Manek Urai : Pas gangster / gadebe dah mula buat perangai macam di Rusila…
Tuesday, July 14, 2009
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kekecohan yang berlaku di pusat tersebut dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong Pas.
Katanya, kedua-dua anggota Puteri terbabit mengalami kecederaan di pinggang manakala salah seorang daripada mereka patah sebatang gigi akibat terkena batu yang dibaling oleh lelaki terbabit.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.
Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.
Abdul Rahim menasihatkan semua perayu undi supaya banyak bersabar untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.
“Kita juga meminta orang ramai supaya lebih banyak bersabar dan tidak cepat marah ketika berada di luar pusat mengundi,” katanya.
Seperti yang dijangkakan perkara ini akan berlaku akibat tindakan ganas dari penyokong PAS,mereka sudah hilang batas menyerang dengan mengunakan batu, weh ngan perempuan boleh la tunjuk teror…..
0 comments:
Post a Comment