"Berani Berubah atau Berani Main Kotor?" ~Malaysiakini

Wednesday, October 15, 2008

Jelas sekali strategi Datuk Mukhriz Mahathir cukup berhasil mengejutkan semua pemerhati politik Pemuda UMNO. Dengan 40 pencalonan dalam tangan, Mukhriz sudah layak bertanding di Perhimpunan bulan Mac kelak, dan mendahului Khairy Jamaluddin serta Dato' Seri Khir Toyo. Tetapi strategi membuahkan hasil ini perlu dikaji sedalam-dalamnya untuk memastikan sama ada ianya berketepatan dengan slogan Berani Berubah yang dibawa Mukhriz.

Tanya sahaja mana-mana 'orang dalam' Pemuda, semua akan berkata bahawa taktik Mukhriz yang selama ini dilihat 'underdog' adalah untuk menabur wang terus ke perwakilan di setiap bahagian. Sudah pasti ketiga-tiga calon utama masih menggunakan politik wang untuk meraih undi; siapa pun tidak akan percaya jika kami katakan bahawa Mukhriz sahaja yang membawa beg berisi kepala agung. Ternyata realiti politik UMNO masih di takuk lama.

Tetapi politik kepala agung pun ada etika dan hadnya yang lazim. Mukhriz yang langsung mendampingi para perwakilan ternyata tidak menghormati adat Pemuda kerana tidak melalui Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian. Apa yang terjadi di Bahagian seperti Rasah dan Kota Melaka apabila Ketua Pemuda atau calon Ketua Pemuda Bahagian masing-masing – Helmy dan Razak – dikejutkan dengan suara perwakilan yang berlawanan dengan suara Ketua Pemuda Bahagian. Memang diakui, suara akar umbi itu wajar kuat dan berdikari dari pemimpin atasan bahagian, tetapi bukankah kita orang Melayu masuk rumah orang bersalaman dengan ketua rumah di muka pintu? Adakah wajar untuk Mukhriz dan konco-konconya memecahkan tingkap, masuk ke rumah orang lantas memujuk anak untuk membelot bapa sendiri semata-mata untuk wang saku?

Bukan setakat itu sahaja, kumpulan Mukhriz juga dilihat tidak malu merasuah perwakilan bahagian sejurus sebelum, dan sewaktu mesyuarat dilangsungkan! Dalam satu kes, seramai 200 perwakilan diberi sampul siap dengan kad raya dari Mukhriz bersertakan RM1000 setiap satunya! Begitu gahnya taktik Mukhriz, umpama pantun hilang pembayang 2 baris pertama atau silat yang tiada langkah bunganya. Dan kini sesudah Mukhriz mencapai 38 pencalonan cukup bertanding di Mac, sudah pasti dialah yang akan beria-ia mengecam politik wang dan akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan sama ada orang-orang Khairy atau Khir tertangkap BPR. Walhal dialah kepala rasuah yang utama dalam pemilihan ini!

Akhirnya yang membawa kekesalan paling besar bagi kami adalah ketidakselarian slogan perjuangan Mukhriz "Berani Berubah" dengan tingkah lakunya yang sebenar. Sudah jelas sekali bahawa slogan "Berani Berubah" itu sekadar pengabur mata dan tidak membawa apa-apa erti kepada perjuangan

Mukhriz, kerana yang sebenarnya berlaku adalah suatu strategi politikus yang menghalalkan apa kaedah pun untuk meraih momentum dalam agendanya berkuasa. Apabila diwawancara di Parlimen tempoh hari, Mukhriz tersenyum lebar dan angkuh kononnya dialah ejen perubahan yang dimahukan akar umbi. Namun, ramai yang mengetahui perkara sebenar: kedudukan pertama Mukrhiz dalam proses pencalonan tidak ada langsung kena mengena dengan agenda pembaharuan.

Jikapun ada agenda pembaharuan yang dibawanya, Mukhriz mengakui sendiri dalam wawancara itu bahawa agenda sebenarnya agenda pandang ke belakang, yakni agenda bapanya Tun Dr Mahathir. Semestinya ramai dalam UMNO masih menyanjungi Mahathir dan jasanya pada UMNO, tetapi walau apapun pendapat anda mengenai baik buruk Mahathir, Mukhriz kelihatan tidak langsung mempunyai agenda atau kepercayaan sendiri.Sebusuk-busuk Khairy pun – dia mungkin sombong, dibantu Pak Lah etc. – tetapi siapa pun tidak akan tergamak menuduh Khairy menjadi boneka Pak Lah. Khairy perlu banyak berubah, tetapi dia jelas berkapasiti untuk bermuhasabah diri dan mencari ruangnya sendiri setelah kini tidak lagi boleh dibantu bapa mertuanya. Kapasiti berdikari ini pada kami merupakan elemen PALING penting dalam pengisian perjuangan sayap Pemuda UMNO. Jika Ketua Pemuda mengikut telunjuk orang lain, tutup kedai sahaja lah!

Maka para perwakilan bulan Mac nanti wajar menyelidik habis-habisan baik buruk setiap calon yang layak bertanding nanti. Sentimen sememangnya pro-Mukhriz sekarang ini, tetapi sentimen itu suatu fenomena yang boleh cepat berubah dari masa ke semasa. Yang kekal adalah pengisian perjuangan – bukan slogan, tetapi pengisian! Dan kajilah kita bersama-sama mana satu individu yang benar-benar terbaik untuk memimpin pergerakan Pemuda – dari segi idea, perwatakan dan potensi meraih kembali undi muda.

25 comments:

Anonymous said...

saya tidak mahu sentuh tentang "politik wang" yang didakwa dilakukan oleh Mukhriz kerana itu tuduhan yang agak berat.

saya hanya mahu menyentuh tentang keperibadian Mukhriz dan KJ.

KJ dilihat lebih independen berbanding Mukhriz.Mukhriz seperti masih dibanyangi lagi oleh bayang-bayang bapanya dan sudah pastinya penyokong Mahathir juga akan menyokong Mukhriz.

KJ dilihat lebih perform berbanding Muhkriz dan lebih pandai berceramah.tetapi mungkin disebabkan KJ adalah menantu kepada Pak Lah mana akarumbi ramai yang menolak KJ.secara dasarnya KJ dilihat lebih arrogant dari Mukhriz tapi dari segi kerja KJ lah yang lebih perform.

Anonymous said...

dari mana anda dpt maklumat Muhkriz guna duit raih undi? begitu banyak duitkah dia untuk merasuah semua perwakilan yang menyokong dia.. rasanya banyak2 blog yang ada vote poll antara kj dan Muhkriz, Muhkriz lebih digemari ramai.. Anda kata KJ lagi bagus? Krisis pemilihan KP di Gelang Patah jd bukti...

Anonymous said...

Salam...
Saya tak berani nak mempercayai kisah Mukhriz ini kerana khuatir ianya fitnah. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak mustahil di dalam dunia politik, tidak kira mana-mana parti politik sekalipun, baik BN atau parti pembangkang... Jika ada unsur-unsur rasuah, ada baiknya jika ada sesiapa yang sanggup buat laporan polis berhubung isu rasuah Mukhriz seandainya isu ini benar...

Anonymous said...

alah ini semua politik..hari nie kawan besok lawan.cerita cm nie sesape pun boleh tulis.bdk sekolah pn boleh karang sampai 350 patah perkataan.admin nie pandai tapi xbijak.ko buruk kan mukhriz pasal ko nak naikkan kj kan....sudahlah aku dah lama hidup ngn politik nie dekat 19 Tahun dah.Sudah sudah lah buat keje mcm nie...xkan kemana punya lah korang semua nie

Anonymous said...

sebab apa Mukhriz boleh dicalonkan?mungkin ada akarumbi dah bersepakat untuk tolak KJ dan calon-calon dan mencalonkan Mukhriz.tapi peluang masih terbuka lagi KJ dan calon-calon lain.jangan cepat putus harapan.

Anonymous said...

Kalau dapat disahkan berita ni memang gempar jadinya.
Susah juga nak percaya kalau asyik nak baca dari blog sahaja.
Ada sesiapa yang berani nak sah kan?

Anonymous said...

pergi la lapor kat Lembaga Displin Umno yeop!
Pak Lah still the PM. Tentunya laporan macam ni sangat sangat dikehendaki oleh KJ.
Gua cabar lu!
Kalau tak serupa la lu dengan RPK!
auww!
melayu-gagal

Anonymous said...

penulisan dari blog kita boleh ambil tahu jangan percaya bulat-bulat kerana belum tentu sesuatu penulisan itu berteraskan 100% fakta dan kebenaran.

kalau nak "tuduh" pun agak-agak la.sampai setiap sampul ada rm1000 tu dah boleh dikira tak masuk akal jugak.

Panglima Perang Cyber said...

rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa soal RM500 atau RM1000 seorang adalah perkara biasa.

Kecuali orang bercerita kepada saya membawa cerita palsu atau khabar angin sahaja.

benda ni tidak berlaku dalam pas kerana mereka 'malu' dengan kopiah.atau tidak sekaya ahli ahli umno...

tetapi ia berlaku dalam umno kerana ramai tidak sealim agamawan dalam pas.

nak banding tak bolehlah....

cuma saya pernah terdengar juga ada orang mendapat 500 tak undi kerana ada tawaran 1000 diperolehinya.

harap kita juga jangan mudah menuduh mukhriz dan kena periksa jugalah jika benar ada tuduhan tersebut..

dengar khabar aduan yg diajukan kepada lembaga disiplin sudah mencecah 500 lebih ?

apa sudah jadi ?

harap Lembaga Disiplin dapat memainkan peranan dalam hal ini.

Katakan tidak pada pemimpin yang korup..

Generasi Pejuang Bangsa said...

BONGKAR JE SKANDAL BERANI BERUBAH INI ..penakut betul muhkriz ni rupanya dgn bapak dia

sudah ada bapak dia utk mempengaruhi ahli2 UMNO tidak cukup lg guna DUIT pulak .BAPAK dia kata KJ pencuri kini kita lihat sapa yg pencuri dan penyamun .

Anonymous said...

Siapa la tukang karut yang menyebarkan fitnah setiap sampul surat kepada perwakilan Pemuda UMNO Cawangan berisi dengan wang RM1000?

Kalo setakat hearsay, tak payah la nak menambah dosa memfitnah.

Adakah penulis sendiri yang menyaksikan pemberian wang tersebut atau adakah penulis juga adalah perwakilan pemuda cawangan yang telah menerima pemberian wang tersebut.

Kalau kedua2 perkara pun bukan, saya berharap penulis lebih baik fikirkan akan dosa2 yang akan diterima akibat lemparan fitnah ini.

Anonymous said...

Tu dia, robot kawalan jauh Mahathir. Selama ni Mahathir tak dapat nak mengawal Pak Lah , tu dia bising tu, sekarang senyum lebar la dia.

Anonymous said...

Mahathir & keluarga mempunyai asset berbillon RM. 7 keturun pun tidak akan habis.

Jika di tabur 10 atau 20 ribu RM pun wang mereka tidak akan luak.

Mungkin wang yg ditaburkan oleh KJ tidak dapat mengatasi Mukhriz.

Anonymous said...

alahai penyokong KJ berok hitam ni, bnyk la fitnah korang, dah kalah buat cara kalah..booooo

Che Moq™ said...

KJ dah xditerima...pemuda2 patut terima hakikat...cerita modal rm10juta tu NST yg sebar..KJ jd dalang psl ktinggalan jauh...dah la...dia bkn "setia kawan",tp "makan kawan",xpun "setia kalah"....

Che Moq™ said...

dimana ada pegaduhan+penipuan+rasuah,disitu pasal suku sakat penyokong KJ...berani berubah!!!!!!!!

Anonymous said...

The truth is that Umno has ruled supreme for the last 50 years. It always got its way because the dominant ethnic majority of the country always supported its policies.

The state of the nation is corrupt, racist, discriminatory, abusive, unjust, inefficient and backwards. If Malaysia stinks then it is because Umno stinks.

If the "morals of the country" stinks, then it is because the morals of Umno politicians stinks.

I won't even discuss the morality of explosives and murder of foreign nationals as most people seem to be able to tell the difference between right and wrong in this instance.

Instead, I shall talk about Umno corruption and Umno racism as the former will occasion the disastrous downfall of this nation, and the latter will be the downfall of the Malays.

Umno teaches that it is just to discriminate against all non-malays and non-Muslims - jobs, education, schools, colleges, universities, business opportunities, government contracts, taxes, and even finding a cemetery to bury the dead.

Umno teaches that it is right to discriminate on the basis of a person race, culture, language or religious belief.

In front of non-malays, it speaks of tolerance and unity in diversity, and in front of malays it speaks of race, religious, cultural and language supremacy, and the glorification of power and ethnic subjugation.

Bung Mokhtar leadership role as characterised by a yobbish machismo, obscene gestures, medieval attitudes towards women and minorities, and strutting bigotry within Umno is not only not an accident of chance, but an exemplary example of Umno appeal to the baser instincts and darker fantasies of its ethnic constituency.

To the vernacular schools it gives a pittance for support, and to malay language schools, there is no need to be diplomatic and call them "national language" schools, it gives 100% support.

As for English-medium schools, the type that made Malaysia education the best in South East Asia, and our school leavers the most sought after anywhere in the civilised world, they were made extinct, courtesy of Umno language and cultural supremacist fantasies.

So we are left with unemployable graduates with deplorable job skills and prospects.

Umno policies caused a brain drain to Australia, New Zealand, UK, Canada, and the US.

Umno language supremacist policies caused the extinction of the best high quality education that Malaysia and the malays would ever know.

Umno perversion of the very idea of meritocracy in favour of racist discrimination has ensured the lack of meritocractic competition for all Malaysians.

Sooner or later, the malays will realise that denying meritocracy to non-malays guarantees that there can be no meritocracy for malays even within their own community.

The fact that there is no notable inferiority complex nor entitlement complex or NEP dependence amongst the non-malays is no accident.

If the non-malays were the dominant ethnic majority, and they had an Umno-like racist party to lead them with promises of ethnic supremacy, racial discrimination and ethnic privileges, then I believe they would have lost their self-confidence, self-respect and self-belief too.

Farish Noor once said "Umno ternak melayu untuk disembelih".

I agree, and if the dominant ethnic majority fails to see past Umno seductive promises of ethnic supremacy and false gods of ethnic aggrandisement, then we are all finished.

Anonymous said...

When will be the good day the Orang Asli come forward to utter their rightful word - "you all go back to your land of origin and leave us alone". Then malays, Indians and Chinese etc, can all pack and leave Malaysia for good.

Anonymous said...

The ruling coalition has enjoyed an almost unbroken 50 years of 2/3 majority in parliament. The only time this overwhelming majority was lost was in 1969.

Immediately, the race riots were triggered, parliament was suspended and the National Operations Council (with 100% control) installed. The semblance of democracy was only restored after the major opposition parties were sucked into a new and larger coalition and the 2/3 majority regained.

The ruling coalition operates on the whip principle - component parties and representatives must toe the official line. Under no circumstances is a wakil rakyat allowed to vote according to his conscience or according to the mandate the people he represents gave him.

So what has 50 years of 2/3 majority given us?

* The Malaysia Constitution has been amended some 690 times. The USA has been in existence for more than 200 years and their constitution was only amended 27 times.

* The Malaysia Constitution is amended for matters as trivial as extending the term of office on the Elections Commission officer, simply to avoid facing rejection by the Agung.

* Because of the overwhelming power available to the executive, the judiciary has been emasculated and corrupted, the legislature has been reduced to a rubber stamp, the powers of the Agung have been clipped.

* The legal system is a sad joke, serving only further the desires of the ruling clique.

* The Elections Commission serves only to ensure that the ruling clique is returned to power.

Look at the statistics:

· In the last election (2004), Barisan Nasional received only 63.8% of the popular votes but has 91% of all parliamentary seats. All due to gerrymandering, phantom votes, voter relocation, voter substitution - there are even suspicions of ballot box stuffing.

· Umno received 35.9% of the popular votes, has 50% of the parliamentary seats and holds 71% of the ministerial positions. The other members of the coalition have been reduced to running dogs, wagging their tails and begging for scraps.

· Little Napoleons have been allowed to run rife and the rights of non-malay, non-Muslim communities have been trampled upon.

· The wakil rakyat do nothing even when constitutional amendments threatening these rights are proposed. It is left to the opposition members to highlight these alarming matters and try to prevent total steamrolling.

· Meanwhile, it is not like the rights of all malays are really being addressed. Claims of hardcore poverty among rural malays indicate that wealth distribution is not making real headway.

· Under the umbrella of the NEP, wealthy Umno leaders continue to steal the wealth of the country, feeding pittance to the people. And the malays are being deprived of the ability to compete and gain new skills.

· Under the shield of the NEP, incompetent people (skilled in politicking) are given promotions while capable people are being deprived of the opportunity to lead.

· Major national corporations and companies are blundering from error to error. We have lost our competitive edge in practically every field.

Change may not necessarily be better.

If we want to become better, we must want change.

We hold that power.

Anonymous said...

Mamat seekor ni pondan, main politik pakai bapak, bapak dia pulak dok menyalak kat luar, hari tu kata keluar parti tapi hari ini dok menyalak sana sini menentukan hala tuju AMNENO, bapak mamat sekor ni parti mana, dia dah keluar AMENO, dia parti QUOTA, kalau mamat sekor ni menang ketua pemuda, tunggu tengok la, BAPAK DIA akan JADI ketua pemuda DE FACTO.

Bodoh la sapa undi dia, makan rasuah nanti mati berulat perut kau orang

Anonymous said...

kj pun sama...kj pondan!! xdak telor!! harapkan bapak metua yg kaki tdo tu baru boleh merasa jadi kaya....

Anonymous said...

GONDANG berpendapat, mereka yang membaca artikel ini tidak mahu menerima hakikat bahawa Mukhriz Mahathir main kotor dengan menabur duit, bukan kerana mereka memerlukan bukti tetapi memang sikap 'orang kita' mereka hanya mahu percaya perkara yang mereka hendak percaya sahaja. Mereka tidak akan percaya, perkara yang mereka tak mahu percaya. Ambik contoh, bila Anwar Ibrahim kata dia akan jadi PM pada 16 September, bukan main ramai (khususnya para pengkagum PKR) percaya Anwar akan jadi PM pada 16 September. Kalaulah Anwar kata dia akan jadi Presiden Amerika, mereka akan percaya, Anwar akan jadi Presiden Amerika. Tapi, kalau kita tulis artikel, menafikan kata-kata Anwar itu, mereka tidak akan percaya kerana mereka tetap mahu percaya perkara yang mereka mahu percaya sahaja. Kalau Mukhriz tabur duit untuk mencari pencalonan, mereka tidak percaya tetapi kalau Mukhriz kata, calon lain yang tabur duit, mereka yang hendak percaya akan bermati-matian percaya, walaupun hakikatnya, dia main kotor. Kepada Allah saya berserah semoga menunjukkan perkara yang sebenar, agar kebatilan dapat diketepikan. Mukhriz akan meneruskan kerja-kerja kotor bapanya, walaupun negara akan jahanam di tangan mereka. Minta dijauhkan Allah.

Anonymous said...

Apa apa hal, Mukhriza bodoh. dia sekolah pon tak tinggi, masa pilihanraya menikus do permatang pauh. takut anwar, dalam parlimen pon tak reti cakap, baca teks, memang bodoh.

Anonymous said...

Slogan bukan main lagi kan. Berani Berubah... tapi berubah yang macam mana? Berubah ke arah lama. Agaknya itu 'perubahan' yang dimaksudkan.

Anonymous said...

Menurut hukum Islam jika tiada pilihan yang elok maka hendaklah dipilih perkara yg paling sedikit mendatangan mudarat.

Dalam isu menentukan calon KP pembawa mudarat terbesar adalah KJ. Lihat apa yg berlaku kpd pak mertuanya.

Sikap elit dan perbuatannya merujuk kepada khalayak umum sebagai 'the masses' amatlah menjengkelkan.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP