Lim Guan Eng Jangan Larikan Diri!!!!

Thursday, July 2, 2009

Lebih 200 penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor telah berkumpul secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 4 petang semalam. Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini. Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis 'Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan' sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun berjumpa dengan mereka.Yang turun bukan Ketua Menteri tetapi Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik yang memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.Peguam yang mewakili penduduk berkenaan, Darshan Singh dengan lantangnya bertanya dan mempersoal di manakah Ketua Menteri dan mengapa beliau enggan berjumpa dengan penduduk kampung.

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung". Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?"Kami hanya mahukan keadilan," katanya sambil disahut laungan penduduk kampung yang tidak mahu berganjak dari kawasan tersebut sehingga Guan Eng turun berjumpa mereka. Darshan turut mempersoalkan alasan masalah penduduk kampung sukar untuk diselesaikan sedangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa menghalang kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala diteruskan.Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

TUAN -TUAN.............. HARI NI BARU RASA MACAM MANA DOK DLM PEMERINTAHAN KAKI PENIPU.YANG HARI TU HAMPA DOK SOKONG BUAT APA.. KONONNYA KERAJAAN BN TAK JAGA RAKYAT, LA NI BARU HAMPA TAU......LANGIT TINGGI KA RENDAH. AKU NAK GELAK TENGOK BILA ADA LEMBU YANG HAMPA LEPAS BERAMAI-RAMAI DOK MERAMAIKAN MAJLIS. NAK BAGI LAGI SOKONGAN KAT PARTI YANG MACAM TU..LU PIKIR LAH SENDIRI...

Anonymous said...

padam muka,sapa suruh pangkah DAP,tengok u punya tanah dah tergadai,mana u nak pergi, kalau tanah dah dirampas,

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP