Politik Wang Bermula Dari Zaman Dr. Mahathir ~ Malaysiakini
Friday, November 14, 2008
BEKAS Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap lagi. Banyak benda yang dia sudah cakapkan, dan dia tidak jemu bercakap. Mungkin dia merasakan masih ramai orang hendak dengar dia bercakap. Selain bercakap, dia menulis di blognya. Khabarnya, blognya juga mendapat sambutan bukan kepalang dari peminatnya.
Terbaru, dia bercakap seolah-olah bukan Melayu pun boleh menjadi Perdana Menteri. Hujahnya semua orang sudah tahu, jika seseorang itu diterima dan disokong suara majoriti. Dalam masa yang sama dia sentuh tentang politik wang mungkin berlaku dalam pencalonan jawatan Timbalan Presiden Umno.
Perkara yang dia bercakap, sebenarnya sudah ada orang lain yang bercakap mendahuluinya. Dia hanya mengulanginya dan masih ada yang mahu mendengarnya. Kalau dia bercakap soal politik wang, dia mahu mengambarkan kepada dunia, semua orang lain 'kotor' kerana terpalit dengan politik wang. Dia bersih hanya dia dan barangkali anaknya juga, Datuk Mukhriz.
Mana dia tahu? Mungkin ada orang melaporkan kepadanya. Antara pelapornya barangkali, anaknya sendiri. Dia tidak tahu, malam-malam hari, anaknya Mukhriz merayau ke coffee house, berpakaian batik berwarna hijau, berjumpa dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian, untuk berkempen.
Sebenarnya, dakwaan Dr. Mahathir itu mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, kalaulah dia dapat menggunakan ayat-ayat yang memberitahu bahawa sejarah politik wang ini bermula dari era kepimpinannya, alangkah baiknya.
Ketika dia menafikan dia mungkin terlibat dengan politik wang, mahukan dia menafikan bahawa dia juga memberi muka kepada 'pengamal politik wang' kekal dalam kabinetnya? Apakah dia mahu menafikan, ada menteri-menteri kebinetnya menggunakan wang yang banyak untuk memenangkan seseorang dan juga mengalahkan seseorang?
Dia boleh menafikan tetapi dia tidak mustahil bersubahat dengan gejala kotor ini. Ketika dia kekal berkuasa selama 22 tahun, apakah dia merasakan dia menang dan kekal sebagai Presiden Umno kerana 'keikhlasan perwakilan' mahu memilihnya duduk di situ? Atau, dia mereka-reka sistem pemilihan dan pencalonan yang membolehkan dia terus kekal, walaupun kesan jangka panjang, Umno rosak akibat perbuatannya itu.
Dr. Mahathir boleh terus berucap di mana-mana. Menyampaikan syarahan demi syarahan dan ceramah demi ceramah kerana dia memang ada kebolehan bercakap. Malangnya, dia tidak menggunakan kejujuran hatinya sendiri untuk mengaku dialah yang menyebabkan Umno hari ini hampir-hampir musnah akibat perbuatannya sendiri.
Inilah satu kerugian jika Pemuda Umno memikirkan mahu meneruskan legasi Dr. Mahathir dalam Umno. Legasinya akan terus menjadi 'dalang' untuk meneruskan kerosakan demi kerosakan dalam parti yang menjadi pembela bangsa Melayu ini.
Jika dia mengusung keranda 'berani berubah'… dia mahu membuat perubahan dan Umno terus hidup dan kuat kepada Umno yang mati akibat perbuatannya!
8 comments:
Saudara,
Pandangan yang yang sempit dan tidak mempunyai fakta sekadar melepaskan rasa geram barangkali.Saya salah seorang dari warganegara yang telah menyaksikan kemajuan yang telah dibina oleh Tun Mahathir dan sekarang sedang dimusnahkan oleh pemimpin yang tidak mempunyai visi dan kredibiliti.Ini hakikat yang sukar dinafi.Saya bertugas di luarnegara rasanya terlalu kerdil kita dibandingkan semasa zaman kegemilangan dibawah pentadbiran TUN MAHATHIR.
salam
teruskan berkarya selagi minda mampu berbicara.sya tidak nafikan apa yang ditulis mempunyai kebenaran...salam.
Politik wang memang bermula dari zaman Dr Mahathir.Semasa era DR M,Anwar Ibrahim lah Bapa Politik Wang.Semua orang tahu!Yang rosakkan nama baik Tun M pun dia juga.Orang lain makan nangka orang terkena getahnya.
seburuk2 manusia, adalah manusia yang langsung tidak mempunyai kebaikan. kalau buruknya sikit, kebaikannya banyak, kita kata dia buruk.. kalau buruknya banyak, baiknya sikit, pun kita kata dia buruk juga... manusia memang selalu berbunuhan sesama sendiri, itulah hakikatnya.. tambah2 orang melayu yang kian layu dan semakin sayu. sedihnya jadi melayu
Memang benar politik wang sudah bermula dari zaman Mahthir lagi. Tetapi sekarang ni beliau bercakap seolah-olah politik wang baru berlaku pada zaman ini. Beliau anggap hanya diri beliau yang 'paling bagus' dan layak untuk jadi pemimpin. Pemimpin yang ada sekarang ni, bagi beliau, semuanya main politik wang. Kita tidak boleh biarkan diri kita dikaburi dengan pembangunan yang dibawa Mahathir. Itu hanya mengaburi mata rakyat supaya rakyat menyokong beliau. Dari segi politik wang kita tak tau macam mana. Mungkin lagi besar nilai politik wang yang dimainkan oleh Mahathir...
mahakaya kau ni maha bengap..agaknya kau ni perayu undi kj kot??kalau kau tak sedar juga apa yang tun buat selama pemerintahan dia...kau ni memang bodoh lagi mangkuk hayun..kalau org cina/india dah bersuara mintak mcm2..dulu masa tun mana ada..pak lah bengap mcm kau...sebab tu lah..sedarlah hoi...malaun..
Anonymous (November 15, 2008 1:44 AM) marahkan penulis kerana Dr. Mahathir membawa kemajuan kepada negara. Siapa pun tak nafikan tetapi artikel yang ditulis itu sebenarnya mengenai politik wang bermula di zaman Dr. Mahathir. Kenapa walaupun sudah bekerja di luar negara tetapi masih dungu dan bebal?
Pembangunan tetap pembangunan. Kemajuan tetap kemajuan. Politik wang tetap politik wang. Kenapa lari dari topik sebenar. Bodoh ke? (Gondang)
Salam kepada PRIHATIN. Bangsa lain minta macam-macam kerana ada orang seperti Mukhriz anak lelaki kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bila dipilih menjadi calon dalam pilihan raya, dia menang, dia tulis surat desak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur. Bila dia tidak tahu menghormati ketuanya, Presiden partinya dan Perdana Menteri, maka bangkitlah bangsa-bangsa lain, tumpang semangkuk...mangkuk hayun macam PRIHATIN yang tidak faham dan tiak tahu apa-apa, kecuali nak menuduh penulis itu sebagai perayu/penagih undi untuk KJ.
Apa salahnya menjadi perayu undi kepada KJ? Apakah KJ tidak layak menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno? Apakah KJ tidak cukup quota pencalonan untuk bertanding? Kalau nak menulis, nak berhujah, hujahlah dengan lapang dada dan tidak menggunakan bahasa kesat. Jika PRIHATIN orang Melayu, penulis itu pun orang Melayu. Bila Melayu dengan Melayu berbalah, itu yang menyebabkan bukan Melayu buat tuntutan macam-macam. Jadi, kalau PRIHATIN adalah penyokong Mukhriz anak lelaki kepada Dr. Mahathir, beritahu dia...kalau nak serang, seranglah musuh. Silaplah kalau serang sama-sama sendiri hingga menyebabkan musuh ketawakan kita. Salam buat PRIHATIN yang macam tunggul kayu terbakar (LEE NGAH YEM)
Post a Comment