Mukhriz Lantang Biadap, Bodoh Macam George W Bush ~ Malaysiakini
Sunday, November 9, 2008
Dalam wawancara bersama akhbar The Star yang dipaparkan hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang tampak agak janggal. Barangkali sungguhpun menjadi anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz belum cukup ilmu politik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijakan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pertama sekali, Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Masya Allah, kamu ingat bodoh sangatkah kita ni Mukhriz? Di Ipoh Timur di mana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato’ Zaki Zahid) telah memberi ‘peluru’ kepada para perwakilan, tetapi malang buat Mukhriz, peluru Khir lebih hebat.
Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Mukhriz adalah anak Mahathir, darah daging Mahathir, dibesarkan oleh Mahathir, dan ramai memberi sokongan kepadanya pun sebab Mahathir. Dan Mahathir inilah bapa kepada politik wang UMNO. Manakan logik Mukhriz ini bersih?
Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Wah, lantang sungguh. Tapi lantang yang angkuh dan biadap. Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata sebegitu. Yang selamat dia berani lah, isu yang ada risiko sedikit kepadanya, Mukhriz tidak berani - debat pun tak berani! Slogan Mukhriz wajar diubah dari Berani Berubah kepada Berani Bertempat.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Dan jika pun orang yang mendahului pencalonan itu adalah suara sebenar akar umbi, Mukhriz sendiri mengakui bahawa ada orang yang memberi rasuah atas namanya. Jadi sudah pasti kalau pun orang-orang tersebut bukan ejen Mukhriz - yang memang kita tak percaya - keputusan para perwakilan di peringkat Bahagian sudah dicacatkan dengan politik wang atas nama Mukhriz Mahathir. Jadi, apa maksud kau Mukhriz?
Mukhriz perlu banyak belajar lagi. Sudah lah SPM dulu Gred 3, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak sekolah. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Tapi bagi kami seronok pula baca wawancara Mukhriz ini - macam seronok tengok George W Bush sebab kelakar.
Tempoh hari, Mukhriz ada ditanya soalan “Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?” Jawapannya, “Saya ada kilang fiber optik; semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya”. Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga ‘mengkantoikan’ dirinya sendiri. Sebab bapak kau PM dulu la kau dapat monopoli bisnes macam tu! Kah kah kah.
21 comments:
kau ni mcm betul je..kau yg bodoh lagi mangkuk hayun..nak ckp org.. yg kau mrh sgt dgn mukriz ni nape?? dia pernah rogol mak kau punya adik ke?kau ni psycho lah.. pada aku semua sama..kj&khir penyangak jugak..tapi paling aku taknak kj jadi ketua pemuda umno..punca utama umno kalah mac lalu..malaslah nak layan kau ni..
Hahahaha... siapa budak prihatin ni. Ajen Mukhri gak kot. Jangan la emo bro. Ini pandangan orang tak kan kau nak marah bai. Interview tu memang betul, gua ada tengok gak. Jawapan dia bagi memang macam tu. Ni sampai rogol2 ni apahal la pulak? Tak da pun cakap macam tu kat sini. Berapa Mukhriz bagi kat kau ni? Hahahaha... Mukhriz yang bagi tau dia supply semua cable fiber optik kat Malaysia ni? Siapa bagi... kalau bukan bapak dia yang bagi.
Sampai mcm tu sekali ke u kata kat mukhriz :-(
Selamat Datang Ke Laman Blog Baru Saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Salam,
Yang dapat saya fahami dari tulisan di atas ialah, semua calon Ketua Pemuda UMNO nampaknya terlibat dengan politik wang.
Sebab itu tidak menghairankan, ada calon yang mulanya lambat dapat pencalonan, tiba-tiba kemudian dapat mengalahkan KJ.
Bagaimanapun, Mukhriz ada kelebihan kerana dia anak Mahathir. Mungkin kerana itu, dia dapat pencalonan yang tertinggi!
itu lah muhkriz lebih sudu dari kuah ..angkuh juga anak che det ini dalam soal politik wang .Umun sudah ketahui politik wang mmg berlaku tetapi dia dengan berani cakap dia paling bersih !!!
orang umum ketahui yg edar duit ini adalah egen2 muhkriz tetapi dia dengan tanpa segan silu cakap itu bukan dia bagi .hehe
berani berubah = berani main kotor
Mukhriz dan ejen-ejennya, faizal azumu, sazmi miah, tun faisal, anas gemuk, hendri....ini semua perasuah. KT dan KJ ok.
Penulisan spt ini kekadang tu seronok juga dibaca. Daripada terlalu asyik memuji dan memuja bapaknya, lebih baik kadang-kadang kita memperlihatkan bahawa driri kita ini bukannya senang untuk dicucuk hidung. Mahathir maupun anaknya, mukhriz bukanlah berasal usulkan malaikat yang maksum dari sebarang kesalahan dan kekurangan dalam mengurus politik mereka. Mereka juga manusia. Tentunya mempunyai byk kesalahan.
Pertamanya keimanan ( integriti ) jika ber VS dengan Nafsu. Mampukah mereka menghalangnya.
Apa yang saya nampak mereka bertiga itu sama-sama bijak menggunakan harta sebagai senjata dalam pemilihan ketua pemuda. Jika bijka menjadi ciri-ciri nya, tentu KJ berada dibarisan hadapan mengalahkan yang dua lagi. Jelas KJ hebat dalam berbicara, berurus tadbir sesuatu organisasi dan datang dari generasi muda tanpa keluarganya dari orang kaya.
Tentang Bapa mertuanya, bodohkah KJ tak menggunakan keistimewaan ini?
Jika anda macamana?
MUKHRIZ ADALAH PERASUAH NO.1. NAK BUAT ULASAN TAK MAIN POLITIK WANG. PENIPU. KALAU BERANI SANGAT SUMPAH DAN ANGKAT AL-QURAN SUMPAH.
AGENNYA SEPERTI SAZMI MIAH, FAIZAL AZUMU, HARRISON HASSAN, MARZUKI DAN ANAS BEKAS PELJAR UIA YANG DULU BUDAK KEADILAN.
HIPOKRIT YANG TERBESAR SI MUKHRIZ INI.
Ya Allah! Gred 3 SPM???? Patutle.....
Baik suru Anas pembantu je yang bertanding, at least dia Gred 2. HUHUHUHUHUHU!!! Bodoh sial mukhriz Gred 3 SPM!!!!!!
Orang UMNO kata Anwarlah bapa politik wang.Mahathir PM dia tak perlu main duit,orang no. 2 lah yang perlu main duit untuk jadi no. 1.Biarlah Mukhriz cakap, belum terbukti dia main duit yang pasti KJ kaki main duit.Macammana UMNO nak berjaya selagi benda simple pun tak bolih nak nilai.Selalu ada pilih kasih.Mukhriz bangga dia tak main duit bukan biadap.
adoi kecian nye si mukhris ni....nak main politik tp tak pandai.....tu la ikut bapak lg.bapak suruh sakau projek kerajaan ...mukhris dah buat skrg bapak suruh masuk politik pulak...mukhris pun masuk...cuma bapak die tak suruh main belakang lagi...malang sungguh nasib mukhris ni....
Mantoya,
Awak dala alam ghau ghau ke? Mukhriz main duit. Aku perwakilan Sepanngar Sabah aku tahulah. Agen dia semua ada malam dan pagi mest bahagian aku. 3 calon main duit lah. Khir paling banyak gugur.
Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah di Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai kerana “jelas sekali akar umbi memang nakkan saya, ”. Mentang-mentang mendahului pencalonan, Mukhriz sudah cukup bongkak. Kini Khairy sudah 52 pencalonan, dan Khir Toyo 62 pencalonan, adakah bagi Mukhriz lebih seratus bahagian yang tidak mencalonkannya bukan merupakan ‘akar umbi’? Mengapa Mukhriz begitu sombong cuba mengatakan beliaulah suara sebenar akar umbi?
Bukan sombong, tetapi kenyataannya ialah Mukhriz mendahului dengan 74 pencalonan bahagian. Yang 114 pencalonan tu kean bahagi kepada 62 dan 52 pencalonan. memang semua tu akar umbi yang calon. Jadi 74 tupun akar umbi juga. so mana ada sombong, tetapi kenyataan. Dan sehingga bulan Mac nanti mungkin kjlah yang akan mengerahkan ejennya untuk tabur menabur gula-gula politik. Kawan aku yang tak pernah kenal kjpun tetiba dapat sms 'setia kat wang' dari kj pasi tup-tup kawan aku tu meang G2(dia dari floor)....he he he.... kesian tengok sipengmapu kps SIL yg menjadi liability kpd UMNO memerah otak dan mencipta pembohongan berblog demi 'tembolog'
FITNAH tyerbesar oleh raksaksa palsu ini. Kamu adalah raksaksa plastik yang jadi boneka kj. Apakah benar DMM lulus spm gred 3? Nyata kamu tidak kenal langsung dengan DMM. Minta maaf kepad dia kerana kamu telah memfitnah secara beradap!!!
Rujuk:
http://novandri.blogspot.com/2008/06/eksklusif-jawapan-dato-mukhriz-mahathir.html
Anda kena tarik balik kenyataan itu kerana ada blogger yang BUTA dah percaya!!!
Kenapa bapa mertua tarik PAU sehingga MAC2009? Mungkin Nak tolong SIL kot?
adakah penulis blog ini langsung tidak memikrkan hari akhirat??
adakah hanya mementingkan dunia semata2??
sebelum tulis cuba nilai diri sendiri....
ada kah apa yang kita sampaikan ini dapat di bawa bekal yang baik di akhirat nanti??
fikir2kan lah sebelum mengatakan sesuatu...
kerana ia pasti membawa kesan kepada kita nanti...........
Kepala BANA BAPAK, MAK, NENEK, ATOK, CUCU CICIT, MOYANG KO!!! Lu sebok dok cerita orang lu apa jasa pada negara??? Toksah negara la...jasa pada keluarga ada??? PIRAH KAKI JILATJUBO ANWAR AWWW!!!
MUKHRIZ LAKHNAT HIPOKRIT MAMAK KUTTY, LIDAH BERCABANG. DIA ANAK KEPADA PERASUAH NO.1 MAHADEY KUTTY. NAK PERCAYA KE DARAH PERASUAH DAN PENCANTAS BANGSA?
Apa betul budak ni dapat SPM GRED 3, dulu dia MRSM PENGKALAN CHEPA, tak kan gred 3 kot kalau dapat buktikan kan bgus juga tuh, CALON KETUA PEMUDA MALAYSIA SEBENARNYA SPM GRED 3...ha ha ha ha
i dont care what you people say about mukhriz or tun mahathir.
I STILL LIKE MAHATHIR.
HE IS THE MOST RESPECTABLE, APPROCHEABLE,INTELLIGENT,FUTURISTIC MINDED, LAID BACK(SEMPOI),
GUTSY AND KINDEST LEADER I HAVE EVER MET IN PERSON.
his son though, has a lot to prove before we can say he is truly his father's son.
and come on la...mukhriz dapat gred 3?kau ni datang dari mana membabi buta ni...
Post a Comment