Kenapa Mukhriz tidak mahu serasi dengan Presiden? ~ Malaysiakini

Monday, November 17, 2008


Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

CALON Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan ketua Pergerakan itu seharusnya serasi dengan Presiden parti.

Abdul Rahman sebelum ini berkata Ketua Pemuda yang bakal dipilih mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno dan mengelak bertelagah dengan kepimpinan tertinggi parti.

Menurut Abdul Rahman, pertelagahan dan ketidakserasian Ketua Pemuda baru dengan kepimpinan tertinggi bukan pendirian bijak.

Kata Mukhriz, calon yang dipilih memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti Mac depan perlu menyampaikan suara golongan muda akar umbi ke peringkat atasan bagi memastikan sayap parti berkenaan terus relevan di kalangan generasi itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jerlun ini, berkata bakal calon Ketua Pemuda nanti tidak harus dibelenggu soal mesti sentiasa serasi dengan Presiden Umno bagi mengelakkan daripada bertelagah dengan kepimimpinan tertinggi parti.

Inilah masalahnya, bila seseorang pemimpin itu tidak datang dari kalangan grassroot. Mereka seolah-olah takut jika diminta supaya serasi dengan pucuk pimpinan. Kononnya, jika mahu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda, mestilah 'bercanggah' supaya senang jika mahu menulis surat mendesak Perdana Menteri supaya berundur.

Sebenarnya, serasi yang Abdul Rahman perkatakan ialah, bakal Ketua Pemuda nantinya boleh menjadi 'benteng' mempertahankan kepimpinan parti dari serangan musuh dan bila ada masalah yang ditimbukan dari kalangan masyarakat di bawah, ianya harus diperjuangkan secara berhemah dengan menyampaikannya mengikut saluran parti.

Soalnya, orang macam Mukhriz ini tidak ada 'track record' berada di arus bawah kepimpinan. Tiba-tiba muncul, kerana dia anak kepada bekas Perdana Menteri yang sudah terlalu banyak membuat kerosakan dalam Umno dan kerajaan.

Apakah Mukhriz sudah bercita-cita untuk menjadi 'tidak serasi' dengan Presiden Umno jika dia menang kelak? Atau dia sudah merasakan dia memang tidak boleh menang menyebabkan dia mahu memberitahu perwakilan Pemuda sekarang bahawa dia akan menjadi seorang ketua Pemuda yang sentiasa mahu bertelagah dan tidak ada keserasian bagi menunjukkan dia seorang pejuang?

Untuk menjadi seorang ketua, tidak kiralah ketua Pemuda, Wanita atau Puteri, bukan soal tidak serasi dan sentiasa bertelagah sebagai seorang ketua yang berwibawa tetapi sejauh mana dia sebagai ketua, mampu menyelesaikan masalah yang timbul.

Untuk apa jika terpekik terlolong dan mahu mencari populariti di kalangan pembangkang padahal sebagai seorang pemimpin kepada golongan bawahan, tiada apa sumbangan yang mampu diberikan. Era ini, adalah era yang cukup mencabar kerana jika seseorang ketua Pemuda itu tidak mempunyai cukup kemampuan untuk berdepan dengan rakan-rakan komponen dan pembangkang, dia akan menjadi beban kepada parti.

Perwakilan Pemuda seharusnya memikirkan, jangan mereka terikut-ikut rentak pembangkang yang menyokong Mukhriz kerana mereka mungkin mudah untuk 'mengalahkannya' bila dia menjawat jawatan Ketua Pemuda.

Biarlah memilih Ketua Pemuda yang mampu berdebat, mampu berdepan dengan serangan musuh dan mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa. Zaman dunia tanpa sempadan ini tidak cukup dengan seorang Ketua Pemuda yang hanya berlakon kononnya dia seorang yang bersih, padahal dunia tahu siapa dia ketika menagih sokongan.

14 comments:

Anonymous said...

tak semestinya bila serasi tidak akan berlaku percanggahan pendapat.pastinya akan berlaku percanggahan pendapat tapi bagaimana untuk mendapat resolusi dari percanggahan tersebut yang patut dikira.bercanggah pendapat tapi masih hormat-menghormati antara satu sama lain.

jika ketua pemuda dan presiden tidak senada,susah lah.macamamna hendak gerakkan UMNO sebagai satu jika ada orang bawah yang buat kepala sendiri.

bakal ketua pemuda patut try get along dengan presiden.berbincang dan mencari kemuafakatan dalam sesuatu hal.bukannnya dengan tunjuk hebat dan tak mahu menghormati presiden.

Anonymous said...

Sekali tengok macam Mukhriz, dua kali tengok macam Mahathir, tiga kali tengok... aah! tengok banyak kali pun, tetap terbayang wajah Mahathir juga...

Kadang-kadang yang serasi tu lah yang sering bertelagah dan berselisih faham. Pada awalnya mungkin ok kot tapi bila dah lama, keserasian tu hilang. Mungkin kerana lupa diri atau apa-apa saja faktor yang boleh menyebabkan perselisihan...

Anonymous said...

Mukhriz ni sebenarnya Hipokrit. main politik wang. Habis perwakilan di sogoknya, spt di bahagian saya sendiri kimanis Sabah.

Unknown said...

sepatutnya cuba-cuba la serasi dengan presiden dan bukannya besar kepala.perselisihan pendapat akan tetap berlaku samada serasi atau tidak.tapi bila serasi maka rasa tak puas hati tu tak lama sebab boleh mencapai kata sepakat dalam sesuatu hal.

Cheguman said...

Nak memilih pemimpin bukan senang. Semua orang keliru. Bagi saya, lihat sahaja bagaimana hubungn pemuda dgn bendahara dan sultan semasa kesultanan Melayu Melaka. Tun Tuah dan sahabat2nya amat intim dgn bndahara (Perdana Menteri), dan taat setia hanya kpd sultan.

Perlu diingat, ketua pemuda bukan ketua pembangkang. Ketua pemuda bukan nak mengangguk sepanjang masa tetapi menegur dgn beradab. Jika tidak tahu adab, itu org kata biadab. Bukan saya kata, orang tua-tua yg kata.

Kita sudah ada contoh kegemilangan Melaka. Mari kita kembalikan kegemilangan bangsa MElayu menjadikan negara sebagai empayar hebat.

Anonymous said...

tok sokong dikembalikan kegemilangan Melayu.

Cuma nak kembali kena ada cara kan?

Cara macam mana cheguman rasa ?

Tokwan rasa satu sahaja, kembali mengenal diri.

Dari mana dan akan ke Mana dan untuk siapa ...

seperti tulisan ustazmoden tentang ESQ yang tokwan tak berapa paham juga isitilah yang digunakan.

Anonymous said...

mukhris memang tak layak menjadi ketua pemuda.dah tak de isu nak main.cuba lah ikut kehendak majoriti

Generasi Pejuang Bangsa said...

saya tetap memilih KJ sebagai pilihan terbaik KP UMNO dan boleh membantu Presiden mempertahankan UMNO dari pembangkang .

saya tidak nampak apa jasa muhkriz kepada UMNO apabila diserang pembangkang. yang nampak dia pandai karang surat suruh pak lah resign .

Panglima Perang Cyber said...

Salam Jemputan

Seruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia ( TBNM )!

Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.

Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.

Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.

Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.

Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti

Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Objektif utama :

1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan negara Malaysia ini..


Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.

Email : panglimaperangcyber@yahoo.com

Dijadualkan malam ni Khamis Malam Jumaat, Bertarikh 20 Nov 2008 bersamaan 22 Zulkaedah 1429 tepat jam 9 malam satu pertemuan maya kali pertama akan dibuat.

Moga ramai blogger akan datang dan juga peminat blogger turut hadir sama..

Demi untuk Agama Bangsa dan Negara!


Yang Berblog :

Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com

Anonymous said...

Asal sebut pasal Mukhriz je semua salah,semua tak betul semua tak sokong.Ingat KJ dan Khir Toyo tu takde salah,semua betul dan semua sokong.Pandang sebelah mata,sebelah mata jela korang percaya.

Aku tak berpihak pada mana-mana pihak tapi bila aku baca komen semua,korang salahkan sorang jer,apa kata fair and square dalam hentam.Tak rugi mana pun.kalau korang duduk bercerita macam ni,Mukhriz kalau nak menang,akan menang juga.

Sudahlah,aku percaya,akan ada orang akan mempertikaikan komen aku.bukan memuji tapi terima kasih sebab komen pada komen aku.

Anonymous said...

gila penghisap juybor kj!

Anonymous said...

menyesal aku masuk sini !

Anonymous said...

Cikgu,

Bahasa apa yang Cikgu pakai ni? Bukan kah Cikgu pemangkin penjana modal insan?

Perkataan penghisap jubor? Ish ish ish. Apalah kelas Cikgu zaman sekarang ni? Dato Hisham tak ajar ke?

Editor RaksasaBN

Anonymous said...

Salam kepada Cikgu Zaharuddin (Nov 22, 2008 4:44 PM - Walaupun saya tidak berjaya menjadikan cikgu sebagai kerjaya saya, tetapi saya adalah seorang insan yang memandang tinggu profesion perguruan. Saya ingat pesanan aruah ayahanda saya selain dari ibubapa jangan diderhakai, cikgu juga adalah manusia yang perlu dihormati. Maka, saya amat-amat berharap, jika cikgu tidak suka dengan tulisan-tulisan dalam laman web ini, janganlah membacanya. Masih banyak bahan bacaan lain yang boleh dibaca. Baca al-Quran adalah yang lebih baik. Kenapa bila tidak suka, mesti gunakan perkataan yang hodoh dan kaitkan dengan KJ? Biarlah antara KJ, Khir dan Mukhriz bertanding. Mereka sudah mendapat cukup pencalonan, mereka layak dan terpulanglah kepada perwakilan membuat pilihan. Malangnya, apabila ada pendapat tidak bersetuju dengan pandangan Mukhriz, seolah-olah ia sesuatu dosa besar yang kononnya perlu disebut perkataan-perkataan hodoh, jijik dan kotor. Apakah itu lambang kekotoran dalam jiwa dan tubuh badan cikgu Zaharuddin. (Gondang)

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP