Demi Anwar, Geng Erdogan Sanggup Jilat …

Monday, June 22, 2009




Ramai ahli Pas yang sudah hilang kepercayaan kepada Nik Aziz dan pendapat beliau tidak dihormati lagi sehingga Dewan Pemuda Pas negeri memberi ingatan kepada sesetengah pemimpin Pas supaya menghormati pandangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pas di seluruh negara. Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, melalui konsep itu semua pemimpin perlu menolak sentimen parti politik masing-masing dan bersatu dalam membangunkan negara.

Dari sumber yang diterima Nik Aziz sebenarnya sudah tertipu, terpedaya oleh geng Erdogan, perkara ini di bongkarkan sendiri oleh anak menatu Nik Aziz yang menyatakan bahawa bapa mertuanya dah kena pusing dan ramai lagi Ahli Parlimen PAS geng Erdogan berhutang duit pada Anwar Ibrahim.

Kita juga faham bahawa PKR memanipulasinya untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Tetapi kita tidak dapat memahami apabila PAS turut bermain permainan yang sama. Satu-satunya alasan bagi PAS ialah samada mereka terlalu dungu untuk membaca permainan DAP dan PKR atau mereka sememangnya gila kuasa di tahap maksima.

Secara mutlak Husam dan geng Erdogan sudah tidak punya kuasa dalam PAS , Anwar sudah sepi membisu kerana segala perancangan beliau tidak direstui oleh Allah SWT. Kumpulan Erdogan mahu menyekat perbincangan mengenai kerajaan Perpaduan, mereka mahu menghalang kerana mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP dari UMNO. Sekiranya PAS orang Melayu beragama Islam dan UMNO orang Melayu beragama Islam bekerjasama untuk orang Melayu, Anwar pasti tersingkir kerana tiada tempat Anwar dalam UMNO. Bau Anwar pun sudah tidak wujud dalam UMNO.

Hj Hadi menyedari hakikat ini dan itulah sebab kumpulan ulamak lebih cenderung mencari jalan penyelesaian demi agama dan bangsa Melayu. Mereka tidak perjuangkan kerusi Perdana Menteri dan mereka memikirkan maruah bangsa dan agama. Hanya UMNO lah sebuah parti pendokong maruah bangsa Melayu.

3 comments:

Anonymous said...

x best langsung blog ni. dah ler xder modal.

ruyom said...

The name Melayu is an Indian word to denote hills or mountain range. There is a place in South India called Melayur.

Indigenous people who marry Muslim Indians from Melayur identified themselves as Melayur.

Over time, as the Malay kingdom spead through insular SEA, the word Melayur became simply as Melayu.

If one were to do genetic test on the modern Malay in Peninsula Malaysia, they would invariably carry genetics from Indian to explain the darker complexion and kinky hair of most Malays as opposed to the Mongolid look of some Malays of original Malayo Polynesian, Dusun or Dayak stocks.

The real natives or indigenous people of the Peninsula Malaysia can be found in the Northern parts of Peninusla Malaysia apart from the aborigines.

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP