SEMUA CALON KETUA PEMUDA CACAT BELAKA~Malaysiakini
Monday, October 13, 2008
Dalam gambaran barisan Ketua Pemuda UMNO hari ini cukup membimbangkan kerana calon yang menawarkan diri amat terhad. Dan untuk Pemuda Bahagian membuat pencalonan pun juga terhad jadinya. Setakat ini hanya empat orang yang berani menonjol – Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohd Khir Toyo @ Joyo dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sahaja.
Ini menunjukkan Pemuda sedang menghadapi sindrom ketandusan personaliti untuk ke hadapan menonjolkan diri atau yang hendak ditonjolkan. Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap malang bagi Pemuda UMNO di zaman ini. Ia berlaku berkemungkinan besar kalangan Pemuda sudah mengecut dan ramai yang jadi pengecut. Tidak terkecuali mereka yang dikecutkan.
Selain calon yang ada hari ini yang menawarkan diri pastinya lebih ramai yang berkelibar tetapi kurang keyakinan diri lantas untuk bahagian dan perwakilan nanti akan membuat pilihan dalam keadaan agak sempit dan serba salah kerana mereka terpaksa memilih itulah sahaja kerat yang ada. Sama ada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Zahidi Zainul Abidin sahaja. Sedangkan keempat-empat orang ini mempunyai masalah tersendiri untuk meraih pencalonan dan kemudiannya undi.
Khairy Jamaluddin yang popular dengan tidak sengaja diberi nama ringkasnya KJ, dikaitkan dengan menantu Perdana Menteri sehingga Mac tahun hadapan. Selepas pemilihan, KJ akan jadi menantu bekas Perdana Menteri. Sejak mula Pak Lah jadi Perdana Menteri, nama KJ dijejeh dengan macam-macam cerita yang lahir dari pereka cerita orang UMNO khasnya yang iri hati KJ mendapat tempat Naib Ketua Pemuda.
Itu pun dia dipilih oleh Pemuda sendiri dan bukan dilantik oleh sesiapa seperti payung terjun. Pada hal, KJ menjadi menantu Pak Lah ketika Pak Lah masih Timbalan Perdana Menteri lagi yang pada masa itu, tidak siapa tahu apakah Pak Lah akan jadi Perdana Menteri lagi. Naib Pemuda itu kemudiannya mendapat kepercayaan ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menyelaraskan banyak perkara menggerakkan pemuda.
Namun, oleh kerana Pak Lah dilantik Perdana Menteri, KJ dilihat berjaya dari segi perniagaan dan karier politiknya hingga menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda Rembau serta dikenali dan tentunya juga berpengaruh, KJ tetap menjadi bahan serangan ramai yang juga terbit dari sifat cemburu dengan peningkatannya yang berusia begitu muda lagi. Itu belum lagi KJ dianugerah bintang kebesaran Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri.
Kemudian diikuti dengan Mohd Khir Toyo yang juga mempunyai buruknya yang tersendiri. Beliau dikatakan telah menyebabkan Barisan Nasional tercemar begitu trajis sekali kerana menggagalkan Negeri Selangor ke tangan pembangkang. Tidak siapa boleh menafikan terlepasnya Selangor berpunca dari diri tingkah laku Khir sendiri.
Tiba-tiba orang Selangor benci dengan Khir kerana sikap Khir semakin lama jadi Menteri Besar, dia semakin bongkak dan memberikan kesan buruk kepada sebuah negeri yang kaya di bawah pimpinannya apabila mengubah wajahnya melalui botok yang didakwanya kerana makan banyak tempe dan memberi penyapu kepada pegawai tinggi dalam kerajaan.
Kalau Khir sanggup beri penyapu sebagai anugerah kepada pegawai tinggi Kerajaan Selangor kononnya mendakwa cara itu cara simbolik memberi pengajaran, bagaimanalah pegawai dan kaki tangan di pejabatnya menerima penangan Khir sebagai ketua. Entah-entah dimaki hamun saban hari agaknya. Ternyata tindakannya yang tersebar dalam media telah membawa sial kepada dirinya dan Selangor.
Kisah kumpul harta dan wang ringgit tak usah ceritalah. Kalau tidak, masakan hidupnya selama jadi Menteri Besar Selangor amat luar biasa. Kerana itulah juga beliau menjadi semakin hari semakin lupa diri dan asal usulnya, semakin sombong, semakin riak dan semakin menunjukkan kuasanya yang secara tidak langsung telah banyak menyalahgunakan kuasa.
Mukhriz pula tidak kurang kekayaannya. Bila mahu bertanding Ketua Pemuda ni baru dia kongsi sebahagian kecil dari kekayaannya menabur umpan pada yang bakal menyokongnya. Nak dikira jasa, Mukhriz belum ada jasa besar lagi dalam UMNO dan pemuda. Menderhaka dengan pemimpin ada. Dialah satu-satunya ahli UMNO yang sebaik sahaja menang Ahli Parlimen Jerlun, terus buat kenyataan meminta Pak Lah letak jawatan. Ternyata itu kerja biadap bagi orang muda mengatakan perkara itu. Kalau ayahnya kata begitu, boleh lagi diterima. Tetapi bukan sepatutnya dari pemimpin muda yang mahu memimpin Pemuda UMNO.
Sekali dia biadap, dia boleh terus biadap kerana kebiadabannya dirasakan mendapat restu terutama ayahnya dan menjemput orang lain turut biadap sama dalam kancah politiknya. Permulaan politik Mukhriz tidak begitu baik untuk dijadikan role model generasi hari ini dan akan datang. Nescaya generasi akan datang akan lebih biadap kepada orang senior yang biadap lebih dulu dari mereka.
Zahidi pula tidak begitu terkenal sebelum beliau menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa pun kalau menawarkan diri untuk jawatan-jawatan penting, gambar dan ungkapannya dipetik media. Maka tidak syaklah beliau baru mula dikenali ramai. Seorang Datuk muda dari Utara, beliau pasti tidak meyakinkan Pemuda untuk menolaknya naik. Jasanya belum pernah dapat dibaca dengan jelas lagi. Perjuangannya samar-samar. Yang jelas, beliau lebih sibuk memperjuangkan dirinya untuk menduduki satu tempat penting dalam parti. Tidak lebih dari itu.
Seluruh Jentera Pemuda Bahagian tahu akan semua kecacatan ini. Oleh yang demikian, apa lagi pilihan pemuda. Tentulah dari empat calon cacat ini, mereka terpaksa memilih seorang daripada mereka. Cuma cara pemikiran dan pertimbangan waras pemuda sahaja yang boleh menentukan siapa calon cacat hendak dipilih. Seorang tiada apa-apa title, iaitu Khairy. Cuma beliau ada YB sahaja. Khir berDatuk Seri bekas YAB. Zahidi ada Datuk.
Sekarang nak pilih YB, Bekas YAB bergelar Datuk Seri atau Datuk sahaja? Kalau pilih yang dah tentu cacat dalam barisan keempat-empat orang ini, Khir Toyo sendiri telah mencacatkan mukanya dengan suntikan tempe dan penyapu. Kalau pilih Khairy, dia kaya dengan umpatan, cemuhan dan mitos akan dijadi perdana menteri termuda di dunia suatu masa nanti. Pilih Mukhriz, akan jadi macam pilih biskut rangup tetapi akan jadi lemau bila Tun Mahathir sudah tiada nanti - pastinya Tun Mahathir tidak akan menongkat langit, tetapi mungkin akan berjalan mengguna tongkat.
Soalnya pemuda harus cari Ketua dari kalangan yang cacat-cacat ini yang mampu berdepan dengan situasi sekarang dan akan datang di mana kita sudah mula diserang oleh kumpulan-kumpulan jahat seperti Hindraf, Sique, Kumpulan Anwar Ibrahim dan generasi muda yang akan merasakan perlu kurang ajar dengan orang yang terdahulu dari mereka supaya nampak hebat, perlu mengganas kalau tidak dapat apa yang mereka mahu, perlu biadap dan gertak apabila menuntut sesuatu.
Siapa yang paling mampu untuk menangani gejala ini semua sambil membentuk generasi akan datang bagaimana persediaan lapisan muda untuk dijadikan benar-benar eset sebagai tiang negara adalah terserah kepada Pemuda Bahagian memilih calon dan memberi undi pada mereka dengan penuh ikhlas dan jujur.
Harap tidak salah kalau dikatakan cacat yang ada pada Khairy masih mempunyai martabat lebih tinggi dari yang lain. Beliau masih muda untuk menjadi pemimpin pemuda. Mempunyai pengalaman dari kedudukannya sekarang sebagai naib ketua pemuda yang dikira berjaya membantu Hishamuddin menguruskan pemuda. Dari situ beliau tentunya sudah dapat melihat jelas apa yang harus dilakukan terhadap generasi sekarang dan akandatang dan apa keperluan-keperluan untuk bekalan mereka. Beliau berkemungkinan besar lebih tahu bagaimana membimbing mereka kembali ke trak yang betul dan membetulkan arah tuju yang lebih jitu.
Kecacatan pada Khir amat terserlah. Dia lebih pentingkan 'make-up' dirinya daripada membimbing pemuda. Kalau dia membimbing, dia akan terbawa-bawa cara mengajar pemuda menggunakan benda-benda simbolik seperti kisah penyapu. Bila Khir jadi ketua, secara simboliknya juga Khir akan 'belasah' pemuda dengan penyapu kerana Khir nampak pemuda macam budak-budak yang boleh diumpan dengan gula-gula sahaja untuk menawan mereka.
Uppppp! Hampir terlupa pula pada Zahidi. Jangan lupakan beliau. Bibit-bibit keberanian beliau sudah dapat dilihat dari sekarang. Di kemaskan sedikit, diberikan tempat membantu ketua, nescaya Zahidi akan jadi pemimpin terpimpin sepertimana Hishamuddin memimpin Khairy sebagai naibnya. Pemimpin yang baik adalah dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin oleh pemimpin terpimpin.
5 comments:
Salam Tuan,
Kalau kesemuanya cacat.. mudah ja.. suruh ja mereka masuk sukan para-lempik..mana tau boleh menang dan boleh bawa balik pingat emas.
hmm mamcam pernah ku dengar ayat ini.. tapi di mana eskk..
Orait...
Salam mesra,
KJ memang lebih layak berbanding Mukhriz , confirmed!!
mari kita menyusur pencapaian KJ ..
1998 - habis belajar
1999 - Special Officer - Pak Lah
2001 - kahwin dgn Nori
2003 - Deputy Principal Private Secretary - Pak Lah
2005 - ada RM9.2 Juta ( juta bukan ribu ) beli saham ECM Libra - KJ boleh tulis buku - " How to be Multi Millionaire within 6 years if u close to Prime Minister " - confirmed Book of The Year - masa ni mata KJ mungkin gelap sikit sebab dia pernah keluar statement, " I can make millions .Saya boleh jadi jutawan segera kalau saya mahu.Saya ada prinsip dan yang utama impian untuk sama berjuang dalam Umno mengatasi segalanya" Agendadaily . Bab KJ letak kekawan kat GLC company - semi GLC , 10% semua tu tak betul KJ seorang yang ada prinsip tak mungkin KJ buat :) .
2006 - langkah pertama nak bermula dgn Kementerian Belia & Sukan
mulakan MyTeam-TV3
2007 - MyTeam merge dgn Perak UPB FC - UPB-MyTeam FC , September 2007 terus jadi Vice President - FAM , satu lagi buku KJ boleh tulis " How to be FAM Vice President within 2 Years " , bukan setakat Lagenda bolasepak Kedah , Allahyarham Datuk Basri Akil tak boleh buat , Shebby pun terkedu nak komen, Scolari pun pening taktik yang KJ pakai . Bolasepak Malaysia memang lagi maju bila KJ masuk FAM , terserlah kepimpinan KJ 2 tahun duduk FAM , memang semua pasal bola kat Malaysia ni lagi meriah , ranking dunia pun makin tinggi - bertambah :)
2008 - jadi calon PRU , Pak Lah letak calon yang agak luarbiasa - rakyat tak kenal , kebanyakannya bukan pimpinan UMNO kawasan , muda , tak dikenali ( tapi semua pilihan ni tak ada kena mengena dengan KJ " decision Pak Lah sesorang " :)) ,yang juga tak bermaksud nak balance pencalonan KJ + dengan perancangan masa depan akan sokong KJ nanti, duo PM - Anak Menantu dimalukan , keputusan PRU tak macam yang Pak Lah rancang terbantut perancangan KJ nak masuk kabinet , kalau tak dah memang tentu KJ jadi Menteri Belia & Sukan.
2009 - KJ mesti menang Ketua Pemuda ... Hidup KJ, Hancur UMNO !!
laaa..
gus dur yang buta, pekak dan OKU pun jadi presiden Indonesia...tak apa pulak.
cacat jadi lah janji buat yang terbaik untuk bangsa, agama dan parti. kalau tak cacat, tak ada pengalaman pula.
nik aziz dan haji hadhi pun cacat juga.
anwar ibrahim pun cacat... yang tak cacat siapa?
shahrukh khan lah...maaf yea..datuk shahrukh khan
Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.
Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.
Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?
Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?
BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?
Bagi saya, 'slogan' Muhkriz itu hanya digunakan sebagai tarikan kempen nya untuk mendapat undi. Ini kerana, dari perlakuan beliau sendiri sudah jelas terlihat beliau belum melakukan apa-apa perubahan seperti yang dilaungkan-laungkan oleh beliau sendiri.
Post a Comment