MENYELAMI HATI BUDI WENGER...

Friday, July 31, 2009


Kita tak mahu berperang...

Sebenarnya, saya merasa amat sedih kerana terpaksa berperang dengan bloggers UMNO lain selang beberapa hari yang lepas. Hasrat saya bukan untuk mendokong mana mana pemimpin dalam UMNO, hasrat saya mendokong cita cita dan aspirasi parti.

Kita sedar dalam PRU yang lepas, UMNO kehilangan sokongan orang bukan Melayu. Maka saya berpendapat jikalau kita ingin mengusai kembali kerusi kerusi yang kita hilang, kita cubalah professional sikit sewaktu menerangkan dasar dasar parti dan kerajaan. Tetapi, jikalau ada yang mencarut dan menyemarakkan lagi api perkauman ketika berblogging - itu terpulang padanya. Aku tak nak komen. Setahu saya, misalnya di negeri Perak, jikalau UMNO hanya kompetitif di DUN majoriti Melayu, UMNO akan kecundang, kerana pembangkang boleh menang besar di 26 DUN dengan senangnya.

Ini tidak bermaksud kita sanggup berkompromi keatas isu isu yang menjadi teras kepada perlembagaan. Tetapi, kalau kita mengambil masa untuk berhujah secara rasional, saya yakin segelintir orang bukan Melayu dapat memahami hasrat kita dan kembali menyokong UMNO.

Akan tetapi, hasrat kita tidak kesampaiaan. Orang melihat UMNO berperang sesama sendiri. Pihak ketiga yang tidak langsung ada kena mengena dengan UMNO menjadi batu api dan menghasut supaya UMNO tetap lemah, tetap berperang sesama penyokongnya, sementara pihak Pembangkang mengatur strategi untuk mengusai alam maya dengan dakyah mereka.

Saya rasa, elok tuan tuan dan puan puan, renungilah komen seorang pembaca Rembau Times. Saya memohon maaf kalau terkasar kata kepada sesiapa, tetapi saya telah berikrar untuk tetap mempertahankan UMNO dari musuh tidak kira dari yang dalam ataupun yang luar.



Kehadapan Encik Wenger

Terima kasih kerana mengambil masa Tuan untuk menelaah "Apa ada dengan Anti-Khairy FB Club". Rupanya 'indah khabar dari rupa'.

Saya sangat musykil dalam usaha cuba untuk memahami mengapa Encik Piggy Singh ("Encik PgS") sanggup 'menghalalkan apa yang diharamkan oleh parti politik yang dimasukinya' semata-mata untuk menjatuhkan pengaruh seorang lelaki bernama Khairy Jamaluddin ("YB KJ"), yang berada di dalam parti politik yang sama dengannya.

Yang lebih pelik lagi benar Encik Wenger, kebanyakan penyokong kelab yang ditubuhkan oleh Encik PgS adalah mereka yang benci akan kerajaan yang didukungi parti politik Encik PgS ("DAP Sympathisers").

DAP sympathisers yang tak sudah membenci YB KJ harus berfikir sejenak - patutkah mereka membenci YB KJ yang berani menyuarakan pendapat beliau supaya RCI dilakukan dalam menyiasat kematian adik BH Teoh. Waraskah kita 'membunuh' kareer politik seseorang bila pemimpin itu mampu mengetengahkan masalah rakyat seperti kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi (saya masih tidak melihat Ahli Parlimen lain yang membangkitkan isu ini selain YB KJ)?

Ada kita dengar dari para pemimpin yang disokong Encik PgS untuk usaha yang sama? Cukup cukuplah menyokong pemimpin yang hanya seronok melancarkan kereta itu, projek ini, tetapi jarang dan tidak ikhlas dalam berkhidmat untuk masyarakat setempat.

Ribuan kawan FB yang dimilikinya adalah orang melayu yang bacul and penakut kerana acapkali kita lihat betapa sedikitnya gerombolan penyokong parti politik Encik PgS setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Apa erti kawan beribu kalau tak mampu bersusah senang, turun padang bersama? Apa hebat adab pekerti orang melayu kalau asyik bercakar sesama sendiri? Mungkin kita hanya jaguh kampung, bukan glokal apatah lagi global.

Saya terpanggil untuk berkongsi sebahagian dari Gurindam 12,nukilan Raja Ali Haji dari Riau, sekitar tahun 1847, untuk pedoman kita semua: -

"Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh"

"Apabila dengki sudah bertanah, datang darinya beberapa anak panah"

"Mengumpat dan memuji hendaklah fikir, disitulah banyak orang yang tergelincir"

"Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada ia sangka"

"Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketor"

"Barang siapa khianat akan dirinya, apalagi kepada yang lain"

"Kepada dirinya ia aniaya, orang itu jangan engkau percaya"

"Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala"

"Hendak marah, dahulukan hujah"

"Cari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiakawan"

Untuk Encik PgS, fikirkanlah hala tuju penubuhan kelab penyokong itu dan ini. Apa erti hidup macam celebriti, gembira bersama, susah sendiri.

Untuk YB KJ, teruskan usaha yang baik untuk rakyat malaysia. My favourite First Lady, Madam Eleanor Roosevelt once says "People grow through experience if they meet life honestly and courageously. This is how character is built". All the best



PETIKAN DARI Wenger J Khairy

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih bro. kita harap mereka tu peka sedikit

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP