Team Cyber Mykmu Gagal - Amhari di Kambinghitamkan Oleh Akmar?

Wednesday, June 3, 2015

Kegagalan oparasi perang siber PRU 2014 begitu ketara apabila PM Datuk Seri Najib memarahi pegawai media sosialnya dengan perkataan "Bodoh"!

Namun kebodohan tersebut nampaknya berlarutan sampai ke hari ini apabila operasi membersihkan nama baik Dato Seri Najib gagal dilaksanakan oleh team Mykmu. Kesian..................

Apa kena mengena Bob Rawi (Bekas Pegawai Khas Azalina) dalam kes ni?
Tunggu Bob! Sampai giliran kau nanti!
Nak menutup kemaluan SUA PM, Datuk Akmar Hisham @ Mokhles, Amhari pula dijadikan kambinghitam. (Mangsa politik kah?)

Diatas arahan itu Mykmu jual nama Amhari, supaya tak nampak Datuk Akmar yang jaga media sosial PM. Selain dari itu kalau Datuk Akmar nak hentam mana-mana pemimpin dalam UMNO Amhari yang kena dulu.

Sementara orang taruk Amhari, Datuk Akmar ni sibuk buat duit. Masa musim PRU-13, Datuk Akmarlah yang di sebalik penerbitan buku komik PM Datuk Seri Najib yang dijaja di kempen-kempen politik PM. Sekarang ni, Akmar sibuk dengan penerbitan berkenaan Felda, FGV dan sebagainya, di mana Felda terpaksa beli buku yang ditulisnya.

Senangkan kerja Akmar? Tulis buku, paksa orang beli. Hanya semata-mata dia SUA PM... Sedappp.. Amhari dapat apa? Dapat Kahkahkah.

Berbalik kepada cerita Mykmu... Semua orang tahu sape team Mykmu, tak payah nak selak lebih-lebih. Dulu Team Mykmu orang kuat Tun Mahathir dan Tun Daim, harini lontar kata-kata nista kepada mereka bila dah ada tuan. Disini saja kita dah nampak apa motif perjuangan mereka.

Dan kerosakan pada nama PM sudah berlaku, black and white ops tak menjadi... Terus terang dikatakan  perlu dibaiki dengan memberi nafas yang baru! Buang cybertro yang sudah rosak bina cybertron yang iklas berjuang untuk parti!

Kesimpulanya di sini Mykmu hanyalah sebuah Portal picisan yang tak mewakili suara akar umbi pun, modus oparandinya lebih fokus kepada memecahbelahkan parti!

Wajarkah PM membela cybertro ini lagi? Wajarkah Akmar terus pegang jawatan SUA PM? Sape Amhari? Bersambung......

Read more...

Team Cyber Mykmu.net Gagal Bantu PM - Najib Razak

Tuesday, June 2, 2015


Dalam UMNO ada banyak kumpulan blogger mahupun Facebooker yang berasakan mereka hebat. Namun rata-rata tahu, mereka ini hanya mahu nama mereka menjadi perhatian supaya senang untuk berurusan di Pejabat PM (PMO).

Kalau dulu pemimpin yang menjadi payung terbesar ialah Dato Seri Khir Toyo dimana segala urusan hentam menghentam di serahkan kepada Team Mykmu.net.

Sebuah kumpulan maya pro UMNO yang begitu terkenal kerana berjaya jatuhkan Pak Lah, MYKMU.NET menjadi tempat berkumpulnya blogger-blogger berkenaan. Pengendalinya adalah Johari Ishak dan Abdul Jalil Backer.

Terkini antara pemimpin yang jadi payung untuk berlindung adalah Tengku Adnan, Ahmad Maslan serta beberapa orang yang rapat dengan PM. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Akmar, SUA PM.

Namun masa terlalu pantas berlalu rakyat pun tahu apa yang telah terjadi pada Dato Seri Khir Toyo, hanya dengan sekeping gambar yang disebarkan oleh musuh Dato Seri Khir Toyo dan dispin oleh portal-portal pembangkang, telah menjatuhkan kerjaya politik Dato Seri...

Team Mykmu.net gagal menyelamatkan nasib Dato Seri Khir Toyo! Gagal mengubah persepsi rakyat yang marah kepada Dato Seri Khir Toyo! Adakah perkara yang sama akan berulang sekali lagi?

Kegagalan Team Mykmu.net dalam melawan kritikan dari Pro Che Det adalah amat memalukan… Malah kedengaran suara-suara mengutuk kegagalan Team Mykmu.net mempertahankan PM.

Apa team Mykmu.net dah buat? Apa hasil gempak yang pernah Mykmu.net buat untuk selamatkan PM Datuk Seri Najib Razak? Tak ada… Panglima perangnya Jalil backer syok sendiri bila buat posting di Fecebook dan di ulas oleh rakan-rakannya sendiri... langsung tak bagi impak apa-apa.

Baiklah disini saya Maha Kaya ingin berkongsi pandangan yang di lemparkan oleh penganalisi politik yang terkenal aitu Anuar Mohd Nor menyifatkan Team Mykmu.net juga gagal!

“Selama mereka di bayar - diupah - diberi segala kemewahan - dengan macam-macam projek - dapat ke mereka mempertahankan Najib - hatta Rosmah tewas dari sudut persepsi rakyat - sehingga Mahathir boleh menyebut soal cincin.

Masa berlalu - mereka gagal"

Pengajaranya disini seorang SUA PM seperti Datuk Akmar perlu lebih berhati-hati dengan orang seperti Jalil Backer yang kuat bohong dan temberang. Jalil dah lama hilang pengaruh sejak beliau menipu rakan-rakan blogger di zaman Dato Seri Khir Toyo dulu. Keuntungan mesti nak lebih tapi hantar report berpuluh bloggers di tangan… padahal habuk pun tak de! Jangan sampai pisang berbuah kali kedua!

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP