Demontrasi tidak dapat merubah keputusan kerajaan.

Saturday, August 1, 2009


Anwar gembira kerana dapat mengumpulkan rakyat menentang undang-undang dan perlembagaan negara. Anwar sememangnya mahu melatih rakyat dengan budaya jalanan ini.

Pembangkang yang sedang menghadapi banyak isu dan hilang kepercayaan rakyat cuba meraih simpati dan memenangi hati rakyat dengan cara begini.

Pemimpin umno tidak mahu terlibat dan terperangkap dengan perangkap Anwar mengambil langkah tidak menyertai perhimpunan haram ini.

Tindakan Ketua Pemuda amat bertepatan kerana bersama pemimpin lain dan akur dengan
arahan ketua, tidak turut terlibat dalam perhimpunan seperti ini.

Beliau akan berada dalam situasi sukar dan akan dikecam oleh semua pihak jika terlibat dalam usaha tidak berfaedah yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan
negara.

Menteri dalam negeri, Datuk Hishammudin Tun Hussein telah memaklumkan bahawa isu ini sedang dalam proses pertimbangan kerajaan. Biarlah kerajaan yang selesaikan dengan baik.

1 comments:

Anggota C4i said...

tapikan? kenapa masa demonstrasi ari tu peniaga pasarmalam bersungguh2 untuk memarahi penganjur perhimpunan? sedangkan makanan yang diniaga merka dimasuki water canon dan gas pemedih mata, yang membawa barangan beracun itukan pihak Polis ala-ala samseng, orang awam yang terlibat dengan perhimpunan itu tidak memiliki senjata langsung, perhimpunan menjadi kelam kabut disebabkan oleh gangguan dari pihak polis, bukan dari masyarakat yang berkumpul disitu, para peniaga patutnya salahkan pihak polis kerana menggunakan water canon yang terangterangan dicipta oleh orang israel, tapi disebabkan oleh pengaruh politik bn di media, segalanya dituding pada pihak pembangkang, ISA adalah tempat untuk tahanan dibawah akta keselamatan negara tetapi yang meringkuk dalam tu adalah orang yang tidak memiliki senjata dan hanya berkopiah, tiada Hacker atau Pengganas yang memiliki Bom pun meringgkuk di situ sebab itu perlu dibubarkan. ramai orang sekarang menyokong pemerintahan berlandaskan permainan wang, sekiranya kerajaan sekarang tumbang mungkin sukar untuk naik balik kerana tiada lagi sumber wang yang ingin diperjudikan

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP