Tun sedang tembak Khir Toyo dengan isu politik wang ~ Malaysiakini

Tuesday, December 9, 2008

Dalam AKTY.blogspot.com Ketika ini cerita mengenai pencalonan UMNO agak ringan sedikit , mungkin ramai yang telah letih setelah mengikuti cerita mengenai pencalonan ini lebih dari sebulan , lagi pun perhimpunan UMNO agak lama lagi kerana kita pasti akan meraikan hari raya korban dahulu dan bermacam-macam peristiwa akan berlaku sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan akan di adakan pada bulan March ini. Wak semat lepak dengan beberapa rakan politik di sebuah restoran di The Mall dan bercerita mengenai isu-isu yang melanda UMNO yang tidak putus-putus ini. Isu Zaid Ibrahim adalah merupakan isu terhangat sekarang yang di perbincangkan, Ramai yang marah kepada Zaid Ibrahim dan tidak kurang juga yang marah dengan Chua Sow Lek yang mempersoalkan ketuanan Melayu,

Apa yang menarik juga adalah apabila salah seorang rakan menceritakan mengenai Tun yang mahu mendedahkan senarai pemimpin UMNO yang banyak main politik wang, Menurut kawan wak itu , Tun sebenarnya mahu menunjukan kes permaianan ini kepada Khir Toyo yang dikatakan terlalu bebas menghulurkan bantuan wang kepada perwakilan dan melakukan nya secara terus terang. Kata kawan wak lagi, ini sebenarnya yang merisaukan Tun kerana silap-silap haribulan Khir Toyo akan membungkus Mukhriz dan Mukhriz akan kempunan .Jika dilihat pada akhir-akhir minggu pencalonan , Tun berjaya memintas Khairy Jamaluddin dan dengar khabar wang yang di tabur begitu besar sekali. Seorang calon diberikan wang sebanyak RM500. Ini yang merisaukan Tun dan mahu mendedahkan siapakah sebenarnya yang kuat menabur wang .

Wak juga ada mendengar mengenai Khir Toyo yang terlalu banyak menabur wang secara terang-terangan , pernah ada perwakilan yang memberitahu wak, kalau ia pun nak tabur jangan lah tabur terang-terang, Wak bukan apa, wak khuatir jika Khir Toyo menang dan menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti , tentu beliau mahu cover wang yang banyak yang telah beliau taburkan dahulu , nanti pemuda akan menjadi macam negeri Selangor , tergadai dan berkecai akhirnya. Dalam pada itu kawan-kawan wak sempat pula berjenaka kerana Khir Toyo berkata , jika beliau terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau tidak akan mengharapkan apa -apa jawatan dalam kerajaan , Bererti Khir

Toyo akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang pertama yang tidak berjawatan dalam kerajaan dan hanya sekadar sebagai Ketua Pmeuda UMNO sahaja.Yang lebih kelakar ada pula yang bertanya, siapa yang mahu berikan jawatan kepada Khir Toyo, jika ada pun boleh kah beliau menjadi timbalan Menteri atau Menteri penuh menggantikan Hishamuddin di Kementerian Pelajaran. Beliau bukan nya seorang Ahli Parlimen, Beliau hanya seorang ADUN sahaja. Macam mana mahu menjadi menteri.

Sepatutnya Khir Toyo ukur badan sebelum beli baju ……….

by wak paiman wahjidi

6 comments:

Anonymous said...

Jika nak bercakap mengenai isu politik wang,kenapa Tun M tidak melakukan apa-apa semasa 'zaman pemerintahan' beliau? Kenapa sekarang baru beliau sibuk nak buat itu ini?

Anonymous said...

Tun M lah yang meghalalkan politik wang spt masa zaman Muhyiddi, Zahid dan Anwar. Diorag yang spoil market.

Anonymous said...

bila Mukhriz dah tergugat,barulah Tun menggelabah tak tentu pasal.mungkin sebelum ini Tun underestimate Khir Toyo.sekarang kem Mahathir dah menggelabah cicak.haha.

Tun baru sekarang nak bersauara pasal politik wang.takkanlah masa dia jadi PM dan Presiden UMNO dulu takde kes politik wang.hehe.kanlah masa dia jadi PM dan Presiden UMNO dulu takde kes politik wang.hehe.

Unknown said...

aku tak rasa Khir Toyo boleh jadi Ketua Pemuda.mungkin peluang lebih kepada KJ dan Mukhriz sebab Khir tak semuda KJ dan Mukhriz.KJ ada peluang kerana dilihat lebih bertenaga berbanding Mukhriz.

tapi Tun memang nampak menggelabah sangatlah macam yang pancaroba kata.dah tengok Mukhriz tergugat barulah Tun nak kelam kabut.

Anonymous said...

Mahathir memang menggelabah sekarang ni. Beliau takut Mukhriz tak dapat jadi Ketua Pemuda. Sebab itulah beliau cuba serang Khir Toyo walaupun kita tahu Khir Toyo takde jawatan. Entah kenapa Mahathir menggelabah semacam...

Anonymous said...

Nak cakap pasal politik wang tu memang lah Mahathir tu. Dia pandai, semua ni dia simpan dulu masa zaman dia, sebab dia takut nanti kalau dia bawa keluar, jadi macam sekarang lah, orang nampak macam bila zaman Pak Lah banyak kes rasuah. Padahal benda ni memang ada je cuma bezanya dulu ditutup2, sekarang nampak sangat sebab orang cuba mendedahkan segala yang ada.

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP