Bukan Ekonomi Malaysia Yang Akan Berkecai, Pakatan Rapuh Yang Akan Berkecai!

Saturday, February 27, 2010


Oleh: Jebat


Ekonomi Malaysia Akan Berkecai!! Kata Anwar Ibrahim, untuk memastikan ekonomi Malaysia benar benar berkecai, Anwar perlu meminta pertolongan kuncu kuncu yahudi untuk memastikan cakapnya benar!

Sebenarnya bukan Ekonomi Malaysia yang akan berkecai, tetapi Pakatan Rapuh yang akan berkecai.



Pergolakan demi pergolakan yang berlaku di kalangan pemimpin pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini menunjukkan mereka hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu.

Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini bukan sesuatu yang menghairankan.

Tidak sampai setahun mentadbir di beberapa negeri, belang pakatan pembangkang terutama DAP boleh nampak dengan jelas.

Di peringkat akar umbi telah memaklumkan rakyat di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang semakin berasa tertindas.

Kita sudah boleh nampak kepimpinan mereka ini semakin terhakis apabila teruji dalam keadaan sebegini. Selama ini mereka hanya tahu membantah apa yang kerajaan buat.

Jelas mencerminkan bahawa pakatan pembangkang hanya menjadi alat untuk meraih undi rakyat semasa pilihan raya umum semata-mata.

Apa yang dibuat kerajaan semua tak kena, sekarang apabila diberi mandat, rasalah sendiri. Tak sampai setahun habis semua dah nak berkecai, politik pecah belah dan kepentingan individu terlalu ketara dalam pakatan pembangkang. Kalau tidak ada Barisan Nasional (BN) sudah tentu semuanya akan hancur.

Pemimpin dan ahli pakatan pembangkang tidak seharusnya mengambil pendirian tunggu dan lihat sebaliknya perlu meninggalkan segera parti masing-masing sebelum pakatan yang mereka cipta itu musnah.

Dengan pergolakan politik yang semakin serius akhir-akhir ini, pakatan pembangkang yang kini dikenali sebagai ‘pakatan rapuh’ diibaratkan sebagai ‘retak menanti belah’ BOLEH BLAH!


http://www.jebat2010.blogspot.com/

1 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, begitulah pandangan AnuWar bila sudah menjadi barua yahudi......

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP