Jangan Politikkan kes kematian Teoh Beng Hock

Friday, July 17, 2009


Kematian 'mengejut' Teoh Beng Hock, Setpol Exco DAP Selangor, pasti akan menjadi berita sensasi seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Pasti banyak persoalan yang timbul daripada insiden ini. Semua orang berhak bertanya mengapa dan bagaimana insiden ini boleh berlaku? Penjelasan yang diberi setakat ini, mungkin jauh daripada memuaskan semua pihak!

Kita menyokong sepenuhnya jaminan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan adil dan tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung kejadian ini. Siasatan menyeluruh terhadap kes ini harus dilaksanakan segera supaya 'misteri' yang menyelubungi kejadian ini juga dapat dirungkai segera!

Sambil kita mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang, kita juga berharap supaya kes ini tidak dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. Biarlah politik dikaitkan dengan orang hidup, janganlah kematian juga dijadikan modal meraih sokongan!

Janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh...

0 comments:

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP