SEMOGA RAKYAT TIDAK JADIKAN MAHATHIR 'TUHAN' POLITIK KOTORNYA ~ Malaysiakini

Monday, November 24, 2008


Oleh Abang Mahmor

Tun Mahathir terang-terang kata: "Sama ada Rafidah hendak bertanding atau tidak terserah kepada dia, kalau perwakilan kata Rafidah baik, pilihlah beliau, tetapi semua orang tahu bahawa saya tidak berapa suka dengan dia."

Beliau berkata demikian ketika bersama pemberita selepas menyertai Siri Wacana Gapena V bertajuk Dilema Melayu anjuran Gapena semalam. Kenyataan beliau itu menjelaskan siapa Mahathir dalam percaturan politik UMNO yang sedang rancak ketika ini.

Dulu, Tan Sri Rafidah Aziz adalah anak emas beliau. Ketua Wanita itu tidak pernah diganjakkan dari MITI hinggalah di tangan Pak Lah yang bagaikan terpaksa mengenepikan Rafidah daripada MITI dan kabinet kerana terlalu lama bertunggu tanggak di MITI.

Pada hal ketika Mahathir perdana menteri, Rafidah boleh buat apa saja dia suka, boleh beri AP kepada siapa sahaja beliau fikir boleh mendatangkan faedah dan kepentingan kepada politiknya. Mungkin Rafidah tidak main politik wang, tetapi jelasnya Rafidah ada produk untuk 'dijual'.

Bagaimana Rafidah 'berniaga' produknya ketika itu, Mahathir pun turut sama mengecam Rafidah hanya selepas beliau meletak jawatan perdana menteri. Tetapi semasa beliau perdana menteri, kegiatan Rafidah tidak langsung menjadi isu. Inilah Mahathir yang hanya akan bercakap selepas apa yang beliau biarkan hingga menjadi 'pekung' yang amat susah dirawat.

Sesungguhnya, Mahathir tidak patut lagi kata beliau tidak suka pada Rafidah yang tentunya boleh mempengaruhi wanita untuk memandang rendah kepada Rafidah. Sama ada kita sedar atau tidak, cakap Mahathir walaupun dari bukan ahli UMNO lagi, tetapi mempunyai kesan campurtangan yang menunjukkan sikap beliau yang seolah-olah masih berkuasa berkuku besi lagi.

Begitu juga dengan kata-katanya mengenai orang Melayu yang berlegar dengan tajuk dilemma Melayu yang sudah basi dibicarakan. Orang Melayu rata-rata bagaikan tidak sedar bahawa dilema Melayu yang Mahathir maksudkan itu telah sedikti sebanyak tidak merangsang minda Melayu yang terus menerus dikutuk oleh orang yang terhormat di mata orang Melayu sendiri.

Pada pandangan Mahathir, Melayu adalah bangsa yang paling tak guna, tidak bermaruah, tidak berpendirian dan tidak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain. Kerana itu Mahathir sentiasa menjadikan modal untuk beliau mencari publisiti melaluinya. Itulah yang berlegar dalam dilema Melayu.

Kata-katanya yang bebas mengenai Melayu akan terus dikumandangkan hingga akhir hayatnya. Beliau lebih suka melihat Melayu berpecah-pecah dan bertelagah sesama sendiri termasuk beliau sendiri mencari musuh di setiap musim.

Beliau sedia bermusuh dengan Tengku Razaleigh Hamzah, sanggup bermusuh dengan Anwar Ibrahim, beliau sanggup mengenepikan Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan banyak lagi termasuk orang-orang korporat yang beliau pernah angkat.

Hinggakan orang yang diangkat seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun beliau sedia jadikan musuh, sedia menjatuhkan beliau dan nescaya Najib juga yang sekarang ini dijangka akan dimartabatkan sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri selepas bulan Mac nanti juga bakal menjadi kecaman beliau.

Percayalah sekarang ini, Mahahtir tidak lagi pedulikan Pak Lah yang akan bersara bulan Mac nanti kerana fokusnya adalah kepada Najib pula. Silap-silap langkah, Mahathir akan mengeluarkan kenyataan sama sepertimana beliau kata beliau tidak berapa suka dengan Rafidah.

Lebih lagi, sekarang ini Najib sedang memegang potfolio kewangan. Tentunya Mahathir akan cuba campur tangan apa jua tindakan Najib terhadap ekonomi. Awal-awal lagi beliau sudah sebut pasal tambatan ringgit sepatutnya dilakukan ketika ini dan Alhamdulillah Najib nampaknya tidak terpengaruh lagi dengan kenyataan itu.

Ini juga membawa erti, Najib ada caranya sendiri dalam mencatur ekonomi. Tetapi malang seribu kali malang ialah orang Mahathir lantik seperti Tan Sri Nor Mohamed masih ada lagi untuk memberi maklumbalas kepada bekas bosnya, bukan untuk mendapatkan nasihat. Mahathir tidak perlu nasihat dari sesiapa tetapi lebih berminat untuk memberi nasihat kepada orang lain.

Mahathir boleh cakap banyak dan seolah-olah berkuasa hari ini adalah semata-mata kerana orang-orangnya yang berkuasa dalam UMNO dan kabinet masih berada dalam zaman pemerintahan orang lain. Orang-orang yang Mahathir bela, yang beliau naikkan masih kekal dan pada bila-bila masa boleh menjadi duri dalam daging dalam pemerintahan negara hari ini.

Walaupun seorang demi seorang orang Mahathir telah dapat diketepikan dalam peralihan kuasa yang sedang berlangsung hari ini, tetapi semuanya akan terserah kepada Najib bagaimana mahu menyusun semula orang-orang yang menjadi agen dan penyokong kental Mahathir menyedari penyusunan ini, pengaruh Mahathir akan lenyap secara beransur.

Semoga semua orang Melayu sedar bahawa hakikat ini tidak akan berterusan di mana Melayu khasnya dan juga rakyat seluruhnya tidak menjadikan Mahathir 'tuhan' politik yang telah beliau sendiri rosakkan sejak dari awal lagi hingga membawa ramai orang Melayu jadi tak sedar diri dan lupa dari mana asal usul mereka.

Pelan Mega Mahathir yang meliputi udara, laut dan darat tidak menjadi. Ia telah merosakkan pertumbuhan untuk orang Melayu berkembang di persada ekonomi yang diserahkan kepada orang-orang yang tidak memberi peluang sama rata di peringkat bawahan.

Kata-kata Mahathir bahawa orang Melayu seolah-olah kaum tidak cerdik dalam semua bidang adalah satu ungkapan yang membunuh pertumbuhan Melayu untuk terus berkembang. Mahathir pilih kasih dan pilih bulu yang menyebabkan sekutunya juga melakukan yang sama. Kerana itulah segala-galanya untuk orang Melayu menjadi terhad dan akhirnya mereka bagaikan memberontak hari ini berebut-rebut sepertimana yang digalakkan secara tidak langsung oleh Mahathir.

Sebaik-baiknya, orang Melayu sendiri harus sedar semua ini dan tidak terus terpengaruh dengan kata-kata Mahathir yang penuh dengan kata-kata palsu. Kalau beliau puji seseorang, bersedialah untuk dikeji suatu masa nanti. Kalau beliau buat tak peduli dengan seseorang itu, ertinya memang beliau benar-benar benci dengan orang itu. Kalau Mahathir melihat orang itu ada potensi, beliau akan berikan tempat yang boleh menjatuhkan orang itu dengan menyerahkan tempat atau perniagaan yang sakit.

Contoh yang boleh kita lihat, perhatikan bagaimana Mahathir serahkan MAS kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, bagaimana keadaan Datuk Amin Shah, Tan Sri Yahya Ahmad dan Tan Sri Abu Zahar (Abu Juling). Mereka ditempatkan di lubuk sakit dan akhirnya apa jadi sekarang? Sebaliknya, siapa yang bebas, siapa yang kaya raya? Tidakkah bukan Melayu akhirnya?

10 comments:

Anonymous said...

Aku Jijik dgn Mahathir. Tak paham paham dah bersara, diam sajalah, dia lah perasuah NO.1 Malaysia.

Anonymous said...

SIAPA TUN MAHATHIR???? PENIPU PUNYA MAMAK KUTTY. DIA MENGHANCURKAN BANGSA MELAYU. KONON BAPA PEMBANGUNAN, SEMUA BANGSA LAIN YANG KAYA, MELAYU MANA? PAK LAH NAK BANTU MELAYU BUAT KORIDOR DAN PERTANINA UTK MELAYU, LEPAS TU MAHATHIR CANTAS, BAGUS LAH SANG MMAMK KUTTY.


ANAK DAHLAH SPM GRED 3 LEPAIH TU NAIKKAN. DAH LAH BAGHAL, SIMPAN JE LAH DGN KERETA PORSHE YANG BERLAMBAK. JIJIK PUNYA MAMAK.

DOL SAID

Anonymous said...

memang pertarungan yang amat dinanti-nantikan ni.sapalah yang akan menang besar agaknya.Shahrizat ada peluang menang kerana sekarang ni dah ramai akarumbi yang sokong dia.Rafidah juga ada peluang sebab dia masih lagi berpengaruh dan semestinya dia akan gunakan pengaruh dia untuk sedaya upaya menang pada hari pemilihan calon nanti.

Singh Is Kinng said...

Salam Saudara,

Most of the articles demonizing Mukhriz have been answered here.

http://the-antigonist.blogspot.com/

Expecting an INTELLECTUAL rebuttal from you people.

Wassalam.

PEJUANG CYBER said...

Hye COWARD.... extensions please...

INI la bloggers mukhriz yang penakut tuh... aku tak tahula kenapa dia ni dendam sangat dgn KJ.. busuk betul hati Singh ni...
Kita orang melayu jangan bagi bagsat ni memporak perandakan orang melayu... kalu aku jumpa Singh ni... aku ludah jer muka dia...

aku nak tanya satu soalan pada kau Singh... kenapa kau takut ber debat dengan aku... dalam laman blog kau beria-ia kau belasah KJ... bila aku tangkis kau tak berani nak jawab... BACUL... jangan jadi blogger la kalau takut...

Singh sudah minum susu lembu ka...

add said...

Kalau jijik dengan TDM? dengan DSAI ok ke? Nik Aziz? Nizar?Guan Eng?.
Kerana TDM lah kita hidup senang lenang sekarang ni ....Jangan jadi peribahasa melepas anjing tersepit...
TDM buat cara kotor sekarang ni ialah untuk menjaga bangsa melayu .Kalau nak kata nak jaga kroni siapa dalam politik ni tak jaga kroni masing-masing? Nik Aziz? Nizar?DSAI?Guan Eng? Gobind?Khalid Ibrahim?Khalid samad?sape?sape?cuba cakap mai.....

Anonymous said...

NAJIB LOH BANGANG add

Anonymous said...

KEPALA BANA BAPAK, MAK, NENEK, ATOK, CUCU-CICIT SERTA SEMUA KETURUNAN KORANG!!!!!

Kalau dah tau TUN tu mangkok, wat per nak angkat pot? SAPER YANG BAHLOL KALAU TAK KORANG!!!

Dengan mamat yang korang tuduh memacam ni pun korang tak leh lawan...setakat TONG KOSONG jer ler... MEMANG KORANG NI SEMUA KETURUNAN BAPOK BANGSAT BARUA NEGARA.

Dok sebok cerita dia pilih saper...SUKA ATI MAK BAPAK DIA LAH...LU SAPER???? ADA JASA PADA NEGARA???? JASA UNTUK KELUARGA PUN BELUM TENTU ADA.... CERITA BOLEH LEH ANAK HARAM!!!!

Cuba korang pikir, dalam reramai korang yang tak abis-abis tuduh dia ni memacam, APA YANG KORANG DAH BUAT UNTUK MEMBAWA DIA KE MAHKAMAH, MENDAKWA SERTA MENGHUKUM DIA KALAU BENAR2 BERSALAH??? TAKDAK.....AKU ULANG TAKDAK!!!! Samada TUN memang cerdik atau korang semua ni manusia yang terlebih bebal dari yang termat BEBAL!!!

22 tahun dia berkuasa pas tu sekarang dah kat 5 tahun retire, tak 1 pun korang leh wat??? Ha..ha...ha BUAT LAWAK JER LER. DASAR BADIGOL SOOD CAM KORANG NI ELOK TINGGAL DALAM ZOO JER...BODOH, SOMBONG & BERLAGAK.

Karpal Singh, Anwar, Nik Aziz, BODOHLAH dan semua yang dok kater dia are bloody fuckin bastards.

Tu pasal lah TUN kater Melayu mudah lupa...kerana orang2 DUNGU yang macam korang ni.

Cadangan...MINTA KEBENARAN NAIK TINGKAT TERATAS KLCC, PAS TU SATU SATU TERJUN....LEBIH BAIK LER KORANG MAMPOS

Anonymous said...

komen y kat atas aku ni kurang ajar betol.
anak didik mahathir la katekan..

Anonymous said...

Memang kurang ajar dan lebih lagi kalau depan mata ko....UNTUK MANUSIA2 BAHLOL MACAM KO.....FUCKKKK UUUUU

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP