MENGHARGAI DAN MENSYUKURI JASA PERWIRA NEGARA
Tuesday, August 4, 2009
Sepintas lalu…
Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Angkatan Tentera Malaysia(ATM) telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini ATM sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini. Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa “Darurat 1948 -1960” telah membawa kepada penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.
Di negara kita Malaysia setiap tahun apabila tiba tanggal 31 Julai telah diisytiharkan sebagai “ Hari Pahlawan ". Tujuan hari ini diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah untuk mengenang jasa dan pengorbanan para Pahlawan Tanah Air yang terdiri dari pasukan keselamatan Tentera dan Polis yang telah berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara dari ancaman musuh. Sesungguhnya perwira negara ini telah menunjukkan kehebatan dan kepahlawanan mereka sejak zaman dahulu lagi. Sebagai contoh pada zaman moden ini para perwira negara telah menunjukkan kehebatan mereka mempertahankan negara sewaktu menentang pencerobohan tentera Jepun sewaktu perang dunia ke-2 dan sewaktu zaman darurat antara tahun 1960- 1948. Bukan itu sahaja bahkan para perwira kita telah diminta untuk menjadi tentera pengaman negara seperti di Bosnia, Somalia, Iraq dan lain-lain.
Tetapi persoalannya kini berapa ramaikah orang kita yang dapat mewarisi semangat kepahlawanan mereka itu dan berapa ramai pula yang rela mengorbankan hartanya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sehubungan itu, semangat kepahlawanan bukanlah semata-mata tahu dan mahir bermain senjata. Ia sebenarnya merupakan satu rangsangan dalaman yang menyemarakkan semangat juang yang tinggi dalam diri sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta demi mencapai matlamat suci. Ini bermakna seseorang yang dikatakan bersemangat pahlawan itu tidak semestinya seorang tentera atau polis. Mereka yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk membela agama, bangsa dan negara serta menyumbangkan buah fikiran bagi membenteras ancaman musuh boleh juga disifatkan sebagai pahlawan. Walau bagaimanapun lazimnya orang yang berjuang secara langsung mengangkat senjata memelihara kesucian agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara dianggap sebagai pahlawan.
Para pahlawan telah banyak mengorbankan keselesaan hidup dan keseronokkan bersama keluarga hanya semata-mata memberi tumpuan kepada keselamatan negara. Semua pengorbanan ini bukan dinilai dengan harta benda dan wang ringgit tetapi semuanya ini meminta kita berfikir dan menginsafi bahawa di sebalik kedamaian dan keamanan negara yang kita nikmati ini terdapat segolongan insan yang terpaksa berkorban walaupun diri mereka dan keluarga terseksa. Oleh itu pengorbanan yang sebegini besar selayaknya mendapat perhatian yang serius dari semua lapisan masyarakat.
"tanamkan sifat keperwiraan dalam diri anda...."
KHAIRUL AIZAT ZULKIFLI
Blue Army
3 comments:
Sila layar blog saya - xnuripilot.blogspot.com - bermula Pengalaman Pertama sehingga Pengalam Ke5 dan Patriotism2.
patriotisme kini ramai yang tidak mengetahuinya apa yang generasi kini faham kita sudah merdeka dan tidak lagi perlu semangat tersebut .Sewajarnya generasi belia perlu sedar dan bangun agar tidak terus tidur.
noriza bt sabri
usm
83742
Sila baca pandangan siswa-siswi IPTA diblog saya - Patriotise 4.
Post a Comment