Three Stooges tak habis-habis lagi
Tuesday, October 20, 2009
Dalam hari-hari selepas ucapan dasar pertama Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tiga blogger-barua anti-KJ keluar membelasah KJ. Parpu Kari dan Another Brick in the Wall mengkritik sekeras-kerasnya ucapan KJ yang memanggil orang Melayu keluar dari perspektif minda yang defensif and negatif atau ‘siege mentality’ kerana pada mereka, ia tidak sepatutnya datang dari seorang ahli politik Melayu dan UMNO. Kita akan membidas pemikiran sempit sebegitu nanti, tetapi apa yang cukup ironis adalah Three Stooges ini mengutuk ucapan KJ kerana ucapan tersebut berani dan cukup berbeza daripada lazimnya, walhal mereka yang mengutuk ini berselindung di sebalik macai-macai orang tertentu. Piggy Singh pula walaupun tidak bercakap mengenai ucapan dasar KJ, sebaliknya menyerang keluarga KJ. Saya tidak mahu memberi komen kepada serangan peribadi sebegini; cuma berharap semua faham bahawa apapun mainan politik masing-masing keperibadian dan keluarga tidak sepatutnya disentuh.
Hakikatnya, saya yakin kita semua sedar mereka bertiga ini akan sentiasa menyerang KJ, tidak kira apa pun isi ucapannya itu. Kalaupun KJ melakukan perkara yang bertentangan – contohnya mengangkat keris dan menikam satu patung berupa orang Cina pun, pelacur pena ini akan tetap mencari sesuatu kesalahan. Sarkas Parpu Kari, Another Brick dan Piggy Singh (PAP) ini tidak menulis berlandaskan apa-apa kompas moral atau prinsip politik yang jelas – kecuali mengikut rentak Mahathir. Dan bilamana mereka tidak dapat mencari kesalahan yang ketara dalam apa yang dikatakan atau diperlakukan oleh KJ, maka mereka akan mencuri idea orang lain, atau menyerang KJ mengenai satu topik yang tidak relevan langsung, semata-mata mahu mematikan momentumnya yang kian ketara.
Apapun, eloklah kita mengkaji sejenak perspektif ultra-defensif yang wujud dalam tulisan Parpu dan Another Brick sewaktu mengutuk dan melabel ucapan dasar KJ, sungguhpun disambut baik sehingga mendapat liputan media meluas, baik media Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.
Serangan Parpu yang paling mudah dibidas – ternyata dia orang yang paling tidak pandai dari kalangan Three Stooges ini. Malah, betapa malas dan kurang pandainya dia, Parpu hanya mampu copy+paste artikel seorang penulis lain yang kurang senang dengan ucapan KJ. Tulisan blog itu mengetepikan terus segala apa yang diperkatakan oleh KJ dalam ucapannya yang jelas mempertahankan kepentingan Melayu serta meletakkan kedudukan istimewa Melayu di tempat tertinggi. Sebaliknya, penulis ini menuduh pemikiran Khairy akan membawa kepada hilangnya hak-hak istimewa Melayu, walhal KJ sendiri telah menjelaskan bahawa pada hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan mustahil dilucutkan (kerana memerlukan persetujuan 2/3 Parlimen serta mendapat perkenan Mahlis Raja-Raja – sudah pasti dua perkara ini tidak akan berlaku). Maka dengan mencuri artikel ini, Parpu membuktikan pada semua bahawa sebenarnya dia tidak pun membaca teks ucapan KJ – saya tidak terkejut kalau Parpu tidak cukup pandai memahami isi-isi tersurat dan tersirat dalam ucapan tersebut, tetapi rasa-rasanya bukan soal itu; Parpu barangkali hanya malas kerana sibuk makan Twisties. Copy+paste kerja orang lain, lepas tu komen satu baris di penghujung – sebijik macam Malaysia Today!
Another Brick juga mengulangi tuduhan sama – bahawa KJ menolak tepi kedudukan istimewa Melayu. Apa yang sebenarnya diperkatakan oleh KJ adalah berikut, “bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayu-lah yang akan menentukan sama ada kita menjadi bangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang”. Apa salahnya komen ini? Apa salahnya perspektif ini? Tidak sekali-kali KJ mengetepikan kedudukan istimewa Melayu, malah beliau sendiri menyifatkan Perkara 153 sebagai ‘keramat’ buat orang Melayu. Apa yang diperlukan adalah agar Melayu tidak bergantung sepenuhnya kepada Perkara 153. Mungkin dalam dunia Three Stooges ini, kalau seorang Melayu memanggil komunitinya supaya bangkit dan yakin kepada “ketamadunan bangsa” sendiri, maka orang itu sudah hilang ke-Melayuannya? Syukur-lah bahawa perspektif kuno ini tidak dikongsi oleh kepimpinan tertinggi parti yang diketuai YAB Presiden; jika tidak, hancurlah peluang UMNO memenangi undi golongan muda.
Akhirnya, perkara inilah yang menyuntik semangat kepada KJ dan penyokongya – iaitu mesej mereka-lah yang konsisten dengan visi YAB Dato’ Seri Najib. Lihat sahaja kepada konsep 1Malaysia yang menuntut kita memecahkan benteng pemisah antara kaum. Baca-lah teks ucapan KJ, dan kemudian baca komen dan kritikan Three Stooges ini – ternyata sekali siapa yang membantu Presiden dan siapa yang lintang-pukang ideologi peribadinya, hanya bermatlamatkan menghancurkan perpaduan parti.

10 comments:
aku boleh sahkan yang parpu memang cilok duit umno (KAWAN-KAWAN), bukan setakat cilok, siap mintak duit duit dengan menteri lagi.
mantra tu bangang, jangan dengar cakap dia, setakat datang bagan pinang on and off cerita banyak pulak.
Saya rasa bloggers mcm Parpu dan Piggy tak langsung membangunkan Parti UMNO....
Parpu ini memalukan Pemuda UMNO dan Zambry ...
kita tahu dia penulis belaan zambry ,tetapi kritikan serta fitnah terhadap KJ dan keluarga jelas memalukan UMNO sendiri .
zambry kalau boleh advise la parpu ini ...org pun tahu dia blogger zambry tp mungkin ada org bayar dia kutuk KJ ,jadi org akan nampak spt zambry bayar dia kutuk KJ
Ramainya anon kat sini, orang sama ke? Ye la kot, yang kat atas tu semua aku tulis ape, ha ha ha.
TERKINI-Anwar Brahim Telah Dibuktikan Pengamal Homoseksual(GAY) Oleh Mahkamah http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-anwar-brahim-telah-dibuktikan.html
SEBARKAN
HE HE HE
MUHAHHAHAHHA
BLOG PARPU DAH HAMBAR...TAKDE MOOD LAGI KU NAK CARI DIA.
AKU PI DUDUK DALAM GUA LEBIH BAIK
MUAHHAHAHAH
Kami golongan mahasiswa menyokong penuh kepimpinan YAB Khairy Jamaluddin! Kepimpinan yang agresif dan berani.
HIDUP KJ!!!!!! TAK SELALU PEMIMIPIN MELAYU MUDA SPT KJ!!!
UMNO = Untuk Makan Nasi Orang
This is a new generation of lazy malays who evolved from their lazy ancestors. Not surprising la! Wait for the next generation of lazy malays on the future with better parasitic economic policies.
CAMCA bongok, bila pulak KJ dapat title YAB?
Post a Comment