Khairy leads Umno Youth in protest against Australia

Thursday, February 18, 2010


Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang jelas ada niat untuk campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum itu menuntut agar Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri Parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar oleh 50 anggota Parlimen negara itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia serta satu permohonan maaf daripada Danby bagi pihak 50 anggota Parlimen itu.


Khairy, yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata, memorandum itu juga menggesa agar Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 anggota Parlimen negara itu.

"Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan daripada pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia, Penny Williams di sini hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira 15 minit itu, Khairy berkata, Williams telah memberi jaminan bahawa kerajaan Australia tidak ingin campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia dan tidak mahu membuat satu pengadilan terlebih dahulu tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.










Kepada Parpu Keri dan TM, tak payahlah nak kecoh-kecoh siapa hero dan siapa bukan hero! yang jelas dan pasti disini KJ telah membuktikan beliau membuat tindakkan yang tepat membela negara dari di cerobohi campur tangan bangsa asing!

Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan yang jelas daripada Rudd adalah penting bagi membuktikan Australia menghormati keluhuran undang-undang dan kedaulatan Malaysia.

"Desakan supaya Rudd membuat kenyataan secara jelas adalah salah satu daripada tiga tuntutan yang terkandung dalam memorandum bantahan bagi menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan ahli Parlimen berkenaan yang jelas berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman di Malaysia.

"Malaysia adalah negara berdaulat yang ada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kita tidak terima langsung apa sahaja usaha atau tindakan yang boleh dianggap sebagai campur tangan daripada pihak Australia atau asing dalam hal ehwal negara kita," katanya.

1 comments:

taipingmali said...

tak kecoh tetapi kena tak buat hari lain.kenapa buat hari yg sama dan percepatkan jam...

RAKSASABN HOT VIDEO

Followers

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP