Banjir akibat pembalakan yang rakus

Tuesday, August 17, 2010



Dari Kampung Bendang Man, saya ke Kampung Sungai Semeliang. Kali ini saya sudah dapat menduga keadaannya hasil dari gambaran awal kampung-kampung dan rumah-rumah yang telah saya lawati sebelum ini.

Dari tepi jalanraya lagi saya sudah dapat melihat batang-batang balak bergelimpangan di kiri kanan jalan... SubhanAllah.... saya pasrah... Saiz balak yang bergelimpangan bukanlah daya manusia untuk mengangkatnya kecuali dengan satu kuasa yang sehebat jentera membalak. Manakala tongkolan batu-batu besar berselimut pasir halus menjadi lanskap segera (instant landscape) di tebing sungai, begitu juga di beberapa kampung yang saya lawati.



Saya percaya dan amat yakin bahawa pembalakan yang tidak terkawallah yang menyebabkan banjir berlaku dengan amat dahsyat sekali! Mengapakah kawasan tadahan air untuk penduduk sekitar yang berjumlah 1500 orang ini di ceroboh? Bukankah ianya kawasan hutan yang di wartakan sebagai hutan simpan yang di kenali sebagai Hutan Simpan Rimba Teloi? Bagaimana hutan simpan yang juga kawasan tadahan di benarkan oleh Kerajaan PAS Kedah untuk kelulusan membalak?

Kerajaan Kedah tetap mahu menebang balak di kawasan tadahan air negeri itu meskipun pelbagai pihak meminta cadangan itu dikaji semula. Rata-rata membantah cadangan kerajaan negeri Kedah itu kerana dikhuatiri bukan sahaja akan menjejaskan alam sekitar, malah sumber air untuk jangka masa panjang.



Penebangan balak yang akan diteruskan oleh Kerajaan Kedah mesti dikaji semula supaya kita tidak akan dikatakan mahu mengaut keuntungan dengan mengorbankan kepentingan dan periuk nasi lebih ramai penduduk. Dikhuatiri generasi akan datang akan lebih parah dan tidak berminat lagi hendak mengusahakan sawah padi kerana pelbagai masalah bakal menghimpit mereka.

Kegiatan pembalakan sebenarnya antara punca banjir kilat di negeri Kedah. Fenomena alam itu berlaku ialah kerana hujan lebat berterusan menyebabkan paras air di empangan-empangan utama meningkat.

Sebagai contoh, banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini pada pertengahan bulan lalu, berlaku apabila kawasan-kawasan tersebut menerima taburan hujan selama 70 jam tanpa henti.

Keadaan yang sama berlaku ketika banjir melanda Kedah pada penghujung 2005. Kalau tidak percaya, pihak terlibat boleh meminta rekod jumlah taburan hujan pada masa tersebut daripada Jabatan Kaji Cuaca.

Kegiatan pembalakan haram yang kerap berlaku di sekitar Empangan Ahning, Pedu dan Muda menyebabkan kawasan hujan serta tadahan air di negeri ini musnah.

Justeru, kerajaan Kedah memberi perhatian serius terhadap kegiatan berkenaan yang dipercayai menjadi satu daripada punca banjir kilat berlaku di negeri ini.

Banjir di negeri ini juga berlaku ketika air di laut pasang sehingga menyebabkan paras air di muara sungai-sungai meningkat apabila hujan lebat berterusan.

Kerajaan Pas Kedah pula tidak prihatian dalam menanangani masalah ini sebaliknya mempamerkan sikap keras kepala apabila akan meneruskan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini. Perkara itu pernah ditegaskan Menteri Besar, Ustaz Azizan dengan alasan Kerajaan Negeri amat memerlukan wang bagi menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan.

Beliau berkata tidak salah bagi kerajaan negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana hasilnya akan digunakan bagi menjana ekonomi negeri.

Katanya lagi dari kajian yang dibuat, hasil balak Kedah bernilai RM16 bilion dan jumlah yang akan ditebang memberikan hasil kira-kira RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri.

Dan beliau tidak akan menunggu isyarat atau kelulusan kerajaan pusat untuk memanggil tender terbuka walaupun Kabinet pada Mei 2003 telah memutuskan melarang semua aktiviti pembalakan di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning dan beberapa kawasan hutan di daerah Padang Terap dan Sik.

Seharusnya Menteri Besar, Ustaz Azizan perlu tahu bahawa semua pihak tidak boleh merosakkan alam sekitar terutama melibatkan kawasan tadahan kerana jika diusik, ia akan menjejaskan sumber bekalan air untuk jangka masa panjang.

Pengambilan balak di hutan simpan dengan apa cara sekalipun boleh menyebabkan berlaku hakisan tanah yang akan mencetekkan sungai, sekali gus memendekkan jangka hayatnya.

Lebih memburukkan keadaan pada masa akan datang, ia dikhuatiri menjejaskan industri pengeluaran padi yang mendapat bekalan air dari empangan yang terlibat ketika negara mahu mencukupkan bekalan makanan untuk penduduk.

SAYA DENGAN INI SEKALI LAGI MENDESAK KEPADA KERAJAAN KEDAH AGAR MENGHENTIKAN DENGAN SERTA MERTA KERJA-KERJA MEMBALAK DI KAWASAN INI DAN MANA-MANA KAWASAN YANG HAMPIR DENGAN KAWASAN TADAHAN AIR HUJAN DI SELURUH NEGERI KEDAH!

RAKUSNYA!!!!

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP