LGE Hipokrit

Tuesday, June 30, 2009


Buat pembaca sila teliti video ini,betapa Lim Guan Eng menjunjung & menyokong Nik Aziz & PAS,dalam diam dia menyokong penubuhan negara Islam yang di perjuangkan oleh PAS selama ini dan tidak menolak DEB.

Patutlah PAS & Nik Aziz ,Hj Nizar & Husam begitu sayang kepada DAP,dan sanggup menurut kata, rupanya DAP berjaya mengIslamkan PAS.

Sebenarnya Nik Aziz, tidak lagi relevan sebagai ulamak , Nik Aziz bagaikan sesumpah yang boleh bertukar warna pada dan keadaan yang tertentu, Nik Aziz tidak lagi relevan dan bercakap dalam mimpi dan khayalan, Apa bezanya Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim sekarang, hanya dibezakan dengan serban dan kain sahaja,lain semuanya sama.

Berbalik pada kisah Lim Guan Eng (LGE) apa yang sebenarnya yang mahu saya sampaikan ialah kisah LGE yang hipokrit dalam kurungan cakap tak serupa bikin.

Pada Awal tahun yang lepas beliau ke Hong Kong Disneyland bersama keluarganya dengan tiket 1st class (satu tiket puluhan ribu). Menurut sumber lagi LGE dan keluarganya menginap di Hotel 5 star Four seasons selama beberapa hari. WAH!!! Betul-betul kaki belit, cakap bertuankan rakyat tapi hidup 5 bintang. Gaya hidup apa ni?

WHAT HAPPENED TO CAT? SUDAH JADI KUCING KA? (C.A.T. - Credibility, Acountability, Transperency) YOU FAILED LIM GUANG ENG...THERE IS NO CAT IN PENANG...YOU SUDAH TIPU SAMA RAKYAT PULAU PINANG...PENIPU!!!! YOU ARE THE BIGGEST LIAR!!!LIM GUANG ENG PENIPU NO 1


Hidup Khalifah Guan Eng!!!,Hidup Tok Guru!

Read more...

Demi Anwar, Geng Erdogan Sanggup Jilat …

Monday, June 22, 2009




Ramai ahli Pas yang sudah hilang kepercayaan kepada Nik Aziz dan pendapat beliau tidak dihormati lagi sehingga Dewan Pemuda Pas negeri memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pas di seluruh negara. Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, melalui konsep itu semua pemimpin perlu menolak sentimen parti politik masing-masing dan bersatu dalam membangunkan negara.

Dari sumber yang diterima Nik Aziz sebenarnya sudah tertipu, terpedaya oleh geng Erdogan, perkara ini di bongkarkan sendiri oleh anak menatu Nik Aziz yang menyatakan bahawa bapa mertuanya dah kena pusing dan ramai lagi Ahli Parlimen PAS geng Erdogan berhutang duit pada Anwar Ibrahim.

Kita juga faham bahawa PKR memanipulasinya untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Tetapi kita tidak dapat memahami apabila PAS turut bermain permainan yang sama. Satu-satunya alasan bagi PAS ialah samada mereka terlalu dungu untuk membaca permainan DAP dan PKR atau mereka sememangnya gila kuasa di tahap maksima.

Secara mutlak Husam dan geng Erdogan sudah tidak punya kuasa dalam PAS , Anwar sudah sepi membisu kerana segala perancangan beliau tidak direstui oleh Allah SWT. Kumpulan Erdogan mahu menyekat perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan, mereka mahu menghalang kerana mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari UMNO. Sekiranya PAS orang Melayu beragama Islam dan UMNO orang Melayu beragama Islam bekerjasama untuk orang Melayu, Anwar pasti tersingkir kerana tiada tempat Anwar dalam UMNO. Bau Anwar pun sudah tidak wujud dalam UMNO.

Hj Hadi menyedari hakikat ini dan itulah sebab kumpulan ulamak lebih cenderung mencari jalan penyelesaian demi agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak perjuangkan kerusi Perdana Menteri dan mereka memikirkan maruah bangsa dan agama. Hanya UMNO lah sebuah parti pendokong maruah bangsa Melayu.

Read more...

Bila Melayu Mahu Bersatu, Ada Yang Tak senang duduk - Malaysiakini

Tuesday, June 9, 2009




Pada 9 Jun 2009, Lim Kit Siang menyatakan dalam blognya, "Some of the speeches of PAS leaders and resolutions at the 55th PAS Muktamar like the focus on Umno-PAS “unity talks” and the call for the ban of Sisters-in-Islam have however an opposite effect, creating a crisis of confidence in the Pakatan Rakyat among members, supporters and well-wishers". Nampaknya Kit Siang amat tidak selesa bila orang Melayu mahu bersatu. Kit Siang seolah mewakili aspirasi ahli-ahli DAP menyatakan ekspresi ketidak puashatian terhadap PAS.

Mengapa Kit Siang takut kalau orang Melayu bersatu? Sudah tentu takut, ini kerana, DAP menang banyak kerusi dalam PRU12 pun akibat perpecahan orang Melayu. PAS sering dikudakan oleh DAP untuk demonstrasi melawan raja, membuat kecoh dalam Dewan Undangan Negeri dan mendapat banyak tanah di Perak. Jika PAS sudah bersama dengan UMNO, tinggallah DAP bersama dengan PKR sahaja. Hilanglah kuda DAP. Susah untuk DAP mengkudakan orang Melayu dalam PKR. Mereka lebih demand berbanding orang PAS. Inilah masalah DAP.

Pakatan Pembangkang hanya berpakat secara olok-olok sahaja. Seumpama memegang durian, lama-lama kalau dipegang juga akan sakitlah tangan. Itulah cara mereka berpakat dalam Pakatan Pembangkang. Husam Musa sendiri sudah mengadakan pertemuan sulit di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur sejurus selepas kalah sebagai Timbalan Presiden PAS untuk menyusun strategi menjatuhkan Haron Din, Harun Taib dan Musthapa Ali. Husam merancang untuk mempengaruhi Nik Aziz bagi menghalang usaha kerajaan perpaduan yang sedang diusahakan oleh Haji Hadi Awang. Waktu orang Melayu mahu bersama dan menjadi lebih kuat, ada orang Melayu sendiri cuba mengagalkan usaha tersebut. Malah siapa yang menentang mereka akan cuba dijatuhkan. Hakikatnya, mereka itu sendiri sudah tewas secara demokrasinya dalam gelanggang. Sanggup cantas demi dendam kesumat dan cita-cita peribadi.

DAP juga tidak bersetuju dengan usul PAS untuk mengharamkan Sister In Islam (SIS). Kit Siang dan Teresa Kok bersepakat menolak usul PAS. Teresa dalam blognya, menyatakan "sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama" kata Teresa Kok. Bila sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama cuba untuk diusahakan akan datanglah suara yang mahu menentangnya. Mereka menghalang atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia. Bila mereka terkangkang yang jelasnya bertentangan dengan norma dan tatasusila, mereka mempertahankannya habis-habisan atas dasar kebebasan dan hak asasi. Inilah cara DAP memperjuangkan hak asasi.

Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi berbelah bahagi untuk bersatu, maka DAP akan terus-terusan mengaut keuntungan daripada perpecahan orang Melayu. Harus diingat, orang Melayu hanya 55% di Malaysia. Kalau Melayu berpecah kepada empat? PKR, UMNO, PAS dan golongan mereka yang tidak ambil peduli, siapakah yang sedang membuat untung daripada perpecahan tersebut? Melayu harus kuat dan bersatu di Malaysia barulah DAP tidak naik tocang sangat di negara ini. Mahukah PAS bersatu kembali dengan UMNO demi perpaduan?

Angin Perubahan

Read more...

7/5/2009 : Video Adun PR samseng semasa Persidangan DUN Perak ke 12

Monday, June 8, 2009

Sila Sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia video dan artikel ini untuk menunjukkan perangai sebenar Pakatan Rakyat yang gila kuasa dan tidak hormat pada Raja


VIDEO 1



VIDEO 2


Read more...

Husam Musa bayangan Anwar Ibrahim dalam PAS


PADA tahun 1993, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Naib Presiden UMNO telah melakukan satu perkara yang di luar tradisi UMNO, apabila mengadakan sidang akhbar khas di Ibupejabat UMNO bagi mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti dan sekali gus mencabar kedudukan Tun Ghafar Baba. Langkah Anwar menjadi bualan hangat kerana sebelum ini tidak pernah ada pemimpin parti itu yang berbuat demikian.

'Peristiwa' tersebut seolah-olah berulang kembali tetapi kali ini di dalam Pas pula, apabila Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan sidang akhbar di Ibupejabat Pas pada Isnin lalu bagi mengumumkan secara rasmi hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas sekali gus mencabar kedudukan penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa.

Dengan keputusan Husam yang sebelum ini mengaku berkawan baik dengan Anwar, ia bermakna, jawatan nombor dua parti itu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru iaitu antara Nasharuddin, Husam dan Mohamad Sabu. Walaupun sebelum ini, Pas sering mengharapkan agar perebutan jawatan tertinggi berakhir dengan perundingan atau syura namun adalah jelas kini, budaya berkenaan sudah menjadi sejarah kepada Pas.

Apa yang menarik dalam hujahnya bagi 'menghalalkan' langkahnya untuk bertanding, Husam menegaskan, keputusan muktamad itu dibuat kerana wujud keperluan semasa yang mendesak bagi menyemak peringkat tertentu dalam Pas termasuk berhubung isu mengadakan kerjasama dengan UMNO.

''Saya berpendirian sudah sampai masa Pas berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan parti ini menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan," tegas beliau.

Sebenarnya adalah menjadi hak Husam untuk bertanding, malah menjadi hak beliau mengeluarkan apa juga hujah bagi mempertahankan keputusannya untuk bertanding tetapi untuk mengaitkan soal kerjasama dengan UMNO sebagai salah satu alasan, ia bukanlah satu tindakan yang bijak, apatah lagi apabila beliau menegaskan keputusan berkenaan juga dibuat kerana mendapati Nasharuddin bersikap terlalu liberal terhadap UMNO hingga mencapai satu tahap yang tidak boleh diterima lagi.

Persoalannya, adakah ini bermaksud apabila Husam ditakdirkan terpilih sebagai Timbalan Presiden Pas nanti, maka segala laluan untuk bekerjasama dengan UMNO hatta bagi kepentingan umat Melayu dan Islam sekalipun akan ditutup? Apakah dosa besar yang dilakukan oleh UMNO terhadap Pas sehinggakan sesiapapun pemimpin Pas yang cuba berbaik-baik dengan UMNO harus disingkirkan?

Kalau Pas boleh duduk semeja dengan DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas, kenapa ada di kalangan pemimpin Pas yang berasa begitu alergi untuk berbaik-baik dengan UMNO? Adalah sesuatu yang menghairankan apabila Husam begitu terbuka memberi alasan sedemikian hanya semata-mata kerana ingin merebut jawatan dalam parti.

Dendam

Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui.

Adalah sesuatu yang aneh apabila Husam bercakap soal hala tuju Pas hanya kerana ada desas-desus sebelum ini bahawa Pas hendak bekerjasama dengan UMNO, kata beliau, ''parti mesti tegas dalam arah tujunya, supaya tidak menimbulkan keraguan di kalangan pihak-pihak yang menyokong kita."

Soalnya bagaimana pula dengan keraguan yang wujud di kalangan penyokong Pas sendiri terhadap beliau yang dikatakan daripada kumpulan Erdogan - kelompok yang dikaitkan dengan Anwar? Apakah dengan menunjukkan isyarat tidak akan memberi laluan kepada sebarang usaha untuk bekerjasama dengan UMNO, maka ini akan memberi political mileage kepadanya dalam meraih sokongan dalam Pas? Penulis sebenarnya tidak berhasrat mempertikaikan niat Husam kerana dari satu sudut penulis berpendapat tidak salah untuk Husam menegaskan bahawa masanya sudah tiba Pas menjadi parti bagi menggantikan UMNO. Tetapi soalnya, mampukah Pas berada pada kedudukan itu atau akan terus diperkotak-katik kan oleh DAP dan PKR seperti mana berlaku sekarang di Perak dan Selangor?

Sebenarnya, Pas sudah berada di landasan yang betul, malah corak perjuangan Pas yang berasaskan kepimpinan ulama semakin diterima oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini atas sebab itulah Pas boleh mencapai kejayaan agak cemerlang dalam pilihan raya umum, justeru tidak perlulah oleh kerana hendak berebut jawatan maka hubungan dengan UMNO pula hendak dijadikan modal bagi meraih sokongan.

Soal hala tuju Pas termasuklah kerjasama dengan UMNO sudah tidak timbul lagi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik idea mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Atas sebab itu adalah lebih baik jika mana-mana calon yang akan bertanding dalam pemilihan Pas menggunakan modal lain.

Ia kerana pemilihan kali ini berkaitan dengan isu dalaman Pas dan bagaimana hendak memantapkan parti itu serta tidak menjadi 'platform' kepada mana-mana puak bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Apa pun terserahlah kepada perwakilan Pas untuk menentukan siapakah yang akan dibariskan sebagai saf kepimpinan dalam parti itu. Selama ini Pas sudah dilihat cukup mantap dengan gandingan Abdul Hadi dan Nasharuddin.

Pas harus diperkukuhkan dengan barisan kepimpinan yang berhasrat untuk menjadikan ia sebagai sebuah parti yang unggul melalui kepimpinan ulama. Ahli-ahli Pas tidak boleh membenarkan kehadiran mana-mana pemimpin yang dilihat suatu hari kelak boleh menjadi 'makhluk perosak' atau melakukan 'kerja-kerja bodoh' dalam parti itu.

Mereka tidak boleh membiarkan ada pemimpin daripada golongan profesional merelakan diri mereka diperalatkan oleh orang luar bagi meruntuhkan kepimpinan ulama dalam Pas. Selama ini, biarpun diterajui oleh golongan ulama, Pas tetap diterima oleh rakyat malah di Kelantan Pas mampu bertahan dari tahun 1990 sehingga sekarang biarpun ia dipimpin oleh seorang ulama iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru terserahlah kepada ahli-ahli Pas yang akan mengundi pada minggu depan bagi menentukan siapa yang mereka mahukan, mereka mempunyai pilihan, sama ada terus mengekalkan penguasaan ulama atau memulakan langkah pertama bagi menghakis golongan berkenaan dengan memilih golongan profesional daripada puak Erdogan memegang jawatan dalam parti itu.

Kalaulah puak Erdogan dipilih, ahli-ahli Pas harus bersedia melihat kedudukan ulama dalam parti itu berada dalam keadaan bahaya. Ini kerana agenda golongan profesional daripada puak Erdogan untuk menguasai Pas tidak akan berakhir di situ. Mereka akan melakukan perancangan yang lebih teliti untuk memastikan agenda pihak tertentu di luar Pas bagi menguasai parti berkenaan tercapai. Oleh itu, mereka perlu menjadikan pemilihan kali ini untuk menghapuskan sebarang golongan yang boleh bertindak sebagai musuh dalam selimut kepada Pas.

Read more...

Akhil Ustaz Rock PAS, Cakap Tak Serupa Bikin!!! Lu PIKIIIR La Sendiri...

Wednesday, June 3, 2009


Mahkamah Rendah Syariah Ipoh memutuskan kes ‘kebenaran cerai’ yang difailkan oleh Maizawati dibawa ke 15 Julai depan, Akhil yang sepatutnya memberikan kenyataan kepada media bagi menjelaskan tentang isu tersebut telah memungkiri janjinya . ( Penipu rupanya Ustaz Rock PAS ni, harap rambut saja macam sarang tabuan).

Ustaz rock yang dikaitkan dengan penyanyi Waheeda itu seakan-akan mengerti yang media telah berkumpul di luar untuk menyerbunya pada bila-bila masa itu keluar dari mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki.

Yang baik dan suci adalah agama itu sendiri tetapi bukan penceramahnya. Penceramah adalah manusia biasa. Manusia biasa boleh berubah kepada positif atau negatif bergantung kepada pengaruh tempat, keadaan dan masa.

Satu yang tipikal ialah sifat cepat masuk bakul dan cepat berpuas hati dengan prestasi. Yang jarang ditemui ialah sifat suka merenung sama ada teknik penceritaan adalah menepati konsep dan kemahuan pendengar. Yang kurang diambil tahu ialah sama ada intipati penceritaannya relevan dan berkesan hingga mampu membawa perubahan bermakna terhadap khalayak pendengar.

Inilah lumrah kehidupan manusia yang dikawal oleh nafsu , walaupun sentiasa mengingati orang lain, namun diri sendiri sebenarnya tidak sempurna. Penceramah Pas yang pernah juga mempunyai kontroversi mengenai tuntutan bayaran ceramah yang tinggi suatu ketika dahulu kini telah tekad untuk meninggalkan isteri dan 5 orang anak kerana telah menemui yang lebih muda. Katanya pendek, “Lain kalilah..”

Apapun, dalam keadaan jemaja-remaji menampakkan kedahagakan terhadap melodi padang pasir makanya sesiapa saja penyanyi yang boleh mengalunkan melodi berkenaan walaupun dengan suara yang sumbang tetapi hedonisme mengajak khalayak massa mengangkat penyanyi bersuara sumbing sebagai idola….

Begitu juga apabila genre rock melanda dan apabila ada seorang penyanyi rock tempatan yang mula berani menetang arus muzik tradisional dengan menyimpan rambut panjang maka penyanyi ini mudah mendapat populariti dan dianggap sebagai idola. Tetapi apabila sudah ada beratus penyanyi rock menyimpan rambut ala akhil hay atau fesyen ala ‘sarang tebuan’ maka lama kelamahan gaya rambut tidak lagi membawa apa kaitan yang signifikan dengan muzik rock itu sendiri.



Isteri Akhil Hayy, Maizawati bersama lima orang anaknya. Tampak lebih cantik + smoking hot berbanding Waheeda yang entah apa-apa itu. Beliau pernah hadir untuk sesi tembual bagi segmen ‘Ditinggal Suami’ yang mendedah’kan cerita di’sebalik kisah cinta antara Akhil Hayy & Waheeda.

Read more...

Siapa sponser Husam yang sebenarnya

Tuesday, June 2, 2009


SPRM patut mengawasi semua agen Husam Musa yang digerakkan oleh orang kuat PKR yang mahukan Husam menewaskan Ustaz Nasharuddin bagi membolehkan PKR melebarkan sayap mereka di dalam PAS. Ada perkhabaran bahawa politik wang sudah bermula yang bukan datangnya dari Husam tetapi dari agen agen PKR . Ratio juga menunjukkan sehingga setakat ini persaingan antara Husam , Nasharuddin dan Mat Sabu adalah getir dan kemungkinan Mat Sabu akan tersingkir dari persaingan.

Kemenangan Husam membawa satu pengertaian yang baru bagi Pas kerana dengan kemenangan ini adalah merupakan kemenangan kepada Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS dan PKR. Jika Anwar berjaya menguasai Pas , tugas beliau akan menjadi bertambah mudah kerana PAS sudah dalam gengaman beliau. Kumpulan Erdogan yang pro kepada Anwar kini bersaing untuk menguasai PAS dari dicengkam oleh kumpulan Ulamak yang diketuai oleh HJ Hadi.

Khabar yang tersebar luas bahawa ramai agen PKR yang sedang menemui perwakilan bagi menghulurkan hadiah dan juga sedekah untuk mendapatkan undi bagi memastikan kemenangan calon Erdogan Husam Musa. Tahun ini merupakan tahun yang mencabar kepada parti ini yang mana ramai yang bertanding bagi merebut jawatan penting dalam PAS. Tahun ini juga , ada perubahan di mana telah ada orang parti sendiri menyuarakan bahawa ada berlakunya politik wang dalam Pas. Nik Aziz sendiri telah menyatakan seolah olah menghalalkan pengambilan berkenaan dengan syarat jangan berikan undi seperti yang diharapkan oleh pemberi hadiah berkenaan. Dalam Pas Rasuah di panggil hadiah atau sedakah.

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP