Pas jangan jadi boneka DAP
Sunday, August 16, 2009
Gambar diatas dirakamkan sebelum ceramah Pentas Pemuda bermula... Cuba lihat betul-betul pada gambar tersebut, tidak ada seorang penceramah pun yang menyampaikan ceramah diatas pentas. Yang amat menyedihkan gambar tersebut telah disalah gunakan oleh badut-badut yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, hanya tahu mengambil upah apabila kerjanya selesai dilakukan, tak kiralah sama ada kerja mereka itu kerja bodoh atau pun kerja tolol, janji semuanya beres! Amat memalukan?
Gambar ketika ceramah sedang berlangsung, cuba lihat betul-betul berduyun-duyun orang datang, walaupun mereka tidak dapat duduk didalam, mereka melihat dan mendengar ceramah KJ dari luar.
Terima kasih kepada Brader Minaq Jinggo kerana sudi datang pada malam tersebut. Lu memang hebat beb.
Ketua pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mengupas satu persatu serta mendedahkan kepincangan dan kerapuhan pakatan pembangkang didalam siri ceramah program Pentas Pemuda, “Pakatan : Retak Menanti Belah” di sini, Jumaat malam. Bermula dengan isu penjualan arak, penyalahgunaan peruntukan kawasan, penghinaan kepada agama Islam, sikap saling curiga di kalangan parti pembangkang, kegiatan maksiat dan kongsi gelap sehinggalah pengkhianatan yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat dan negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ahli-ahli Pas jangan hanya menjadi pak turut kepada pemimpin mereka yang sanggup mengorbankan prinsip parti itu demi kuasa dengan membenarkan DAP menghina Islam.
Beliau berkata, ahli-ahli Pas tidak sepatutnya hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin mereka membenarkan parti dalam pakatan pembangkang sendiri menghina Islam, kerana ia melibatkan soal identiti, agama dan bangsa.
Jelas beliau, walaupun UMNO boleh bertindak dari luar (mempertahankan Islam daripada dihina oleh pihak lain), tetapi ahli-ahli Pas sendiri perlu bangkit menegur pemimpin mereka yang sanggup mengorbankan prinsip parti itu semata-mata kerana kuasa, Khairy berkata, kerana kuasa Pas yang dahulunya mendakwa memperjuangkan Islam, kini membenarkan DAP menghina agama suci itu.
"Di Selangor daripada dulu dia (Dr. Hassan Ali) kata tak boleh jual arak, tetapi akhirnya boleh pula sebab nak kuasa. Apa sudah jadi dengan Pas. Dulu nak negara Islam tetapi hari ini apa sahaja pun boleh dihalalkan kerana nak kuasa," katanya.
Khairy Jamaluddin turut mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.
Katanya, mereka sepatutnya berani menegur pemimpin mereka dan bukannya terus memberi ruang kepada lebih banyak keburukan berlaku.
"Kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.
Dalam kehangatan beliau memyampaikan ceramah yang penuh tenaga, Khairy sekali lagi ‘belasah’ Husam didalam ceramah beliau pada malam itu.
Isu ini timbul dalam satu forum Transformasi politik yang di adakan di Kota Bahru Kelantan oleh parti Pas dengan menjemput Khairy Jamaluddin sebagai penalist. Tujuan mereka untuk mengaibkan Khairy dalam forum ini akhirnya bertukar apabila Khairy berjaya memperbodohkan Husam dan impak yang diterima oleh Pas dalam Forum anjuran mereka sendiri sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Anak muda dari UMNO ini telah berani berhadapan dengan ribuan penyokong Pas dan pasti berani menghadapi ejekan dan kutukan mereka dan akhirnya berjaya mendedahkan kebodohan Naib Presiden mereka Husam Musa yang akhirnya dikatakan terperangkap dengan jawapan yang beliau berikan.
Sememangnya isu yang enggan diperdebatkan oleh Pembangkang terutamnya PAS dan Dap kerana mereka tidak sehaluan dalam memperjuangkan Hudud dan Qisas.
Husam dikatakan terperangkap dengan soalan Khairy Jamaluddin dan telah membuat kesilapan dengan jawapan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud dan Qisas sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.
Jawapan Husam ini menimbulkan satu suasana yang keliru dan tidak menyenangkan DAP yang sememangnya menentang Hudud dan Qisas. Keadaan bertambah celaru sehingga Nik Aziz dan Hj Hadi terpaksa mencampuri untuk menenangkan kembali keadaan dengan jawapan yang tidak konsisiten yang boleh di anggap sebagai jawapan untuk menyelamatkan keadaan dan hubungan parti mereka.
5 comments:
umno yg munafik, beb!
PAS bodoh boneka DAP
Datang dapat bayaran lah tu...
Saya sebenarnya teruja melihat bilangan yang hadir dalam majlis anjuran Ketua Pemuda UMNO ini. Teruja kerana kelihatannya orang UMNO sudah mula berubah.
Berubah dari golongan yang dikenali sebagai penyokong yang memberikan sokongan secara membabi buta kepada golongan yang mula bijak dalam menyatakan sokongan mereka.
Kalau dahulu mereka tetap menunjukkan sokongan kepada mana-mana pemimpin tanpa mengira bagaimana latar belakang pemimpin tersebut, kini mereka kelihatan mula menjauhkan diri dari pemimpin yang tidak bersih.
Memang masih ramai yang menunjukkan sokongan kepada pemimpin mereka yang lain tetapi sekurang-kurangnya sudah mula nampak perubahan. Kalau tidak tentu jauh lebih ramai yang hadir dalam majlis ini.
Jika dibandingkan dengan bilangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang berada di sekitar Lembah Klang, bilangan yang hadir kelihatan sangat sedikit. Bukan ka?
Tahniah YB KJ, lama sungguh beliau x diberi peluang berceramah setelah DS Najib menggantikan tempat mertuanya..Ramai sungguh orang yang pergi mendengar YB KJ ni. Sama macam PRU12 hari tu di sekitar Kota Bharu.... masa tu dia kata bila kiamat nanti bumi, matahari, BULAN (PAS)semua hancur kecuali yang tinggal dacing (BN).
Akhirnya UMNO/BN kecundang.
Oleh itu berhati2lah bila berkata2!!!
Jangan mempersenda firman ALLAH...
Post a Comment