MAHATHIR TERUS MAHU JADI ORANG BERKUASA SEPERTI MENTERI KANAN SINGAPURA~Malaysiakini

Monday, October 20, 2008

Oleh Sabrani Muin

Sebenarnya bukan senang untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melupakan dirinya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia – orang yang berpengaruh di rantau ini. Maklumlah, selama 22 tahun beliau memerintah negara ini. Begitu juga dengan UMNO, beliau telah mengalami macam-macam hal termasuklah pernah dipecat dan diterima semula sehinggalah dia berjaya jadi perdana menteri yang bagaikan tidak mahu dilepaskan langsung.

Hakikatnya Mahathir yang dikenali semua orang walaupun budak kecil hari ini, benar-benar telah menggunakan segala apa yang beliau perolehi terutama pengaruh untuk membuat percaturan dalam UMNO yang sehingga sekarang ini UMNO dilihat sudah tidak lagi mempunyai nilai pekerti, budai bahasa dan malu alah serta beretika semata-masa disebabkan macam-macam benda yang pada asalnya tidak lain dan tidak bukan dari tangan Mahathir.

Beliau lantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menggantikan tempat beliau setelah mengenepikan beberapa orang penting di bawahnya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleith Hamzah, Tun Ghafar Baba dan barulah dengan mungkin cara terpaksa beliau menyerahkan kepada Pak Lah. Wal hal, beliau melepaskan jawatan itu dengan hati yang cukup berat, tuhan saja yang tahu. Kalau boleh memang dia mahu teruskan lagi tetapi beliau sedar ketika itu orang sudah semakin ramai yang menyampah dengan sikap cendekelnya.

Sebaik sahaja Pak Lah pegang jawatan Perdana Menteri, kesangsaraan Pak Lah bermula apabila Pak Lah tidak bebas melantik siapa timbalannya. Mahathir paksa Pak Lah ambil Datuk Seri Najib Tun Razak dan tentunya Pak Lah akur kerana Najib juga seorang yang berkelibar. Kemudian, ungkit pasal jambatan bengkok yang menghubung Malaysia – Singapura dan macam-macam Mahathir kutuk Pak Lah hingga peringkat menghina perdana menteri yang dilantik.
Berdirinya Pak Lah sebagai perdana menteri, bagaikan tidak diberi muka langsung dibuat dek Mahathir. Ada saja Pak Lah buat, semua beliau tidak puas hati. Sedangkan tidak sedikit pun Pak Lah menunjukkan dia tersinggung atau marah pada Mahathir mungkin sebagai menghormati orang yang telah berbudi kepadanya. Tetapi seterusnya Mahathir tidak duduk diam. Dia terus menghasak Pak Lah sampai ke dinding.

Akhirnya, prestasi Pak Lah menjadi merosot dan tugasannya amat terganggu. Mahathir terus melalak hingga bercakap di luar negara menyalak tanpa segan silu menjejaskan imej Malaysia di mata dunia. Kerana Mahathirlah pelabur asing bagaikan terbantut mahu terus melabur di Malaysia kerana bekas perdana menteri menghentam perdana menteri yang dia sendiri lantik. Di sini nampak ada yang tak kena dengan keadaan negara kita.

Mahathir bagaikan tidak ada bahasa langsung apabila bercakap mengenai Pak Lah yang terkial-kial mahu membaiki banyak perkara yang telah Mahathir rosakkan termasuk orang UMNO sendiri yang sekarang ini terus rosak dengan didikannya supaya melawan tuan. Zaman Tunku Abdul Rahman pun begitu juga sikap Mahathir yang kononnya dialah yang pandai mentadbir negara ini. Apabila sampai ke tangannya, Malaysia pun turut dirosakkan termasuk rosakkan UMNO apabila dialah yang memperkenalkan kuota pencalonan yang dia minta rongkah kembali.

Zaman dia, apa dia kata semua boleh. Zaman orang lain, apa orang buat, semuanya salah. Berkemungkinan besar dalam hati kecilnya, Mahathir mahu jadi Menteri Kanan seperti Singapura agaknya. Tetapi beliau nak cakap, malu. Kerana itulah dia melalak macam orang gila talak tak habis-habis.
Apabila Pak Lah buat tak peduli dengan lalakannya, dan dicabar Pak Lah supaya berhenti tak juga jalan, akhirnya dia keluar daripada UMNO. Sekarang ini, dia lupa yang dirinya bukan lagi ahli UMNO untuk dia bermuka-muka mencanaikan senarai pemerintahan dengan membuat pelbagai pakatan menggunakan pengaruhnya cara kebijaksanaannya memerangkap beberapa orang penting supaya ikut jejaknya menghasak Pak Lah. Lagaknya setaraf dengan Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya, Anwar ada juga platform dengan partinya. Mahathir takde apa. Cuma PM pencen terpaksa saja.

Walaupun banyak kali dah Mahathir tidak mengaku memainkan peranan dalam usaha menjatuhkan Pak Lah melalui beberapa orang yang bagaikan 'terpaksa' akur cadangannya termasuklah Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan akhir sekali Tan Sri Muhyiddin Yassin pakai buang cakap Mahathir bagaimana mahu buat supaya beri tekanan pada Pak Lah yang terpaksa mengubah beberapa agenda penting yang telah dipersetujui sebelum ini.

Apabila Pak Lah nampak macam degil, lagi Mahathir tidak tahan. Dan musim mesyuarat Bahagian yang bermula di musim raya ini, memang Mahathir mengambil peluang membuat lawatan ala 'road show' menayang wajahnya ke sana ke mari bercakap, berbual dan bermesra dengan semua orang penting memasukkan jarumnya yang boleh dikatakan macam menghasut secara tidak langsung. Betul-betul macam gaya kominis subversif.

Inilah juga peluang YB Datuk Mukhriz, anak harapan kesinambungan darah politiknya mengekori dari belakang hingga nampak jelas pada mata orang politik dan orang bukan politik bahawa Mahathir berkempen untuk anaknya supaya mendapat pencalonan terbanyak untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO akan datang nanti sambil beliau secara tak langsung dan halus bicaranya mempengaruhi menafikan kelayakan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo sehingga Mukhriz menang dengan senang lenang.

Semua orang nampak kesan cemburu, busuk hati dan perancangan Mahathir itu dan tidak semua Pemuda Bahagian begitu bodoh mahu memberikan semua pencalonan kepada Mukhriz sahaja. Kerana itulah walaupun yang lain mendapat pencalonan agak perlahan, tetapi pasti jawatan Ketua Pemuda akan berentap untuk perwakilan pemuda benar-benar membuat pilihan siapa sebenarnya mereka mahu semasa pemilihan nanti.

Kalau Mahatir terus mahu menjadi pencanai politik UMNO, ramai berpendapat, semakin beliau campur, baunya semakin busuk. Nafilah banyak manapun dalam media bahawa beliau tidak campur politik UMNO hari ini, tetapi ramai yang menjebek bibir dan orang semakin menyampah. Kalau tidak campur, apa perlu Mahathir sampai buka blog bermain politik dan lihatlah blognya penuh dengan luahan hasat dengkinya menghasut macam-macam perkara yang tidak sepatutnya seorang bekas perdana menteri lakukan kepada rakan yang pernah menyokong dan taat dengannya sebelum ini.

11 comments:

Ipoh Marley said...

apa yg mengarut ni Sabrani Muin..cakap biar dgn ilmu n kajian bknnya andaian mangarut..bila berandaian mcm ni la jd nya..smpai isi hati org pn hang bleh tau..pas ni hang jd la tukang tilik la..

mmg TUN yg melantik P.LAH atas kehendak ahli UMNO juga..ni la msalahnya selama ni kita duk diam dgr je ckp TUN..sbb kita tau tindakannya betul..klu salah pa nk takut lawan la..tp duk diam sbb takut..itu kah namanya pejuang negara..tp itu cerita lama dh terlambat xperlu ungkit dan salahkn TUN..

klu kita di pihak yang benar berani la..bak kata pepatah Raja alim raja disembah raja zalim raja disanggah

Anonymous said...

Mahathir seperti tidak mahu "berundur" dari persada politik tanahair.tak salah jika Tun hendak memberikan pandangan.cuma yang tak sedapnya bila pandangannya itu macam "memaksa" orang lain untuk ikut.

kalau masa zaman dia jadi PM dulu,susah untuk orang lain menafikan apa yang dia buat dan cakap.kalau adapun,terima sajalah padahnya.

Anonymous said...

Then, why did Mahathir appointed Pak Lah to be the PM if he's incapable to run this country? It is because Mahathir felt that he's able to 'manipulate' Pak Lah later?
If that's the case, then Mahathir is clearly 'playing' with our govern system.
and still we need to look up to him? Yes, he has brought a lot of developement to our country but it's time we need to wake up and realize that we've been 'screwed'.

Anonymous said...

Salam...
Saya setuju dengan artikel ini. Memang Mahathir dilihat seperti tidak mahu menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi PM. Sebab itu apabila Pak Lah buat apa pun, semuanya tak kena. Nak kata beliau pro pembangkang pun tak, tapi dok menggasak Pak Lah sampai tak bernyawa. Apa punya orang la Mahathir ni.. Nyanyuk kot.. Kalau dah bersara dari jawatan PM, duduk lah diam-diam di rumah. Jangn sibuk-sibuk campur rumah tangga UMNO lagi. Ini tak, selagi ada ruang, digasaknya habis-habisan...

Anonymous said...

Mahathir ialah seorang diktator yang gila kuasa. Semua dia nak betul, orang lain salah. Semua mesti ikut cakap dia. Tiada demokrasi kalau ada orang seperti Tun. Malangnya, ramai orang masih buta.

Anonymous said...

salahkah Abdullah untuk mempertahan dirinya?.mahathir pastinya akan berbuat perkara yang sama jika dia berasa di kerusi Abdullah sekarang.

sebelum ini pun dah banyak kali Abdullah "diserang" oleh Mahathir tapi Abdullah hanya berdiam diri.cuma baru kini "bersuara" terhadap Mahathir.

Panglima Perang Cyber said...

http://www1.mstar.com.my/polls/result.asp?id=20


undian menunjukkan mahathir mencampuri pemilihan umno....

klik link di atas...

Anonymous said...

memang patut pun mahathir campur. Harap mcm sabrani ni, dungu dan bodoh dan sama la macam puki mak badawi.
Alaaahhh.. ngaku je la korang jaki dan pemikiran tahap lembik. tu sebab cari mahathir sebagai proksi.
Pi raa.... teruk teruk mahathir pun dapat gak 22 tahun perintah malaysia.
Anwar? Kit Siang? Karpal haram jadah?
Pak Lah pun harap belas ehsan mahathir jadi PM...

melayu-gagal

Anonymous said...

Pak lah lembikkkkk!!!!Tun MAhathir u r man!!!!!!!!!!!!!!!!!!

abe MIE 'TERJAH' said...

mahathir serang pak lah...musuh dia siapa? anwar ibrahim kan...

salah tembak tu...

dulu dia kata parti diutamakan berbanding dengan individu..sekarang cam ner....

cakap tak serupa bikin..

Anonymous said...

orang tua tu memang tak reti2 nak berhenti mengarah orang. kalau orang tak dengar cakap dia siaplah dia hentam nanti. macam2 benda keluar. kalau zaman dia ingat boleh ke buat macam tu? memang teruk lah alamatnya kalau buat macam tu. sekarang dia banyak sangat mengganggu pak lah dalam pemerintahan, dia tak puas hati sebab dia tak dapat nak mengarah2 pak lah, menjadikan pak lah boneka. dah la sampah yang dia tinggalkan dalam umno dulu banyak, sekarang ni orang yang berusaha nak membersihkan semua balik, kalau perbetul sikit pun hasil kerja dia dulu, mesti mahathir marah tu, dia tak suka orang membetulkan dia sebab dia rasa dia je yang betul, orang lain punya cakap dia tak mahu dengar.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP