Manik Urai : Tok Guru kaya rakyat, rakyat Kelantan Redha?

Tuesday, July 14, 2009


Harta Nik Aziz bernilai RMN10 Juta


STESYEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan - Pas.

Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.


Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.

Stesyen Petronas bersama dengan tanah sekarang bernilai RM1 juta. Nik Aziz jutawan.




RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA


Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.


Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.

Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana. Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.



TUAN SABARIAN SEORANG JUTAWAN.Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat Pas di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli. Sekarang mengalami kerugian ada muslimat Pas yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat Pas hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.


Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.

Read more...

Lim Guan Eng Jangan Larikan Diri!!!!

Thursday, July 2, 2009

Lebih 200 penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor telah berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 4 petang semalam. Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini. Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis 'Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan' sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun berjumpa dengan mereka.Yang turun bukan Ketua Menteri tetapi Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik yang memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung.

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung". Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka. Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.

Read more...

JANGAN SENTUH SAMA SAYA

Wednesday, July 1, 2009

by Wenger J Khairy


Tulah yang diucapkan oleh pegawai khas Lim Guan Eng kepada para penduduk India di Pulau Pinang. Time election, wah depa punya cerita kao kao lah. Depa kata, KETUANAN RAKYAT! Depa kata nak jumpa, no problem.

Nilah perangai orang racis. Mereka akan pandang hina sama lu orang. Tetapi pengecut macam DonPlayPuks dia kata itu Pakatan manyak baik. Hanya parti orang Melayu racis. Orang Cina takda racis.

Mana Manikavasingam? Mana Manoharan? Mana Sivakumar?

Semua takde. Semua kena tunduk kepada boss Lim Guan Eng. Gangsta sudah dibela - nak jumpa rakyat kena macam mau lawan

MAKKAL SAKTI

Aku rasa kalau Subramaniam boleh kontrol MIC, geng YB Hindraf ni bakal melompat masuk BN. Depa dah sedar, di dalam Pakatan depa ni MINORITI. Di Barisan Nasional, depa ni parti komponen.

Satu mentehri besar tak mau jumpa sama lu.

Yang lain tu, boleh bincang problem kat mesyuarat kabinet.

Lu pikirlah, mana lagi untung.



Part II - A picture says a thousand words

Aah kalao kao semua tahap mentali sesetengah bloggers lain( aku malas nak sebut nama), kao mungkin terpedaya bahwa KJ ni takde grassroots support (sokongan akar umbi). Di gambar diatas kita bolehlah melihat dua atau tiga penyokong akar umbi yang datang untuk menjayakan program BN yang turut disertai Ketua Pemuda. Kita boleh melihat betapa marahnya mereka tu. Kita juga lihat takde semangat langsung. Semuanya nampak macam takde mood.

Itulah kita dah kata banyak kali, kao semua percayalah segala tomahan dan fitnah terhadap YB Khairy ni.....

Read more...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP