Bila Melayu Mahu Bersatu, Ada Yang Tak senang duduk - Malaysiakini
Tuesday, June 9, 2009
Pada 9 Jun 2009, Lim Kit Siang menyatakan dalam blognya, "Some of the speeches of PAS leaders and resolutions at the 55th PAS Muktamar like the focus on Umno-PAS “unity talks” and the call for the ban of Sisters-in-Islam have however an opposite effect, creating a crisis of confidence in the Pakatan Rakyat among members, supporters and well-wishers". Nampaknya Kit Siang amat tidak selesa bila orang Melayu mahu bersatu. Kit Siang seolah mewakili aspirasi ahli-ahli DAP menyatakan ekspresi ketidak puashatian terhadap PAS.
Mengapa Kit Siang takut kalau orang Melayu bersatu? Sudah tentu takut, ini kerana, DAP menang banyak kerusi dalam PRU12 pun akibat perpecahan orang Melayu. PAS sering dikudakan oleh DAP untuk demonstrasi melawan raja, membuat kecoh dalam Dewan Undangan Negeri dan mendapat banyak tanah di Perak. Jika PAS sudah bersama dengan UMNO, tinggallah DAP bersama dengan PKR sahaja. Hilanglah kuda DAP. Susah untuk DAP mengkudakan orang Melayu dalam PKR. Mereka lebih demand berbanding orang PAS. Inilah masalah DAP.
Pakatan Pembangkang hanya berpakat secara olok-olok sahaja. Seumpama memegang durian, lama-lama kalau dipegang juga akan sakitlah tangan. Itulah cara mereka berpakat dalam Pakatan Pembangkang. Husam Musa sendiri sudah mengadakan pertemuan sulit di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur sejurus selepas kalah sebagai Timbalan Presiden PAS untuk menyusun strategi menjatuhkan Haron Din, Harun Taib dan Musthapa Ali. Husam merancang untuk mempengaruhi Nik Aziz bagi menghalang usaha kerajaan perpaduan yang sedang diusahakan oleh Haji Hadi Awang. Waktu orang Melayu mahu bersama dan menjadi lebih kuat, ada orang Melayu sendiri cuba mengagalkan usaha tersebut. Malah siapa yang menentang mereka akan cuba dijatuhkan. Hakikatnya, mereka itu sendiri sudah tewas secara demokrasinya dalam gelanggang. Sanggup cantas demi dendam kesumat dan cita-cita peribadi.
DAP juga tidak bersetuju dengan usul PAS untuk mengharamkan Sister In Islam (SIS). Kit Siang dan Teresa Kok bersepakat menolak usul PAS. Teresa dalam blognya, menyatakan "sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama" kata Teresa Kok. Bila sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama cuba untuk diusahakan akan datanglah suara yang mahu menentangnya. Mereka menghalang atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia. Bila mereka terkangkang yang jelasnya bertentangan dengan norma dan tatasusila, mereka mempertahankannya habis-habisan atas dasar kebebasan dan hak asasi. Inilah cara DAP memperjuangkan hak asasi.
Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi berbelah bahagi untuk bersatu, maka DAP akan terus-terusan mengaut keuntungan daripada perpecahan orang Melayu. Harus diingat, orang Melayu hanya 55% di Malaysia. Kalau Melayu berpecah kepada empat? PKR, UMNO, PAS dan golongan mereka yang tidak ambil peduli, siapakah yang sedang membuat untung daripada perpecahan tersebut? Melayu harus kuat dan bersatu di Malaysia barulah DAP tidak naik tocang sangat di negara ini. Mahukah PAS bersatu kembali dengan UMNO demi perpaduan?
Angin Perubahan
1 comments:
bila melayu bersatu abarulah kaum lain sedar.tapi jika melayu masih tak mahu bersatu silap hari bulan melayu akan merempat di negeri sendiri..percayalah
Post a Comment