PKR bertentangan dengan perjuangan parti - Fairuz sertai UMNO
Monday, March 1, 2010

Antara sebab yang diberikannya ialah kesal dengan pendirian PKR berhubung isu pengunaan kalimah Allah serta hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan agama.
Fairus 33 pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.
Fairus mengambil keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.
Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.
Kata Fairuz, akhir beliau mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno.
3 comments:
ORANG BODOH JE MASUK UMNO UNTUK PERJUANGKAN AGAMA
nak perjuangkan agama..kenapa tak masuk PAS je? bukankah dlm Pas tu lagi ramaiyg lebai2..yg berkopiah..berjanggut berbanding UMNO?
aku nk berjuang projek dan duit woi..silap ckp je berjuang islam tu hehehe
Post a Comment