhyiddin called up Stamford Holdings again and told them to develop the remaining 4000 acres of land. This time, Muhyiddin wanted a whopping 70%! Stamford Holdings refused.

A few days later, Muhyiddin called up Stamford Holdings again, and told them, 'Look, I have this piece of paper in front of me on my desk. All I have to do is sign it and Stamford Holdings will no longer own the 4000 acres of land. Now, do you agree or not to develop the land and I take 70%.'

Stamford Holdings again refused. The following week, they received a letter from the Johor government signed by Muhyiddin stating that the government have taken over the land. The nationalised land was later divided to three of Muhyiddin's cronies.

Muhyiddin did not dare sue Asiaweek for this report. Asiaweek pre-empted any funny ideas Muhyiddin had by also reporting that all the telephone convesations were taped by Stamford Holdings.

Now is this guy going to be successful in attracting foreign investments? Is this guy going to be Malaysia's DPM? Do we deserve him?

Bye-note: When Mahathir heard of the deal, he immediately transferred Muhyiddin to Federal level, not because he disapproved of the deal, but because Muhyiddin did not share the loot with him! Just as a former MB of Kedah was sacked because he did not give any share to Daim and Mahathir in a prawn project in Kedah with Arab partners. Incidentally, one of the Arab partners was named Osama!

Written by Michael Chick, October 19, 2008 11:01:33

Read more...

Menyelami Sumber Dana Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia~ Malaysiakini

Friday, October 31, 2008

Umum mengetahui suka atau tidak politik wang memang dipraktikkan oleh semua calon Ketua Pemuda. Tak guna-lah sesiapa pun cuba menyelindung dosa mana-mana calon. Tapi tren pencalonan untuk ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia menimbulkan tanda tanya mengenai apakah sebabnya kadar pencalonan Berani Berubah Mukhriz Mahathir kian hambar berbanding awal musim pencalonan dahulu. Kes angka pencalonan Khir Toyo pula terbalik – secara tiba-tiba melonjak tinggi ke angka 47 walhal sebelumnya Khir dilihat berkemungkinan tidak layak bertanding PAU Mac nanti.

Tren sebegini menunjukkan kelainan strategi mainan politik wang yang digunakan ketiga-tiga calon. Jika benarlah rata-rata para perwakilan mencalonkan mana-mana individu berdasarkan kebolehan masing-masing, fenomena aneh seperti yang terjadi sekarang tak logik berlaku. Contohnya, jika slogan Berani Berubah itu benar-benar menambat hati para perwakilan, nescaya momentum awal Mukhriz pastinya telah melihat beliau melepasi angka pencalonan 100 sekarang ini. Tetapi tidak; yang jadinya Khir Toyo yang PR akar umbinya disegani kawan dan lawan pula yang mengambil-alih momentum Mukhriz. Kadar pencalonan Khairy Jamaluddin pula tampak agak konsisten, sungguhpun dikatakan kurang digemari para perwakilan akar umbi kerana perwatakannya yang agak elit ala-Oxford walaupun kepintaran dan karismanya tidak dapat dinafikan.

Barangkali Mukhriz banyak 'menabur' pada awal musim pencalonan dan berjaya mendominasi peringkat awal; kem Khairy dikhabarkan kurang memberi wang berbanding dua lawannya (mungkin ketandusan dana semenjak bapa mertuanya melepaskan jawatan Menteri Kewangan); taktik Khir Toyo pula agak drastik – membelanjakan jumlah wang yang besar pada 'second half' untuk mengejutkan para penyokong Mukhriz dan Khairy di Bahagian-bahagian seperti Bukit Bintang, PJU, Sipitang dan Balik Pulau.

Dana Khir Toyo kita sedia maklum datangnya dari komisen projek-projek sewaktu menjadi MB Selangor dahulu – Syabas, Lebar Daun – serta proksi-proksinya lain seperti Wijaya Corp yang dipimpin Ketua Pemuda Kapar Faizal Abdullah. Khairy tak payah ceritalah, siapa pun dah tahu. Sumber dana Mukhriz pula agak kabur sedikit, walaupun ternyata bapanya dan abangnya Mokhzani pasti membantu.

Namun, dengan pendedahan syarikat subsidiari syarikat Mokhzani, Kencana Mermaid Drilling Sdn Bhd sebagai penerima kontrak carigali terbaru Petronas bernilai USD235 juta (RM, harapan Mukhriz untuk meraih kedudukan Ketua Pemuda tampak lebih cerah kerana 'kos' menjelang bulan Mac nanti akan jauh lebih tinggi daripada 'kos' musim pencalonan yang telah hampir tamat ini.

Yang peliknya, Kencana Mermaid ini bukannya syarikat carigali dan tidak langsung mempunyai sebarang rekod dalam usaha mencarigali. Apakah wajar Kencana Mermaid dianugerahkan kontrak sebegitu besar ini, terutamanya tatkala ekonomi Malaysia dan industri petroleum sedunia yang kurang stabil dengan harga turun naik mendadak?

Maruah dan kepentingan bangsa dan negara tidak boleh diketepikan untuk mana-mana calon. Penulis akan tetap mengkritik sesiapa sahaja yang dilihat mencabul prinsip ini, serta mengetengahkan kisah-kisah rasuah, skandal dan korupsi terhina.

Read more...

Berani Berubah - Setelah Layak Bertanding, Adakah Slogan Mukhriz Yang Akan Berubah?- Malaysiakini

Tuesday, October 28, 2008



Di dalam dunia politik UMNO yang seringkali mengikut rentak semasa yang tidak menentu, slogan Berani Berubah yang dijulang dan dilaungkan oleh calon Ketua Pemuda UMNO Mukhriz telah memberinya personaliti dan aura baru. Slogan ini menambat hati akar umbi, golongan muda Malaysia serta ramai pemerhati UMNO.

Ini terbukti dengan 66 pencalonan yang berjaya diraih setakat ini oleh anak ketiga kepada mantan Presiden UMNO ini. Selain daripada menumpang sentimen positif ayahnya, slogan ini telah sedikit sebanyak mencorakkan kempen Mukhriz.

Slogan ini begitu penting dalam kempen Ketua Pemuda Mukhriz kerana dia tidak pernah menerangkan dengan terperinci apa maksud sebenar wawasan, halatuju dan pengisian yang akan dibawanya kepada Pemuda UMNO.

Mungkin selain dari slogan, ramai juga yang tertarik kepada Mukhriz kerana dia begitu lantang dalam menyuarakan keperluan Pemuda untuk berani menyuarakan pendapat sendiri, memperjuangkan agendanya sendiri dan tidak tunduk kepada pucuk pimpinan.

Namun, apa yang menyedihkan ialah maklumbalas pertama Mukhriz mengenai pencalonan dari Pekan banyak menidakkan ketelusan dan kejujurannya dalam membuat kritikan terhadap pucuk pimpinan.

Soalan yang terzahir daripada maklum balas yang banyak memuji Dato Seri Najib Razak termasuk: Adakah Mukhriz sudah mula bermain politik dengan pucuk pimpinan? Adakah dia kini 'berhutang; dengan bakal Presiden? Adakah Mukhriz selama ini hanya mengikut telunjuk ayahnya yang mengkritik Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Badawi kerana kepentingan sendiri dan bukan UMNO?

Semalam, ramai yang masih percaya walaupun dia sekarang mendampingi pucuk pimpinan, sekurang-kurangnya dia akan terus membawa kepimpinan perubahan sebagai agendanya.

Justeru, ramai penyokong Mukhriz termasuk penulis yang berasa kesal dan terkejut dengan keputusannya untuk tidak mahu turut serta dalam debat yang dicadangkan untuk calon-calon Ketua Pemuda. Alasannya bahawa dia tidak mahu memburukkan parti tidak masuk akal kerana dia dan ayahnya begitu lantang memburukkan parti sejak awal tahun ini. Tidak perlu landasan debat pun untuk mengkritik parti.

Yang disangkakan Khir Toyo atau Khairy Jamaluddin, dua calon yang dilanda masalah persepsi yang akan menentang debat ini, tetapi rupanya Mukhriz, yang dianggap sebagai pemimpin perubahan positif yang bersembunyi.

Sejak kebelakangan ini, Mukhriz banyak berkata bahawa kejayaannya disebabkan oleh akar umbi. Jika dia akur dengan pendapat akar umbi dia perlu menerima pandangan dari suara Pemuda seperti Khairuddin Ketua Pemuda Pahang, Rozabil Ketua Pemuda Perlis, serta ramai barisan Ketua Pemuda yang lain. Kalau Mukhriz benar-benar percaya dengan ucapannya sendiri bahawa perwakilan mempunyai kematangan untuk memilih, adakah dia tidak percaya dengan kematangan calon-calon Ketua Pemuda termasuknya untuk menggunakan landasan ini untuk menerangkan visi dan halatuju dan bukan untuk memburukkan parti?

Jika dia benar-benar calon akar umbi, adilkah jika dia tidak mahu berkongsi pendapatnya dengan seluruh warga Malaysia dan UMNO?. Adakah definisi akar umbi Mukhriz terhad kepada Ketua Pemuda dan perwakilan yang ditemuinya? Bagaimana pula dengan ahli biasa cawangan? Mereka tidak berhak atau layak untuk mendengar pandangannya yang bernas?

Mukhriz harus sedar pencalonan tidak bermakna kemenangan, ayahandanya sendiri hampir kalah di tangan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan UMNO tahun 1987 walaupun mendapat lebih daripada 80% daripada pencalonan dari bahagian-bahagian UMNO. Tan Sri Isa Samad dan Dato Ali Rustam juga tidak menerima pencalonan yang banyak pada tahun 2004 jika dibandingkan dengan Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Mohd Taib dan Dato Mustapa Mohd. Tetapi apa kesudahannya?. Tun Mahathir hanya menang dengan majoriti 43 undi!

Kini kita berada di persimpangan pertama sebelum mana-mana calon Pemuda ditabal Ketua Pemuda, dan di persimpangan inilah Mukhriz perlu sedar dia menanggung beban dan tanggungjawab untuk meneruskan debat kerana inilah 'hutang' yang perlu dibayar untuk menggunakan slogan yang begitu kuat, untuk menggunakan akar umbi sebagai faktor kejayaannya.

Mukhriz telah menjanjikan perubahan, dan dengan itu dia perlu membawa perubahan ini. Adakkah ia wujud sebagai omong omong kosong sahaja?.

Pemuda pra Pilihanraya Umum ke-13 perlu benar-benar berani melakukan perubahan. Debat ini merupakan perubahan yang ditagihkan oleh akar umbi dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Sedangkan pemimpin lama seperti Dato Shahidan Kassim bersetuju untuk calon Pemuda berdebat, kenapa Mukhriz tidak berani berubah?

Jika dia enggan untuk berubah fikiran mengenai debat ini, perwakilan dari Bahagian yang mencalonkannya sudah pasti mampu melakukan perubahan apabila mengundi kelak. Soalan yang bermain di dalam pemikiran pengamal dan pemerhati politik tanahair untuk beberapa hari ini – Beranikah Mukhriz? atau yang mampu berubah hanyalah slogannya?

Read more...

KALAU NAJIB NAK SELAMAT, LANTIK MAHATHIR JADI PENASIHAT KERAJAAN~Malaysiakini

Tuesday, October 21, 2008

Oleh Sabrani Muin



Patutnya, semasa Tun Mahathir melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Abdullah dulu, ahli-ahli kabinet duduk bersidang mencari fomula supaya Mahathir diberi tempat dalam pemerintahan sekurang-kurangnya wujudkan satu jawatan sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia yang bertaraf sama dengan Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew.

Kerana itulah bila Mahathir tidak diberi hak apa-apa dalam kerajaan sebagai penasihat misalnya, tentulah dia akan nampak perkara-perkara yang dia belum sempat buat atau tidak buat lagi dan membaca segala cacat cela dalam pentadibiran perdana menteri baru.


Akan ada sajalah yang tak kena padanya. Alangkan semasa dia belum jadi perdana menteri dulu pun Mahathir sudah jadi tukang kritik perdana menteri. Inikan pula dia sudah jadi perdana menteri terlama dan masih sihat lagi untuk aktif, pastinyalah dia akan membuat teguran-teguran dari luar yang lebih bebas.


Semasa Mahathir jadi PM, tidak siapa berani membuat teguran. Tegur saja, akan kena masuk bilik bekulah dia atau pun akan dibenam dalam mana-mana lembah yang orang tak nampak lagi. Amat berbeza di zaman Mahathir dan Pak Lah. Mahathir tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang boleh menegur. Pak Lah pula boleh ditegur, boleh dicemuh dan boleh dilanyak cukup-cukup sesuai dalam zaman keghairahan cyber hari ini.


Pada Zaman Mahathir, kegunaan internet dan blog tidak begitu ghairah lagi. Ketika itu rakyat Malaysia hanya mahu cuba-cuba sahaja. Tetapi malangnya apabila sampai masa Pak Lah, perang cyber mula hebat dan terus hebat tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Memang Pak Lah biarkan kerana itulah cara untuk mendapat feedback dari orang ramai yang paling jelas.

Dalam pada biarkan, ia meledak luas dan kebebasan yang diberi sudah menjadi luar jangkaan. Macam-macam maklumat betul, maklumat separuh betul dan benar-benar palsu boleh disebarkan dengan sewenang-wenangnya. Hinggakan untuk politik ia digunakan menjadi alat yang paling berkesan untuk berkempen.


Tidak hairanlah timbul blog yang pro dan yang anti. Hinggakan hari ini boleh dikatakan seluruh rakyat yang sudah celik IT telah mengambil kesempatan memberi maklumat, mencari peluang, membuka peluang, termasuk yang mencari peluang menipu pun ada hinggalah terbit begitu ramai penulis yang dulunya hanya membaca sahaja.


Tidak boleh dinafikan ini adalah kesan kemajuan yang paling ketara sekali dalam era Mahathir walaupun ia telah menjadi hairwire dalam dunia politik tanahair hari ini. Tetapi yang paling bahayanya ialah apabila Mahathir sendiri telah membuka blog untuk mengecam kepimpinan Pak Lah dan ahli kabinet yang tidak disukainya.


Ini tidak betul. Apabila dunia politik UMNO menjadi huru hara dek kerana 'jeritan' Mahathir di luar lingkungan kerajaan, maka negara-negara berkuasa besar melihat negara kita semakin mengecil. Tidak kurang yang memperkecilkan corak pemerintahan semasa. Sudahlah pembangkang memang kerjanya menghentam kerajaan, bekas perdana menteri pun hentam pemimpin kerajaan. Jadi, ia sudah menjadi terlalu berat untuk kerajaan mentadbir negara ini dengan lebih tenang dan sempurna.


Lantas ia menjadi alat yang menyebabkan BN kalah teruk dan gagal mencapai dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Sampai hati Mahathir tidak langsung mahu berkompromi membantu kerajaan yang telah ditinggalkan sedangkan masih menikmati pencen dari kerajaan lagi.


Ditambah pula dengan tindakannya menghasak Pak Lah supaya letak jawatan tidak henti-henti kemudian mengambil bahagian dalam mencaturkan siapa patut lawan Pak Lah dalam pemilihan UMNO nanti. Gangguannya hingga mendesak Najib dilihat tidak ikhlas pula apabila Mahathir dengan sekutunya terus menerus mahukan peralihan kuasa dipercepatkan.

Sudah dipercepatkan ke bulan Mac, tetapi masih tak puas hati lagi. Ada masanya Mahathir yakinkan Tengku Razaleigh supaya lawan Pak Lah rebut jawatan Presiden UMNO. Tetapi beliau cepat-cepat beralih kepada Najib semula setelah melihat Tengku Razaleigh tidak cukup tenaga untuk meraih pencalonan sepertimana diharapkan.


Boleh dikatakan gah di mana-mana kalau Tengku Razaleigh lepas pencalonan, Pak Lah akan kalah di tangan Ku Li. Tetapi Pak Lah sedar tidak ada gunanya beliau teruskan tugasnya dan lebih baik serah pada Najib bulan Mac ini. Lepas itu dia mahu tengok apakah Mahathir puas hati dengan cara pemerintahan Najib pula.


Najib akan selamat dan tidak akan dikritik kalau sama ada secara rasmi atau tidak rasmi melantik Mahathir sebagai Penasihat Agung kepada Kerajaan Malaysia sehingga akhir hayat Mahathir. Selepas itu, Pak Lah tidak akan dilantik menggantikan tempat itu kerana Najib tidak perlu penasihat kerana beliau sudah ada penasihat setianya yang semua orang tahu siapa.


Kalau Najib juga tidak lantik Mahathir yang berbentuk ketua kepada perdana menteri dalam apa juga nama atau gelaran yang berkuasa memberi nasihat yang mesti dipatuhi, Najib akan menerima padah lebih teruk daripada Pak Lah. Kalau ada umur, sama-samalah kita lihat.

Read more...

MAHATHIR TERUS MAHU JADI ORANG BERKUASA SEPERTI MENTERI KANAN SINGAPURA~Malaysiakini

Monday, October 20, 2008

Oleh Sabrani Muin

Sebenarnya bukan senang untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melupakan dirinya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia – orang yang berpengaruh di rantau ini. Maklumlah, selama 22 tahun beliau memerintah negara ini. Begitu juga dengan UMNO, beliau telah mengalami macam-macam hal termasuklah pernah dipecat dan diterima semula sehinggalah dia berjaya jadi perdana menteri yang bagaikan tidak mahu dilepaskan langsung.

Hakikatnya Mahathir yang dikenali semua orang walaupun budak kecil hari ini, benar-benar telah menggunakan segala apa yang beliau perolehi terutama pengaruh untuk membuat percaturan dalam UMNO yang sehingga sekarang ini UMNO dilihat sudah tidak lagi mempunyai nilai pekerti, budai bahasa dan malu alah serta beretika semata-masa disebabkan macam-macam benda yang pada asalnya tidak lain dan tidak bukan dari tangan Mahathir.

Beliau lantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menggantikan tempat beliau setelah mengenepikan beberapa orang penting di bawahnya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleith Hamzah, Tun Ghafar Baba dan barulah dengan mungkin cara terpaksa beliau menyerahkan kepada Pak Lah. Wal hal, beliau melepaskan jawatan itu dengan hati yang cukup berat, tuhan saja yang tahu. Kalau boleh memang dia mahu teruskan lagi tetapi beliau sedar ketika itu orang sudah semakin ramai yang menyampah dengan sikap cendekelnya.

Sebaik sahaja Pak Lah pegang jawatan Perdana Menteri, kesangsaraan Pak Lah bermula apabila Pak Lah tidak bebas melantik siapa timbalannya. Mahathir paksa Pak Lah ambil Datuk Seri Najib Tun Razak dan tentunya Pak Lah akur kerana Najib juga seorang yang berkelibar. Kemudian, ungkit pasal jambatan bengkok yang menghubung Malaysia – Singapura dan macam-macam Mahathir kutuk Pak Lah hingga peringkat menghina perdana menteri yang dilantik.
Berdirinya Pak Lah sebagai perdana menteri, bagaikan tidak diberi muka langsung dibuat dek Mahathir. Ada saja Pak Lah buat, semua beliau tidak puas hati. Sedangkan tidak sedikit pun Pak Lah menunjukkan dia tersinggung atau marah pada Mahathir mungkin sebagai menghormati orang yang telah berbudi kepadanya. Tetapi seterusnya Mahathir tidak duduk diam. Dia terus menghasak Pak Lah sampai ke dinding.

Akhirnya, prestasi Pak Lah menjadi merosot dan tugasannya amat terganggu. Mahathir terus melalak hingga bercakap di luar negara menyalak tanpa segan silu menjejaskan imej Malaysia di mata dunia. Kerana Mahathirlah pelabur asing bagaikan terbantut mahu terus melabur di Malaysia kerana bekas perdana menteri menghentam perdana menteri yang dia sendiri lantik. Di sini nampak ada yang tak kena dengan keadaan negara kita.

Mahathir bagaikan tidak ada bahasa langsung apabila bercakap mengenai Pak Lah yang terkial-kial mahu membaiki banyak perkara yang telah Mahathir rosakkan termasuk orang UMNO sendiri yang sekarang ini terus rosak dengan didikannya supaya melawan tuan. Zaman Tunku Abdul Rahman pun begitu juga sikap Mahathir yang kononnya dialah yang pandai mentadbir negara ini. Apabila sampai ke tangannya, Malaysia pun turut dirosakkan termasuk rosakkan UMNO apabila dialah yang memperkenalkan kuota pencalonan yang dia minta rongkah kembali.

Zaman dia, apa dia kata semua boleh. Zaman orang lain, apa orang buat, semuanya salah. Berkemungkinan besar dalam hati kecilnya, Mahathir mahu jadi Menteri Kanan seperti Singapura agaknya. Tetapi beliau nak cakap, malu. Kerana itulah dia melalak macam orang gila talak tak habis-habis.
Apabila Pak Lah buat tak peduli dengan lalakannya, dan dicabar Pak Lah supaya berhenti tak juga jalan, akhirnya dia keluar daripada UMNO. Sekarang ini, dia lupa yang dirinya bukan lagi ahli UMNO untuk dia bermuka-muka mencanaikan senarai pemerintahan dengan membuat pelbagai pakatan menggunakan pengaruhnya cara kebijaksanaannya memerangkap beberapa orang penting supaya ikut jejaknya menghasak Pak Lah. Lagaknya setaraf dengan Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar ada juga platform dengan partinya. Mahathir takde apa. Cuma PM pencen terpaksa saja.

Walaupun banyak kali dah Mahathir tidak mengaku memainkan peranan dalam usaha menjatuhkan Pak Lah melalui beberapa orang yang bagaikan 'terpaksa' akur cadangannya termasuklah Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan akhir sekali Tan Sri Muhyiddin Yassin pakai buang cakap Mahathir bagaimana mahu buat supaya beri tekanan pada Pak Lah yang terpaksa mengubah beberapa agenda penting yang telah dipersetujui sebelum ini.

Apabila Pak Lah nampak macam degil, lagi Mahathir tidak tahan. Dan musim mesyuarat Bahagian yang bermula di musim raya ini, memang Mahathir mengambil peluang membuat lawatan ala 'road show' menayang wajahnya ke sana ke mari bercakap, berbual dan bermesra dengan semua orang penting memasukkan jarumnya yang boleh dikatakan macam menghasut secara tidak langsung. Betul-betul macam gaya kominis subversif.

Inilah juga peluang YB Datuk Mukhriz, anak harapan kesinambungan darah politiknya mengekori dari belakang hingga nampak jelas pada mata orang politik dan orang bukan politik bahawa Mahathir berkempen untuk anaknya supaya mendapat pencalonan terbanyak untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO akan datang nanti sambil beliau secara tak langsung dan halus bicaranya mempengaruhi menafikan kelayakan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo sehingga Mukhriz menang dengan senang lenang.

Semua orang nampak kesan cemburu, busuk hati dan perancangan Mahathir itu dan tidak semua Pemuda Bahagian begitu bodoh mahu memberikan semua pencalonan kepada Mukhriz sahaja. Kerana itulah walaupun yang lain mendapat pencalonan agak perlahan, tetapi pasti jawatan Ketua Pemuda akan berentap untuk perwakilan pemuda benar-benar membuat pilihan siapa sebenarnya mereka mahu semasa pemilihan nanti.

Kalau Mahatir terus mahu menjadi pencanai politik UMNO, ramai berpendapat, semakin beliau campur, baunya semakin busuk. Nafilah banyak manapun dalam media bahawa beliau tidak campur politik UMNO hari ini, tetapi ramai yang menjebek bibir dan orang semakin menyampah. Kalau tidak campur, apa perlu Mahathir sampai buka blog bermain politik dan lihatlah blognya penuh dengan luahan hasat dengkinya menghasut macam-macam perkara yang tidak sepatutnya seorang bekas perdana menteri lakukan kepada rakan yang pernah menyokong dan taat dengannya sebelum ini.

Read more...

"Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini

Wednesday, October 15, 2008

Jelas sekali strategi Datuk Mukhriz Mahathir cukup berhasil mengejutkan semua pemerhati politik Pemuda UMNO. Dengan 40 pencalonan dalam tangan, Mukhriz sudah layak bertanding di Perhimpunan bulan Mac kelak, dan mendahului Khairy Jamaluddin serta Dato' Seri Khir Toyo. Tetapi strategi membuahkan hasil ini perlu dikaji sedalam-dalamnya untuk memastikan sama ada ianya berketepatan dengan slogan Berani Berubah yang dibawa Mukhriz.

Tanya sahaja mana-mana 'orang dalam' Pemuda, semua akan berkata bahawa taktik Mukhriz yang selama ini dilihat 'underdog' adalah untuk menabur wang terus ke perwakilan di setiap bahagian. Sudah pasti ketiga-tiga calon utama masih menggunakan politik wang untuk meraih undi; siapa pun tidak akan percaya jika kami katakan bahawa Mukhriz sahaja yang membawa beg berisi kepala agung. Ternyata realiti politik UMNO masih di takuk lama.

Tetapi politik kepala agung pun ada etika dan hadnya yang lazim. Mukhriz yang langsung mendampingi para perwakilan ternyata tidak menghormati adat Pemuda kerana tidak melalui Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian. Apa yang terjadi di Bahagian seperti Rasah dan Kota Melaka apabila Ketua Pemuda atau calon Ketua Pemuda Bahagian masing-masing – Helmy dan Razak – dikejutkan dengan suara perwakilan yang berlawanan dengan suara Ketua Pemuda Bahagian. Memang diakui, suara akar umbi itu wajar kuat dan berdikari dari pemimpin atasan bahagian, tetapi bukankah kita orang Melayu masuk rumah orang bersalaman dengan ketua rumah di muka pintu? Adakah wajar untuk Mukhriz dan konco-konconya memecahkan tingkap, masuk ke rumah orang lantas memujuk anak untuk membelot bapa sendiri semata-mata untuk wang saku?

Bukan setakat itu sahaja, kumpulan Mukhriz juga dilihat tidak malu merasuah perwakilan bahagian sejurus sebelum, dan sewaktu mesyuarat dilangsungkan! Dalam satu kes, seramai 200 perwakilan diberi sampul siap dengan kad raya dari Mukhriz bersertakan RM1000 setiap satunya! Begitu gahnya taktik Mukhriz, umpama pantun hilang pembayang 2 baris pertama atau silat yang tiada langkah bunganya. Dan kini sesudah Mukhriz mencapai 38 pencalonan cukup bertanding di Mac, sudah pasti dialah yang akan beria-ia mengecam politik wang dan akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan sama ada orang-orang Khairy atau Khir tertangkap BPR. Walhal dialah kepala rasuah yang utama dalam pemilihan ini!

Akhirnya yang membawa kekesalan paling besar bagi kami adalah ketidakselarian slogan perjuangan Mukhriz "Berani Berubah" dengan tingkah lakunya yang sebenar. Sudah jelas sekali bahawa slogan "Berani Berubah" itu sekadar pengabur mata dan tidak membawa apa-apa erti kepada perjuangan

Mukhriz, kerana yang sebenarnya berlaku adalah suatu strategi politikus yang menghalalkan apa kaedah pun untuk meraih momentum dalam agendanya berkuasa. Apabila diwawancara di Parlimen tempoh hari, Mukhriz tersenyum lebar dan angkuh kononnya dialah ejen perubahan yang dimahukan akar umbi. Namun, ramai yang mengetahui perkara sebenar: kedudukan pertama Mukrhiz dalam proses pencalonan tidak ada langsung kena mengena dengan agenda pembaharuan.

Jikapun ada agenda pembaharuan yang dibawanya, Mukhriz mengakui sendiri dalam wawancara itu bahawa agenda sebenarnya agenda pandang ke belakang, yakni agenda bapanya Tun Dr Mahathir. Semestinya ramai dalam UMNO masih menyanjungi Mahathir dan jasanya pada UMNO, tetapi walau apapun pendapat anda mengenai baik buruk Mahathir, Mukhriz kelihatan tidak langsung mempunyai agenda atau kepercayaan sendiri.Sebusuk-busuk Khairy pun – dia mungkin sombong, dibantu Pak Lah etc. – tetapi siapa pun tidak akan tergamak menuduh Khairy menjadi boneka Pak Lah. Khairy perlu banyak berubah, tetapi dia jelas berkapasiti untuk bermuhasabah diri dan mencari ruangnya sendiri setelah kini tidak lagi boleh dibantu bapa mertuanya. Kapasiti berdikari ini pada kami merupakan elemen PALING penting dalam pengisian perjuangan sayap Pemuda UMNO. Jika Ketua Pemuda mengikut telunjuk orang lain, tutup kedai sahaja lah!

Maka para perwakilan bulan Mac nanti wajar menyelidik habis-habisan baik buruk setiap calon yang layak bertanding nanti. Sentimen sememangnya pro-Mukhriz sekarang ini, tetapi sentimen itu suatu fenomena yang boleh cepat berubah dari masa ke semasa. Yang kekal adalah pengisian perjuangan – bukan slogan, tetapi pengisian! Dan kajilah kita bersama-sama mana satu individu yang benar-benar terbaik untuk memimpin pergerakan Pemuda – dari segi idea, perwatakan dan potensi meraih kembali undi muda.

Read more...

SEMUA CALON KETUA PEMUDA CACAT BELAKA~Malaysiakini

Monday, October 13, 2008

Oleh Salim Selamat

Dalam gambaran barisan Ketua Pemuda UMNO hari ini cukup membimbangkan kerana calon yang menawarkan diri amat terhad. Dan untuk Pemuda Bahagian membuat pencalonan pun juga terhad jadinya. Setakat ini hanya empat orang yang berani menonjol – Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohd Khir Toyo @ Joyo dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sahaja.

Ini menunjukkan Pemuda sedang menghadapi sindrom ketandusan personaliti untuk ke hadapan menonjolkan diri atau yang hendak ditonjolkan. Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap malang bagi Pemuda UMNO di zaman ini. Ia berlaku berkemungkinan besar kalangan Pemuda sudah mengecut dan ramai yang jadi pengecut. Tidak terkecuali mereka yang dikecutkan.

Selain calon yang ada hari ini yang menawarkan diri pastinya lebih ramai yang berkelibar tetapi kurang keyakinan diri lantas untuk bahagian dan perwakilan nanti akan membuat pilihan dalam keadaan agak sempit dan serba salah kerana mereka terpaksa memilih itulah sahaja kerat yang ada. Sama ada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Zahidi Zainul Abidin sahaja. Sedangkan keempat-empat orang ini mempunyai masalah tersendiri untuk meraih pencalonan dan kemudiannya undi.

Khairy Jamaluddin yang popular dengan tidak sengaja diberi nama ringkasnya KJ, dikaitkan dengan menantu Perdana Menteri sehingga Mac tahun hadapan. Selepas pemilihan, KJ akan jadi menantu bekas Perdana Menteri. Sejak mula Pak Lah jadi Perdana Menteri, nama KJ dijejeh dengan macam-macam cerita yang lahir dari pereka cerita orang UMNO khasnya yang iri hati KJ mendapat tempat Naib Ketua Pemuda.

Itu pun dia dipilih oleh Pemuda sendiri dan bukan dilantik oleh sesiapa seperti payung terjun. Pada hal, KJ menjadi menantu Pak Lah ketika Pak Lah masih Timbalan Perdana Menteri lagi yang pada masa itu, tidak siapa tahu apakah Pak Lah akan jadi Perdana Menteri lagi. Naib Pemuda itu kemudiannya mendapat kepercayaan ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menyelaraskan banyak perkara menggerakkan pemuda.

Namun, oleh kerana Pak Lah dilantik Perdana Menteri, KJ dilihat berjaya dari segi perniagaan dan karier politiknya hingga menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda Rembau serta dikenali dan tentunya juga berpengaruh, KJ tetap menjadi bahan serangan ramai yang juga terbit dari sifat cemburu dengan peningkatannya yang berusia begitu muda lagi. Itu belum lagi KJ dianugerah bintang kebesaran Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri.

Kemudian diikuti dengan Mohd Khir Toyo yang juga mempunyai buruknya yang tersendiri. Beliau dikatakan telah menyebabkan Barisan Nasional tercemar begitu trajis sekali kerana menggagalkan Negeri Selangor ke tangan pembangkang. Tidak siapa boleh menafikan terlepasnya Selangor berpunca dari diri tingkah laku Khir sendiri.

Tiba-tiba orang Selangor benci dengan Khir kerana sikap Khir semakin lama jadi Menteri Besar, dia semakin bongkak dan memberikan kesan buruk kepada sebuah negeri yang kaya di bawah pimpinannya apabila mengubah wajahnya melalui botok yang didakwanya kerana makan banyak tempe dan memberi penyapu kepada pegawai tinggi dalam kerajaan.

Kalau Khir sanggup beri penyapu sebagai anugerah kepada pegawai tinggi Kerajaan Selangor kononnya mendakwa cara itu cara simbolik memberi pengajaran, bagaimanalah pegawai dan kaki tangan di pejabatnya menerima penangan Khir sebagai ketua. Entah-entah dimaki hamun saban hari agaknya. Ternyata tindakannya yang tersebar dalam media telah membawa sial kepada dirinya dan Selangor.

Kisah kumpul harta dan wang ringgit tak usah ceritalah. Kalau tidak, masakan hidupnya selama jadi Menteri Besar Selangor amat luar biasa. Kerana itulah juga beliau menjadi semakin hari semakin lupa diri dan asal usulnya, semakin sombong, semakin riak dan semakin menunjukkan kuasanya yang secara tidak langsung telah banyak menyalahgunakan kuasa.

Mukhriz pula tidak kurang kekayaannya. Bila mahu bertanding Ketua Pemuda ni baru dia kongsi sebahagian kecil dari kekayaannya menabur umpan pada yang bakal menyokongnya. Nak dikira jasa, Mukhriz belum ada jasa besar lagi dalam UMNO dan pemuda. Menderhaka dengan pemimpin ada. Dialah satu-satunya ahli UMNO yang sebaik sahaja menang Ahli Parlimen Jerlun, terus buat kenyataan meminta Pak Lah letak jawatan. Ternyata itu kerja biadap bagi orang muda mengatakan perkara itu. Kalau ayahnya kata begitu, boleh lagi diterima. Tetapi bukan sepatutnya dari pemimpin muda yang mahu memimpin Pemuda UMNO.

Sekali dia biadap, dia boleh terus biadap kerana kebiadabannya dirasakan mendapat restu terutama ayahnya dan menjemput orang lain turut biadap sama dalam kancah politiknya. Permulaan politik Mukhriz tidak begitu baik untuk dijadikan role model generasi hari ini dan akan datang. Nescaya generasi akan datang akan lebih biadap kepada orang senior yang biadap lebih dulu dari mereka.

Zahidi pula tidak begitu terkenal sebelum beliau menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa pun kalau menawarkan diri untuk jawatan-jawatan penting, gambar dan ungkapannya dipetik media. Maka tidak syaklah beliau baru mula dikenali ramai. Seorang Datuk muda dari Utara, beliau pasti tidak meyakinkan Pemuda untuk menolaknya naik. Jasanya belum pernah dapat dibaca dengan jelas lagi. Perjuangannya samar-samar. Yang jelas, beliau lebih sibuk memperjuangkan dirinya untuk menduduki satu tempat penting dalam parti. Tidak lebih dari itu.

Seluruh Jentera Pemuda Bahagian tahu akan semua kecacatan ini. Oleh yang demikian, apa lagi pilihan pemuda. Tentulah dari empat calon cacat ini, mereka terpaksa memilih seorang daripada mereka. Cuma cara pemikiran dan pertimbangan waras pemuda sahaja yang boleh menentukan siapa calon cacat hendak dipilih. Seorang tiada apa-apa title, iaitu Khairy. Cuma beliau ada YB sahaja. Khir berDatuk Seri bekas YAB. Zahidi ada Datuk.

Sekarang nak pilih YB, Bekas YAB bergelar Datuk Seri atau Datuk sahaja? Kalau pilih yang dah tentu cacat dalam barisan keempat-empat orang ini, Khir Toyo sendiri telah mencacatkan mukanya dengan suntikan tempe dan penyapu. Kalau pilih Khairy, dia kaya dengan umpatan, cemuhan dan mitos akan dijadi perdana menteri termuda di dunia suatu masa nanti. Pilih Mukhriz, akan jadi macam pilih biskut rangup tetapi akan jadi lemau bila Tun Mahathir sudah tiada nanti - pastinya Tun Mahathir tidak akan menongkat langit, tetapi mungkin akan berjalan mengguna tongkat.

Soalnya pemuda harus cari Ketua dari kalangan yang cacat-cacat ini yang mampu berdepan dengan situasi sekarang dan akan datang di mana kita sudah mula diserang oleh kumpulan-kumpulan jahat seperti Hindraf, Sique, Kumpulan Anwar Ibrahim dan generasi muda yang akan merasakan perlu kurang ajar dengan orang yang terdahulu dari mereka supaya nampak hebat, perlu mengganas kalau tidak dapat apa yang mereka mahu, perlu biadap dan gertak apabila menuntut sesuatu.

Siapa yang paling mampu untuk menangani gejala ini semua sambil membentuk generasi akan datang bagaimana persediaan lapisan muda untuk dijadikan benar-benar eset sebagai tiang negara adalah terserah kepada Pemuda Bahagian memilih calon dan memberi undi pada mereka dengan penuh ikhlas dan jujur.

Harap tidak salah kalau dikatakan cacat yang ada pada Khairy masih mempunyai martabat lebih tinggi dari yang lain. Beliau masih muda untuk menjadi pemimpin pemuda. Mempunyai pengalaman dari kedudukannya sekarang sebagai naib ketua pemuda yang dikira berjaya membantu Hishamuddin menguruskan pemuda. Dari situ beliau tentunya sudah dapat melihat jelas apa yang harus dilakukan terhadap generasi sekarang dan akandatang dan apa keperluan-keperluan untuk bekalan mereka. Beliau berkemungkinan besar lebih tahu bagaimana membimbing mereka kembali ke trak yang betul dan membetulkan arah tuju yang lebih jitu.

Kecacatan pada Khir amat terserlah. Dia lebih pentingkan 'make-up' dirinya daripada membimbing pemuda. Kalau dia membimbing, dia akan terbawa-bawa cara mengajar pemuda menggunakan benda-benda simbolik seperti kisah penyapu. Bila Khir jadi ketua, secara simboliknya juga Khir akan 'belasah' pemuda dengan penyapu kerana Khir nampak pemuda macam budak-budak yang boleh diumpan dengan gula-gula sahaja untuk menawan mereka.

Uppppp! Hampir terlupa pula pada Zahidi. Jangan lupakan beliau. Bibit-bibit keberanian beliau sudah dapat dilihat dari sekarang. Di kemaskan sedikit, diberikan tempat membantu ketua, nescaya Zahidi akan jadi pemimpin terpimpin sepertimana Hishamuddin memimpin Khairy sebagai naibnya. Pemimpin yang baik adalah dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin oleh pemimpin terpimpin.


Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

Blog Archive

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP