Demi sepinggan nasi berkuah dal, Parpu akhirnya TEWAS!!!

Friday, February 19, 2010


Petikan dari : http://10sibudakhitam.blogspot.com/

Parpukari mengganas lagi, tapi seperti biasa bukan di alam realiti cuma di alam siber. Kenapa 10SBH berkata sedemikian? Lihat saja Parpukari di dalam blognya, begitu LANTANG BERSUARA, MEMAKI HAMUN sesuka hatinya untuk meluahkan apa saja yang dilihatnya tidak betul atau apa saja yang tidak memenuhi selera kemahuannya.

Semalam, bertempat di Restoran Kg. Pandan, Jalan Yap Kwan Seng, disaksikan oleh ramai, bukan sahaja Pemuda UMNO, sebaliknya wakil-wakil NGO serta bloggers di mana Parpukari dan KJ dilihat bertentang mata, buat kesekian kalinya. Apa yang menjadi persoalan, apakah motif sebenar Parpu, hadir untuk memberikan sokongan di atas demonstrasi yang dijalankan atau sekadar meraih perhatian semua.

Apa yang menyedihkan 10SBH Parpu sebenarnya hanya gah di dalam blog dan tidak pada realitinya. Peluang terbuka luas di depan mata semalam, namun Parpu dikhabarkan seperti malu-malu kucing dan tidak segagah harimau yang selalu digambarkannya. Jelas karya lucahnya sekadar ingin memanaskan dunia blog serta hanya mencari publisiti murahan dari lembah hina yang lagi menjijikkan.

Kenapa apabila KJ berada di depan mata bersaksikan pula naib ketua Pemuda UMNO, barisan exco PPUM, pemuda-pemuda UMNO, Wakil Parti kompenan serta Ngo's, tidak dilupa bloggers. Parpu tidak lantang bersuara? Memaki KJ seperti didalam blognya serta menegakkan apa yang beliau rasa benar di blognya atau adakah kerana Parpu kecewa melihat KJ berjaya mendapat kepercayaan dari barisan exco, serta pemuda. Sayang seribu kali sayang, Parpu lebih memilih untuk mengambil nasi berkuah parpu demi mengisi perutnya yang lapar. Memang dasar penipu si Parpu ni...

0 comments:

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP