KALAU NAJIB NAK SELAMAT, LANTIK MAHATHIR JADI PENASIHAT KERAJAAN~Malaysiakini

Tuesday, October 21, 2008

Oleh Sabrani Muin



Patutnya, semasa Tun Mahathir melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Abdullah dulu, ahli-ahli kabinet duduk bersidang mencari fomula supaya Mahathir diberi tempat dalam pemerintahan sekurang-kurangnya wujudkan satu jawatan sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia yang bertaraf sama dengan Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew.

Kerana itulah bila Mahathir tidak diberi hak apa-apa dalam kerajaan sebagai penasihat misalnya, tentulah dia akan nampak perkara-perkara yang dia belum sempat buat atau tidak buat lagi dan membaca segala cacat cela dalam pentadibiran perdana menteri baru.


Akan ada sajalah yang tak kena padanya. Alangkan semasa dia belum jadi perdana menteri dulu pun Mahathir sudah jadi tukang kritik perdana menteri. Inikan pula dia sudah jadi perdana menteri terlama dan masih sihat lagi untuk aktif, pastinyalah dia akan membuat teguran-teguran dari luar yang lebih bebas.


Semasa Mahathir jadi PM, tidak siapa berani membuat teguran. Tegur saja, akan kena masuk bilik bekulah dia atau pun akan dibenam dalam mana-mana lembah yang orang tak nampak lagi. Amat berbeza di zaman Mahathir dan Pak Lah. Mahathir tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang boleh menegur. Pak Lah pula boleh ditegur, boleh dicemuh dan boleh dilanyak cukup-cukup sesuai dalam zaman keghairahan cyber hari ini.


Pada Zaman Mahathir, kegunaan internet dan blog tidak begitu ghairah lagi. Ketika itu rakyat Malaysia hanya mahu cuba-cuba sahaja. Tetapi malangnya apabila sampai masa Pak Lah, perang cyber mula hebat dan terus hebat tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Memang Pak Lah biarkan kerana itulah cara untuk mendapat feedback dari orang ramai yang paling jelas.

Dalam pada biarkan, ia meledak luas dan kebebasan yang diberi sudah menjadi luar jangkaan. Macam-macam maklumat betul, maklumat separuh betul dan benar-benar palsu boleh disebarkan dengan sewenang-wenangnya. Hinggakan untuk politik ia digunakan menjadi alat yang paling berkesan untuk berkempen.


Tidak hairanlah timbul blog yang pro dan yang anti. Hinggakan hari ini boleh dikatakan seluruh rakyat yang sudah celik IT telah mengambil kesempatan memberi maklumat, mencari peluang, membuka peluang, termasuk yang mencari peluang menipu pun ada hinggalah terbit begitu ramai penulis yang dulunya hanya membaca sahaja.


Tidak boleh dinafikan ini adalah kesan kemajuan yang paling ketara sekali dalam era Mahathir walaupun ia telah menjadi hairwire dalam dunia politik tanahair hari ini. Tetapi yang paling bahayanya ialah apabila Mahathir sendiri telah membuka blog untuk mengecam kepimpinan Pak Lah dan ahli kabinet yang tidak disukainya.


Ini tidak betul. Apabila dunia politik UMNO menjadi huru hara dek kerana 'jeritan' Mahathir di luar lingkungan kerajaan, maka negara-negara berkuasa besar melihat negara kita semakin mengecil. Tidak kurang yang memperkecilkan corak pemerintahan semasa. Sudahlah pembangkang memang kerjanya menghentam kerajaan, bekas perdana menteri pun hentam pemimpin kerajaan. Jadi, ia sudah menjadi terlalu berat untuk kerajaan mentadbir negara ini dengan lebih tenang dan sempurna.


Lantas ia menjadi alat yang menyebabkan BN kalah teruk dan gagal mencapai dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Sampai hati Mahathir tidak langsung mahu berkompromi membantu kerajaan yang telah ditinggalkan sedangkan masih menikmati pencen dari kerajaan lagi.


Ditambah pula dengan tindakannya menghasak Pak Lah supaya letak jawatan tidak henti-henti kemudian mengambil bahagian dalam mencaturkan siapa patut lawan Pak Lah dalam pemilihan UMNO nanti. Gangguannya hingga mendesak Najib dilihat tidak ikhlas pula apabila Mahathir dengan sekutunya terus menerus mahukan peralihan kuasa dipercepatkan.

Sudah dipercepatkan ke bulan Mac, tetapi masih tak puas hati lagi. Ada masanya Mahathir yakinkan Tengku Razaleigh supaya lawan Pak Lah rebut jawatan Presiden UMNO. Tetapi beliau cepat-cepat beralih kepada Najib semula setelah melihat Tengku Razaleigh tidak cukup tenaga untuk meraih pencalonan sepertimana diharapkan.


Boleh dikatakan gah di mana-mana kalau Tengku Razaleigh lepas pencalonan, Pak Lah akan kalah di tangan Ku Li. Tetapi Pak Lah sedar tidak ada gunanya beliau teruskan tugasnya dan lebih baik serah pada Najib bulan Mac ini. Lepas itu dia mahu tengok apakah Mahathir puas hati dengan cara pemerintahan Najib pula.


Najib akan selamat dan tidak akan dikritik kalau sama ada secara rasmi atau tidak rasmi melantik Mahathir sebagai Penasihat Agung kepada Kerajaan Malaysia sehingga akhir hayat Mahathir. Selepas itu, Pak Lah tidak akan dilantik menggantikan tempat itu kerana Najib tidak perlu penasihat kerana beliau sudah ada penasihat setianya yang semua orang tahu siapa.


Kalau Najib juga tidak lantik Mahathir yang berbentuk ketua kepada perdana menteri dalam apa juga nama atau gelaran yang berkuasa memberi nasihat yang mesti dipatuhi, Najib akan menerima padah lebih teruk daripada Pak Lah. Kalau ada umur, sama-samalah kita lihat.

6 comments:

Anonymous said...

Salam...
Nampaknya ego Mahathir tak padam-padam walaupun beliau dah TIADA APA-APA jawatan di dalam UMNO atau dalam pentadbiran negara. Tindakan beliau memberi nasihat kepada Najib dilihat sebagi satu tindakan kurang ajar kerana ia seolah-olah membelakangkan Pak Lah yang masih Presiden UMNO.

Memang wajar Pak Lah marahkan Mahathir dalam hal ini. Dulu semasa Mahathir memerintah, tiada siapa boleh bersuara atau menegur apa yang beliau nak lakukan atau dah dilakukan. Itulah sebabnya beliau rasa beliaulah PM yang hebat yang tidak dapat ditandingi dan disanggah oleh sesiapa pun. Sikap itu terbawa-bawa sehingga sekarang.

Beliau masih merasakan beliau ada 'kuasa' untuk menegur atau menasihat seseorang dengan sesuka hati walaupun hakikatnya beliau tiada kepentingan dalam parti. Tapi tidak dinafikan bahawaq pengikut taksub beliau masih ramai. Itulah yang membuatkan beliau rasa beliau hebat...

Kesimpulannya beliau tidak perlu diberi apa-apa jawatan khas seperti penasihat UMNO atau sebagainya...

Anonymous said...

Mahathir dari sebelum dia jadi PM sehingga kini,ada sahaja benda yang dia tidak puas hati.tetapi semasa dia jadi PM,orang lain tidak digalakkan pula bersuara.

Mahathir mungkin merasakan dialah yang betul dari segala hal.mungkin dia sudah lupa tiada manusia yang sempurna dan tidak terkecuali dia.

tidak dinafikan Mahathir adalah pemimpin yang hebat.namum Abdullah juga ada caranya tersendiri.tidak bolehlah untuk Abdullah hanya mengangguk dan mengikut kata-kata Mahathir sahaja.

Anonymous said...

Tidak dapat dinafikan yang Mahathir banyak memajukan Malaysia sehingga kita menjadi terkenal. Akan tetapi, perbuatan beliau sejak ahkir-akhir ini sangat la membingungkan. Daripada cara beliau memberikan 'pendapat dan pandangan' beliau tentang PM sekarang sama seperti beliau menyerang orang yang telah beliau pertanggungjawabkan sendiri untuk memerintah negara. Sekarang ni pula nampaknya beliau mula menebarkan sayap kepada Najib. Sedangkan beliau sendiri yang 'menolak' Najib dulu.
Mungkin beliau tak fahamkonsep 'bersara' tu bagaimana.

Panglima Perang Cyber said...

mari kita kutuk ramai ramai orang tak sedar diri nama mahahtir ini.

baca artikel terkini saya..

bagaimana saya bongkarkan pembohongan statisitik che det di blog beliau.

Anonymous said...

dunia tanpa sempadan..
dunia dah berubah dari segi teknikal... najib kena ikut bukan terikut...

zaman kerja tak banyak cakap tak boleh...kerja dengan banyak cakap selari...

dulu orang tua tentukan politik anak-anak kini semua orang memainkan peranan...

Anonymous said...

Betul tu, kalau zaman Mahathir dulu jangan haraplah nak ada yang bersuara, kalau bersuara je, memang alamat tak lama lah tu. Tapi bila bab dia nak kritik orang , dia tak kira dah, sampai bunyi kata2 dia tu macam nak merosakkan kerajaan sendiri. Mahathir patut berhenti mengganggu dengan cara ini kerana dia akan merosakkan pandangan orang ramai terhadap kerajaan. Bukan tak boleh menegur, tapi jangan sampai mengganggu segala proses.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP