Berani Berubah - Setelah Layak Bertanding, Adakah Slogan Mukhriz Yang Akan Berubah?- Malaysiakini
Tuesday, October 28, 2008
Di dalam dunia politik UMNO yang seringkali mengikut rentak semasa yang tidak menentu, slogan Berani Berubah yang dijulang dan dilaungkan oleh calon Ketua Pemuda UMNO Mukhriz telah memberinya personaliti dan aura baru. Slogan ini menambat hati akar umbi, golongan muda Malaysia serta ramai pemerhati UMNO.
Ini terbukti dengan 66 pencalonan yang berjaya diraih setakat ini oleh anak ketiga kepada mantan Presiden UMNO ini. Selain daripada menumpang sentimen positif ayahnya, slogan ini telah sedikit sebanyak mencorakkan kempen Mukhriz.
Slogan ini begitu penting dalam kempen Ketua Pemuda Mukhriz kerana dia tidak pernah menerangkan dengan terperinci apa maksud sebenar wawasan, halatuju dan pengisian yang akan dibawanya kepada Pemuda UMNO.
Mungkin selain dari slogan, ramai juga yang tertarik kepada Mukhriz kerana dia begitu lantang dalam menyuarakan keperluan Pemuda untuk berani menyuarakan pendapat sendiri, memperjuangkan agendanya sendiri dan tidak tunduk kepada pucuk pimpinan.
Namun, apa yang menyedihkan ialah maklumbalas pertama Mukhriz mengenai pencalonan dari Pekan banyak menidakkan ketelusan dan kejujurannya dalam membuat kritikan terhadap pucuk pimpinan.
Soalan yang terzahir daripada maklum balas yang banyak memuji Dato Seri Najib Razak termasuk: Adakah Mukhriz sudah mula bermain politik dengan pucuk pimpinan? Adakah dia kini 'berhutang; dengan bakal Presiden? Adakah Mukhriz selama ini hanya mengikut telunjuk ayahnya yang mengkritik Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Badawi kerana kepentingan sendiri dan bukan UMNO?
Semalam, ramai yang masih percaya walaupun dia sekarang mendampingi pucuk pimpinan, sekurang-kurangnya dia akan terus membawa kepimpinan perubahan sebagai agendanya.
Justeru, ramai penyokong Mukhriz termasuk penulis yang berasa kesal dan terkejut dengan keputusannya untuk tidak mahu turut serta dalam debat yang dicadangkan untuk calon-calon Ketua Pemuda. Alasannya bahawa dia tidak mahu memburukkan parti tidak masuk akal kerana dia dan ayahnya begitu lantang memburukkan parti sejak awal tahun ini. Tidak perlu landasan debat pun untuk mengkritik parti.
Yang disangkakan Khir Toyo atau Khairy Jamaluddin, dua calon yang dilanda masalah persepsi yang akan menentang debat ini, tetapi rupanya Mukhriz, yang dianggap sebagai pemimpin perubahan positif yang bersembunyi.
Sejak kebelakangan ini, Mukhriz banyak berkata bahawa kejayaannya disebabkan oleh akar umbi. Jika dia akur dengan pendapat akar umbi dia perlu menerima pandangan dari suara Pemuda seperti Khairuddin Ketua Pemuda Pahang, Rozabil Ketua Pemuda Perlis, serta ramai barisan Ketua Pemuda yang lain. Kalau Mukhriz benar-benar percaya dengan ucapannya sendiri bahawa perwakilan mempunyai kematangan untuk memilih, adakah dia tidak percaya dengan kematangan calon-calon Ketua Pemuda termasuknya untuk menggunakan landasan ini untuk menerangkan visi dan halatuju dan bukan untuk memburukkan parti?
Jika dia benar-benar calon akar umbi, adilkah jika dia tidak mahu berkongsi pendapatnya dengan seluruh warga Malaysia dan UMNO?. Adakah definisi akar umbi Mukhriz terhad kepada Ketua Pemuda dan perwakilan yang ditemuinya? Bagaimana pula dengan ahli biasa cawangan? Mereka tidak berhak atau layak untuk mendengar pandangannya yang bernas?
Mukhriz harus sedar pencalonan tidak bermakna kemenangan, ayahandanya sendiri hampir kalah di tangan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan UMNO tahun 1987 walaupun mendapat lebih daripada 80% daripada pencalonan dari bahagian-bahagian UMNO. Tan Sri Isa Samad dan Dato Ali Rustam juga tidak menerima pencalonan yang banyak pada tahun 2004 jika dibandingkan dengan Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Mohd Taib dan Dato Mustapa Mohd. Tetapi apa kesudahannya?. Tun Mahathir hanya menang dengan majoriti 43 undi!
Kini kita berada di persimpangan pertama sebelum mana-mana calon Pemuda ditabal Ketua Pemuda, dan di persimpangan inilah Mukhriz perlu sedar dia menanggung beban dan tanggungjawab untuk meneruskan debat kerana inilah 'hutang' yang perlu dibayar untuk menggunakan slogan yang begitu kuat, untuk menggunakan akar umbi sebagai faktor kejayaannya.
Mukhriz telah menjanjikan perubahan, dan dengan itu dia perlu membawa perubahan ini. Adakkah ia wujud sebagai omong omong kosong sahaja?.
Pemuda pra Pilihanraya Umum ke-13 perlu benar-benar berani melakukan perubahan. Debat ini merupakan perubahan yang ditagihkan oleh akar umbi dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Sedangkan pemimpin lama seperti Dato Shahidan Kassim bersetuju untuk calon Pemuda berdebat, kenapa Mukhriz tidak berani berubah?
Jika dia enggan untuk berubah fikiran mengenai debat ini, perwakilan dari Bahagian yang mencalonkannya sudah pasti mampu melakukan perubahan apabila mengundi kelak. Soalan yang bermain di dalam pemikiran pengamal dan pemerhati politik tanahair untuk beberapa hari ini – Beranikah Mukhriz? atau yang mampu berubah hanyalah slogannya?
15 comments:
Kita tengok je mcm mana nanti :-(
Failure
>> http://teampemudaumno.blogspot.com
berani kerana benar...takut kerana salah.
Ni jenis takut apa ni ?
Tun mahathir dah sebut banyak pencalonan tanda politik wang.
Betul ke ? jika betul siapa lagi banyak pencalonan ?
Takut Debat!!!!! Berani berubah konon!!!!
di antara Mukhriz dan Khairy,khairy dilihat lebih baik dalam berdebat berbanding Mukhriz.cara Khairy nampak lebih tegas berbanding Mukhriz yang lebih lembut approachnya.
Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;
Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;
Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;
Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;
Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;
Hari ini kita melihat Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.
Kepada Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..
Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
MAHATHIR..PLEASE KEEP QUIET..
salam.
pada pendapat saya,debat saja tidaklah mencukupi.perlu disertakan sekali perancangan yang akan dilakukan oleh calon-calon sekiranya mereka dipilih untuk sesuatu jawatan.
hebat berdebat tidak semestinya boleh menjadi pemimpin yang hebat.hebat berdebat dan hebat bekerja adalah jauh lebih efisyen.
Mukhriz dibawah telunjik bapanya. Hakikatnya mukhriz businessman bukan ahli politik. Plus mukhriz tak cerdik orangnya, at least khir doctor gigi. KJ lulusan oxford.
APSAL LA SI KHAIRY NI POYO SGT..NK BERDEBAT APA??
PAHAM KAH MAKSUD BERDEBAT??
Buat rancangan di TV dan ketiga-tiga dijemput untuk berdialog..bkn kah 2 cara yg betul..
nmpak sgt si khairy ni x matang..senang kata BEBAL
Mengenai Bapanya, Mukhriz harus berani menerima hakikat, sebagai manusia biasa, bapanya juga banyak melakukan kesilapan. Bukan kecil tapi sangat besar dan sehingga kini telah mendatangkan kesan buruk kepada perjuangan melayu.
Tak payah saya ungkapkan disini. Kalaunak tahu tulis email kpd saya, insyallah saya akan berikan jawapannya. Yang saya nak katakan Bapan nya itu adalah seorang yang boleh dijadikan sempadan juga boleh dijadikan tauladan. Mukhriz harus pandai memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
sila sentkn ke email saya..selipar_82@yahoo.com
Salam hormat...
Kenapa harus berdebat sedangkan kedua-dua (Anak Toyol tu pengacau jer) datang dari parti yang sama?
Bila berdebat, tidakkah terfikir kemungkinan akan berlaku pepecahan di kalangan pemuda um-NO yg sedia maklum tiada halatuju.
Tak malukah nanti segala keburukan di dlm organisasi akan dilondehkan di khalayak ramai.
Dlm erti kata yang lain, buat apa nak bergaduh sesama sendiri, sesama adik beradik dlm um-NO?
Tapi kalau berdebat pun elok jugak, semakin cepat um-NO karam.
Heheheee...
Salam hormat...
Kenapa harus berdebat sedangkan kedua-dua (Anak Toyol tu pengacau jer) datang dari parti yang sama?
Bila berdebat, tidakkah terfikir kemungkinan akan berlaku pepecahan di kalangan pemuda um-NO yg sedia maklum tiada halatuju & dah berpecah.
Tak malukah nanti segala keburukan di dlm organisasi akan dilondehkan di khalayak ramai.
Dlm erti kata yang lain, buat apa nak bergaduh sesama sendiri, sesama adik beradik dlm um-NO? Dari situ pun dah nampak betapa pemimpim pemuda berfikiran mcm org tua.
Tapi kalau berdebat pun elok jugak, semakin kerap semakin berpecah semakin cepat um-NO karam.
Heheheee...
ye muhkriz perlu berani ...jangan jadi penakut. kalau u cakap kita kena dgar pendapat grass root ,so kebanyakan akar umbi mahu debat ini jadi kena dgar la pendapat akar umbi.
aku pun masih blum nampak visi,misi dan wawasan dibawa oleh dia untuk Pemuda..apa yang dia rancang dan akan laksanakan ..jadi debat la peluang terbaik !!!
kalau anak jantan ,masuk la debat wahai anak manja che det ...
Salam tuan blog...
blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :
beritamalaysiakini
dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.
tq
Bagi can kat Mukhriz la.....masa berdebat nanti....suruh bapak dia duk sebelah.......mesti mukhriz nak.......
harap bapak ko je la mukhriz ooiiii.....
Post a Comment